India sememangnya sebuah negara yang magikal dan berwarna-warni dengan budaya yang menarik. Sebut sahaja India, anda pasti akan terbayangkan Taj Mahal yang menjadi lambang cinta Sultan Shah Jehan terhadap isterinya yang tiada tandingan.

Anda juga pasti terbayangkan Kashmir yang tinggi, sejuk, dan pengalaman bermain ski di tanah tinggi yang pastinya menjadi kenangan.

Lebih-lebih lagi kalau anda hantu filem Bollywood, pasti teringin sangat nak menjejakkan kaki ke India untuk merasa sendiri suasana yang sering anda tonton di dalam filem terkenal Bollywood. Mana tahu, kalau bernasib baik, mungkin anda dapat melihat kelibat artis bollywood pujaan anda.

Selain itu, bagi yang suka jalan-jalan cari makan, India merupakan destinasi perlancongan yang sangat sesuai untuk anda. Di India terdapat banyak restoran muslim. Jadi, anda takkan mempunyai masalah untuk mencari makanan di sana. Bolehlah anda merasa makanan india yang original di sini.

Di antara lokasi perlancongan di India yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ialah Kashmir, Agra, Jaipur, dan New Delhi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tempat menarik di India yang tak ramai orang tahu.

tempat menarik di india

Sumber: Tourradar

1. Taj Mahal

Jika anda menjejakkan kaki ke India, bangunan yang telah diiktiraf sebagai salah satu daripada benda ajaib di dunia ini adalah destinasi pertama yang wajib anda lawati. Taj Mahal terletak di tebing Sungai Yamuna yang terletak di Agra. Setiap tahun, jutaan pelancong dari seluruh dunia datang ke sini untuk melihat kehebatan senibinaTaj Mahal.

Taj Mahal bukan sahaja terkenal dengan kisah cinta di sebalik pembinaannya, malah ia merupakan bangunan yang mempunyai paksi simetri yang paling sempurna di dunia dengan berasaskan prinsip replikasi dan simetri sekaligus menjadikan keempat-empat bahagian menara bangunan kelihatan serupa.

Apa yang menarik, bangunan ini bukannya dibina pada zaman moden, maka fakta bahawa Taj Mahal mempunyai paksi simetri paling sempurna di dunia adalah sangat mengagumkan. Seperti yang anda tahu, Taj Mahal dibin aoleh Shah Jahan yang merupakan pemerintah Empayar Moghul sebagai lambang cinta kepada isterinya, Mumtaz yang meninggal dunia ketika melahirkan anak Shah Jahan pada tahun 1631.

Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan siap dibina pada tahun 1653. Ia mengambil masa selama 23 tahun untuk disiapkan dengan kos pembinaan RM4.3 billion. Senibina Taj Mahal adalah hasilm ciptaan seorang arkitek yang bernama Ahmed Lahauri. Seramai 20 ribu orang buruh termasuk pekerja buruh, tukang batu, tukang cat, tukang kaligrafi, artis sulaman bekerja untuk membina Taj Mahal.

Taj Mahal dibina dari batu marmar putih dengan kualiti terbaik yang dibawa khas dari Rajasthan, Afghanistan, Tibet dan China. Apa yang menarik, tenaga gajah digunakan untuk mengangkat batu binaan yang berat. Hampir 1000 ekor gajah digunakan untuk membina Taj Mahal. Taj Mahal masih kukuh dan megah berdiri sehingga ke hari ini.

2. India Gate

India Gate merupakan tugu peringatan setinggi 42 meter yang  dibina pada tahun 1931 untuk menghormati askar India yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk kesejahteraan negara.. Dibawah pintu gerbang ini terdapat nyalaan api yang tidak pernah dipadamkan sebagai tanda penghormatan.

tempat menarik di india

Sumber: Goibibo

3. Jal Mahal

Di India bukan sahaja ada Taj Mahal, malah ada juga Jan Mahal yang turut dikenali sebagai Istana Air. Ia merupakan sebuah istana yang terletak di tengah Tasik Man Sagar. Senibina iatana ini merupakan gabungan senibina Mughal dan Rajput. Jan Mahal mempunyai 5 tingkat dan apa yang menarik, 4 daripada tingkat tersebut akan berada di dalam air apabila air tasik naik. Pemandangan di sini tiada tandingannya.

4. Kashmir

Kashmir atau nama jolokannya Paradise on Earth  terletak di bahagian utara India dan bersempadan dengan Pakistan. Kashmir adalah sebuah kawasan yang bergunung-ganang dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia kerana ia memiliki 4 musim. Kami cadangkan anda datang ke sini pada bulan April semasa Kahmir sedang mengalami musim bunga. Pemandangannya paling cantik semasa musim bunga. Di antara aktiviti menarik di sini ialah meluncur salji.

tempat menarik di india

Sumber: Wikipedia

5. Hare Krishna Temple

Hare Krishna Temple merupakan  kuil yang terkenal di New Delhi, India. Di kuil ini juga terdapat dewan teater. Kalau anda bernasib baik dan datang tepat pada masanya, anda dapat melihat persembahan teater di sini.

6. Kalkaji Mandir Hindu Temple

Kalkaji Manjir Hindu Temle merupakan sebuah lagi kuil terkenal di New Delhi yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk menjalankan ritual keagamaan.

7. Masjid Jama

Kalau anda nak tahu, terdapat ramai yang beragama islam di India dan ada banyak masjid di sini. Di antara masjid yang popular ialah Masjid Jama iaitu masjid terbesar di New Delhi yang dibina semasa pemerintahan Empayar Islam Mughal pada kurun ke-17. Masjid ini terletak di Bazar Chawri. Masjid ini mempunyai banyak pintu masuk dan dilengkapi dengan dua menara dan beberapa buah kubah. Masjid ini mampu menampung menampung 25 000 orang jemaah pada satu masa.

8. Akshardham Temple

Akshardham Temple merupakan kompleks kuil Hindu moden yang dibina pada tahun 2005 yang mempunyai ciri senibina yang moden. Namun anda tidak dibenarkan membawa apa-apa semasa masuk ke kuil ini. Semua barang termasuk handbag dan handphone perlu ditinggalkan di ruang yang disediakan. Mengambil gambar juga tidak dibenarkan. Kalau nak tahu bagaimana rupa di dalamnya, anda perlu masuk sendiri.

Tempat menarik di india

Sumber: Akshardham

9. Kompleks Sejarah Hauz Khas

Kompleks bersejarah Hauz Khas yang sebelum ini dikenali sebagai Hauz-e-Alaimerupakan kompleks tinggalan sejarah yang dibina pada awal 1300 an. Di dalam kompleks ini terdapat masjid, makam dan juga tangki air yang digunakan untuk menyimpan air hujan untuk digunakan pada musim kering atau kemarau.

10. Kompleks Sejarah Lodi Gardens

Kompleks Sejarah Lodi Gardens merupakan taman awam yang menempatkan makam-makam Mughal dan juga berbagai tinggalan binaan lagi yang berusia lebih daripada 500 tahun.

11. Kubu Agra

Kubu Agra merupakan salah satu daripada kubu Mughal yang paling kukuh dan terbaik yang terdapat di India. Menurut sejarah, pada asalnya ia merupakan kubu bata yang dimiliki oleh puak Rajputs namun berjaya ditawan oleh Mughal semasa peperangan dan dibina semula oleh Maharaja Akbar.

Maharaja Akbar akhirnya memutuskan untuk memindahkan pusat pemerintahannya ke Agra pada tahun 1558. Selepas Agra menjadi sebuah negeri islam, sebuah masjid dibina di kubu ini. Selain masjid, terdapat juga dewan awam dan dewan peribadi, menara dan juga taman awam.

12. Mehtab Bagh

Kompleks Mehtab Bagh terletak betul-betul di hadapan Taj Mahal. Biasanya, pelancong yang tidak mampu membayar bayaran masuk ke Taj Mahal akan datang ke sini untuk melihat Taj Mahal dari jauh. Mehtab Bagh dibina oleh Maharaja Babur yang merupakan pengasas kepada Empayar Mughal.

tempat menarik di india

Sumber: Cpreecenvis

13. Amber Palace

Amber Palace merupakan sebuah istana lama terletak di kawasan pergunungan Aravalli. Jika anda sampai ke Jaipur,  Amber Palace merupakan destinasi yang wajib anda lawati.

Istana ini siap semasa pemerintahan Sultan Mirja Raja Jai Singh. Pemandangan di istana ini sangat cantik dengan berlatar belakangkan Tasik Maota. Kami cadangkan anda datang ke sini semasa matahari terbenam.

14. Hawa Mahal

Hawa Mahal yang juga dikenali sebagai Istana Angin atau Istana Bayu merupakan antara tempat menarik yang wajib dilawati semasa berada di Jaipur. Istana ini dibina oleh Maharaja Sawai Pratap Singh pada tahun 1798. Apa yang menarik, istana ini mempunyai 953 tingkap kecil yang dikenali sebagai jharokas yang membolehkan bayu dari laut sentiasa masuk ke dalam istana ini setiap masa tanpa mengira musim.

Lagi hebat, tingkap-tingkap kecil ini dibina dengan rekaan di mana orang luar tidak dapat melihat ke dalam istana walau pun ia sentiasa terbuka. Pada satu masa dahulu, Hawa Mahal menjadi tempat percutian utama keluarga diraja Rajput ketika musim panas. Hari ini, istana ini dibuka kepada orang ramai.

15. Nahargarh Fort

Nahargarh Fort merupakan kubu yang dibina oleh Jai Singh II pada tahun 1857 untuk menjaga keselamatan dari serangan musuh. Pemandangan di kubu ini sangat cantik, terutamanya pada waktu matahari terbenam dan pada waktu malam.

Tempat menarik di india

Sumber: Lonelyplanet

16. Indira Gandhi Memorial Tulip Garden

Indhira Gandhi Memorial Tulip yang terletak di Srinagar merupakan sebuah taman tulip yang terkenak di seluruh dunia dengan keindahan bunga tulip yang berwarna-warni. Tulip di sini kembang mekar sepanjang tahun. Jadi, tak kira pada bulan apa sekali pun anda datang, anda takkan kecewa.

17. Pari Mahal

Pari Mahal merupakan sebuah bangunan unik yang dibuat dari tanah liat yang terletak di puncak gunung Zabarwan. Senibinanya adalah berkonsepkan senibina Mughal. Selain rekabentuk bangunannya yang cantik, pemandangan di sini juga sangat luar biasa.

18. Chashme Shahi

Tempat menarik di India yang seterusnya ialah Chashme Shahi yang merupakan taman bunga yang dibina semasa pemerintahan Raja Mughal. Taman ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan yang merupakan Maharaj Mughal ketika itu. Shah Jahan juga merupakan raja yang membina Taj Mahal, jadi anda pasti boleh mengagak betapa cantiknya taman ini.

19. Gulmarg

Gulmarg yang juga dikenali sebagai Switzerland of asia merupakan kawasan yang menjadi destinasi pelancongan yang paling popular dengan pemandangan pergunungan yang diliputi salji seakan-akan Pergunungan Alps di Switzerland. Anda boleh bermain ski di sini. Untuk naik ke puncak gunung, anda boleh menaiki kereta kabel dan gondola. Selain bermain ski, di puncak gunungnya juga ada resort untuk anda sewa jika teringin merasai pengalaman tidur di puncak gunung bersalji.

20. Sonamarg

Jika anda sampai ke Kashmir, jangan lupa untuk singgah ke Sonamarg yang juga dikenali sebagai silk road atau jalan sutera yang menjadi di antara tarikan utama di Kashmir. Menurut sejarah, pada suatu masa dahulu, Sonamarg merupakan jalan yang menghubungkan di antara Kashmir dan China. Pemandangan di sinis sangat mengagumkan. Namun pada musim sejuk, anda tidak dapat datang ke sini kerana jalan ditutup akibat salji yang sangat tebal.

tempat menarik di india

Sumber: Globalindia

21. Glasier Thajiwas

Jika anda sampai ke Kashmir, jangan lupa juga untuk singgah di Glasier Thajiwas untuk melihat glasier. Di sini juga terdapat sebuah masjid.

22. Pahalgam

Tempat menarik seterusnya ialah Pahalgam yang juga dikenali sebagai little switzerland. Pemandangan di sini sangat menarik dan anda akan berasa seolah-oleh berada di Switzerland. Di sini ada banyak aktiviti outdoor yang boleh anda lakukan seperti menunggang kuda, hiking, jungle trekking, dan berkayak di jeramnya yang agak mencabar.

23. Pampore

Pampore merupakan pusat menanam tanaman rempah termahal di dunia iaitu safron yang banyak digunakan sebagai herba di dalam masakan. Di India, safron juga dimasukkan ke dalam teh untuk meningkatkan aroma teh. Kami cadangkan anda datang ke Pampore pada bulan Oktober kerana pada masa ini safron yang ditanam di sini sedang mekar berkembang dan menunggu masa untuk dituai.

Selain melihat safron yang sedang mekar, anda juga dapat melihat kerja menuai safron yang unik dan tak dapat dilihat di tempat lain. Nak tahu kenapa safron berharga sangat mahal? Daripada 6 hektar tanaman safron, ia cuma mampu menghasilkan 5 hingga 7 kilogram safron sahaja. Itulah sebabnya kenapa safron menjadi tanaman rempah yang paling mahal di dunia.

Tempat menarik di india

Sumber: Maverickbird

Itulah dia perkongsian kami tentang 23 tempat menarik di India yang untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.