10 Tempat Memancing Di Port Dickson
Port Dickson adalah sebuah bandar dan merupakan daerah yang terletak di pesisir pantai yang indah di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan banyak pantai yang tidak jauh dari pusat bandar untuk penduduk tempatan bersantai bersama keluarga.
Ia juga merupakan tempat tumpuan bagi kaki pancing memancing bersama keluarga ataupun rakan-rakan karib. Jom lihat antara tempat memancing di Port Dickson yang boleh anda kunjungi.
1. Jeti Kelong Mamod
Sebut saja mengenai Jeti Kelong Mamod, pasti kaki pancing di Port Dickson akan mengetahuinya. Jeti Kelong Mamod ini sememangnya sentiasa meriah dengan kehadiran kaki pancing.
Ikan yang sering di tangkap di tempat memancing di Port Dickson ini adalah ikan jenahak, ikan talang, ikan bawal bulan dan sebagainya.
Jeti Kelong Mamod juga amat sesuai untuk dijadikan tempat santai seisi keluarga. Sekiranya seluruh ahli keluarga adalah kaki pancing, ianya adalah satu lokasi yang terbaik buat anda sekeluarga.
Jika anda risaukan tentang kemudahan asas yang terdapat di sini, jangan risau kerana semuanya disediakan di Jeti Kelong Mamod ini.
2. Jeti Memancing Kuala Lukut
Selain Jeti Kelong Mamod, Jeti Memancing Kuala Lukut juga apa kurang hebatnya. Namun apa yang berbeza di Jeti Memancing Kuala Lukut adalah ianya berada di kawasan muara atau kuala sungai.
Sekiranya anda mahukan pengalaman memancing di muara atau kuala sungai, Jeti Memancing Kuala Lukut adalah tempat memancing di Port Dickson terbaik untuk anda. Jika anda mahukan pengalaman yang lebih menarik, anda boleh memancing di atas bot pancing.
Bagi anda yang menggemari ikan sembilang, ini adalah tempat yang sesuai untuk memancing ikan tersebut. Namun apa yang kita harapkan agar kawasan ini terpelihara kerana bilangan ikan di sini sedikit terjejas ekoran pembangunan.
3. Kolam Pancing Udang Galah Port Dickson
Memancing bukan sahaja ikan bagi sasaran para pemancing, udang pun akan mereka pancing sekiranya berminat. Bagi penggemar udang galah, kami syorkan anda datang ke Kolam Pancing Udang Galah Port Dickson yang beroperasi setiap hari ini.
Lokasinya terletak di Jalan Pantai batu 8, Teluk Kemang, Port Dickson. Ia dibuka pada jam 2 petang sehingga jam 2 pagi. Kolam ini sentiasa dipenuhi dengan pemancing kerana saiz udang galahnya cukup besar.
Harga sewa joran adalah RM1 dan harga umpannya pula RM5 tanpa had kegunaannya.
4. Pantai Port Dickson
Pantai Port Dickson sememangnya sudah dikenali dalam kalangan kaki pancing sebagai tempat memancing di tepi pantai ataupun laut dalam.
Selain itu, apa yang terdapat di Pantai Port Dickson ini adalah lubuk bagi sotong Mengabang. Jika kena pada waktu dan tempat yang sesuai, pasti banyak sotong yang anda boleh pancing pada waktu tersebut.
5. Pantai Bagan Pinang
Pantai Bagan Pinang adalah salah satu tempat memancing di Port Dickson yang popular dalam kalangan kaki pancing. Ia sering dijadikan tempat bagi pertandingan memancing.
Selain itu, pantainya yang bersih dan indah sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Dari segi kemudahan asas pula, banyak yang disediakan seperti surau, kedai makan dan banyak lagi.
6. Avillion Port Dickson
Sekiranya anda mencari lokasi untuk bercuti sambil memancing, Avillion Port Dickson adalah jawapannya. Menariknya, Avillion Port Dickson ini adalah sebuah resort yang dibina di atas air.
Anda boleh memancing di sana sambil menikmati keindahan suasana resort yang mengagumkan di atas air yang sememangnya cukup memukau mata.
7. Pantai Saujana
Selain menjadi tumpuan bagi aktiviti rekreasi dan pesta air, Pantai Saujana juga merupakan tempat memancing di Port Dickson pilihan ramai. Ia sangat menenangkan.
Mungkin ia tidak sepopular tempat memancing yang lain, namun terdapat keindahan yang menjadi kesukaan ramai di sini.
8. Muara Sungai Linggi
Siapa kaki pancing yang tidak kenal dengan Sungai Linggi? Sebut sahaja nama Sungai Linggi, pasti ramai mengatakan ia adalah tempat memancing yang popular dalam kalangan kaki pancing.
Terdapat pelbagai jenis ikan kerana lokasi airnya bercampur di antara air sungai dengan air laut. Ikan yang boleh dipancing di sini adalah ikan kerapu, ikan jenahak, ikan siakap dan sebagainya.
9. Pantai Pengkalan Balak
Berdekatan dengan Muara Sungai Linggi, terdapat satu lagi tempat memancing di Port Dickson yang sangat menarik. Ia terkenal bagi kaki pancing iaitu Pantai Pengkalan Balak.
Jaraknya dengan Muara Sungai Linggi hanyalah sekitar 15 minit sahaja. Biasanya pengunjung di sini akan lebih ramai apabila pada hari cuti minggu.
Sekiranya ingin memancing di sini, disarankan memilih tempat yang sesuai. Sekiranya salah tempat, tidak banyak tangkapan yang akan anda dapat. Ikan di sini juga terdiri daripada ikan yang terdapat di Muara Sungai Linggi.
10. Jambatan Tanjung Agas
Bagi para pemancing di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka, mereka pasti amat sinonim dengan lokasi memancing di Jambatan Tanjung Agas Port Dickson ini.
Bukan sahaja spesies ikan biasa boleh didapati di tempat memancing di Port Dickson ini, sebaliknya ikan yang besar-besar saiznya juga boleh di dapati jika ada rezeki. Antara ikan tersebut adalah siakap, senangin, kerapu, pari dan sebagainya.
Ramai pemancing berpendapat bahawa waktu terbaik untuk memancing di sini adalah ketika air pasang penuh. Pada waktu malam, jambatan ini akan dipenuhi oleh kaki-kaki pancing. Aada juga pemancing yang membawa keluarga mereka memancing bersama bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Itulah dia tempat memancing di Port Dickson sesuai dikunjungi anda. Jom baca juga negara paling ramai pelancong, negara paling selamat melancong, honeymoon di Pulau Pinang dan tempat honeymoon di Terengganu.
Rujukan
- Mengabang Port Dickson. https://www.umpan.com.my/mengabang-port-dickson/
2. Trip Memancing di Jambatan Tanjung Agas – Kuala Linggi. http://kerapu-bara.blogspot.com/2014/02/trip-memancing-di-jambatan-tangjung.html
3. Lubuk Ikan Tanjung Tuan. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/12/107932/lubuk-ikan-tanjung-tuan