Kinabalu Pine Resort: Apa Kata Orang?
Tahukah anda Kinabalu Pine Resort merupakan sebuah penginapan selesa, menarik dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Sabah. Terletak di Kundasang, Ranau, pasti ada yang ingin menjadikan lokasi ini sebagai destinasi percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dengar cerita, jika ingin menempah penginapan di sini, tempahan awal perlu dilakukan kerana sering dipenuhi terutama ketika cuti sekolah. Sudah pasti perkhidmatannya dan penginapannya tiptop hingga mendapat tumpuan ramai.
Tak percaya? Ini antara review dan komen yang dimuatnaik di Facebook oleh pengunjung yang pernah menginap di sini:
Resort ini terletak di tepi jalan besar di pekan Kundasang menuju ke Ranau, dekat dengan pekan Kundasang. Kemudahan parking pun senang, view bilik lawa dan besar. Kalau nak ootd dengan view lawa-lawa dan cantik, saya recommend di sini.
Pakcik Yoi
Kenangan bermalam di Kinabalu Pine Resort, cantik yang amat view berlatar belakang Gunung Kinabalu!
Hanim Corner
Perkara wajib semua guest yang menginap di Kinabalu Pine Resort adalah bergambar dengan view Gunung Kinabalu yang duduk betul-betul depan bilik. Memang betul-betul cantik, betul-betul best rasa macam tak nak check out. Kalau boleh nak stay lagi dua tiga hari di sini.
Solina Mahmud
Seronok sangat bila dapat check in di Kinabalu Pine Resort. View cantik, udara sejuk dan tempatnya selesa. Check in siap ada pakej breakfast gittew. Kali kedua check in di sini, tempatnya strategik di pecan Kundasang. Tak payah jauh-jauh naik atas Mersilau, kat sini pun view macam New Zealand.
Zia Zia
Sesiapa yang ingin berkunjung di Kundasang dengan view yang best, bilik yang best, balkoni yang best, servis pun best, Kak Nit recommend tempat ni.
Hasnita Alimuddin
Pasti anda tertanya-tanya apa yang ada di sini sehinggakan ramai menyukainya? Berbaloi ke jika menginap di sini? Jangan risau, kami sertakan maklumat penginapan beserta komen pengunjung yang pernah menginap di sini.
Patutlah Kinabalu Pine Resort menjadi tumpuan ramai, sehinggakan resort ini mendapat pelbagai anugerah sejak tahun 1998 dari segi landskap, servis terbaik dan lain-lain.
Fasiliti dan Kemudahan
Menariknya di sini, setiap bilik atau kabin diperbuat sepenuhnya daripada kayu eksklusif iaitu kayu keras Selangan Batu. Walaupun tak seperti hotel lain yang berada di sini, namun anda pasti selesa dan terpukau dengan seni bina biliknya.
Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah restoran, dewan serbaguna yang memuatkan 50 hingga 150 orang, taman permainan kanak-kanak serta kemudahan barbeku.
Bukan itu sahaja, anda pasti terpesona melihat pemandangan sekeliling resort lebih-lebih lagi dihiasi pokok pine yang banyak. Nak tengok Gunung Kinabalu? Anda boleh melihatnya dengan jelas dari sini. Berada dikelilingi tumbuhan menghijau dan di puncak, pasti membuatkan anda nyaman, sejuk dan tenang.
Terdapat lima jenis bilik atau kabin yang boleh anda pilih iaitu Standard Valley, Standard, Superior Standard, Deluxe dan Superior Deluxe. Setiap bilik mempunyai kemudahan asas yang menyenangkan anda seperti WiFi, pengering rambut, televisyen, kelengkapan mandi dan sebagainya.
Menariknya di sini, pihak resort menyediakan ruang makan atau restoran yang menyajikan pelbagai menu menarik dan sedap. Nak makan makanan tempatan, makanan Cina mahupun makanan barat, semuanya ada di sini!
Tak perlu pening untuk mencari tempat makan yang lain. Jangan ketinggalan untuk merasai steamboat pada waktu malam di sini, dengan suasana yang sejuk pasti menyelerakan anda.
Lokasi Strategik
Lokasi resort ini juga sangat strategik. Tempat menarik yang terdapat di sekitar resort adalah Taman Kinabalu, Pasar Kundasang dan Memorial Perang Kundasang.
Kami mencadangkan anda untuk mengunjungi Memorial Perang Kundasang, Ladang Teh Sabah, Kolam Air Panas Poring dan Kelab Golf Gunung Kinabalu. Kesemua tempat ini berada berdekatan bandar.
Dengan servis terbaik pasti anda tak sangka dengan harga penginapan yang ditawarkan. Harganya memang tak masuk akal lebih-lebih lagi dengan harga promosi. Nak tau harga promosi? Kunjungi laman web mereka.
Lokasi: Kampung Kundasang (Along Kundasang-Ranau Highway), Ranau, Sabah.
Laman Web: Kinabalu Pine Resort
Facebook: Kinabalu Pine Resort
No telefon: + 60 88 889388 | + 60 88 889488
Tertarik tak dengan pakej penginapan di Kinabalu Pine Resort ini? Pasti tak sabar untuk bercuti di sini. Apa tunggu lagi, jom rancang percutian anda bersama yang tersayang. Cepat buat tempahan awal agar anda dapat menikmati penginapan bertaraf A di Sabah!
Tak tahu tempat menarik di sekitar Sabah untuk anda kunjungi? Kami sediakan tempat-tempat menarik buat anda di sini agar mudah anda merancang aktiviti sepanjang berada di negeri di bawah bayu!