6 Tempat Menarik di Kuala Gula, Taiping
Mencari tempat menarik di Kuala Gula Taiping untuk menghabiskan masa dengan keluarga? Kami akan senaraikan 6 tempat menarik untuk anda perlu buat bila berada di sini.
Kuala Gula adalah tempat wajib anda pergi di Taiping ya.
Perhilitan Kuala Gula Birds Sanctuary
Bagi peminat burung, anda disyorkan untuk datang ke sini kerana terdapat pelbagai spesies burung menarik dan unik , malahan anda juga diberikan pendedahan tentang kepentingan memelihara ekosistem paya bakau dalam program pendidikan yang disediakan.
Aktiviti menarik dapat dilakukan bersama keluarga ialah mengintai burung-burung yang terbang di atas bot mahupun rumah pemerhatian burung yang berada di tengah laut.
Terdapat dua spesies burung menjadi tarikan utama para pengunjung iaitu residen dan hijrah terutamanya bagi golongan penyelidik burung mahupun pencinta di luar sana.
Alamat: 34350 Kuala Kurau, Perak.
JS Muara Restoran Terapung
Mereka yang merupakan peminat mahupun pengemar seafood , anda disyorkan untuk datang ke JS Muara Restoran Terapung kerana di sini menyediakan makanan laut segar dan lazat. Menu utama yang popular adalah ketam lembut menjadi satu tumpuan pengunjung apabila datang ke restoran ini.
JSMuara Restoran Terapung hanya mengambil masa dalam 45 minit sahaja dari taiping dan anda dapat merasai pemandangan yang cantik dari luar restoran malahan konsep yang ditawarkan simple hanya dilengkapi dengan set meja kayu terletak di seberang restoran terapung.
Alamat: Kuala Gula, 34350 Kuala Kurau, Perak
Kuala Gula Sanctuary Resort
Dapat menikamti alam semulajadi merupakan salah satu perkara yang ingin dilakulan oleh setiap insan terutamanya jika mendapat tekanan di tempat kerja, rumah dan kawan-kawan. oleh itu, apa kata anda semua datang ke Kuala Gula Santuary Resort untuk merasai ketenangan bersama keluarga tercinta.
Kuala Gula Santuary Resort juga menyediakan kemudahan asas seperti tandas, ruang tempat makan dan penghawa dingin. Malahan anda juga boleh melakukan aktiviti memancing di luar chalet bersama insan tersayang. Akhir sekali harga yang ditawarkan amat berpatutan untuk anda semua.
Alamat: Jalan Gula, Kuala Gula, 34350 Kuala Kurau, Perak
Ban Pecah
Ban pecah merupakan satu destinasi percutian terbaik untuk kaki pancing dan dijadikan sebagai lokasi untuk mengambil gambar perkahwinan kerana latar belakang pemandangan keindahan laut.
Pantai ini amat sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan rakan seperti berkelah, beriadah dan sebagainya. Pantai ini juga terletak antara Kuala Kuarau dengan Tanjung Piandang sejauh 45km dari bandar taiping.
Alamat: Tanjung Piandang, Perak.
Kuala Gula Fireflies
Tempat menarik apabila datang ke Kuala Guala di Taiping adalah Kuala Gula Fireflies yang merupakan salah satu tempat cantik dan unik kerana anda dapat melihat pemandangan air surut pada waktu senja yang menjadikan sesuatu pemandangan sangat indah. Anda juga boleh mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan,
Alamat: Pusat Informasi Pelancongan Chalet Peranginan Kuala Gula, 34350, Kuala Kurau, Perak
Perhilitan Kuala Gula Wildlife Conservation Centre ( Seabirds)
Apabila datang ke Kuala Gula, jangan lupa untuk singgah ke Perhilitan Kuala Gula Wildlife Conservation Centre untuk merasai pengalaman bercuti yang menarik dan berbeza dengan percutian yang lain. Selain daripada itu, anda berpeluang untuk memancing ikan hanya dari tempat penginapan sekali gus memberikan kegembiraan kepada kaki pancing.
Alamat: Kampung Gula, Malaysia, 34350, Kuala Kurau, Perak, 34400
Itulah 6 tempat menarik di Kuala Gula Taiping untuk anda lawati bersama keluarga atau kawan-kawan. Anda juga boleh membaca:
Rujukan
- Tempat menarik Kuala Gula Perak https://cari-homestay.com/tempat-menarik-kuala-gula-perak/
- Kuala Gula Sanctuary Resort https://www.teamtravel.my/kuala-gula-sanctuary-resort/