18 Tempat Lepak Best Di KL Pada Malam Dan Petang. Jom Lepak Weh!
Memilih tempat lepak yang best bukannya mudah. Lagi-lagi apabila teman-teman bertanyakan tentang mana nak lepak hari ini. Soalan sebegitu pastinya buat anda rasa stress jika anda bukan seorang yang mahir tentang port best untuk lepak.
Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kesibukan kota dan tidak kurang juga merupakan tempat lepak popular dalam kalangan remaja masa kini. Di sini, ingin kami kongsikan antara tempat lepak best di KL yang anda mungkin tidak tahu, tetapi mungkin juga ia boleh mengurangkan tekanan yang anda sedang lalui untuk hangout bersama rakan-rakan.
1. Tapak, Jalan Ampang
Tempat lepak best di KL ini sangat terkenal dengan pelbagai pilihan makanan food truck. Tapak ini berkonsepkan tempat makan jalanan dan menyajikan pelbagai juadah yang menarik seperti nasi ayam kunyit, burger dan juga pelbagai makanan hipster yang jarang ditemui di tempat lain.
Selain makanannya yang menarik, tempat ini juga sangat sesuai untuk lepak kerana pengunjung akan dihiburkan dengan live band. Lokasi tempat ini sangat berdekatan dengan Suria KLCC maka jika anda selesai menonton wayang atau membeli-belah dan mencari port lepak, bolehlah berkunjung ke sini.
2. The Garage KL, Ampang
The Garage KL ini juga merupakan salah satu tempat lepak paling popular dalam kalangan anak muda masa kini yang berkonsepkan restoran dalam kontena. Bercirikan rekabentuk industrial minimalist, tempat ini sangat sesuai untuk anda bergambar bersama rakan-rakan.Restoran ini menyajikan pelbagai Western food yang menarik dan lazat. Selain restoran, tempat ini juga mempunyai kedai potong rambut, kedai koleksi figurin Star Wars dan juga workshop kenderaan di tingkat bawah.
3. The H, Hartamas
Terdapat banyak gerai makanan yang boleh anda pilih di kawasan ini dan pasti rambang mata anda mencari-cari apa yang anda suka di sini. Tempat lepak best di KL ini konsepnya terbuka dan membuatkan ia mudah meraih pengunjung untuk lepak, menonton bola sepak bersama teman-teman dan lain-lain lagi.Gerai-gerai yang ada menjual pelbagai jenis makanan popular tempatan seperti Char Kuey Teow, Satay, dan pisang goreng cheese. Jika anda nak tahu, tempat ini juga merupakan tempat lepak popular dalam kalangan selebriti.
Kekurangan tempat lepak ini cuma parkingnya agak terhad jadi jika anda merancang ke sini, datanglah lebih awal atau lebih mudah menaiki motosikal ke sini.
4. GoBox Concept
Berkonsepkan kontena, GoBox Concept ini tidak kurang popularnya yang rata-rata menjadi pilihan anak muda untuk melepak di malam hari. Terdapat pelbagai food stalls bertemakan kontena yang menjual pelbagai makanan kegemaran anak muda seperti Teppanyaki, makanan Thai, Churros, otak-otak dan banyak lagi.Tempat lepak best di KL ini juga sangat popular bagi anak muda yang suka bershisha. Namun mencari parking yang berdekatan agak sukar oleh kerana jalannya yang agak sempit dan kecil. Tetapi jika anda tidak kisah berjalan sedikit jauh anda pasti menemukan parking.
5. Lorong Raja Uda 1, Kampung Baru
Tempat lepak best di KL ini sangat terkenal dengan restoran-restoran Arabnya dan biasanya menjadi port lepak untuk shisha dan juga untuk menonton perlawanan bola sepak. Bagi penggemar masakan Arab, anda wajib berkunjung ke sini.Perkhidmatan shisha yang murah dan mempunyai skrin yang besar bagi menonton perlawanan bola sepak atau acara sukan lain membuatkan ramai orang tidak kira tua atau muda gemar berkunjung ke sini.
6. Jalan Telawi
Lokasi Jalan Telawi ini terletaknya di Bangsar. Ramai yang gemar lepak di sini oleh kerana variasi makanannya yang pelbagai bermula dari restoran mamak hinggalah ke fine dining. Antara restoran yang popular dan menjadi pilihan ramai adalah Killer Gourmet Burger, Sri Nirwana Maju, Mikey’s Pizza, dan Dip N Dip.Tempat lepak best di KL ini juga sangat popular dalam kalangan warga antarabangsa kerana terdapat bar dan pelbagai restoran barat. Agak sukar untuk anda mencari parking di sini kerana kebanyakan masa ianya selalu penuh maka anda disarankan untuk parking di Bangsar Village Mall kerana di sana lebih mudah mencari parking dan hanya beberapa minit perjalanan ke Jalan Telawi.
7. Publika
Berkonsep terbuka, Publika merupakan sebuah pusat beli-belah yang memberikan sedikit kelainan kepada para pengunjungnya. Di sini tersedia pelbagai restoran dan kafe yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat lepak.Jika anda sekadar mahu berjalan-jalan dengan teman tanpa duduk bergosip di mana-mana kafe, anda juga boleh bersiar-siar melihat barangan unik dan hipster yang terdapat di kedai-kedai di Publika ini. Ia mempunyai pelbagai kedai seni, barangan rumah dan pakaian-pakaian yang menarik.
8. Greenhouse by Muir
Greenhouse by Muir ini adalah sebuah restoran 3 tingkat yang menjanjikan kelainan suasana lepak di samping menyediakan pelbagai juadah menarik. Restoran ini berkonsepkan moden industrial dan di hiasi pokok-pokok yang indah maka ia sangat sesuai untuk dijadikan port lepak dan bergambar.Tempat lepak best di KL ini kelihatan lebih cantik jika dilawati pada waktu malam kerana tempat ini diterangkan dengan lampu-lampu ala fairy lights yang sangat mempesona. Pelbagai masakan Jepun, Western dan Bakery yang boleh anda dapatkan di sini.
9. SS15
Bagi penduduk Subang Jaya, tempat ini sememangnya tidak asing lagi buat mereka untuk dijadikan sebagai port lepak atau tempat lepak best di KL. Lokasinya yang berdekatan dengan Kolej Inti membuatkan tempat ini selalu dipenuhi dan dikunjungi oleh para pelajar Kolej di waktu senggang mereka.Di SS15 ini terdapat pelbagai kedai makanan menarik yang boleh anda pilih seperti Restoran Canai, Q Bistro, Tryst, dan Jibril.
10. Restoran Mamak
Restoran Mamak memang tidak asing lagi buat sesiapa sahaja yang mencari port lepak. Oleh kerana harganya yang lebih murah berbanding tempat lain dan dibuka 24 jam, maka ianya sering menjadi pilihan ramai anak muda untuk dijadikan port lepak. Antara restoran mamak yang popular di tengah bandar KL adalah Restoran NZ, Restoran Pelita, dan Restoran Kayu.
11. KLCC Lake Symphony
KLCC lake ini anda akan dapat lihat sejurus keluar dari Suria Mall. Pemandangannya sangat cantik dan indah terutama waktu malam. Jika anda mencari tempat lepak best di KL yang percuma pada malam hari, anda bolehlah berkunjung ke sini.Terdapat juga pertunjukan air pancut percuma di kolam KLCC ini bermula jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Anda bukan sahaja dapat duduk bersembang bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati kesejukan angin malam, malah anda juga boleh bergambar dengan latar belakang KLCC di samping menonton pertunjukan air.
12. Secret Garden 1 Utama
Tidak ramai yang mengetahui bahawa di atas bumbung pusat membeli-belah 1 Utama sebenarnya terdapat satu taman rahsia. Staff di dalam mall itu sendiri pun belum tentu tahu. Anda boleh berkunjung ke sini untuk melepak pada hujung minggu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan berpeluang menikmati panorama indah taman rahsia atas bumbung yang terbesar di Asia Tenggara secara percuma!13. Kampung Baru
Jika anda ingin merasai suasana kampung di tengah-tengah bandar, Kampung Baru lah jawapannya. Kampung Baru merupakan antara lokasi popular untuk anda lepak. Anda pasti tidak akan kecewa jika berkunjung ke tempat lepak best di KL ini kerana kehidupan malam di Kampung Baru yang cukup meriah.Terkenal dengan pelbagai kedai makanan enak, anda hanya tinggal pilih juadah apa yang anda ingin bersantap sama ada laksa, chicken chop, mi kari, nasi campur, ayam penyet, sotong gergasi, atau nasi kerabu, semuanya pasti dijumpai di sini.
14. Jambatan Putrajaya
Mercu tanda yang tersergam indah ini sangat sesuai dilawati pada waktu malam sebagai tempat port lepak yang nyaman dan cantik. Di samping melihat tasiknya yang indah dan airnya yang tenang, anda juga disajikan dengan pelbagai bangunan Kerajaan yang indah reka bentuk seni binanya.Ramai anak muda yang gemar lepak di sini khususnya pada waktu malam kerana keindahan lampu-lampunya yang berwarna-warni. Sememangnya ia adalah salah satu tempat lepak best di KL.
15. Jalan Bukit Bintang
Siapa yang tidak kenal akan tempat ini. Bukan sahaja popular sebagai tempat lepak warga tempatan malah juga tidak asing lagi buat warga antarabangsa. Jalan Bukit Bintang menawarkan pelbagai tempat makan dari yang mewah hinggalah ke gerai tepi jalan yang juga ada menawarkan harga yang murah.Tempat lepak best di KL ini juga akan menyajikan anda dengan alunan muzik dan nyanyian dari buskers di samping menghirup udara segar bersama rakan-rakan lepak anda.
16. Uptown Danau Kota
Tempat lepak best di KL seterusnya adalah Uptown Danau Kota. Rata-rata warga tempatan gemar melepak di sini kerana ia juga dikenali sebagai bazar larut malam yang ada menjual pelbagai barangan dan juga tempat makan pada harga yang murah.Sesiapa sahaja pasti rambang mata melihat aneka barangan yang terjual di sini. Ramai anak muda yang suka berkunjung dan melepak di sini kerana ianya beroperasi agak lewat iaitu sehingga jam 3 pagi namun hanya dibuka dari hari Rabu sehingga Ahad sahaja.
17. Downtown Cheras
Juga berkonsepkan bazar larut malam, downtown Cheras juga sama seperti Uptown Danau Kota yang menempatkan ratusan gerai-gerai peniaga Melayu yang menawarkan pelbagai barangan dan makanan pada harga yang murah.Downtown merujuk kepada lokasi sesebuah bazar larut malam yang berada di dalam bandar utama. Di sini juga sinonim dengan anak muda yang gemar melepak dan mencari makan pada waktu malam.
Berbeza dengan uptown danau Kota, Downtown Cheras ini dibuka setiap hari dari jam 8 malam hingga 3 pagi kecuali hari Isnin. Bolehlah anda lepak bila-bila masa di sini pada waktu malam.
18. Petaling Street
Masih ramai juga warga tempatan yang masih gemar melepak di sini. Destinasi ini juga turut dikenali sebagai Chinatown. Siapa tidak tahu yang Petaling Street ini menjual pelbagai barang berjenama pada harga yang ‘sangat mampu milik’ namun faham-faham sahajalah kualitinya.Petaling Street kebiasaannya mula meriah dan sibuk menjelang senja hingga larut malam dan menjadi kunjungan warga asing juga kerana lokasinya yang strategik dan mudah ditemui oleh pengangkutan awam.
Bagi mereka yang mahu membeli-belah pada harga yang murah kemudian ingin melepak, boleh juga berkunjung ke sini. Ia adalah tempat lepak best di KL kerana anda berpeluang untuk melihat ragam manusia dan membeli-belah.
Semoga beberapa perkongsian dan cadangan tentang port lepak yang menarik di KL ini mampu memberikan sedikit sebanyak cebisan idea kepada anda di mana hendak menghabiskan masa lapang dan mengisi masa senggang anda bersama rakan dan keluarga kelak.
Selamat berlepak! Jemput baca tempat menarik di Kampar, tempat bersejarah di Kelantan dan tempat rekreasi di Selangor juga.
Rujukan: