Asalnya, bila ditanya ada ke tempat menarik di Kulim? Kami pun tak pasti. Kulim bukanlah destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Tapi tak bermakna takde tempat menarik di sana.

Yang sebenarnya, selepas kami buat sedikit pembacaan dan penyelidikan, rupanya ada banyak tempat best di sana. Jom kami kongsikan tempat menarik di Kulim yang pasti buatkan anda tak sabar nak bercuti ke sana.

tempat menarik di kulim

Sumber: Tunehotels

1. Air Terjun Junjung

Air Terjun Junjung di mukim Junjung, Kulim merupakan kawasan rekreasi yang paling popular di Kulim. Jaraknya  adalah 14 kilometer dari Bandar kulim. Dekat sahaja.

Air terjun ini telah menjadi tarikan pelancong sejak tahun 1980an dengan tarikan utamanya air terjun dan persekitaran hutan yang hijau terpelihara tanpa sebarang pencemaran, kebun getah dan dusun buah-buahan. Kalau anda datang masa musim buah-buahan, anda boleh membeli buah tempatan dengan harga yang murah, terus dari dusun. Menarik, kan?

Air Terjun Junjung menjadi tumpuan kerana air terjunnya rendah, tidak tinggi. Anda boleh bermain dan berbaring di atas air terjunnya. Malah ia juga tidak dalam, terdapat kolam-kolam sesuai untuk anak kecil bermandi-manda. Tambahan pula, rimbunan pokok di sekeliling sungai memberikan kanopi. Anda boleh bermandi-manda dalam teduhan pokok. Redup. Tak perlu mandi sambil berjemur di tengah panas. Nanti sunburned pula.

Biasanya pengunjung yang datang ke sini akan meluangkan masa untuk bermandi-manda, berenang, berkelah, berbabeku, dan berkhemah.

2. Pusat Rekreasi Sungai Sedim

Tempat menarik di Kulim yang seterusnya ialah Pusat Rekreasi Sungai Sedim. Seperti Air Terjun Junjung, Sungai Sedim juga merupakan kawasan mandi dan berkelah yang popular di Kulim. Kalau anda bercuti ke Kulim, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.

Pusat Rekreasi Sungai Sedim berada di Hutan Lipur Sungai Sedim yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur Sungai Sedim juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah.

Pada hujung minggu, ramai pengujung datang ke sini untuk bermandi-manda sambil berkelah dan berkhemah. Selain itu, anda juga boleh lakukan aktiviti sukan air di sini seperti berkayak dan berakit. Sungai Sedim sangat panjang, ia mengalir sepanjang 15 km dan ada kawasan yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram menjadikannya sesuai untuk aktiviti lasak seperti berkayak.

Kalau anda nak tahu, terdapat 8 anak sungai yang mengalir di sepanjang Sungai Sedim iaitu Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh. Oleh itu, kalau anda sukakan aktiviti lasak seperti berkayak, Sungai Sedim merupakan destinasi berkayak yang wajib anda cuba.  Untuk info anda, di Sungai Sedim selalu didakan pertandingan kayak arus deras peringkat antarabangsa.

Selain mandi-manda, berkelah, berkhemah, dan aktiviti sukan air lasak seperti berkayak, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking di Pusat Rekreasi Sungai Sedim.

Menariknya, anda bukan sahaja boleh berjungle trekking sambil melihat keindahan flora dan fauna, malah sambil berjalan-jalan, anda boleh mengambil pekuang untuk mengenali pokok hutan yang berselerakan di sana. Di antara pokok hutan yang ada di Sungai Sedim ialah seperti Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor.

tempat menarik di kulim

Sumber: Mpkk

3. Tree Top Walk, Hutan Lipur Sedim

Selain Pusat Rekreasi Sungai Sedim, di Hutan Lipur Sungai Sedim juga terdapat Tree Top Walk iaitu titi gantung sepanjang 1.5 km dengan ketinggian sehingga 34450 mm dari aras tanah. Sesekali bercuti ke Kulim, apa kata anda luangkan masa untuk mencuba aktiviti ini. Di sini, anda akan berpeluang untuk berjalan-jalan di atas titi kayu yang berada di atas puncak pokok. Pastinya menarik.

Anda bukan sahaja akan disajikan dengan pemandangan hijau yang menenangkan, malah udara dan persekitarannya juga sangat segar. Untuk maklumat anda,  Hutan Lipur Sedim terletak di kawasan Gunung Inas yang cantik dan kaya dengan flora dan fauna.

Di sepanjang titi gantung ini, anda dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang segar, hijau dan nyaman sambil mengenalpasti setiap jenis pokok yang terdapat di Hutan Lipur ini yang telah diletakkan label.

Di antara pokok yang ada di sini adalah seperti pokok Kulim, Meranti, Cengal, Sesenduk dan pokok hutan yang lain. Bila lagi anda nak belajar menganl pokok hutan, kan? Selain berjalan di sepanjang titi gantung, terdapat juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperi berkayak dan mendaki gunung. Kalau anda terasan nak bermalam di sini, boleh menyewa bilik di Bintang Sedim villa. Sebelum balik, jangan lupa untuk membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan.

4. Pusat Rekreasi Ulu Paip

Kawasan perkelahan menarik di Kulim yang seterusnya ialah Pusat Rekreasi Ulu Paip. Pusat rekreasi ini mempunyai kawasan sungai yang berjeram dengan hutan hijau yang pastinya menenangkan anda.

Ia terletak di dalam Hutan simpan Gunung Bungsu. Jarak Pusat Rekreasi Ulu Paip dari bandar kulim adalah 20 kilometer sahaja, tidak begitu jauh. Di sini, anda boleh luangkan masa bersama keluarga untuk bermandi-manda, berenang, berkelah, berbabeku, dan berkhemah.

Apa yang menarik, sepanjang perjalanan untuk sampai ke Pusat Rekreasi Ulu Paip, anda akan disajikan dengan kawasan bekas lombong yang berbentuk tasik ke kiri kanan jalan.  Kalau anda kaki pancing, bolehlah berhenti sebentar untuk memancing. Sempat anda melontar umpan untuk casting. Ada banyak ikan toman dan haruan di bekas-bekas lombong di sini.

Selain bekas lombong, di sepanjang jalan untuk ke Pusat Rekreasi Ulu Paip, anda juga akan melalui dusun-dusun buah-buahan tempatan. Kalau anda datang semasa musim buah, jangan lepaskan peluang untuk singgah membeli buah segar dari kebun dengan harga yang murah.

tempat menarik di kulim

Sumber: Ikutkepalaaku

5. Taman Tasik Kulim

Tempat menarik di Kulim yang seterusnya ialah Pusat Pelancongan dan Reakreasi Taman Tasik Putra Kulim yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kulim. Menurut sejarah, tasik ini asalnya adalah sebuah lombong bijih timah. Taman tasik ini sangat besar dengan keluasan 50 ekar. Apa yang menarik, selain menjadi taman tasik untuk rekreasi orang awam, Taman Tasik Kulim juga berfungsi sebagai kolam takungan air bagi kawalan banjir Bandar Kulim.

Pada awal pagi dan waktu petang, Taman Tasik Kulim menjadi tumpuan orang ramai untuk berehat, beriadah, dan berekreasi.  Di antara aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan di sini adalah seperti

  • Berjoging
  • Beryoga
  • Memancing
  • Berkayak
  • Senam robik
  • Sukan keluarga

6. Gunung Bungsu

Tempat menarik di Kulim yang seterusnya ialah Gunung Bungsu yang terletak di dalam kawasan Hutan simpan Gunung Bungsu. Dengan ketinggian 658 meter dari aras laut, pemandangan dari puncaknya sangat cantik. Anda akan disajikan dengan pemandangan seluruh Bandar Kulim dan kawasan sekitarnya, selain keindahan flora dan fauna yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Apa yang menarik, selain keindahan alam semulajadi, di sini juga terdapat kesan-kesan sejarah seperti kubu komunis. Sewaktu di sini, anda boleh luangkan masa menyusuri kubu komunis yang berada di sini. Untuk yang sukakan aktiviti lasak, di sini adalah syurga buat anda. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah:

  • Mendaki gunung
  • Menunggang basikal
  • Menunggang motosikal
  • Berkayak
  • Berakit

7. Pahau

Pahau merupakan satu lagi tempat menarik di Kulim yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan alam semulajadi. Ia terletak 23 kilometer dari Bandar Kulim dan berada di kawasan hutan simpan Gunung Bungsu.

Pahau terkenal sebagai sebuah kawasan hutan pelajaran dengan  pelbagai spesis tumbuhan hutan yang ditanam semula. Ada juga pokok hutan yang tumbuh semulajadi di sini. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah bekhemah dan jungle trekking.

tempat menarik di kulim

Sumber: Orangjohor

8. Gunung Bintang

Tempat menarik di Kulim yang ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak mendaki gunung. Dengan ketinggian  1,862 meter dari paras laut, Gunung Bintang merupakan gunung tertinggi di banjarannya. Apa yang membezakan pendakian gunung Bintang dari perjalanan mendaki gunung yang lain ialah di sepanjang perjalanan, anda bukan sahaja akan menikmati keindahan hutan yang menghijau, malah anda juga akan berjumpa dengan jeram-jeram dan air terjun yang pastinya memukau pandangan.

Selain mendaki gunung, di sini anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berikut:

  • Jungke trekking
  • Menjelajah gua-gua yang terdapat di sini
  • Melihat spesis flora dan fauna

9. Kulim Golf & Country Resort

Dah puas menjelajah alam semulajadi di hutan belantara, apa kata anda berehat sebentar dengan aktiviti sukan golf. Kami cadangkan anda luangkan masa bermain golf di Kulim Golf & Country Resort yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim yang mempunyai 27 lubang.

10. Taman Tasik Putra

Semasa anda bercuti di Kulim, pada waktu petang anda boleh luangkan masa berjalan-jalan dan berehat di Taman Tasik Putra. Anda boleh bersantai sambil mengambil angin petang di sini. Atau pun anda boleh beriadah dengan melakukan aktiviti-aktiviti berikut:

  • Berkelah
  • Memancing
  • Berkayak
  • Berjoging
  • Berbasikal

Di Taman Tasik Putra ada disediakan kemudahan asas outdorr gym dan Physical fitness. Bolehlah anda bersenam mengeluarkan peluh untuj menyihatkan badan. Dah puas bersenam, beriadah, dan bersantai, anda boleh isi perut di medan selera yang ada di sini. Dah selesai, bolehlah balik ke hotel untuk berehat.

tempat menarik di kulim

Sumber: Youtube

11. Taman Kulim Hi-Tech

Satu lagi tempat menarik di Kulim yang anda wajib kungungi ialah Taman Kulim Hi-tech. Taman rekreasi ini menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Menariknya, di sini terdapat kawasan permainan kanak-kanak. Bolehlah anak anda bermain sepuas-puasnya. Anda boleh bersantai atau berjoging, bersenang, atau berbasikal.

12. Empangan Mengkuang

Empangan Mengkuang bukan sahaja menyajikan pemandangan yang memukau, malah di sini anda juga boleh melakukan aktiviti menarik seperti berjoging dan sukan air. Dengan keluasan  3.9km persegi dan menampung jumlah takungan air sebanyak 23.6 billion liter, anda pasti terpukau dengan keindahan pemandangan di sini.

Kalau anda sukakan fotografi, jangan lupa untuk membawa kelengkapan kamera anda. Sambil-sambil melihat keindahan alam, anda boleh berjalan-jalan di trek joging yang disediakan. Atau kalau teringin nak turun ke air, boleh juga bermain jetski atau menaiki bot.

13. Lombong Kampung Jarak Atas

Lombong Kampung Jarak Atas merupakan sebuah bekas lombong bijih timah. Ia merupakan di antara bekas lombong yang popular di kalangan kaki pancing. Menariknya, anda bukan sahaja boleh memancing di sini. Malah boleh juga berkelah dan berkhemah seisi keluarga.

Pastinya pengalaman memancing bersama keluarga akan membuatkan percutian anda lebih bermakna. Di antara ikan yang banyak di sini ialah tilapia dan ikan toman. Bolehlah anda layan casting di sini.

14. Taman Burung Kulim

Tempat menarik di Kulim yang seterusnya ialah Taman Burung Kulim. Taman burung ini mrngamalkan konssep terbuka seperti petting zoo. Anak-anak anda pastinya akan bergembira di sini. Bukan sahaja burung, terdapat banyak haiwan lain di sini yang boleh anda dekati, sentuh, dan berikan makanan. Di antara haiwan yang ada ialah arnab, ayam serama, ikan, dan itik.

tempat menarik di kulim

Sumber: Conteng2ceritaku

Itulah dia 14 tempat menarik di Kulim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Kemboja dan tempat menarik di London. Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.