Anda ingin bercuti ke kawasan yang ada banyak pantai tetapi tetap inginkan suasana moden di bandar? Pulau Pinang adalah negeri yang patut anda lawati kerana di kawasan pulau di sini sangat banyak tempat menarik yang boleh anda sekeluarga lawati. Bukan setakat tempat menarik sahaja, tetapi juga banyak tempat makan best yang viral terdapat di sini. Jom, kita lihat 20 tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Pulau Pinang.

 

1) Padang Kota Lama

Padang Kota Lama

Imej via cwfoodtravel

Padang Kota lama ini ibarat Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah padang yang telah dibina oleh pihak British suatu ketika dahulu sebagai tempat berkumpul dan berarak. Padang Kota Lama tempat terawal ditubuhkan di George Town. Oleh karana padang ini terletak di tepi laut, maka memang syok sungguh bersantai-santai di sini sambil ditiup angina bayu yang sepoi-sepoi bahasa.

 

Lokasi: Padang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang.

 

2) Penang Street Art

Penang Street Art

Imej via lonelyplanet

Terdapat beberapa kawasan di George Town seperti Jalan Muntri, Jalan Ah Quee dan Lebuh Leith yang anda akan jumpai keindahan mural di dinding bangunan jalan-jalan ini. Lukisan-lukisan mural ini merupakan hasil karya pelukis-pelukis terkenal. Malah lukisan-lukisan ini juga salah satu ikonik bagi Pulau Pinang. Ia jadi salah satu tempat instragammable juga.

Tidak seperti lukisan pada muzium serta galeri 3d art, lukisan-lukisan di Penang Street Art ini adalah lukisan yang menggambarkan kehidupan marhaen di pulau ini.

 

Lokasi: Bandar George Town, Pulau Pinang.

 

3) Bukit Bendera

Bukit Bendera

Imej via qasehdalia

Salah satu tempat paling popular adalah di Pulau Pinang adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Ia seolah-olah tempat wajib singgah bagi pengunjung yang datang ke Pulau Pinang.

Anda boleh berjalan kaki untuk sampai ke puncak bukit ataupun menaiki perkhidmatan kereta api dengan kadar bayaran yang berpatutan iaitu RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Di atas bukit ini ada banyak tempat menarik untuk anda lawati dan juga bergambar kenang-kenangan. Antaranya Muzium Burung Hantu, Dataran Love Locks, The Habitat, Earthquake & Typhoon Pavilion, Little Village dan Viewing Deck.

 

Lokasi: 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.

 

4) Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden

Imej via topsimages

Anda pernah menonton filem Avatar? Jika ya, anda pasti dapat kaitkan keindahan hutan ajaib Avatar Secret Garden ini dengan filem tersebut. Pokok-pokok di taman ini dihiasi dengan cahaya lampu yang berwarna-warni. Taman ini boleh dilawat pada siang hari, namun, untuk dapatkan ‘wow effect’ taman ini, lebih baik jika anda berkunjung ke sini pada malam hari. Kerana pada waktu malam, pancaran lampu yang berwarna-warni itu akan lebih terserlah.

 

Lokasi: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Harga Tiket: Percuma

 

5) Wonderfood Museum

Wonderfood Museum

Imej via myfave

Wonderfood Museum terletak di dalam bangunan berekabentuk kolonial 1940-an. Ia terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Di dalam seksyen pertama, dipamerkan replica hampir 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan. Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.

Apa yang menarik di sini adalah replika makanan yang dipamerkan seolah-olah real dan ia bersaiz besar. Pelbagai aksi dan gelagat yang dilakukan oleh pengunjung ketika mengambil gambar bersama replica-replika tersebut. Pasti ia menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan buat anda ketika melawat ke muzium makanan ini.

 

Lokasi: 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

 

6) 3D Trick Art Museum

3D Trick Art Museum

Imej via penangfoodforthought

Tak puas lagi bergambar di Wonderfood Museum? Ok, boleh sambung sesi bergambar sakan di 3d Trick Art Museum pula. Di sini lebih banyak galeri gambar yang rare untuk anda beraksi. Apa-apapun, pastikan bateri telefon pintar anda penuh ya. Barulah syok nak tangkap gambar di setiap lukisan yang awesome di sini dengan pelbagai aksi dan lakonan.

 

Lokasi: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

 

7) Upside Down Museum

Upside Down Museum

Imej via voiz

Lagi tempat menarik untuk anda luangkan masa berhibur bersama keluarga sambil bergambar sakan adalah di Upside Down Museum.  Dari namanya sahaja dah boleh agak dah apa yang terdapat di sini kan. Ia adalah sebuah kawasan persekitaran rumah yang perabutnya semua tunggang terbalik. Memang sangat best kalau datang ke sini dengan anak-anak dan yang pasti, rumah terbalik di Penang ini mempunyai tarikannya yang tersendiri yang sudah tentu lain daripada kebanyakan rumah terbalik yang ada di negeri lain seperti di Sabah, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.

 

Lokasi: 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.30pagi- 5.30petang) | Sabtu – Ahad (9.30pagi – 6.30petang)

Harga Tiket: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM8

 

8) Ghost Museum

Ghost Museum

Imej via ohmedia

Anda sukakan perkara-perkara mistik, horror dan thriller? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni. Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’ dengan patung-patung hantu yang nampak sangat real. Apa lagi, dah sampai sini, pastikan anda bergambar dengan ‘hantu-hantu’ itu ya. Tapi kalau anda lemah semanagt dan mudah teringat je, baik elakkan dari melawat muzium ini.

 

Lokasi: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00pagi – 7.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM28 Kanak-kanak RM16

 

9) Rumah P. Ramlee

Rumah P. Ramlee

Imej via megahasz

Tahukah anda Seniman Lagenda Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berasal dari negeri Pulau Pinang,  Rumah? Rumah beliau di Pulau Pinang telah dipelihara hingga ke hari ini dan dibuka untuk lawatan orang awam agar generasi kini tetap kenal akan seniman lagenda ini.

Setiap pelusuk rumah ini dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa Tan Sri P.Ramlee untuk industri filem dan musik tanah air. Selain itu, anda juga akan didendangkan dengan lagu-lagu P.Ramlee sepanjang lawatan anda ke rumah ini.

 

Lokasi: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 5.30petang)

Harga Tiket: Percuma

 

10) Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling

Imej via penang

Masjid Kapitan Keling ini merupakab antara masjid terawal yang didirikan di Georgetown. Ia dibina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beragama Islam.  Masjid ini merupakan masjid utama di negeri ini sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina.

 

Lokasi: 14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.

 

11) Adventure Zone

Adventure Zone

Imej via shangri-la

Adventure Zone merupakan tempat hiburan keluarga yang terletak didalam bangunan Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa. Kawasan permainan modular ini berhawa dingin dan mempunyai tiga jenis gelongsor yang berbeza dan banyak permainan yang menguji kebolehan anak anda mengatasi rintangan. Selain daripada itu, di sini terdapat tempat makan, toddle zone, kids club dan banyak kemudahan yang lain.

 

Lokasi: Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00pagi – 7.00petang)

Harga Tiket: Kanak-Kanak RM35

 

12) The Top Penang

The Top Penang

Imej via thetop

Bangunan Komtar yang pernah menjadi salah satu mercu tanda di Pulau Pinang pernah menjadi sunyi dan sepi daripada pengunjung. Tetapi dengan pembukaan The Top di Komtar, ia menampakkan inisiatif yang baik untuk mengembalikan era kegemilangannya.

Ada macam-macam tempat menarik di The Top ini yang boleh anda lawati bersama keluarga. Antaranya:

  • Tech Dome Penang adalah sebuah pusat sains interaktif ala Petrosains. Ada pelbagai jenis mainan dan aktiviti berkonsepkan sains di sini. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa. Harga tiket masuk ke Tech Dome Penang adalahRM20 untuk dewasa, RM12 untuk kanak-kanak.
  • Jurassic Research Centermenmpatkan pelbagai jenis dinasour beserta informasi yang pasti mengujakan peminat-peminatnya. Harga tiket masuk ke Jurassic Research Center adalah RM40 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak.
  • Rainbow Skywalk merupakan skywalktertinggi di Malaysia. Ia memberi peluang untuk anda menyaksikan pemandangan indah skyline di GeorgeTown. Tapi, jika anda seorang penggayat, mungkin perlu pertimbangkan untuk pergi ke Rainbow Skywalk ini.
  • Terdapat juga tarikan lain seperti Magic Mirror Maze, Ocean Explorer, The Top Boutique Aquarium, Tongkat Ali King, Dragon Regatta, Spacetime Squadron, 7D Discovery Theater dan banyak lagi.

Pakej All Park ditawarkan dengan harga yang lebih berbaloi untuk kanak-kanak dan dewasa jika anda ingin meluangkan sepanjang hari di sini. Tiket promosi juga boleh dibeli secara online melalui laman web mereka, thetop.com.my.

 

Lokasi: The Top Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00pagi – 8.00malam)

Harga Tiket: Dewasa RM45 | Kanak-Kanak RM26

 

13) Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang

Imej via rojakdaily

Countryside Stables Penang ini merupakan tempat dimana anda dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah. Terdapat sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malaysia.

Jika anda belum bersedia untuk menunggang kuda, anda boleh beri makan sambil melihat gelagat kuda yang comel-comel di sini.

 

Lokasi: Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap Hari (2.00petang– 7.00petang)

Bayaran Menunggang Kuda: 30 Minit RM80 | 60 Minit RM120

 

14) Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang

Imej via maximilian

Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan. Oleh kerana taman negara ini terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, jadi ia juga popular dalam kalangan kaki pancing.

 

Lokasi: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

 

15) Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm

Imej via pinterest

Saanen Dairy Goat Farm lading ternakan kambing. Ladang ini dibuka untuk lawatan orang awam dan anda berpeluang untuk memberi makanan kepada kambing-kambing di sini. Ladang ini terletak berhampiran dengan Jalan Sungai Pinang dan ia mengeluarkan berbagai produk yang di hasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt dan jelly kambing.

 

Lokasi: 298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00pagi – 5:00petang)

Harga Tiket: Percuma

 

16) Pantai Tanjung Bungah

Pantai Tanjung Bungah

Imej via faizalr

Pantai Tanjung Bungah antara destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana disini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.

 

Lokasi: Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

 

17) Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid Terapung

Imej via livingnomads

Masjid Terapung Tanjung Bungah merupakan masjid terapung yang pertama di bina di Malaysia. Sejarah asal Masjid Tanjung Bunga bermula dengan sebuah surau yang dibina pada 1967. Oleh kerana penduduk semakin bertambah dan mereka perlukan tempat sembahyang yang lebih luas, maka surau ini telah dinaiktaraf menjadi sebuah masjid. Bagaimanapun, untuk membina masjid baru, kawasan tanah yang ada amat terhad kerana ia betul-betul berada di tepi jalan menghala ke Batu Feringghi yang agak sibuk. Memandangkan harga tanah yang semakin mahal dan terhad di kawasan Tanjung Bungah, tercetus idea membina masjid terapung.

 

Lokasi: Jalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang.

 

18) Tropical Fruit Farm

Tropical Fruit Farm

Imej via justgola

Kalau anda ingin merasai kelazatan buah-buahan tempatan yang beraneka jenis, datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang. Destinasi Agro Tourism yang terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buahan-buhanan tempatan eksotik yang terdapat di negara kita.

 

Lokasi: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran Guided Farm Tour: Dewasa RM40 | Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM30

 

19) Tropical Spice Garden

Tropical Spice Garden

Imej via wedresearch

Tropical Spice Garden asalnya adalah sebuah ladang getah yang terbiar. Namun atas inisiatif pengasasnya David dan Rebecca Wilkison bersama beberapa rakan, mereka menukar tempat ini menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi habitat kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.

 

Lokasi: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:00pagi – 6:00petang)

Harga Tiket: (Dapat Diskaun Sekiranya Tiket Dibeli Secara Online)

Audio Tours: Dewasa RM29 | Kanak-Kanak RM17 | Warga Emas RM23

Guided Tours:  Dewasa RM45 | Kanak-Kanak RM20 | Warga Emas RM35

Night Walks: Dewasa RM100 | Kanak-Kanak RM60 | Warga Emas RM60

 

20) Entopia

Entopia

Imej via packist

Tempat ini yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, namun kini ia telah direbranding menjadi Entopia. Nama Entopia adalah gabungan dua perkataan iaitu Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan pengkhususan saintifik atau cabang ilmu pengajian dan penyelidikan serangga manakala Utopia merupakan sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga.

Entopia merupakan sebuah pusat pembelajaran unik di mana pengunjung bukan sahaja dapat meninjau keajaiban alam sekitar, malahan dapat menghayati keindahan alam semula jadi. Terdapat dua dunia baru di Entopia iaitu Natureland (taman luaran atau ‘outdoor gardens’) dan Cocoon (pusat penemuan tertutup atau ‘indoor discovery centre’).

Pasti anak-anak akan teruja dapat luangkan masa di sini kerana dapat belajar tentang serangga dan dalam masa yang sama menikmati panorama indah di sini.

 

Lokasi: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM40.50 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM22.50

 

Itulah dia 20 tempat menarik di Pulau Pinang yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Pulau Pinang. Jemput juga baca artikel Tempat Makan Best Di Tanjong Malim dan Tempat Menarik Di Taiping.

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.