Rusia adalah negara yang digelar negara Tirai Besi dimana ia terletak di antara Eropah dan Asia.   Tahukah anda, Rusia merupakan negara yang terbesar di dunia.  Ramai pelancong yang memilih untuk menjadikan Rusia sebagai destinasi pelancongan mereka kerana terdapat tarikan yang menakjubkan di sini.

Anda boleh menyaksikan keindahan alam semulajadi, bangunan yang bersejarah, tempat hiburan serta pelbagai destinasi yang bakal membuatkan anda teruja.  Maklumlah, saiz negara ini sangat besar sehingga kita terfikir apa lagi yang ada di sini. Terdapat banyak daerah dalam negara Rusia yang amat terkenal seperti Moscow selaku ibu kota Rusia, Kazan, Sochi, Saint Petersburg, Irkuts dan lain-lain lagi.

Jom lihat tempat menarik di Rusia yang boleh anda kunjungi untuk percutian anda. Pastinya ia memberikan pengalaman yang bermakna buat anda.

1.  Moscow

tempat menarik di rusia

Imej via [nestpick]

Moscow adalah kota besar yang merupakan ibu kota bagi negara Rusia. Siapa yang tak kenal tempat menarik di Rusia ini? Sungguh, ia merupakan destinasi pelancong yang moden tetapi penuh dengan tarikan tradisional seperti bangunan bersejarah dan monumen yang terpelihara di sini.

Sepanjang di bandar kosmopolitan ini, anda boleh berkunjung ke beberapa tempat seperti Red Square dan Kremlin bersejarah yang amat terkenal.  Selain itu, anda boleh menyaksikan patung yang berpengaruh iaitu patung Lenin dan Stalin dari era Soviet Union.

Sehari pun tak cukup untuk bersiar-siar di negeri yang mempunyai ramai penduduk ini. Anda boleh berjalan kaki di taman yang indah, melawat gudang senjata dan juga istana di Kremilin.

2. St. Petersburg

tempat menarik di rusia

Imej via [timeout]

Pusat kebudayaan Rusia ini adalah sebuah bandar kedua yang terbesar di Rusia. Sudah pastinya ia merupakan sebuah tempat menarik di Rusia untuk anda kunjungi.  Saint Petersburg penuh dengan keaslian seni dunia, budaya dan sejarah yang bertaraf dunia.

Namanya cukup terkenal, begitu juga dengan tempatnya yang telah menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Anda boleh bersiar-siar di bandar ini dengan mengunjungi pelbagai tarikan seperti Muium Hermitage di Palace Winter dan lain-lain lagi.  Tidak mustahil, anda berpeluang melihat jenis-jenis koleksi yang terdiri daripada 3 juta item dikumpulkan dari seluruh dunia.

Bukan sahaja dalaman, luaran juga amat menyeronokkan di mana anda boleh melihat cruise di Neva River yang berdekatan. Aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah pameran monumen bersejarah, lawatan bot di kanal dan juga pertunjukan ballet dan opera. Menarik bukan?

3.  Kizhi

tempat menarik di rusia

Imej via [aljanh]

Berada di bahagian utara Rusia, Pulau Kizhi terletak di tengah-tengah Tasik Onega di Republik Karelia.  Tempat menarik di Rusia ini adalah sebuah pulau yang menakjubkan kerana ia amat indah dan unik.   Terdapat sebuah muzium terbuka yang memiliki pelbagai koleksi struktur kayu yang cantik dan sedap mata memandang.

Untuk pengetahuan anda, Muzium ini ditubuhkan untuk mendidik pengunjung mengenai kehidupan abad ke-18 suatu ketika dahulu di Rusia.  Anda boleh mengunjungi kawasan tarikan seperti tapak Kizhi Pogost dengan 22 Gereja Kubah Transformasi serta Gereja Kebangkitan Lazarus yang merupakan gereja kayu tertua di Rusia.

Dalam Pulau Kizhi ini juga, anda berpeluang untuk melihat Karelia yang indah serta dapat meneroka ciri penempatan desa zaman purba yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau ini benar-benar mengagumkan.

4.  Volgograd

tempat menarik di rusia

Imej via [getyourguide]

Volgograd adalah nama bagi bandar yang penuh bersejarah ini. Kini, ia adalah sebuah tempat menarik di Rusia yang menawarkan percutian yang mengagumkan.  Mana tidaknya, bandar ini berkisarkan tentang sejarah Perang Dunia kedua dimana ia menjadi medan pertempuran setelah Soviet dicerobohi oleh Jerman suatu ketika dahulu.

Jika anda menonton filem Stalingrad, anda pasti akan ingat monumen yang terdapat di sini. Stalingrad adalah bandar runtuhan  perang dunia, namun kini, ia sangat indah dan menjadi bandar yang cantik.  Sejurus selepas itu, nama bandar tersebut ditukar kepada nama Volgograd.

Banyak monumen boleh anda lihat di sini selain dari rumput menghijau nan indah. Ia juga terletak di aliran sungai Volga. Walaupun dahulu ia penuh dengan pertumpahan darah, sekarang ia dijadikan tempat bersejarah yang amat tenang sekali untuk anda kunjungi.

5.  Peterhof Palace

tempat menarik di rusia

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Rusia seterusnya adalah Peterhof Palace.  Ia adalah sebuah istana yang telah dibina oleh Peter the Great of Russia usai beliau melawat Versailles di Paris pada 1717 yang lalu. Istana ini letaknya di bahagian kecil St. Petersburg. Anda boleh mengunjungi Peterhof Palace yang berada 1500 hektar di taman rasmi dan taman 18 batu dari St. Petersburg ini.

Malah, istana ini turut memiliki 173 air pancut dari mata air bawah tanah kira-kira sejauh 14 batu.  Anda boleh menaiki hidrofoil selama 45 minit untuk melihat pemandangan sekitar di sepanjang Sungai Neva.  Ambillah gambar sepuas-puasnya di istana yang mempunyai seni bentuk yang klasik ini.

6.  Kazan

tempat menarik di rusia

Imej via [russian-trips]

Ramai pelancong yang sukakan bangunan-bangunan di Kazan! Reka bentuk bangunan yang kemas ini mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi sekali. Tahukah anda, tempat menarik di Rusia ini bukan sahaja mempunyai bangunan menarik, tetapi masyarakatnya juga amat ramah dan berbilang bangsa.

Kazan tidak terletak jauh dari Moscow, oleh itu mudah untuk anda akses ke Bandar Moscow dari sini.  Menariknya di Kazan, anda boleh berkunjung ke Masjid Qol sharif yang sangat indah dan merupakan tarikan pelancong dari seluruh dunia. Terdapat juga taman serta tasik-tasik di bandar Kazan yang membolehkan anda berekreasi di sana.

7.  Olkhon Island 

tempat menarik di rusia

Imej via [insightguides]

Olkhlon Island adalah sebuah pulau tasik keempat yang terbesar di dunia, ia terletak di Rusia dan menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke sini. Di pulau ini, terdapat juga petempatan penduduk yang mana boleh dikatakan mereka tinggal di sini.  Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Rusia ini dengan menggunakan jalan darat ataupun dari laut.

Olkhlon Island terletak dalam 250 km dari utara-timur dari Irkutsk mungkin anda tak biasa dengar akan tempat ini.  Yang pasti, pulau ini sangat cantik dan bersih kerana ia dijaga rapi sejak dulu lagi.  Anda boleh melihat bahawa lokasinya ini amat terpencil, ia berada di tengah-tengah Tasik Baikal.

Keadaan yang tenang di sini akan memudahkan anda merehatkan minda serta mencari ilham.  Tidak rugi untuk anda berkunjung ke sini sememangnya ia adalah tarikan bagi setiap pelancong ke Rusia.

8.  Murmansk

tempat menarik di rusia

Imej via [visitmurmansk]

Pasti anda tak sangka bahawa Rusia juga mempunyai bandar yang terkenal dengan cahaya utara atau nama sebenarnya adalah Aurora Borealis.  Bandar Murmansk adalah tempat menarik di Rusia yang terletak di utara Rusia.  Kawasan yang berada di utara ini berhampiran dengan kutub, maka terdapat fenomena yang ditunggu-tunggu ramai iaitu cahaya utara.

Cahaya ini tidaklah muncul setiap hari kerana ia terjadi pada waktu-waktu tertentu dan bulan tertentu sahaja. Anda perlu memilih waktu yang tepat untuk berkunjung ke sini. Pastinya pihak ejen pelancongan tahu yang terbaik untuk anda. Menyaksikan pemandangan cahaya yang indah ini pasti membuatkan anda gembira.

9. Kamchatka

tempat menarik di rusia

Imej via [eugene]

Kamchatka terletak di antara Laut Okhotsk di barat dan Lautan Pasifik dan Laut Bering di timur, dimana ia agak terpencil tempatnya.  Namun, terdapat banyak tarikan yang membuatkan pelancong suka berkunjung ke sini seperti terdapat tasik biru yang cantik, gunung berapi serta landskap terbaik untuk anda lihat. Anda juga berpeluang melihat kawah gunung berapi yang aktif! Pendek kata, anda akan menikmati keindahan alam di sini.

10.  Vladimir

tempat menarik di rusia

Imej via [getyourguide]

Tempat menarik di Rusia ini adalah sebuah bandar bersejarah yang sibuk serta menjadi tapak warisan Dunia UNESCO.  Vladimir adalah sebuah bandar yang memiliki seni bina Rusia yang boleh anda lihat, bangunannya sangat cantik dan menarik.

Antara tempat menarik boleh anda kunjung di sini adalah Katedral Assumption di Dataran Sobornaya, Katedral Saint Demetrius, gereja purba St. Nicholas di Galea, Bolshaya Moskovskaya Street, Gereja Nikitskaya dan banyak lagi.

11. Sochi 

tempat menarik di rusia

Imej via [russiatrek]

Sochi adalah sebuah bandar yang agak mencabar kerana aktiviti di sini lebih kepada aktiviti sukan lasak. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti snowboarding dan bermain ski ketika musim sejuk. Manakala pada musim panas, aktiviti sukan air seperti layang-layang juga sering diadakan. Tempat menarik di Rusia ini amat terkenal semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014. Anda juga boleh melihat pemandangan pantai yang sangat indah di bandar ini.

12.  Tsar Bell

tempat menarik di rusia

Imej via [ritebook]

Kawasan loceng ini sering menjadi tarikan pelancong di Rusia. Ia dinamakan ‘Tzar Belle’ yang berbentuk loceng retak, dikatakan ia retak akibat kebakaran yang berlaku di Kremlin pada tahun 1737 yang lalu. Kiranya ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Loceng ini banyak kali dialihkan namun tidak berjaya kerana berat dan saiznya amat besar dan berat. Akhirnya, Ivan the great bell tower ini dijadikan salah satu tempat menarik di Rusia untuk anda kunjungi dan bergambar berdekatan loceng ini.

13.  Arbat Street

tempat menarik di rusia

Imej via [radynacestu]

Tak semua pelancong suka masuk ke mall untuk membeli barang dan bersiar-siar. Ramai juga yang suka berjalan di kawasan jalan kaki seperti di Arbat Street Walking Tour ini. Pastinya ia adalah destinasi percutian boleh anda singgah.

Di sini, anda akan melihat pelukis melukis, penyair menyair, pemuzik jalanan memainkan irama muzik yang sedap, penjual cenderamata dan juga deretan kafe berdekatan kaki lima untuk anda singgah.

Dahulunya, tempat ini merupakan lokasi dagangan bagi tukang kraf dan mereka menetap di sini. Kemudian, ia dijadikan kawasan kediaman bagi golongan bangsawan pula pada abad ke-18.

14.  Irkutsk

tempat menarik di rusia

Imej via [it.rbth]

Sebuah bandar terletak di Rusia ini tidak kurangnya menjadi tempat pelancongan popular. Antara tarikan boleh anda lihat di Irkutsk adalah terdapat pelbagai jenis deretan rumah kayu bersebelahan apartment, bangunan klasik seakan moden dan banyak lagi hasil senibina yang boleh dilihat.

Tempat menarik di Rusia ini kurang sesak berbanding Moscow, sesuai untuk anda yang tidak suka ramai orang dan sesak.  dan kita boleh lihat deretan rumah kayu bersebelahan dengan bangunan apartment. Irkutsk bagaikan sebuah bandar kecil untuk anda teroka dan ia bersebelahan dengan negara China.

Itulah dia 14 tempat menarik di Rusia yang boleh anda kunjungi sempena percutian anda di sini. Jom baca juga tempat menarik di Queenstown New Zealand, tempat menarik di Phu Quoc, tempat menarik di Quebec dan tempat menarik di Queensland Australia.

Rujukan:

  1. muslimtravelbug
  2. blog.policystreet
  3. bm.cari

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.