Daerah Phu Quoc atau dikenali sebagai Phu Quoc Island ini bertempat di Vietnam bersempadan dengan Cambodia. Secara tepatnya, ia terletak di hujung selatan Vietnam. Sekiranya anda pernah berkunjung ke Vietnam, sudah pasti destinasi tersebut adalah Saigon atau Ho Chi Min bukan? Anda pasti jarang mendengar nama Phu Quoc atau pulau Phu Quoc ini.
Sebenarnya, Phu Quoc adalah salah sebuah daerah yang memiliki tempat menarik atau destinasi pelancong boleh anda singgah. Ia sangat terkenal dengan pantai dan lautan yang cantik, bersih dan menakjubkan. Jika anda berkunjung ke sini melalui ejen pelancongan, sudah pasti anda takkan terlepas untuk melawat ke mana-mana pantai yang terdapat di Phu Quoc ini.
Perjalanan dari Malaysia jika anda bertolak dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, ia akan mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit sahaja. Di sini, anda akan melihat kebanyakan pelancong yang datang ke Phu Quoc adalah mereka yang berasal dari China, Korea, Australia dan lain-lain lagi. Pelancong dari Malaysia pula boleh dikira kerana tak berapa ramai.
Mungkin selepas anda mengetahui tempat menarik di Phu Quoc yang penuh aktiviti menyeronokkan ini, pasti anda akan berkunjung ke sini. Jom lihat tempat menarik di Phu Quoc bagi percutian menyeronokkan ini.
Imej via [booking]
Anda juga boleh bermain pasir bersama anak-anak di sini memandangkan pasirnya sangat halus dan menyeronokkan. Mengambil gambar di kawasan ini tidak boleh anda lepaskan.
Selain itu, terdapat replika 4 ekor gajah di atas laut di tepi pantai yang merupakan simbolik bagi daerah Phu Quoc. Menarik bukan? Anda juga boleh melihat keindahan matahari terbenam di sini di samping terdapat muzik dan hiburan yang ditawarkan.
Imej via [tripadvisor]
Paling tak sabar adalah melihat makanan yang dijual di sini. Antaranya adalah makanan seafood seperti clam, kerang, sotong dan aneka hidupan laut yang dibakar tampak menyelerakan sekali! Jika risau akan perkakas masakan yang digunakan tidak berapa halal, anda boleh dapatkan oyster egg yang dibakar. Tetapi kelihatannya makanan seafood di sini adalah halal dan boleh dibeli.
Selain itu, terdapat juga jualan seperti pakaian, kasut, beg dan lain-lain lagi yang bakal membuatkan anda rambang mata. Harganya juga boleh tahan murah dan mampu milik untuk anda yang melancong ke sini. Jom datang beramai-ramai untuk mencuci mata dan membeli apa-apa.
Imej via [phuquocislandexplorer]
Untuk pengetahuan anda, kereta kabel di Phu Quoc ini adalah kereta kabel yang terpanjang di dunia dan merentasi 3 pulau yang cantik di sekelilingnya. Nampaknya agak lama juga untuk anda duduk di dalam kereta kabel ini kan! Ketinggiannya pula adalah paras 7.899,9 m.
Harga untuk menaiki kereta kabel ini kira-kira dalam 200,000 Dong (RM 35 wang Malaysia) untuk pergi dan balik. Memang murah tak terjangka. Jangan takut sepanjang menaiki kereta kabel ini, anda boleh melihat pemandangan seluruh lautan di sini dan bot-bot nelayan di lautan biru. Ianya sangat menakjubkan.
Anda juga boleh bergambar sepanjang berada di dalam kereta kabel. Usai keluar dari situ, terdapat monumen yang membolehkan anda bergambar untuk kenang-kenangan.
Imej via [holidaygogogo]
Anda boleh bergambar berlatar belakangkan starfish ataupun boleh memegang starfish. Tiada masalah untuk anda mengangkat starfish tetapi dikhuatiri ia akan mati kerana jangka hayatnya akan jadi pendek jika anda sudah mengangkatnya. Itulah fenomena alam fauna di sini.
Imej via [vyctravel]
Anda boleh menaiki mini vuvuzela dan bermain permainan extreme di sini seperti roller coaster, gelongsor tinggi bagi orang dewasa di water theme park, permainan outdoor, menonton 5D, menyaksikan keindahan water fountain yang berwarna-warni dan lain-lain lagi. Tidak terkecuali juga untuk menaiki eye of vinpearl, melihat mermaid show, dolphin show, aqua park dan membeli souvenir di kedai yang disediakan di sini.
Imej via [phuquocisland]
Ia berdekatan dengan jeti memudahkan anda melihat pemandangan dan bersiar-siar. Selain itu, anda juga boleh menaik bot untuk ke sini. Terdapat hidupan laut yang unik dan menarik boleh anda temui.
Imej via [klook]
Imej via [afamily]
Imej via [tripadvisor]
Ia juga adalah tempat rekreasi yang sesuai untuk anda bersantai dan berjalan-jalan. Selain lebah dan madu, anda juga boleh melihat pemandangan di sekitar tasik berdekatan dan juga kecantikan alam flora dan fauna di sini. Terdapat bunga-bunga yang cantik, indah dan segar boleh anda lihat. Jika datang bersama pasangan, pasangan wanita anda pasti suka!
Imej via [chudu24]
Imej via [buulong]
Sambil-sambil mandi-manda, jangan lupa bawa makanan ke sini, anda boleh berkelah di sini. Namun, kebersihan tetap perlu diutamakan ya. Barulah alam pun suka!
Imej via [istockphoto]
Apa yang nak buat di sini? Cukuplah anda mengunjungi bagi mendapatkan maklumat, mengambil gambar, mendapatkan pengalaman berharga yang tak semua orang tahu. Pasti amat mencabarkan buat anda bukan? Tetapi jika datang beramai-ramai, anda pasti teruja dan tidak takut.
Imej via [phuquocecobeach]
Itulah dia tempat menarik di Phu Quoc yang amat menarik penuh dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan sekaligus memberi pengalaman terbaik untuk anda rasai. Jom baca juga tempat menarik di Queensland Australia, tempat menarik di Queenstown New Zealand, tempat menarik di Quebec dan tempat menarik di Qatar.