Parit Buntar merupakan sebuah bandar yang terletak di Perak. Terdapat beberapa tempat menarik di Parit Buntar seperti Menara Jam Besar. Jam Besar tersebut merupakan salah satu mercu tanda bagi bandar ini.

Nama Parit Buntar berasal dari nama seorang pemimpin yang dikenali sebagai Tok Buntar. Tok Buntar dikenali kerana membina Parit Sungai Kerian untuk mengalir ke sawah padi. Parit tersebut dikenali sebagai Parit Tok Buntar dan kini dikenali sebagai Parit Buntar.

Terdapat beberapa tempat menarik di Parit Buntar yang boleh anda lawati ketika datang ke sini.

Menara Jam Besar

Imej via [worldorgs.com]

Menara Jam Besar di bandar ini merupakan satu mercu tanda di Parit Buntar. Jam ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 ogos 1961. Jam menara ini sebagai tanda kemajuan dan kemakmuran seluruh rakyat Parit Buntar.

Menara Jam ini sangat menarik kerana bentuk rekaannya yang seakan kubah masjid. Terdapat juga jam yang diletakkan di 4 sisi. Pemandangan Menara Jam Parit Buntar ini juga sangat cantik jika dilihat pada waktu malam.

Kedudukan menara jam ini juga diletakkan di kawasan pekan lama. Sekiranya masih terdapat beberapa bangunan lama yang berada di sana, anda boleh datang ke sini untuk melihat sendiri keindahan suasana malam di tempat ini!

Alamat:  93, Jalan Teh Peh Kong, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu Operasi: 24 jam

Pasar Malam Pekan Lama Parit Buntar

Imej via [worldorgs.com]

Tempat yang menarik bagi pemburu makanan. Sekiranya anda merupakan seorang yang suka mencuba pelbagai makanan ketika bercuti, anda patut datang ke sini!

Pasar malam ini berada berdekatan Menara Jam Besar. Pasar malam ini hanya dibuka pada hari jumaat. Pada mulanya, pengunjung yang datang ke sini kebanyakannya merupakan penduduk di Parit Buntar. Pasar malam ini mula di datangi oleh pelbagai pengunjung yang datang untuk membeli makanan yang terkenal di sini.

Pelbagai makanan, minuman serta pakaian dijual dengan harga yang murah. Antara menu yang menjadi perhatian ialah burger khurasan, air boba dan banyak lagi. Di sebabkan kawasan jualan yang luas dan pelbagai makanan menjadikan pasar malam ini cukup meriah.

Jangan lupa datang dan cuba pelbagai makanan yang terdapat di Perak. Memang tak rugi!

Alamat: Jalan Menteri, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu Operasi: Jumaat 4.30pm-11pm

Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal

Imej via [buletinmutiara.com]

Pemandangan waktu malam yang cantik seperti kelipan bintang. Sekiranya anda suka melihat pemandangan bintang pada waktu malam, tempat ini pastinya menepati citarasa anda.

Bagi sesiapa yang mahu menikmati keindahan kelip-kelip, anda boleh merasainya di jeti ini. Anda akan menaiki bot selama 45 minit untuk menikmati keindahan malam. Cahaya kelip-kelip yang berada di pokok-pokok bakau, seakan anda melihat kerlipan bintang yang rendah.

Tetapi ketika anda meihat kelip-kelip, pemandu akan meminta anda untuk tidak terlalu bising kerana kelip-kelip akan hilang dari sana. Kelip-kelip di sini juga tidak kelihatan jelas jika dirakam. Disebabkan itu, banyak pengunjung yang akan melihat dan menikmati pemandangan ada ketika itu.

Keindahan menikmati cahaya kelip-kelip ini pastinya akan menjadi memori yang tidak dapat anda lupakan. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini!

Alamat: Jeti Kelip-kelip, Jalan Pasar Lama, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12pm-10pm)

No. Telefon: 04-593 5516

Pantai Ban Pecah

Imej via [hmetro.com]

Kalau cakap tentang bercuti, pasti ramai yang fikirkan mengenai pantai!

Pantai ini sentiasa dipenuhi dengan kehadiran orang ramai. Pemandangan pantai yang cantik dan bongkah batu yang unik menjadikan kawasan ini menjadi tarikan bagi sesiapa yang mahu mengadakan pesta.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti mandi, memancing, bergambar dan banyak lagi. Di kawasan ini juga, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan. Terdapat juga kedai menjual alatan mainan seperti belon air, alatan bina pasir dan banyak lagi.

Pantai ini sangat menarik jika anda ingin meluangkan masa bersama keluarga. Anak-anak anda juga dapat bermain bina pasir di pantai tersebut. Anda boleh menikmati pemandangan pantai sekaligus membawa anak-anak anda untuk berseronok.

Alamat: Ban Pecah, 34250 Tanjung Piandang, Perak

Taman Pinggiran Sungai Kerian

Imej via [kualakurau]

Tempat menarik di Parit Buntar yang lain ialah taman pinggiran Sungai Kerian. Taman ini merupakan tempat riadah dan santai yang sesuai untuk bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Kawasan taman ini mempunyai sungai yang luas dan cantik. Pemandangan taman yang cantik menjadikan tempat ini terkenal untuk berehat dan menikmati pemandangan senja.

Aktiviti yang dapat anda lakukan adalah seperti memancing, berjongging dan meluangkan masa bersama keluarga dengan berkelah di pondok yang disediakan.

Bentuk ukiran pondok juga sangat cantik dan menarik. Taman untuk kanak-kanak bermain juga disediakan. Memang sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga taman ini.

Pemandangan pada waktu malam juga sangat cantik. Tidak rugi dan sangat sesuai jika anda datang ke sini untuk menenagkan fikiran!

Waktu Operasi: 24 jam

Alamat: 23, Jalan Sungai, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak

Kesimpulan

Sekiranya anda ingin datang ke sini untuk bercuti. Ini adalah antara tempat menarik di Parit Buntar yang dapat anda lawati. Harap senarai di atas dapat membantu! Anda juga dijemput untuk membaca beberapa artikel menarik di website kami.

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.