Bandar Teluk Intan yang terletak di negeri Perak adalah pusat pentadbiran dan merupakan Bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Teluk Intan ini dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson ini merupakan Bandar ketiga terbesar dengan populasinya kira-kira 120,000 orang.

tempat menarik di teluk intan

Imej via [blog.tourism]

Fokus utama kegiatan ekonomi di sini adalah penanaman kelapa sawit. Sepertimana daerah-daerah lain di negeri Perak, Teluk Intan juga mempunyai  beberapa mercu tandanya yang unik dan peninggalan sejarah yang tidak ternilai. Mari kita ikuti beberapa tempat menarik di Teluk Intan terbaik untuk anda kunjungi.

1.  Menara Condong Teluk Intan

tempat menarik di teluk intan

Imej via [bidadari]

Anda tidak perlu bersusah payah untuk terbang ke Itali hanya untuk melihat menara condong kerana di Teluk Intan juga anda dapat melihatnya. Menara ini telah siap dibina sekitar tahun 1892 dan fungsi utamanya adalah sebagai tangki air untuk penduduk sekitar Teluk Intan.

Tempat menarik di Teluk Intan ini kemudiannya sedikit demi sedikit menjadi condong akibat tampungan beban tangki air dan kerana asas tanahnya yang lembut. Luarannya kelihatan seolah-olah seperti mempunyai 8 tingkat namun kenyataannya cuma ada 3 tingkat saja di dalamnya.

Pengunjung yang hadir boleh menaiki sehingga 110 anak tangga untuk naik ke atas tangki air ini. Menara ini kelihatan lebih menarik apabila tiba waktu malam di mana terdapat lampu berwarna-warni yang akan dinyalakan.  Ia amat sesuai untuk para pengunjung bergambar.

2.  Pusat Rekreasi River Front Teluk Intan

tempat menarik di teluk intan

Imej via [mdfaiez84]

Tempat menarik di Teluk Intan berkonsep taman rekreasi ini sangat indah dengan tangga batu yang panjangnya kira-kira 200 meter di sepanjang tebing sungai.  Tempat ini menjadi tumpuan utama rata-rata pengunjung untuk beriadah mengambil angin terutamanya pada waktu petang.

Selain beriadah, pusat rekreasi ini juga sangat sesuai  untuk berfoto kerana pemandangannya yang indah bersama lanskapnya yang dijaga dengan sangat rapi, terutamanya semasa matahari melabuhkan tirainya di waktu senja. Ada juga jeti-jeti di sepanjang pusat rekreasi ini yang juga sangat indah sebagai koleksi gambar anda.

3.  Balai Polis Teluk Intan

tempat menarik di teluk intan

Imej via [telukintan]

Balai Polis ini merupakan antara bangunan bersejarah yang ada di Teluk Intan. Asalnya bangunan ini adalah bangunan pentadbiran pihak kastam yang mengurus tadbir di sekitar Teluk Anson. Tempat menarik di Teluk Intan ini diwujudkan setelah mesyuarat Dewan Negeri Perak telah melakukan perubahan terhadap nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson sekitar tahun 1882.

Ia kemudiannya bertukar menjadi balai polis kerana faktor kedudukannya yang strategik dan berada di tengah Bandar. Reka bentuk bangunannya sangat unik dengan nilai sejarahnya yang tersendiri maka anda wajib singgah ke sini untuk bergambar sebagai kenangan.

4.  Sungai Perak

tempat menarik di teluk intan

Imej via [OrangBukit]

Salah satu tempat menarik di Teluk Intan sesuai untuk bercuti dan bersantai adalah Sungai Perak. Di sini, anda bukan sahaja boleh bersantai malah boleh juga menghirup udara segar di sepanjang tebing sungai dengan menaiki bot penambang.

Tambang untuk menaiki bot ini murah sahaja iaitu cuma 50 sen sahaja untuk satu kepala. Tambang sebanyak 50 sen yang telah anda bayar ini akan membawa anda ke sepanjang Sungai Perak ini dengan perjalanan sekitar 10 ke 15 minit. Sekiranya anda menyewa moto di Teluk Intan, anda juga boleh membawanya menaiki bot penambang ini dengan kadar tambangnya hanya 60 sen sahaja.

Dengan menaiki bot disediakan, anda akan dibawa ke Jeti Penambang Kampung Cina di mana anda boleh bersiar-siar untuk melihat sendiri kehidupan para nelayan sebelum pulang ke tebing Sungai Perak.

5.  Memorial Peringatan Perang Batu Bertenggek

tempat menarik di teluk intan

Imej via [rakyatnet]

Anda akan dapati sebuah memorial peringatan yang dipanggil ‘Batu Bertenggek’ di persimpangan sebuah jalan utama di Teluk Intan. Memorial ini dibina bagi memperingati perajurit tanah air yang terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama.

Kisahnya bermula apabila seorang perajurit Inggeris telah menempatkan batu ini di atas kekakinya. Dahulunya batu ini dipercayai hanya bersaiz sebuah kotak mancis namun telah membesar sehingga menjadi saiz sebuah kereta kecil yang  boleh dilihat kini.

Terdapat ramai pengunjung yang hadir ke tempat menarik di Teluk Intan ini untuk menghargai peristiwa pahit perang masa lalu dan juga untuk bergambar sebagai kenangan.

6.  Pasar Besar Teluk Intan

tempat menarik di teluk intan

Imej via [rileku]

Kepada mereka yang sukakan makanan laut, pasar besar ini wajib anda kunjungi. Ianya masyhur dengan jualan hasil tangkapan laut dan sungai pada harga yang sangat berpatutan. Pelbagai ikan, sotong, kerang, siput dan sebagainya telah ditangkap segar pada hari yang sama. Selain barangan basah, pelbagai sayuran juga ada terjual di sini di mana ianya merupakan produk yang ditanam sendiri oleh para petani di Teluk Intan.

Waktu terbaik untuk berkunjung ke Pasar Besar ini adalah pada awal pagi buta di mana produknya datang segar dari ladang atau perairan.  Jika berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk melawat Pasar Besar ini sebelum anda meneruskan perjalanan pulang.

7.  Jeti Stesen Telimetri di Kampung Terengganu

tempat menarik di teluk intan

Imej via [agarakutidaklupa]

Salah satu jeti yang tercantik di Teluk Intan adalah Jeti Stesen Telimetri.  Panoramanya kelihatan indah berhiaskan bot-bot yang berlabuh di tepian jeti tersebut yang pasti membuatkan anda berasa tenang sepanjang berada di sini. Bagi penggemar fotografi, tempat menarik di Teluk Intan ini paling sesuai untuk anda mendapatkan banyak gambar menarik buat koleksi gambar anda.

8.  Restoran Udang Galah Teluk Intan

tempat menarik di teluk intan

Imej via [twitter]

Sungai Perak adalah salah satu tempat pembiakan udang galah yang aktif kerana mempunyai banyak ceruk-ceruk yang sesuai untuk pembiakannya. Restoran Udang Galah Teluk Intan yang tergolong dalam tempat menarik di Teluk Intan ini ada menjual santapan enak udang galah yang sangat popular dan hangat diperkatakan di Teluk Intan.

Terdapat juga menu lain di sini seperti ikan bakar, kerang dan sayuran tempatan dengan masakan gaya Melayu tradisional yang sangat sedap. Anda boleh memilih menu udang galah anda mahu dimasak bagaimana sama ada masakan kari, goreng, masak merah atau lain-lain.

Restoran ini sangat terkenal dalam kalangan para pelancong kerana kualiti makanannya yang tersaji enak sehinggakan para pengunjung sanggup beratur panjang untuk makan tengah hari di sini.

9.  Restoran Mastan Ghani

tempat menarik di teluk intan

Imej via [forum.lowyat]

Terdapat juga restoran yang juga tidak kurang popularnya di Teluk Intan ini iaitu Restoran Mastan Ghani. Restoran ini termasyhur dengan menu sajian mi rebus dan rojaknya yang enak.  Tempat menarik di Teluk Intan ini telah ditubuhkan sejak tahun 1961 sehingga kini di mana sekarang ia diuruskan oleh cucu pengasas restoran tersebut.

Kuah mi rebus tersebut diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti cili, serbuk cili, rempah ratus dan rahsia resepi mereka yang tersendiri yang membuat rasa mi rebus di sini enaknya lain dari yang lain.  Restoran ini sangat unik dan disukai oleh ramai pengunjung.

Pembukaan restoran ini pada mulanya hanya sebuah kedai tetapi kini sudah mempunyai beberapa buah cawangan di sekitar Teluk Intan.  Jika anda seorang yang meminati sajian mi rebus, anda harus mencuba mi rebus versi Teluk Intan ini.  Untungnya jika anda dapat merasai sendiri kelazatannya yang tidak terhingga.  Anda harus datang awal supaya tidak perlu beratur panjang.

10.  Beting Beras Basah

tempat menarik di teluk intan

Imej via [Orangperak]

Beting Beras Basah yang berhampiran dengan Sungai Perak ini adalah kawasan berpasir yang kadang kala timbul dan kadang kala tenggelam apabila berlaku fenomena air pasang surut. Pengunjung boleh melihatnya dengan berjalan di atas jambatan panjang yang dipanggil Panca Persada.

Tempat menarik di Teluk Intan ini adalah sangat penting buat kerabat diraja Perak bagi mengadakan istiadat yang juga merupakan susur galur daripada kesultanan Melayu Melaka. Beting Beras ini juga dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di situ.

Setiap kali pertabalan Sultan Perak, bakal sultan tersebut haruslah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.

11.  Cendol Durian Teluk Intan

tempat menarik di teluk intan

Imej via [PlacesMap]

Gerai ini terletak berhampiran dengan Masjid At-Taqwa.  Jika anda seorang penggemar cendol dan laksa, anda wajib singgah ke sini. Laksa di sini terkenal dengan kuahnya yang sangat pekat dan lazat di samping anda dapat menjamahnya dengan membasahi tekak anda bersama cendol durian yang istimewa di tempat menarik di Teluk Intan ini.

Gerainya kelihatan biasa-biasa sahaja namun siapa sangka gerai ini menyajikan makanan yang tidak kurang enaknya untuk santapan makan tengah hari mahupun petang. Gerai ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

12.  Gerbang Malam (Uptown Teluk Intan)

tempat menarik di teluk intan

Imej via [Orang Perak]

Siapa kata Teluk Intan tiada tempat untuk dikunjungi dan membeli-belah pada waktu malam?  Jika di Kuala Lumpur, terdapat Petaling Street maka Teluk Intan ada Gerbang Malam. Gerbang Malam ini terletak berhadapan dengan Menara Condong.

Konsepnya adalah sama iaitu bazar yang menjual pelbagai barangan pada larut malam. Pelbagai barangan yang boleh anda dapatkan di sini seperti pakaian, tudung, aksesori, kasut, barangan runcit, makanan dan sebagainya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa jika anda ingin mendapatkan harga yang sedikit murah, anda boleh berkunjung dan membeli barangan di sini pada penghujung waktu operasi Gerbang Malam ini iaitu pada lewat tengah malam.

13.  Restoran Singgah Selalu

Buat pencinta makanan barat, inilah tempat menarik di Teluk Intan yang harus anda kunjungi.  Sajian seperti chicken chop, lamb chop, meatballs sememangnya sudah tidak asing lagi bagi semua restoran masakan ala barat. 

Anda boleh mendapatkan pelbagai masakan barat yang sangat enak di sini. Pizza dan sphaghetti juga turut tersaji di sini. Restoran ini selalunya sangat meriah terutama menjelang waktu malam dan ramai pengunjung memilih restoran ini sebagai destinasi berbuka puasa apabila tiba bulan Ramadhan. Restoran ini dibuka dari 4:30 petang sehingga 1:00 pagi.

14.  Coffee Lab

tempat menarik di teluk intan

Imej via [mycomments]

Lokasi ini sangat sesuai dikunjungi pada waktu pagi untuk anda rasai sendiri keenakan rasa kopi sebenar. Restoran Coffee Lab ini berkonsepkan moden kontemporari ala hipster.  Tempat menarik di Teluk Intan ini juga menyediakan pelbagai menu masakan barat yang boleh anda pilih.

Jika anda mencari sarapan pagi yang sedap ala barat maka anda wajib berkunjung ke sini. Pasti anda tidak akan menyesal. Waktu operasi Coffee Lab ini adalah dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam.

15.  Kuil Hock Soon Keong

tempat menarik di teluk intan

Imej via [inspiredkids]

Terdapat juga kompleks kuil yang terkenal di Teluk Intan, yang dikenali sebagai Hock Soon Keong.  Kepada mereka yang menyukai unsur-unsur sejarah, anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Teluk Intan ini.  Asal-usul candi ini tidak diketahui dan bangunan utama kuil ini dipercayai telah dibina pada tahun 1883.

Candi Hock Soon adalah titik tengah semua orang Cina Hokkien di Teluk Intan semasa era kolonial British. Orang-orang Hokkien tempatan akan berkumpul di kuil untuk menyelesaikan semua masalah dan memberi bantuan kepada golongan miskin untuk menyelesaikan pertengkaran antara puak-puak.

Kuil ini dibina dengan seni bina Cina Selatan, ciri yang paling terkenal adalah buaian yang indah. Terdapat juga masjid lama yang bertentangan dengan kuil ini yang sering disebut sebagai penggambaran harmoni agama di Malaysia.

tempat menarik di teluk intan

Imej via [celcom1cbc]

Itulah dia sedikit perkongsian tempat-tempat menarik di Teluk Intan best dan sempoi wajib anda kunjungi. Walaupun lokasinya tidak gah seperti Bandar Ipoh namun lokasi yang tersenarai di atas pasti membuatkan percutian anda bersama keluarga amat bermakna dan dikenang selamanya. Jom baca tempat menarik di Tanjung Malim, tempat sejuk di Malaysia dan tempat makan di Kuantan juga.

Rujukan:

  1.  bidadari
  2.  teamtravel
  3.  diarisiketambatu

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.