Mencari tips untuk tempat menarik di Jogjakarta?

Ramai orang sering mengeluh bila memikirkan tentang travel ke luar negara. Indonesia merupakan salah satu negara yang paling dekat untuk kita jelajah selain Brunei, Singapura dan lain-lain. Artikel tentang tips travel ke Jogjakarta ini ditulis oleh Puan Noorihan Noorudin.

Perkongsian itenari ke sana menarik untuk diikuti dan dijadikan rujukan untuk sesiapa yang ingin ke sana.

Trip kami ke Jojga kali ini adalah selama 4 hari 3 malam. Ringkasan itinerari seperti di bawah.

Hari 1

Lunch – Hutan Pinus – Pantai Parangtritis – Dinner

Hari 2

Sunrise Gunung Merapi – Cave tubing & oya rafting Goa Pindul – Lunch – Gondola ride Pantai Timang- Dinner lobster – Bukit Bintang

Hari 3

Sunrise Bukit Sikunir – Breakfast – Telaga warna from top – Kawah Sikidang – Borobudur Temple – Dinner

Hari 4

Kalibiru – Pasar Beringharjo

Gunung Merapi


Tips dan informasi

1. Bukit Sikunir dalam 3 jam setengah perjalanan dari Bandar Jogja. Cuaca di sana sangat sejuk. Suhu masa kitorang pergi hari tersebut dalam 4 darjah celcius. Berasap-asap mulut bila cakap. Hihi.

2. Di Gunung Merapi kena naik jeep. Jalan berbatu. Untuk kurangkan hentakan, sila berdiri.

3. Naik ojek dalam 20 minit untuk ke Pantai Timang. Jalan teruk, berbatu. Memang mencabar. Paling teruk dalam sejarah. Elakkan bertolak balik dari Pantai Timang waktu gelap sebab lampu jalan takde.




4. Kena cuba makan ayam penyet dekat Lesehan Ar Barokah. Makan tepi jalan sahaja tapi ayam penyet dia paling sedap pernah rasa.

5. Kalau beli jagung bakat dekar Bukit Bintang, dekat tepi jalan murah sikit berbanding beli dekat dalam kedai.

6. Kalau anda ada student card, bawa. Boleh guna untuk tiket Borobudur. Boleh dapat separuh harga kalau guna student card. Kawalan dekat Borobudur sangat strict. Jadi jangan berangan nak menyamar sebagai orang tempatan untuk dapat tiket murah.





7. Di Jalan Malioboro ada satu mall nama Mal Malioboro. Di situ ada banyak restoran makanan segera macam KFC, Pizza Hut. Foodcourt pun ada. Tutup pukul 9.30pm.

8. Di Kalibiru, bila anda dah naik dekat photo spot tu, memang wajib kena beli gambar yang photografer mereka ambilkan. Minimum 4 keping kena beli. Sekeping 5k.

Kawah Sikidang

9. Kitorang pergi bertujuh. Jadi semuanya based on sharing basis of 7 person.

10. Tak perlu bawa makanan banyak-banyak dari Malaysia. Makanan dekat Jogja murah dan sedap. Kami bawa makanan tapi tak makan pun. Buat berat backpack saja.

11. Untuk penginapan di Edu Hostel kalau nak jimat lagi, ambil dorm. Rooftop Edu Hostel tutup jam 10pm.

12. Jogja memang best. Sesuai untuk nature lover. Sesiapa yang akan ke sana, jangan lupa ke Sikunir. Best tak tipu. Dah lah best, cantik pula!

Borobodur Temple


Marilah ramai-ramai book tiket ke Jogjakarta sekarang. Masih sempat bercuti sebelum tahun baru. Hehe!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.