TOP 14+ Tempat Menarik Di Tanjung Malim, Perak Untuk Percutian Rileks dan Menyeronokkan
Tanjung Malim yang terletak di negeri Perak sangat masyhur sebagai sebuah bandar yang melahirkan ramai cendekiawan tersohor dan juga pejuang bangsa. Pekan ini bersebelahan sahaja dengan negeri Selangor dan asalnya adalah sebuah tanjung iaitu kawasan tanah yang wujud daripada hakisan sungai yang sangat luas.
1. Muzium Pendidikan Nasional
Para pengunjung akan dapat melihat pelbagai peralatan lama yang digunakan dalam bidang pendidikan di Malaysia di sini. Antaranya adalah pembaris lama, kalkulator ‘abacus’, patung anatomi manusia dan sebagainya.
Selain peralatan lama yang dipamerkan, turut terdapat informasi berkenaan tokoh-tokoh ilmuwan pendidikan masa lampau yang dapat anda pelajari di tempat menarik di Tanjung Malim ini. Mereka semua telah berjaya membawa kemodenan kepada sistem pendidikan Negara kita.
2. Taman Tasik Embayu
Lanskap di sekitar taman ini dijaga dengan sangat rapi dan teliti. Disebabkan itu, ramai pengunjung gemar beriadah di sini hanya untuk menikmati keindahan panoramanya. Terdapat suatu sudut di tasik ini yang sangat sesuai untuk anda mengambil gambar iaitu di pelantar titi yang dihubungkan ke kolam cantik.
Pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan di taman ini seperti bersenam, berkelah dan bermain di taman permainan yang disediakan.
3. Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil
Terdapat permukaan sungai yang sedikit berbatu-batu dan di sekelilingnya ditumbuhi pokok-pokok menghijau yang pasti dapat menenangkan jiwa anda apabila berkunjung ke Sungai Bil ini. Pelbagai kemudahan juga turut disediakan seperti tandas, ruang rehat, kemudahan barbeku, kedai makanan dan sebagainya.
Rancanglah perjalanan percutian anda bersama keluarga ke sini untuk mandi-manda di Sungai Bil ini supaya anda dapat merasai sendiri ketenangan suasana alam flora dan faunanya. Kemudahan penginapan juga turut tersedia bagi mereka yang ingin bermalam di sini.
4. Go Kart Tanjung Malim
Jangan khuatir bagi ibu-ibu yang risau akan keselamatan anak-anak ketika bermain kerana soal keselamatan sangat dititikberatkan oleh pemilik tempat permainan ini. Penggunaan helmet adalah wajib buat semua peserta dan penghadang tayar terpakai juga digunakan untuk melembutkan impak risiko kemalangan.
Rekabentuk litar ini sangat menarik dengan liku-liku tajam dan separuh daripada litarnya dibina di bawah sebuah lebuhraya utama. Terdapat juga gerai minuman ringan bagi anda yang kehausan dan keletihan setelah bermain go-kart.
5. Ladang Halia ENE
Sangat menarik bagi mereka yang suka bercucuk tanam untuk melihat sendiri bagaimana halia ditumbuh, diproses dan kemudiannya dibungkus untuk dijual di seluruh Malaysia.
Anda juga dapat melihat kilang pemprosesan di mana terletaknya mesin-mesin gergasi yang turut digunakan untuk memproses halia segar. Para pengunjung juga berpeluang untuk meminum teh halia panas segar daripada ladangnya.
6. Seni Jalanan Tanjung Malim
Pada suatu ketika dahulu, kawasan jalan belakang atau deretan kedai belakang lorong sangat muram namun dengan perkenalan terhadap seni jalanan seumpama ini telah menaikkan seri dan menjadi tarikan utama pelancongan yang sangat popular dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.
Lukisan mural yang terlakar indah di dinding-dinding jalanan di sini adalah bertemakan binatang tempatan, sains dan teknologi, semangat patriotik dan sebagainya.
7. Mata Air Panas Ulu Slim
Dipercayai bahawa penduduk tempatan dapat memberi lebih khasiat kepada badan. Tempat ini juga sangat sesuai bagi mereka yang meminati seni fotografi kerana pemandangan unik yang terhasil oleh wap-wap mata air panas dan spesis lumut hijau mata air panas menambahkan lagi efek mempesona kepada gambar-gambar yang diambil di sini.
Pelbagai kemudahan awam juga turut tersedia seperti pondok rehat, laluan pejalan kaki dan kawasan merebus. Jom berkunjung ke tempat menarik di Tanjung Malim ini!
8. Kolam Ikan ‘Natural Exotic’
Terdapat pelbagai ikan yang boleh dipancing seperti ikan baung, mekong, tilapia dan sebagainya. Konsep yang digunakan di kolam ini adalah tangkap dan lepas. Kesemua ikan di sini besar belaka dan mempunyai lingkungan berat sekitar 7 kilogram sehingga 40 kilogram.
Tempat menarik di Tanjung Malim ini dibuka selama 24 jam setiap hari. Setiap bulan, pemilik kolam ini pasti mengadakan cabutan bertuah untuk para pengunjung.
9. Arung Jeram Sungai Ulu Slim
Sungai ini mempunyai jeram kelas 1 sehingga 3 dan berjarak 6 kilometer dari hulunya ke muara sungai. Masa terbaik untuk melawati Arung Jeram ini adalah pada musim peralihan monsoon apabila air menjadi lebih deras. Setiap kali sebelum memulakan aktiviti di sini, taklimat keselamatan pasti akan disampaikan terlebih dahulu kepada semua peserta supaya mereka lebih peka dan mementingkan keselamatan diri sendiri.
Untuk bersukan di arung jeram ini anda tidak perlukan sebarang pengalaman kerana semua teknik-teknik pengendalian akan diajar terlebih dahulu.
10. Teratak Riverview
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti water tubing, abseiling dan flying fox. Bermula pada tahun 2008 sehingga sekarang, Teratak Riverview berkembang semakin pesat.
Sekarang, Teratak Riverview menggunakan tenaga solar untuk menjana kuasa elektrik. Para pelawat pasti mengagumi pemandangan yang menakjubkan dan suasana yang selesa bersama rakan-rakan dan orang tersayang.
11. Restoran Garden Seafood
Oleh itu, restoran ini terkenal bukan sahaja dalam kalangan kaum Cina malah Melayu dan juga India. Terdapat pelbagai makanan laut yang enak tersaji di sini dengan harga yang berpatutan seperti sizzling tilapia, sotong madu dan steam turbot fish. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 10:30 malam.
12. Hitz Café
Selain makanannya yang lazat, servisnya juga sangat bagus kerana kesemua pekerja di sini sangat ramah dan mesra. Tempat menarik di Tanjung Malim ini juga sangat sesuai untuk mengadakan majlis hari jadi atau majlis korporat.
13. Akademi ESPEK
Terdapat 20 kabin yang tersedia di sini yang boleh memuatkan sekitar 120 orang dalam satu-satu masa. Tambah menarik lagi, penginapan akademi ESPEK ini terletak bersebelahan dengan jeram yang dipanggil dengan Lubuk Timah.
Memang sangat seronok jika dapat berendam di dalam air sejuk Lubuk Timah. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan seperti memancing, berkhemah, menaiki ATV, flying fox dan banyak lagi.
14. Sarang Art Hub
Seni yang dimaksudkan tidak sahaja termaktub kepada lukisan dan penulisan tetapi juga nyanyian dan mainan alat muzik. Terdapat jamming yang disediakan pada waktu malam untuk menemani malam anda yang hening. Selain menghargai seni, anda juga boleh menyerlahkan bakat artistik anda di samping menikmati sajian sedap di sini.