Bila sebut Nilai, Negeri Sembilan pastinya anda terus terbayangkan pusat membeli-belah. Shopping! Orang perempuan, siapa yang tak suka shopping.
Tahukah anda bahawa yang sebenarnya, selain syurga membeli-belah, Nilai mempunyai banyak kawasan tarikan pelancong yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hujung minggu dan cuti sekolah. Jom kami kongsikan tempat menarik di Nilai yang ramai orang tak tahu.
Sumber: Orangnogori
Kami masukkan Nilai 3 sebagai tempat menarik di Nilai yang pertama kerana Nilai sememangnya sinonim dengan aktiviti membeli-belah. Setiap hari, Nilai 3 menjadi tumpuan ramai pengunjung. Kalau anda datang pada hujung minggu, Nilai 2 penuh sesak dengan orang ramai. Apatah lagi kalau anda datang menjelang hari perayaan seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, dan sebagainya. Di antara barangan yang ada di Nilai 3 ialah:
Kalau dah berjalan-jalan cuci mata sambil membeli-belah, pastinya anda akan berasa lapar dan dahaga, betul tak? Tak perlu risau. Di Nilai 2 terdapat banyak gerai makanan yang anda boleh pilih. Nak makan laksa, mee sup, nasi lemak, atau makanan goreng panas-panas? Semuanya ada.
Kalau anda rasa tak puas membeli-belah sambil cuci mata di Nilai 2, anda boleh sambung pula di Nilai Square. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual pakaian, tekstil, dan peralatan rumah. Pendek kata, bila datang ke Nilai anda kena bawa duit yang banyak sebab sememangnya ada bermacam-macam benda menarik untuk anda beli.
Sumber: Tripzilla
Dah puas berjalan di Nilai 2 dan Nilai Square, anda boleh melepak sambil berehat ambil angin di Dataran Nilai. Tak susah untuk mencari lokasi Dataran Nilai. Ianya terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Nilai dengan sebuah menara jam sebagai mercu tanda. Parking di sini juga agak mudah kerana ada banyak petak parking yang disediakan.
Selain menara jam, di Dataran Nilai juga terdapat taman permainan kanak-kanak. Kalau anda datang bersama anak kecil, bolehlah upah dengan bermain di sini selepas mereka menemani anda bershopping sepanjang hari. Apa yang menarik, di Dataran Nilai jug terdapat pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol, mini amphitheater, dan padang bola.
Lanskap di Dataran Nilai juga sangat menarik kalau anda jenis yang suka berselfie dan check in di media sosial. Di sini juga ada gerai untuk anda menjamu selera. Kalau anda ke sini pada waktu malam, suasananya adalah lebih menarik dengan pancaran lampu yang berearna-warni.
Selain Dataran Nilai, anda juga boleh bersantai di Taman Awam Nilai. Taman dengan keluasan 4 hektar ini menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat pelbagai tarikan yang menarik di sini seperti:
Menariknya, di Taman Awam Nilai terdapat sebuah mural batu granit yang memaparkan maklumat tentang keenam-enam Perdana Menteri Malaysia. Sambil-sambil anda bersantai ambil angin segar di sini, bolehlah anda tambahkan ilmu pengetahuan am tentang negara Malaysia yang tercinta.
Homestay Kampung Pelegong bukan seperti homestay lain yang ada di Malaysia. Biasanya kalau pergi ke homestay, ianya adalah rumah persendirian yang disewakan kepada orang awam, ala-ala macam hotel. Maksudnya rumah untuk menginap. Tapi Homestay Kampung Pelegong menawarkan lebih daripada sekadar penginapan.
Jika anda datang ke sini, anda berpeluang untuk melihat pelbagai aktiviti menarik seperti:
Sumber: Malaysia
Tempt menarik di Nilai yang seterusnya ialah Kelab Kemayan 1388 iaitu sebuah kelab golf bertaraf sederhana. Kelab golf 9 lubang ini sesuai bagi mereka yang baru nak belajar bermain golf. Kalau anda belum pernah main golf, apa kata anda cuba bermain golf di sini. Bayaran yang dikenakan juga sangat murah iaitu RM 44.00 untuk Isnin hingga Jumaat dan RM 54.00 untuk hari Sabtu dan Ahad.
Selain padang golf, di antara kemudahan lain yang ada di Kelab Kemayan 1388 ialah:
Taman Kejiranan Rasah Kemayan mrupakan satu projek yang diusahakan oleh Majlis Perbandaran Nilai yang berkeluasan 8 ekar dengan peruntukan sebanyak 2.9 juta. Taman ini merupakan yang pertama seumpamanya di Negeri Sembilan. Menarik, kan? oleh itu, kalau anda dah sampai ke Nilai jangan lupa untuk singgah di tempat menarik ini. Di antara kemudahan yang ada di sini termasuklah :
Tempat menarik di Nilai yang seterusnya ialah Hutan Lipur Lenggeng terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Lenggeng. Keistimewaan hutan lipur ini adalah kerana jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadinya, ditambah pula dengan hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas yang berterbangan beba di sini.
Di ntara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah:
Sumber: Tamanbukitinai
Tahukah anda, Nilai juga dikenali sebagai bandar ilmu kerana terdapat banyak institusi pendidikan tinggi di bandar ini dan salah satu daripadanya ialah Universiti Sains Islam Malaysia atau nama singkatannya USIM. Kalau dah sampai ke Nilai, jangan lepaskan peluang untuk masuk ke kampus USIM dan berjalan-jalan di sekitarnya untuk melihat suasana kampusn universiti yang cantik. Sesekali masuk ke kawasan universiti, pastinya mengimbau kembali kenangan sewaktu anda belajar di universiti satu masa dulu, kan?
Itulah dia beberapa tempat menarik di Nilai yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Negeri Sembilan, tempat menarik di Johor dan tempat menarik di Sekinchan