Negeri Melaka terkenal dengan pelbagai tempat sejarah yang pastinya menarik perhatian para pelancong. Walaupun negeri Melaka tidak mempunyai banyak tempat menarik di pantai dengan pemandangan semulajadi yang cantik, tetapi terdapat saah satu pantai yang dikenali sebagai Pantai Puteri yang boleh anda kunjungi.

Pantai Puteri pada dahulunya dikenali sebagai Pantai Kundor. Pantai ini mula dikenali ramai kerana suasananya yang nyaman, bersih dan selesa untuk melakukan pelbagai kegiatan bersama keluarga. Pantai ini mula dikunjungi oleh orang ramai yang ingin melihat keindahan ombak pantai. Di sini juga anda dapat melihat nelayan yang turun untuk menangkap hasil laut.

Kedai Sate Nazir

Imej via [ibusyurga]

Bagi mereka yang datang ke Melaka, pasti ingin merasai pelbagai jenis makanan yang terkenal di negeri ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke kedai Sate Nazir ini. Kedai yang terkenal dengan sate yang berjus dan kaya dengan rempah ini pastinya menarik hati anda. Ramai yang datang ke sini memberikan komen yang positif.

Rasai sendiri pengalaman menikmati sate di tepi Pantai Puteri ini. Anda boleh makan dengan menikmati hembusan angin pantai. Walaupun begitu, sekiranya anda datang ke sini pada musim cuti sekolah, anda diingatkan untuk datang ke sini lebih awal. Hal ini kerana, kedai ini akan dipenuhi orang dan terpaksa mengambil nombor giliran.

Kedai ini diuruskan oleh keluarga Pak Tam Nazir. Sekiranya anda ingin datang lebih awal juga boleh kerana kedai ini dibuka pada pukul 5.30 petang. Kedai ini terkenal di antara penduduk tempatan dan kebiasaannya akan ditutup pada pukul 9 malam kerana sate yang habis dijual. Rasai sendiri kesedapan sate Nazir ini sekiranya anda datang ke sini.

Tempat Membeli Makanan Laut Segar

Imej via [bjaya.com]

Jangan pelik jika anda melihat banyak nelayan yang sedang menangkap hasil laut. Ini kerana, terdapat kedai yang menjual hasil tangkapan nelayan. Sekiranya anda ingin membuat BBQ ketika datang ke pantai ini, anda boleh membelinya di kedai nelayan.

Hasil tangkapan ini dijamin segar kerana semuanya ditangkap oleh nelayan-nelayan di san. Antara hasil tangkapan yang anda boleh beli di sini ialah ikan, ketam, sotong, udang dan banyak lagi. Harga yang dijual juga sangat berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan laut segar yang terdapat di sini.

Pertandingan Memancing

Imej via [ibusyurga.blogspot]

Bagi mereka yang suka memancing, tempat menarik Pantai Puteri Melaka ini pastinya akan menarik perhatian anda. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pengalaman memancing di kawasan pantai ini. Hal ini kerana, pantai Puteri ini sering mengadakan pertandingan memancing terutamanya pada masa cuti sekolah.

Anda boleh membawa rakan-rakan anda untuk memancing di pantai Puteri ini. Joran tidak disediakan untuk anda, jadi anda perlu membawa sendiri Joran dari rumah. Sekiranya anda jago memancing, apa kata cuba untuk menyertai pertandingan memancing di sini. Hadiah juga turut disediakan, jadi tidak rugi untuk anda mencuba sendiri pengalaman memancing di kawasan pantai ini.

Berkelah

Tipulah kalau anda tidak berkelah jika datang ke pantai. Sama seperti pantai lain yang mempunyai pasir putih yang cantik serta ombak pantai yang berderu, sememangnya sangat sesuai untuk datang berkelah di sini. Anda boleh membakar BBQ di tepi pantai sambil melihat anak-anak bermain pasir pantai.

Anda juga dapat menikmati keindahan pantai Puteri dan berehat di sini. Sekiranya anak-anak anda ingin mandi di sini juga, tidak menjadi masalah kerana ramai pengujung yang datang ke sini untuk mandi dan berkelah. Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak anda bermain pantai Puteri.

Berkhemah

Imej via [facebook]

Tempat Menarik Pantai Puteri Melaka yang lain ialah berkhemah. Walaupun aktiviti ini biasanya dilakukan oleh orang ramai, tetapi anda pastinya tidak menyangka dengan kelengkapan yang disediakan di pantai Puteri ini. Terdapat camp site yang disediakan di sini.

Tempat ini sangat sesuai sekiranya anda ingin melakukan perjalanan percutian bajet bersama kawan-kawan anda. Jangan risau mengenai kelengkapan awam seperti tandas dan tong sampah. Hal ini kerana, pantai ini telah menyediakan kelengkapan asas bagi memastikan pelangcong berasa selesa ketika datang ke sini.

Homestay Puteri Qashrina Chalet

Imej via [ibusyurga]

Selain dapat melihat keindahan pantai, anda juga dapat menginap di Homestay Puteri Qashrina Chalet. Homestay ini merupakan homestay yang sangat popular dalam kalangan pelancong yang datang ke sini. Hal ini kerana, homestay di sini mempunyai lokasi yang strategik iaitu terletak betul-betul di hadapan Pantai Puteri.

Sekiranya anda ingin menginap di homestay ini, anda boleh memilih beberapa bilik yang ditawarkan. Antaranya ialah Chalet dengan 2 bilik, Chalet Kayu, VIP Homestay, Kayu Rumah Beranda, Rumah Kayu Loteng, Rumah Cabin dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan bermula dari RM 180 dan semakin naik mengikut jenis homestay. Harga untuk cuti sekolah pula antara RM 220.

Terdapat pelbagai jenis kelengkapan yang ditawarkan di sini seperti wifi, televisyen, peri besi untuk menyimpan barang berharga, aircond dan banyak lagi. Jom rasai sendiri pengalaman menginap di sini.

Menunggang Kuda atau Unta

Imej via [bharian]

Tempat menarik Pantai Puteri Melaka yang lain ialah tempat menunggang kuda dan unta. Sekiranya anda datang ke pantai di Terengganu, anda mungkin akan merasai pengalaman menunggang kuda. Tetapi di Pantai Puteri ini, anda bukan sahaja dapat menunggang kuda, malah anda juga dapat menunggang unta. Anak-anak anda pastinya akan teruja untuk merasai sendiri pengalaman menunggang kuda di sini.

Walaupun begitu, terdapat bayaran yang dikenakan untuk menunggang kuda atau unta ini. Setiap penumpang akan dicaj sebanyak RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak. Jangan risau sekiranya anak anda takut untuk menunggang unta kerana terdapat juga kereta unta yang disediakan di sini.

Kesimpulan

Sekiranya anda ingin datang ke pantai Puteri, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik Pantai Puteri Melaka ini. Pantai Puteri ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda. Walaupun anda telah melawat pelbagai jenis pantai di negeri lain, suasana dan keadaan pantai pastinya berbeza mengikut negeri-negeri.

Walaupun Pantai Puteri tidak terkenal seperti pantai yang lain, tetapi terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke sini. Rasai sendiri percutian idaman anda dengan keindahan pantai dan suasana yang tenang ditemani hembusan udara pantai yang pastinya memberikan rasa damai kepada anda.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.