Setiap kali kita ingin melancong ke luar negara, perkara utama yang akan menjadi kerisauan kita adalah status halal makanannya. Dari segi ruang ibadah yang disediakan sama ada masjid, surau ataupun tempat penginapannya juga haruslah patuh syariah.

Bagi anda yang ingin melancong ke dalam negara Islam, inilah antara negara Islam yang patut anda kunjungi dan sesuai untuk bercuti.

1. Qatar

melancong ke negara islam
Imej via [italianfood]

Salah satu negara yang mempunyai ekonomi berkembang pesat di dunia, Qatar adalah pilihan terbaik untuk anda melancong ke negara Islam. Beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi pusat pelancongan yang popular.

Terletak di Semenanjung Arab dan penduduk dianggarkan 8.5% Kristian, 77.5% Muslim dan 14% beragama lain, Qatar disenaraikan sebagai destinasi percutian negara Islam yang popular.

Qatar menawarkan sejumlah tarikan yang menarik seperti Muzium Kesenian Islam, Desa Budaya Katara, Muzium Mathaf, Souq Waqif, Muzium Sheikh Faisal bin Qassim Al Thani, Benteng Zubarah dan Menara Barzan.

2. Oman

melancong ke negara islam
Imej via [home]

Oman merupakan sebuah negara Islam tradisional yang penuh dengan seni bina Islam yang memukau dan keindahan semula jadinya cukup menarik.

Sekaligus telah menjadikan Oman sebagai salah satu destinasi pelancongan negara Islam yang paling menakjubkan. Melancong ke negara Islam ini membolehkan anda melawati Muscat, ibu kota Oman, dengan menara emasnya yang berkilauan.

Ia adalah salah satu destinasi yang paling menakjubkan di Oman. Tarikan lain termasuklah Pergunungan Hajar, Dhofar, Musandam, Sharqiya, Padang Pasir Wahiba, Benteng Bahla dan Wadi Bani Awf.

3. Jordan

melancong ke negara islam
Imej via [autocarhire]

Jordan mungkin terkenal dengan bandar Petra yang hilang buat kita semua. Memiliki keindahan dan kepelbagaian panorama yang memukau, perjalanan ke Jordan adalah seperti perjalanan ke zaman masa lalu.

Dari pasir kemerah-merahan yang dramatik sehinggalah ke tebing yang menjulang tinggi ianya kelihatan seperti di zaman yang silam.

Selain itu, panorama dataran batu gunung berapi yang luas, bukit-bukit yang kaya dengan pokok zaitun dan reruntuhan peninggalan Petra dan Jerash, menjadikan Jordan sangat mempersonakan yang tiada tandingannya.

Di Jordan anda boleh melawati peninggalan reruntuhan Petra. Ianya adalah harta karun Jordan yang paling berharga dan merupakan tarikan utama pelancongan paling popular di bandar ini. Destinasi seperti Aqaba, Amman, Irbid, Jerash dan Ajlun adalah antara destinasi yang sering dikunjungi oleh para pelancong.

4. Maghribi (Morocco)

melancong ke negara islam
Imej via [friendlymorocco]

Maghribi atau Morocco terkenal dengan budayanya yang unik di mana kemodenan memenuhi Islam tradisional. Maghribi juga memiliki banyak makanan halal, masjid dan penduduk tempatannya yang ramah.

Ia telah menjadi destinasi pilihan bagi pelancong Muslim dan bukan Muslim. Melancong ke negara Islam ini juga amat menjimatkan kos. Maghribi merupakan negara Islam gabungan pengaruh dari Eropah tengah dan berada di antara destinasi mesra halal yang paling popular di dunia.

Pengunjung juga akan merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menikmati makanan halal yang lazat dan menikmati penginapan yang santai di resort percutian dan hotel di Maghribi.

Tempat untuk dilawati di Maghribi adalah Marrakech yang mempunyai beberapa buah resort halal yang paling mewah yang dapat memberikan anda penginapan yang paling selesa di bandar tersebut.

Terdapat begitu banyak destinasi untuk dilihat di Maghribi iaitu Masjid Hassan II, Masjid Karaouine, Masjid Koutoubia, Fes el Bali dan Erg Chebbi.

5. Arab Saudi

melancong ke negara islam
Imej via [sulselekspres]

Arab Saudi adalah sebuah negara dengan keindahan alam yang luar biasa. Bandarnya sangat mempesonakan, pemandangan Pegunungan Asir yang menakjubkan dan percutian ke kota suci Makkah dan Madinah.

Tidak dapat dinafikan lagi, Kerajaan Arab Saudi termasuklah di antara destinasi percutian mesra halal yang terbaik bagi negara Islam.

Tempat untuk dikunjungi di Arab Saudi adalah Makkah dan Madinah yang merupakan tempat suci bagi jemaah haji dan umrah. Selain itu, kota-kota lain yang sering dikunjungi oleh para pelancong termasuklah Jeddah, Dammam, Riyadh, Taif dan Tabuk.

6. Turki

melancong ke negara islam
Imej via [travel]

Turki adalah destinasi yang luar biasa dengan campuran masakan yang enak untuk kita rasai sekiranya melancong ke negara Islam ini. Ia juga merupakan tempat Warisan Dunia dan tinggalan yang indah dari banyak empayar luas dari zaman dahulu.

Sekiranya anda mencari percutian Halal di Eropah, Turki seharusnya ada dalam senarai percutian anda. Beberapa tarikan paling menarik di Turki adalah Istana Topkapi, selat Bosporus, Masjid Sultan Ahmet, Cappadocia, dan Anatolia.

Selain itu, anda juga boleh melawat ke beberapa bandar yang kerap dikunjungi oleh pelancong seperti Istanbul, Antalya, Ani, Oludeniz, Izmir, dan Konya.

7. Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates / UAE)

melancong ke negara islam
Imej via [movehub]

Emiriah Arab Bersatu adalah destinasi percutian yang memukau setiap pelancong dengan kehebatan dan kecemerlangannya sebagai negara Islam. UAE juga adalah destinasi utama pelancongan halal yang menawarkan pelbagai pakej percutian yang mematuhi hukum syariah dan kepercayaan agama Islam.

Destinasi yang mesti dilawati di UAE adalah Abu Dhabi, Dubai, Al Ain, Ajman, Hatta, Fujairah, Khor Fakkan, Sharjah, dan Umm al Quwain.

Selain dari bandar-bandarnya yang paling popular, anda boleh mengunjungi beberapa tarikan utama seperti Masjid Agung, Marina Mall, Pulau Yas, Zoo Taman Emirates, Dolphinarium Dubai, Burj Khalifa, Palm Jumeirah dan banyak lagi.

8. Mesir (Egypt)

melancong ke negara islam
Imej via [g-switch]

Selain Maghribi, Mesir juga merupakan negara yang sangat terkenal dalam hal yang berkaitan dengan perlancongan Islam dan status halal dalam pelbagai segi.

Selain dari warisan budaya dan sejarahnya yang sangat besar, ia menawarkan percutian mesra halal terbaik di dunia yang menawarkan pelbagai jenis makanan halal.

Destinasi yang menarik untuk dikunjungi di Mesir adalah Piramid dan Sphinx di Kaherah, kuil dan makam Firaun di Luxor dan juga belayar di Sungai Nil.

Itulah dia serba tempat untuk melancong ke negara Islam. Jom baca juga negara paling ramai pelancong, negara paling selamat melancong, honeymoon di Pulau Pinang dan tempat honeymoon di Terengganu.

Rujukan

  1. Check Out The Top 11 Halal-Friendly Holiday Destinations Of 2020. https://www.holidayme.com/explore/top-halal-friendly-holiday-destinations/
  2. 11 Stunning Muslim Countries That Everyone Needs To Visit. https://www.tripoto.com/trip/stunning-muslim-countries-that-everyone-needs-to-visit-589d74869163a
  3. Muslim-Friendly Holidays in 2018 – Halal Trip’s Best 13 Countries to visit. https://www.halaltrip.com/other/blog/muslim-friendly-destinations-to-travel-in-2018/

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.