Nak tahu tempat menarik di Vientiane?
Vientiane adalah ibu negara Laos tetapi ramai pelawat di sini mengatakan bahawa ianya terasa lebih seperti sebuah kampung kecil daripada sebuah pusat bandar yang sibuk. Vientiane mempunyai suasana yang tenang dan terdapat beberapa tarikan di sini menjadikannya sebuah bandar yang sempurna. Wajib untuk anda menghabiskan beberapa hari di sini sebelum anda berkunjung ke tempat lain pula di seluruh negara.
Tahukah anda, Laos dulunya merupakan bekas tanah jajahan Perancis? Oleh itu, anda pasti dapat melihat beberapa bangunan bertemakan Perancis dan tarikan yang kelihatan sedikit bertentangan dengan persekitaran yang berdaun dan eksotik yang membentuk ibu kota ini.
Lokasi Vientiane juga terletak berhampiran dengan sungai. Jadi, anda boleh bersiar-siar di sepanjang persiaran tepi sungai dan menikmati suasana di pasar tempatan. Menarik lagi, anda boleh cuba makanan ringan dan juga makanan jalanan yang lazat.
Terdapat juga sebuah bangunan kuno yang menarik di sini seperti kuil-kuil Buddha. Anda boleh keluar dari kawasan bandar dalam masa yang singkat untuk menerokai kampung-kampung kecil di sekitar kawasan desa berdekatan Vientiane. Bunyi agak menyeronokkan bukan? Mari kita ketahui beberapa tempat menarik di Vientiane pilihan ramai.
Imej via [tumblr]
Taman ini merupakan idea seorang sami yang merancang kawasan itu pada tahun 1958 dan sangat berminat dengan patung Hindu dan Buddha. Sebab itulah anda akan mendapati terdapat pelbagai campuran pengaruh yang berbeza di sini. Begitu unik kan taman Xieng Khuan?
Semasa anda bersiar-siar di sekitar tempat menarik di Vientiane ini, pastikan anda melihat arca Indra yang berada di atas tiga gajah. Arca ini dianggap sebagai raja tuhan dalam agama Hindu. Tarikan lain yang terdapat di sini adalah patung dewa dengan pelbagai muka dan lengan serta patung dewa di atas kuda.
Imej via [justgola]
Berkunjung ke tempat menarik di Vientiane ini, anda juga akan menemui pelbagai gerai makanan jalanan yang menjadikannya salah satu tempat makan yang paling murah di Vientiane untuk menjamu selera di waktu malam.
Imej via [pinterest]
Antara tarikan yang menarik di sini termasuklah artifak tempatan seperti lukisan, ukiran dan sebagainya. Terdapat juga galeri dari zaman prasejarah yang mempamerkan tulang dinosaur dan serpihan kuno yang sememangnya tidak boleh dilepaskan oleh para pencinta sejarah.
Imej via [holidayinvietnam]
Terdapat beberapa pusat lain di Laos tetapi di COPE, ianya mempunyai galeri pendidikan untuk mengajar lebih lanjut mengenai misi keseluruhan COPE dan video kerja yang mereka lakukan di kawasan luar bandar di negara ini.
Anda juga boleh melawat bengkel membuat prostetik di sini untuk mengetahui bagaimana anggota palsu dibuat. Jika anda berada di Vientiane, jangan lupa untuk mengunjungi tempat menarik di Vientiane ini yang sememangnya penuh dengan ilmu pengetahuan.
Imej via [flickr]
Muzium ini terdiri daripada beberapa galeri yang menceritakan kisah Kaysone sejak kehidupan awalnya sehinggalah sekarang. Di dalam dan di luar muzium anda akan melihat beberapa patung Kaysone yang terbuat daripada gangsa yang sangat menakjubkan. Sekiranya anda sukakan sejarah, jangan lepaskan peluang untuk menghayati segala koleksi dan barang pameran di muzium ini.
Imej via [tripadvisor]
Tempat menarik di Vientiane ini membolehkan anda akan menemui sebuah rumah kayu biasa yang dipenuhi dengan alat tenun kuno dan terdapat juga tekstil antik di sini yang mewakili pelbagai jenis kumpulan etnik di Laos.
Jika anda ingin merasai pengalaman yang menarik di sini maka anda juga boleh mengambil kelas lukisan tekstil yang merupakan tarikan utama para pengunjung yang hadir. Bukan sahaja pandai melukis tekstil, tetapi anda boleh abadikan kenangan anda sepanjang berada di muzium ini.
Imej via [handetour]
Anda pasti teruja melihat monumen ini yang besarnya adalah sebahagian daripada Taman Patuxai yang sangat luas. Melihat permandangan di seluruh Vientiane dari puncak Monumen Kemenangan Patuxai sama ada dengan memanjat satu set tangga ke platform tontonan atau menggunakan lif yang terdapat di sini pasti menyeronokkan anda.
Selain itu, anda juga boleh melihat suasana matahari terbenam yang sangat indah sekali. Jika anda datang ke tempat menarik di Vientiane ini, jangan lupa untuk singgah di monumen ini ya!
Imej via [jclao]
That Luang dikelilingi oleh menara-menara cantik dalam gaya masyarakat Laos yang tipikal. That Luang terletak sekitar empat kilometer di luar pusat bandar Vientiane. Ramai pelawat mengatakan That Luang adalah tempat menarik di Vientiane yang bagus untuk dilawati sebagai sebahagian daripada percutian yang indah.
Imej via [golaos]
Anda masih boleh melihat patung asal Wat Ho Phra Keo di Wat Phra Kaew di Bangkok. Kuil ini masih dikenali sebagai ‘Kuil Permata Buddha’ merujuk kepada cerita asal tempatan. Malah tanpa patung, ia juga merupakan kuil yang sangat cantik dengan haknya yang tersendiri.
Imej via [lonelyplanet]
Kuil ini diberi nama Si Muang yang dikatakan oleh lagenda tempatan merupakan seorang wanita Laos yang mengorbankan dirinya untuk dipersembahkan kepada tuhan-tuhan setempat dan membenarkan bangunan itu didirikan kira-kira 400 tahun yang lalu.
Ciri-ciri reka bentuk wat ini benar-benar menakjubkan. Hasil seni bangunan ini mempunyai nilai-nilai yang tinggi mengikut sejarah lampau. Banyak lagi keunikan yang boleh anda lihat di sini.
Imej via [asiatouradvisor]
Imej via [tripadvisor]
Imej via [saodarly]
Kesimpulannya, Vientiane sememangnya mempunyai banyak lagi tarikan lain yang pasti membuatkan anda terpesona dengan keindahannya. Suasananya amat tenang dan damai sesuai untuk anda menghilangkan stress dari segala kerja. Anda juga bakal memperoleh pemandangan yang sangat indah dengan berkunjung ke sini.
Jom baca juga tempat menarik di Xiamen China, tempat menarik di Xinjiang, tempat menarik di Yangon dan tempat menarik di Yala. Semoga bermanfaat!