Bagi mereka yang sukakan alam semula jadi, anda pastinya akan mencari tempat percutian yang menarik dan dipenuhi tumbuhan hijau untuk anda lawati. Sekiranya anda datang bercuti ke Johor, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Takah Pengkoi yang mempunyai air terjun yang cantik. Disebabkan air terjunnya yang cantik, ramai pelancong dari dalam dan luar negeri yang datang ke sini untuk merasai sendiri percutian idaman mereka.

Jujur dikatakan, ramai yang menjadikan air terjun sebagai tempat percutian pilihan mereka. Destinasi ini pastinya menjadi pilihan para ibubapa yang ingin membawa anak-anaknya untuk bersuka ria. Sekiranya anda datang ke air terjun ini, banyak aktiviti yang dapat anda lakukan seperti bermandi manda, bercamping, BBQ dan banyak lagi.

Lokasi Air Terjun

Imej via [bludistew]

Setiap kali merancang percutian, pasti ramai yang pening dengan tempat yang ingin anda lawati. Apa kata datang je di Takah Pengkoi ini. Air terjun ini terletak di Segamat Johor. Lokasinya terletak di dalam pendalaman kampung orang asli. Jadi, jangan pelik sekiranya anda melihat banyak rumah-rumah di sekitar jalan masuk.

Walaupun begitu, lokasi ini sememangnya akan memberikan anda ketenangan kerana berada jauh dari kawasan bandar. Anda dapat merasai pengalaman bercuti dikelilingi oleh tumbuhan hijau serta mendengar bunyi air terjun yang damai di kawasan ini. Disebabkan lokasinya yang terletak jauh di pedalaman, anda boleh menaiki kereta untuk datang ke sini. Jangan risau mengenai jalan masuk ke sini kerana jalannya telah diturap dan sememangnya sesuai untuk pelbagai kereta melalui kawasan ini.

Harga Tiket

Sekiranya anda ingin datang ke sini, terdapat bayaran yang akan dikenakan mengikut aktiviti yang ingin anda lakukan. Antaranya ialah harga untuk berkelah, bercamping mahupun menginap di sini. Bagi anda yang hanya ingin bermandi-manda dan berkelah, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 15.

Manakala, bagi anda yang ingin bercamping di sini, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40 untuk sekepala. Selain itu, bagi anda yang ingin menempah penginapan di sini, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 70 bagi sekepala. Jangan risau mengenai penginapan yang disediakan kerana harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi. Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah pula, tiket masuk adalah percuma.

Berjumpa Ketua Kampung

Seperti yang anda tahu, tempat air terjun yang terletak di kawasan pendalaman orang asli. Hal ini menyebabkan anda perlu berjumpa dengan ketua kampung bagi memasuki ke kawasan air terjun Takah Pengkoi ini. Hal ini kerana, perjalanan ke sini tidak mempunyai sebarang sign board menyebabkan anda perlu berhubung dengan Kak Ros.

Kak Ros merupakan seorang individu yang akan membawa anda masuk ke dalam kawasan air terjun ini dan mengelakkan anda untuk tersesat ketika datang ke sini. Disebabkan kawasan ini diuruskan oleh Ketua Kampung dan Kak Ros, semua urusan untuk ke air terjun ini perlu berbincang dengan Kak Ros.  

Bercamping

Imej via [twitter.com]

Anda pastinya mahukan percutian yang menarik terutamanya ketika bersama kawan-kawan anda. Takah Pengkoi merupakan antara tempat untuk bercamping yang menarik untuk anda cuba. Jangan risau sekiranya anda ingin datang bercamping di sini, kerana terdapat banyak keluarga yang datang bercamping. Di sini juga sangat sejuk pada waktu malam.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya ialah tempat letak kereta yang besar, meja, kerusi, tenaga elektrik di kawasan ini juga mencukupi dan banyak lagi. Jadi tidak perlu risau untuk menginap di sini.

Bermandi Manda

Imej via [my.worldorgs]

Menariknya di sini, bukan sahaja anda dapat bermandi manda di air terjun, malah anak-anak anda juga boleh bermain gelongsor yang disediakan di sini. Kawasan kolam air terjun juga sangat sesuai untuk anak-anak anda pergi. Anda juga pastinya akan kurang risau untuk melepaskan anak-anak anda bermain di kawasan air terjun ini.

Selain itu, air terjunnya bukan sahaja sangat cantik, malah air terjun Takah Pengkoi ini sangat jernih dan bersih. Kawasan air terjun ini sememangnya sangat sesuai untuk seisi keluarga anda mandi. Anak-anak anda pastinya akan suka kerana dapat beemain di kawasan air terjun ini.

Pelbagai Kemudahan

Jika anda risau untuk menginap di sini kerana kekurangan sumber elektrik mahupun kemudahan, anda tidak perlu risau jika datang ke sini. Hal ini kerana, kawasan air terjun ini telah menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap untuk memastikan keselesaan anda sekeluarga ketika menginap di sini.

Antara kemudahan yang akan anda dapati di sini ialah meja dan kerusi untuk anda makan, toilet, tempat untuk BBQ juga disediakan kepada pengunjung yang ingin bercamping, elektrik yang kuat dan banyak lagi. Jadi anda tidak perlu risau untuk datang ke sini dan berkelah mahupun bercamping bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Menginap Di Chalet

Imej via [myridinguniverse]

Sekiranya anda ingin datang ke sini, tetapi tidak mahu bercamping, jangan risau kerana di air terjun Takah Pengkoi turut menyediakan penginapan seperti chalet bagi keselesaan anda. Anda juga boleh memilih jenis penginapan yang anda mahukan. Antara jenis penginapan yang terdapat di sini ialah penginapan ala chalet, penginapan ala dorm dan paling menarik ialah penginapan di atas pokok.

Bagi mereka yang mahukan kelainan, penginapan di atas pokok pastinya akan memberikan anda pengalaman yang menarik. Diingatkan, bagi mereka yang ingin menyewa penginapan di atas pokok, anda memerlukan stamina yang kuat kerana anda perlu memanjat pokok tersebut. Anda juga diingatkan untuk menempah penginapan lebih awal kerana terdapatnya chalet yang berada betul-betul berhadapan dengan air terjun.

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat menarik di Johor yang dapat anda lawati. Bagi mereka yang sukakan alam sekitar, air terjun Takah Pengkoi ini pastinya menjadi pilihan percutian mereka. Lebih menariknya, kawasan air terjun ini berbeza dengan kawasan air terjun yang lain kerana tidak memerlukan anda untuk mendaki bukit mahupun berjalan untuk ke kawasan air terjun yang cantik.

Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini sekiranya anda datang ke Johor untuk bercuti. Rasai sendiri pengalaman menginap di sini dengan harga yang berbaloi serta kawasan yang aman ditemani oleh tumbuhan hijau dan bunyi air terjun yang pastinya memberikan anda rasa damai. Memang sangat berbaloi!

Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.