Sekiranya anda ingin bercuti di pulau, apa kata datang ke Pulau Besar Johor. Pulau ini merupakan antara syurga dunia yang pastinya akan buat anda terpegun dengan keindahan alam semulajadi. Selain keadaan pulau yang dihiasi dengan lautan berwarna biru, pulau ini juga mempunyai pasir putih halus yang pastinya membuatkan anda teruja.

Pulau Besar ini juga merupakan pulau yang menjadi tarika bagi pelancong dalam dan luar negara. Tersenarai sebagai pulau yang cantik di dalam rancangan televisyen luar negara. Terdapat beberapa tempat penginapan seperti Aseania Resort Pulau Besar, D’Coconut Island resort, Perfect Villa Pulau Besar dan Entire Villa Pulau Besar yang boleh anda sewa sekiranya anda bercuti ke sini.

Jika anda ingin datang ke sini, anda perlu menaiki bot selama 30 minit. Harga tiket bagi dewasa adalah RM 60 manakala kanak-kanak yang berumur 2-11 tahun adalah RM 50. Jadual perjalanan dari jeti Mersing adalah pada pukul 12 tengah hari dan dari Pulau Besar adalah pada pukul 1 petang.

Snorkeling

Jika anda merupakan seorang yang suka meneroka hidupan laut, anda pasti akan menyukai aktiviti snorkeling di Pulau Besar Johor. Pulau ini terkenal dengan pemandangan laut yang dipenuhi terumbu karang yang berwarna-warni serta ikan-ikan yang unik.

Walaupun air di pulau ini berwarna biru, pulau ini mempunyai air yang jernih dan bersih. Rasai perjalanan ke dunia bawah air yang pastinya berbaloi!

Berkayak di Pulau Besar

Jika anda ingin menikmati pemandangan di Pantai Besar, anda mungkin akan menyukai aktiviti berkayak. Kayak boleh disewa di mana-mana resort yang terdapat di pulau ini. Anda boleh menyewa satu kayak dengan RM 50 satu jam. Anda dapat menikmati keindahan Pantai Besar yang luas dengan angin yang bertiup lembut.

Pulau Besar juga terkenal dengan ketenangan air yang pastinya sangat sesuai untuk aktiviti berkayak. Jadi anda tidak perlu risau dengan keadaan air yang berombak. Rasai sendiri pengalaman berkayak di persisiran pantai.

Bola Tampar Pantai

Jika anda bercuti bersama kawan-kawan, aktiviti ini mungkin menjadi aktiviti pilihan anda. Permainan yang biasa dimainkan di pantai. Anda dapat menikmati masa bersama rakan anda dan menikmati angin pantai yang meniup lembut.

Anda boleh bermain bermain di atas pasir pantai yang halus dan menikmati keindahan pantai pada waktu petang. Memang sangat menarik. Jaring bola tampar boleh biasanya akan dipasang berhampiran tempat penginapan anda. Apa tunggu lagi? Memang tempat yang berbaloi untuk datang bersama rakan!

Lawatan Pulau ke Pulau

Sekiranya anda mengimpikan perjalanan menerokai pulau ke pulau, mungkin lawatan pulau ke pulau yang disediakan di Pulau Besar akan menarik minat anda. Jalani perjalanan sambil menikmati angin laut yang meniup lembut dan cahaya matahari pagi.

Di Pulau Besar, terdapat resort yang menyediakan perkhidmatan lawatan dari Pulau ke pulau. Anda boleh melihat pelbagai pulau yang terdapat di sekitar Pulau Besar.

Apa yang lebih menarik, terdapat satu pulau yang dinamakan sebagai Pulau Harimau. Di sini, anda dapat melihat banyak gua yang menarik dipenuhi dengan kolam semula jadi.

Anda dapat melihat keindahan pulau-pulau yang pastinya berbeza dan menarik untuk anda terokai. Pulau-pulau ini juga merupakan antara pulau yang terpelihara di Pantai Besar tersebut. Disebabkan itu, anda mungkin dapat melihat beberapa jenis binatang dan hidupan di pulau tersebut.

Berbasikal Keliling Pulau

Imej via [aseaniapulaubesar]

Selain aktiviti meneroka keindahan lautan, anda juga dapat berbasikal mengelilingi pulau. Terdapat beberapa rumah penduduk kampung yang terdapat di pulau yang boleh anda lihat.

Kalau lihat keluasan Pulau Besar, memang tak dinafikan anda tidak akan dapat meneroka sehingga ke penghujung pulau. Jadi berbasikal mungkin dapat memberikan anda pengalaman untuk mengelilingi keindahan pulau yang luas terbentang.

Setelah penat mengayuh di sekitar pantai, jangan lupa berhenti di Sunset Point. Jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbenam di tepi pantai. Memang sangat cantik dan berbaloi!

Scuba Diving

Imej via [aseaniapulaubesar]

Bagi yang berminat untuk memancing menikmati keindahan laut dengan lebih dekat, anda boleh mencuba scuba diving di Pulau Besar Johor. Rasai sendiri pengalaman berenang bersebelahan dengan hidupan laut.

Dengan keluasan laut di Pulau Besar pastinya akan memberikan kepuasan kepada anda. Anda dapat meneroka hidupan di bawah air yang berwarna-warni dan penuh dengan jenis ikan yang pelbagai. Jangan lepaskan peluang untuk bercuti ke sini!

Jungle Trekking

Imej via [aseaniapulaubesar]

Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti lasak, apa kata anda cuba meneroka hutan di Pulau Besar.

Menariknya mengenai Pulau Besar adalah terdapat hutan hujan yang dapat anda terokai. Anda dapat melihat pelbagai flora dan fauna yang indah dan eksotik dalam perjalanan untuk ke puncak . Nikmati pemandangan dipenuhi tumbuhan berwarna hijau yang tentunya menarik.

Anda dapat mengambil gambar dengan latar belakang awan biru dan tumbuhan hijau. Jungle trekking tentunya akan lebih menarik dengan kehadiran rakan atau pasangan anda. Suasana yang tenang dan sejuk tentunya dapat menenangkan fikiran anda dari kehidupan bandar yang bising.

Anda dapat menikmati keindahan dan pemandangan pulau dari tempat yang tinggi. Pemandangan ini pastinya berbaloi dengan pendakian anda untuk sampai ke puncak. Memang sangat menarik!

Kesimpulan

Senarai di atas merupakan aktiviti menarik yang dapat dilakukan di Pulau Besar Johor. Sekiranya anda ingin bercuti ke sini, mungkin senarai ini dapat memberikan anda idea untuk meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Tunggu apa lagi? Rasai pengalaman bercuti ke Pulau Besar Johor bersama keluarga anda.

Selain senarai di atas, anda juga dijemput untuk membaca beberapa artikel menarik yang terdapat di website kami seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.