Rasa selamat dan aman semasa bercuti adalah keutamaan yang penting bagi setiap pelancong. Menurut Indeks Keamanan Global 2019, tahap keamanan di kebanyakan negara sebenarnya telah meningkat dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Jom kami kongsikan antara negara paling selamat untuk melancong. 

1. Republik Czech

negara selamat melancong
Imej via [britannica]

Republik Czech mendapat tempat kesepuluh dalam indeks negara paling selamat di dunia untuk melancong. Sejak 30 tahun yang lalu, Republik Czech muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan paling popular dan paling selamat di Eropah.

Di sini merupakan peninggalan seni bina Gothic yang wujud sejak lebih dari 500 tahun yang lalu di Prague. Terdapat juga istana dan chateaux sangat mengagumkan di Republik Czech yang harus anda kunjungi.

2. Jepun

negara selamat melancong
Imej via [policystreet]

Jepun merupakan tuan rumah bagi Piala Dunia Ragbi 2019 dan Sukan Olimpik 2020 adalah alasan lain untuk anda datang ke sini.

Bandar Tokyo, Jepun telah dinobatkan sebagai bandar paling selamat di dunia oleh Economist pada tahun 2017. Jadi sekiranya anda mencari salah satu negara paling selamat di Asia, Jepun adalah jawapannya.

Jepun amat terkenal dengan istana lama dan tempat makanan yang berkelas dunia. Tarikan utama di Jepun adalah kolam mata air panas Kotohira dan sejarah pengeboman Hiroshima.

3. Slovenia

negara paling selamat melancong
Imej via [lonelyplanet]

Slovenia merupakan antara negara paling selamat di dalam senarai kami. Negara ini secara perlahan-lahan telah menarik hati pelancong setelah memenangi European Green Capital Award pada tahun 2016. Kini, semakin ramai pengunjung mengetahui bahawa Slovenia sememangnya merupakan salah satu permata tersembunyi terbesar di Eropah. 

Di samping, terdapat juga ibu kota kecil, glasier Lake Bled adalah tarikan utama Slovenia lain yang tidak boleh anda lewatkan sekiranya berkunjung ke sini.

4. Singapura

negara paling selamat melancong
Imej via [suarasarawak]

Singapura adalah negara paling selamat untuk melancong di Asia Tenggara. Pada tahun 2017, Economist juga menyenaraikannya antara paling selamat untuk dikunjungi di Asia.

Lebih daripada sekadar bandar persinggahan, Singapura menggabungkan kemewahan, glamor dan budaya yang unik.

Tarikan utama di Singapura adalah dengan bermula dari kisah sejarahnya, bandar Chinatown dan Little India, dan yang paling popular adalah Taman Botani yang disenaraikan oleh UNESCO.

Pada waktu malamnya, negara ini akan dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna warni yang memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

5. Kanada

tempat paling selamat melancong
Imej via [liawisata]

Kanada adalah negara dengan kadar jenayah yang sangat rendah, apatah lagi penduduk tempatan yang terkenal meminta maaf atas segalanya. Jadi, jangan lupa untuk memasukkan Kanada ke dalam senarai pelancongan anda ya? Toronto adalah tempat yang penuh dengan budaya dan makanan yang luar biasa.

Sementara itu di Vancouver adalah satu-satunya tempat di dunia ini mana anda boleh bermain ski pada waktu pagi dan berenang di lautan pada lewat petang. Selain itu, di Kanada juga terdapat tasik glasier yang menakjubkan.

6. Denmark

tempat selamat untuk melancong
Imej via [foodnavigator]

Denmark juga merupakan negara Scandia yang paling selamat untuk melancong. Kadar jenayahnya dikatakan antara yang terendah di dunia, menjadikannya negara yang selamat bagi mereka yang mementingkan terhadap keselamatan.

Ibu kota Denmark, Copenhagen, menjadi tumpuan utama bagi pelancong lerana adanya kota lama yang indah, rumah-rumah berwarna-warni dan Istana Amalienborg.

7. Austria

tempat selamat melancong
Imej via [telegraph]

Adakah anda terkejut kerana Austria merupakan salah satu antara 10 negara paling selamat untuk melancong? Walaupun kita ketahui tentang peranan Austria dalam perang pada suatu ketika dahulu, namun kini ianya telah menjadi antara negara paling selamat untuk dikunjungi.

Di sini, anda boleh mengunjungi lokasi-lokasi sejarah perang seperti Eagle’s Nest, yang dikenali sebagai tempat peristirahatan untuk Hitler dan angkatannya.

Lokasi menarik yang lain di Austria termasuklah keindahan alpine di daerah tasik Salzburg, dan Vienna, salah satu bandar terbaik di dunia untuk muzik klasik.

8. Portugal

tempat selamat melancong
Imej via [cfainstitute]

Sebut sahaja Portugal, pasti semua orang mengenalinya. Portugal merupakan negara ketiga paling selamat untuk dikunjungi di dunia. Di sini, anda bebas berjalan di Lisbon atau Porto dengan selamat.

Bagi anda yang mempunyai minat dalam budaya dan sejarah, anda boleh menghabiskan masa berhari-hari menjelajahi Palacio de Mateus atau biara Batalha.

Selain itu, jangan lupa untuk melawat ke Muzium CR7 sekiranya anda peminat setia sukan bolasepak.

9. New Zealand

tempat paling selamat untuk melancong
Imej via [ft]

Semua orang tahu bahawa rakyat di New Zealand merupakan orang yang paling ramah di dunia. Jadi, tidak hairanlah negara cantik ini berada pada nombor 2 dalam negara paling selamat mengikut indeks GPI.

Ramai berpendapat bahawa New Zealand adalah lokasi yang tepat bagi anda yang menggemarkan suasana yang indah. Pantainya yang sangat luas dan menakjubkan untuk dilawati.

Ditambah pula dengan keunikan budaya Maori yang handal dalam bidang pelayaran. Dari segi makanan pula, banyak menu tradisional mereka yang patut dicuba oleh anda.

10. Iceland

tempat melancong selamat
Imej via [crystaltravel]

Mempertahankan kedudukan teratas di senarai negara paling selamat lima tahun berturut-turut mengikut indeks GPI, Iceland adalah negara paling selamat di dunia untuk dijadikan tempat melancong.

Tempat yang telah melonjak populariti sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Iceland adalah negara yang tenang dan santai yang memberikan anda peluang untuk menghilangkan stress.

Pada bulan musim sejuk, tempat yang lebih baik untuk menyaksikan cahaya yang indah melintasi langit yang disebut Aurora terdapat di sini. Sementara itu pada musim panas pula, anda akan dipaparkan dengan keindahan matahari pada waktu tengah malam yang sangat unik.

Jom baca juga tempat honeymoon di Melaka, tempat honeymoon di Pulau Pinang, tempat honeymoon di Terengganu dan tempat honeymoon di Selangor.

Rujukan

  1. These are the safest travel destinations to visit in 2020. https://www.trafalgar.com/real-word/safest-travel-destinations-visit-2020/

2. The Safest Countries in the World. https://www.travelchannel.com/interests/travel-tips/photos/the-safest-countries-in-the-world

3. The 10 ‘Safest’ Countries According to U.S. Travelers. https://www.smartertravel.com/safest-countries-ranked/

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.