Hong Kong terkenal dengan pelakon-pelakon mereka seperti Jackie Chan. Selain itu, Hong Kong juga terkenal kerana Disneyland, tempat yang digemari orang dari semua peringkat umur.

Kali ini, Puan Hafizah Hanafi pula yang sudi berkongsi pengalaman beliau ketika travel ke Hong Kong bersama bayi. Semoga artikel ini dapat membantu anda yang ingin travel ke luar negara bersama bayi atau anak-anak kecil.


Overall saya boleh conclude, orang HK not so baby friendly, no common courtesy. Mereka jalan laju sungguh, langgar-langgar orang itu biasa. Saya dukung Aisy Mateen dalam bas, kaki Aisy Mateen terjuntai sikit dia tolak macam itu sahaja kaki anak saya. Haha. Citizen dia nak senyum or say “excuse me” itu memang tak. English memang langsung mereka tak faham. Agak susah bila nak tanya orang awam dekat sana. Sebab mereka tak faham apa kita cakap.

Train station (MTR) dekat HK tak semua laluan ada lift dan elevator. Kebanyakkannya tangga. Kami yang pakai stroller ini memang akan buka tutup stroller or angkat sahaja stroller naik turun tangga. Tips, bawa dua-dua, stroller and baby carrier. Saya tak bawak baby carrier sebab Aisy Mateen dah berat sakit pinggang dukung dia. Stroller pilihlah yang ringan dan compact.

Bas.

Kalau anda pilih untuk pusing HK naik bas, please study and master dia punya route. Kami memang menyesal naik bas. Hari first sahaja dah sesat. Selepas itu terus decide tak nak naik bas dah. Kami pilih MTR and Uber sahaja.

Ding Ding.

Ding Ding ini nama transport mereka. Bentuk macam bas tapi lalu dekat railway atas jalan raya. Kami naik sekali sahaja Ding Ding. Sebab ya, MashaAllah dia punya compact dan lembab. Kalau anda yang jenis kejar masa, tak perlulah naik Ding Ding. Kalau rasa nak menikmati keindahan bandar HK boleh santai-santai naik Ding Ding.

Semua transport di atas kami bayar guna Octopus card. Octopus card beli sesiap dekat HK Airport. Beli 150HKD, dalam card ada 100HKD, 50HKD deposit akan dapat balik time pulangkan card.

Baby room.

Dekat airport HK sahaja memang ada baby room khas dan breastfeed room. Tempat-trmpat lain memang tak ada baby room khas, breastfeeding room lagi tak ada. Sebab mostly toilet perempuan dekat HK ada sediakan tempat untuk change diapers. Jadi kalau nak tukar diapers anak, masuk sahaja toilet perempuan ada sediakan tempat untuk change diapers. Wipes tissue prepare secukup yang mungkin, and bawa botol spray air sebab tak ada tempat untuk basuh poo poo anak. Since Aisy Mateen masih fully breastfeed (BF). Saya memang dah set in mind kena Bf in public. Jadi memang bawa semua baju yang Bf friendly.

Tandas.

Tandas dekat HK semua tak ada paip ya, bidet pun tiada. Memang toilet bowl and tissue sahaja yang ada. Bagi memudah dan melanjarkan segala urusan di toilet, bawa lah portable bidet or botol kosong untuk isi air.

Islam Food Restaurant


Ladies Market


Itinerary kami:

1st Day

1. KLIA to HK Airport
2. Arrived at HK Airport –beli sim card and octopus card.
3. Shared Coach Transfers from HKG Airport to Airbnd (area Mong Kok Town) -Coach Pre-Order at Klook (RM35/pax)
4. Check in Airbnd unpack, solat and rest.
5. Malam pergi makan dekat Islam Food Restaurant – from MTR Mong Kok Station to Lok Fu Station. Dah sampai Lok Fu, kami naik bas 11D to Lung Kong road Kowloon City.

Space Museum

2nd Day

1. Whole day at HK Disneyland – MongKok Station (tsuen wan lane) to Lai King Station (interchange at Lai King Platform 3 towards Tung Chung) to Sunny Bay Station (Interchange at Sunny Bay Platform 3 towards Disneyland Resort)
2. Tips untuk main ride dan tengok semua show anda boleh download apps Disneyland dan ambil peta dekat information counter. Schedule semua show ada dalam apps and anda boleh plan nak start dari park mana supaya tak terlepas untuk main semua ride yang ada dan tengok live show. Live show dia bagi saya sangat best and enjoyable. Parade dia ada dua masa, satu waktu siang pukul 2.45 petang and satu lagi night parade pukul 8.30 malam. Tengok lah dua-dua parade. Enjoy!
3. Tempat makan dan tempat solat dalam Disneyland. Restaurant halal ada di Tahitian Terrace dan The Explorers Club. Tapi saya suggest pergi makan dekat The Explorers Club, sebab lagi best dan sedap. Nasi pun bentuk mickey, comel sangat. Tempat solat sebelah sahaja dengan The Explorers Club. Dia tak mention prayer room, die mention Quite Room. Ada sediakan tempat ambil wuduk. Bilik itu sharing ya lelaki & perempuan. Telekung bawa sendiri.

3rd Day

1. Mong Kok Station to Tsim Sha Tsui Station (walk to East Tsim Sha Tsui Station)
2. Tsim Sha Tsui sightseeing – Clock Tower, Tsim Sha Tsui Promenade, Avenues of Stars, Hong kong museum of history(10.00am-6pm), Hong Kong Space Museum(1.00pm-9.00pm), Kowloon Park & Clock Tower.
3. Hop onboard the Aqualuna ship cruise for sunset view of Victoria harbour. Departure time: 5.30pm – Ticket pre-book dekat Klook, sangat worth it naik cruise ini.
4. Victoria Harbour & Symphony of Lights – pukul 8pm, bagi saya tak perlu tengok pun tak apa sebab biasa-biasa sahaja. Better anda jalan-jalan dekat museum yang ada area situ.
5. Makan dekat Hung’s Chinese Restaurant area Tsim Sha Tsui-roasted chicken, black pepper beef and fried rice. Roasted Chicken serious sedap.
6. Sebelum balik Airbnb singgah Ladies Market beli souvenir.

4rd Day

1. To Islamic canteen (Wan Chai) for breakfast- Mong Kok to Admiralty Station to Wan Chai Station and walk to Islamic Canteen.
2. To Monster Building – Caseway Bay Station to Tai Koo Station, walk on Kang Road until reach Montane Mansion.
3. Lunch at Wai Kee Restaurant – Makan Roasted Duck, kami naik Ding Ding dari Mount Parker 18W ke 46W. Walk to Bowrington Road Market. The food centre is located on the 2nd floor of the Bowrington Road Indoor Market building. Enter via the escalator on the Bowrington Road side of the building.
4. Lepas makan pergi balik Islamic canteen untuk solat.
5. To Victoria Peak – From MTR Central Station, make your way to the J2 exit and walk up to the ground level. Turn right, through Chater Garden, cross Queen’s Road Central, and make your way up Garden Road. You will pass the Bank of China Tower and Three Garden Road on your left and St John’s Cathedral on your right.
Peak Tram -> Victoria Peak -> Peak Tower /Sky Terrace 428 – Ticket Tram pre-book siap-siap dekat Klook juga.
6. Dinner dekat Airbnb sahaja makan nasi Brahim.

Victoria Peak

5th Day

1. Let’s go home, pack and move to airport by Uber.
Di Airport ada dua restaurant Halal. Popeye Louisiana Kitchen and Old Town White Coffee. Semasa kami datang, Popeye Louisiana Kitchen tutup sebab tengah renovate. Jadi kami makan dekat Old Town White Coffee. Dua-dua restaurant ini dekat dalam departure hall.

Monster Building


Total Budget ground:
1 HKD = 0.527 MYR

1. Flight Ticket (2 adult, 1 Infant) : RM1581.00 (Malaysia Airline)
2. Airbnd : RM3000 (Sharing 3 family, RM1000 per family)
3. Ticket Disneyland: RM583 (2 adult without food)
4. Shared Coach From HKG Airport to Airbnd : RM35/pax
5. Sim card 4G 5days : RM167 (boleh cari yang lagi murah)
6. Peak Tram + Sky Pass (Round Trip): RM45/pax
7. AquaLuna Evening Sail Cruise: RM98/pax
8. Octopus Card: RM150/pax

Central Hong Kong


*Seronok bila dapat bawa anak serta suami atau isteri berjalan bersama. Memang ada orang mengaggap anak kecil sebagai halangan tetapi sekarang anda boleh rujuk tips di atas dan travel freely. Have a nice trip!

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/hafizah.hanafi.1/posts/2664823690212775

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.