Jika anda seorang yang sukakan suasana yang klasik dan penuh dengan tinggalan Sejarah, anda bolehlah luangkan masa untuk terokai khazanah yang tersimpan di Taiping. Kebiasaannya kita sering kaitkan tempat bersejarah dengan Melaka, tetapi, tahukah anda bahawa Taiping juga memiliki nostalgianya yang tersendiri. Terdapat beberapa tempat di Taiping yang memegang rekod ‘tertua’ di negara kita.

Bukan setakat bahan sejarah yang anda boleh jumpa di Taiping, tetapi juga anda boleh berrekreasi dan bercuti sambal beristirehat di Taiping memandangkan terdapat juga beberapa tempat yang sesuai untuk anda sekeluarga bersantai-santai. Jom kita lihat 22 tempat menarik di Taiping yang boleh anda dan keluarga lawati.

 

1) Dataran Warisan Taiping

Dataran Warisan Taiping

Imej via deviantart

Jika anda tidak tahu ke mana nak luangkan masa pada waktu malam di Taiping, anda bolehlah ke Dataran Warisan Taiping. Pelbagai aktiviti yang terdapat di sini seperti bermain kasut roda, basikal, skuter, kereta kawalan berwarna-warni.

Selain itu, bersebelahan dengan Dataran Warisan Taiping ini juga terdapat pasar meriah ala-ala uptown yang diberi nama Bazaar Cross Street. Pilihan barangan dan makanan yang ada di sini sangat banyak sehingga anda rambang mata untuk membuat pilihan.

Untuk makan malam, anda bolehlah membeli makanan di pasar ini dan duduk di meja yang disediakan. Sambil makan, anak-anak bolehlah bermain kasut roda atau skuter serta permainan lain yang boleh disewa dengan harga yang berpatutan.

 

Lokasi: 1897, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping

 

2) Muzium Perak

Muzium Perak

Imej via wikipedia

Muzium Perak merupakan sebuah muzium yang mempamerkan lebih daripada 8000 koleksi yang terdiri daripada koleksi barangan kebudayaan, arkeologi dan alam semula jadi di negeri Perak. Terdapat beberapa koleksi yang dipamerkan di sini sudahpun berusia ratusan tahun dan sukar ditemui ataupun semakin pupus. Antara yang dapat dilihat di muzium ini adalah spesimen haiwan, artifak kraftangan, tembikar dan banyak lagi.

Selain itu, keunikan muzium ini adalah pada binaannya. Seni bina bangunan Muzium Perak mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah.

 

Lokasi: Jalan Taming Sari, Taiping, 34000

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Bawah 12 Tahun & Berpakaian Sekolah Percuma

 

3) Zoo Taiping

Zoo Taiping

Imej via tourismperakmalaysia

Zoo Taiping merupakan zoo pertama dan tertua sekali di Malaysia. Zoo ini berkeluasan 30 ekar dan memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang dibiarkan bergerak bebas di dalam habitat semula jadi mereka.

Selain itu, Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Keistimewaan Night Safary kerana haiwan-haiwan ini lebih aktif pada waktu malam. Semakin aktif haiwan-haiwan ini, semakin seronok anda dapat melihat pelbagai aksi haiwan di sini.

 

Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM8.50

 

4) Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

Imej via picturesboss

Taman Tasik Taiping merupakan taman awam yang tertua di negara kita. Ia telah dibuka pada tahun 1880. Amacam? Rare kan tempat-tempat yang terdapat di Taiping. Legend! Zoo Taiping adalah zoo tertua, kini Taman Tasik Taiping pula merupakan taman awam yang tertua di Malaysia.

Taman tasik yang pada asalnya kawasan perlombongan bijih timah ketika zaman penjajahan British ini juga adalah taman yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 64 hektar.

Antara tarikan yang terdapat di taman ini adalah ia mempunyai bukan 1, tetapi 10 buah tasik indah yang di kelilingi dengan pohon angsana. Suasana ini membuatkan anda sekeluarga boleh bersantai-santai berkelah di sini sambal melakukan senaman ringan di petang hari.

 

Lokasi: Taiping Lake Garden, 12, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000, Ipoh, Perak

 

5) Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim)

Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim)

Imej via orangperak

Muzium Matang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bangunan ini dibina oleh pembesar Perak yang terlibat dalam penentangan terhadap campur tangan British iaitu Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar. Ia dibina pada tahun 1854 dan dikelilingi oleh tembok batu berkepanjangan 131 meter.

Di dalam kota ini pula, Ngah Ibrahim telah membina kediaman rasminya serta sebuah stor untuk menyimpan bijih timah. Malangnya, pihak British telah menjatuhkan hukuman buang negeri kepada Ngah Ibrahim yang kemudiannya menjadikan rumah ini sebagai kediaman rasmi Penolong Residen, Kapten Tristam Speedy.

Kota ini kini digelar sebagai Muzium Matang yang menyimpan maklumat berkaitan Perang Larut, pameran barangan yang digunakan dalam pelombongan bijih timah dan banyak lagi.

 

Lokasi: Kompleks Sejarah Matang, Jabatan Muzium & Antikuiti Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Taiping

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)

Harga Tiket: Percuma

 

6) Bandar Taiping

Bandar Taiping

Imej via sifuscuba

Nama lama bagi Bandar Taiping adalah Klian Pauh. Ia merupakan ibu kota kepada daerah Matang, Larut dan Selama. Di bandar inilah anda dapat menyaksikan peninggalan bangunan yang sudah tua  dengan reka bentuk yang jelas sekali mendapat pengaruh Inggeris.

Sebagai tempat pengeluaran bijih timah, bandar Taiping mendapat perhatian daripada para penjajah untuk dibangunkan dan oleh sebab itulah, terdapat banyak lokasi menarik di sini yang merupakan yang pertama sekali wujud di Tanah Melayu.

Jika anda ke sini, banyak lupa bawa kamera. Banyak bangunan-bangunan lama yang anda boleh abadikan di foto anda untuk kenang-kenangan.

 

Lokasi: Bandar Taiping, Perak

 

7) Old House Museum

Old House Museum

Imej via travelmalaysia

Old House Museum bukanlah seperti muzium-muzium yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia, tetapi ia adalah sebuah rumah kedai lama yang telah dibina pada sekitar tahun 1880 oleh seorang ahli perniagaan Cina, Lim Zi You.

Old House Museum dipenuhi dengan pelbagai barangan antik yang terdiri daripada perabot, tembikar China, koleksi radio-radio klasik dan banyak lagi. Barangan antik ini bukan sekadar untuk dipamerkan sahaja, malah ada sesetengahnya boleh dijual kepada mereka yang berminat, terutama bagi pengumpul barangan antik.

 

Lokasi: 2A, Market Square, 34000 Taiping

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00pagi – 6.00petang) | Sabtu & Ahad (9.30pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3 | Bawah 6 Tahun Percuma

 

8) Rumah Rehat Bandar

Rumah Rehat Bandar

Imej via dressarmedikinfo

Asal Rumah Rehat Bandar ini merupakan rumah kediaman gabenor Perak. Rumah yang dibina pada tahun 1887 oleh pihak British. Pada mula ia hanyalah sebuah bangunan sayu tingkat yang dibina daripada kayu,  kemudiannya ia dinaik taraf menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894.

Sama seperti Zoo Taiping dan juga Taman Tasik Taiping, Rumah Rehat Bandar ini adalah rumah rehat yang pertama di Tanah Melayu.

 

Lokasi: Rest House, Station Road, Taiping

 

9) Stesen Keretapi Taiping

Stesen Keretapi Taiping

Imej via hiveminer

Stesen Keretapi Taiping merupakan stesen keretapi yang pertama di Tanah Melayu. Stesen ini dibina pada tahun 1882 ini dibuka pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low iaitu Residen British Perak yang pertama. Landasan keretapi ini dibina untuk menghubungkan Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld) untuk mengangkut bijih timah.

Kini, stesen keretapi ini sudah tidak digunakan lagi. Namun binaannya masih dikekalkan agar generasi baru dapat melihat bagaimana keadaan sebuah stesen keretapi yang telah beroperasi lebih daripada 100 tahun ini.

 

Lokasi: Stesen Keretapi Taiping, 34000 Taiping

 

10) Masjid Lama Bandar Taiping

Masjid Lama Bandar Taiping

Imej via orangperak

Ok, kali ini kita pergi ke masjid tertua di Taiping pula iaitu Masjid Lama Bandar Taiping. Masjid ini telah dibina oleh keluarga Ngah Ibrahim pada tahun 1893 untuk menggantikan bangunan madrasah yang diperbuat daripada kayu.

Disebabkan nilai klasiknya serta usianya yang sudah melebihi 100 tahun, Masjid Lama Bandar Taiping telah digazetkan sebagai bangunan warisan di bandar ini.

Lebih menarik, masjid ini turut menempatkan makam tokoh-tokoh yang dihormati di ruang belakangnya seperti makam kerabat dan keturunan Long Jaafar.

 

Lokasi: Jalan Kota, Kampung Jambu, 34000 Taiping

 

11) Menara Jam Besar Taiping

Menara Jam Besar Taiping

Imej via penselpatahtunteja

Menara Jam Besar Taiping ini telah dibina pada tahun 1881 menggunakan kayu. Pada tahun 1891, menara ini telah diperbaharui menggunakan batu-bata.

Antara sejarah menarik bagi Menara jam ini ialah, ia pernah dijadikan sebagai stesen polis dari tahun 1908 hingga 1950, kemudian, ia ditukar fungsi sebagai balai bomba. Namun kini, Menara Jam Besar Taiping dijadikan sebagai Pusat Informasi Pelancong Taiping di mana anda boleh mendapatkan peta perjalanan dan info tentang 33 tempat pertama di Taiping.

Informasi-informasi lain berkaitan pelancongan juga boleh didapati di sini yang termasuklah mengenai tempat penginapan. Selain itu, anda juga boleh membeli cenderamata yang dijual di sini sebagai tanda peringatan.

 

Lokasi: 55, Jalan Kota, 34000 Taiping

 

12) New Clock Tower (Old Market)

New Clock Tower (Old Market)

Imej via wongtee

Selain Menara Jam Besar Taiping, terdapat lagi satu Menara Jam yang terletak di Jalan Taming Sari.  New Clock Tower yang terletak berdekatan dengan pasar ini memiliki reka bentuk yang sangat unik dengan kaca berwarna-warni yang agak menarik untuk dilihat. Tulisan “Pasar Lamar, 1885” terpahat di bangunan menara ini.

 

Lokasi: Jalan Taming Sari, Taiping 34000

 

13) 5D Art Paradise Taiping

5D Art Paradise Taiping

Imej via saifhaqiem

5D Art Paradise Taiping sama juga seperti galeri gambar multidimensi lain yang terdapat di Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, Melaka dan beberapa tempat lain. Apa yang paling penting jika anda ke sini adalah bateri telefon pintar anda. Kalau bateri telefon pintar sudah nak habis, susahlah untuk anda nak bergambar sakan di setiap lukisan rare yang terdapat di dinding premis ini.

 

Lokasi: No 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.30pm)

Harga Tiket: 131 cm & Keatas RM25 | 91 cm – 130 cm RM20

 

14) Spritzer Eco Park

Spritzer Eco Park

Imej via emily2u

Jika sebut Spritzer, pasti ramai orang tahu ia adalah jenama produk air mineral. Namun, masih ramai belum tahu bahawa Spritzer juga mempunyai tamannya sendiri yang diberi nama Spritzer Ecopark. Taman ini dibuka secara rasmi pada tahun 2015. Ia menempatkan lapangan golf mini berbayar dan sebuanh ruang iaitu The Discovery Tunnel untuk melihat info berkaitan pemprosesan air mineralnya. Selain itu, antara aktiviti lain yang tersedia di sini ialah Tree Tag Walkabout dan Kidz Zone yang mana anak-anak anda akan diajar untuk menghasilkan sesuatu menggunakan barangan kitar semula.

 

Lokasi: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000, Taiping

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00pagi & 3.00petang) | Sabtu (11.00pagi)

 

15) Taiping Equine Park

Taiping Equine Park

Imej via ppkismkkk

Tidak banyak tempat di Malaysia yang menawarkan khidmat menunggang kuda. Namun, di Taiping terdapat Taiping Equine Park untuk anda merasai sendiri pengalaman menunggang kuda. Pelbagai pakej yang disediakan di sini seperti Joy Ride 2 Laps in Arena, Horse Therapy Single Class, 1 Lap Camping Site, dan banyak lagi termasuklah kelas-kelas menunggang kuda. Satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan.

 

Lokasi: Taiping Equine Recreation, Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (8.30pagi – 11.00pagi & 3.30petang – 7.00malam) | Sabtu & Ahad (8.30pagi – 7.00malam)

Harga Tiket: Percuma

 

16) Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort

Imej via goholidaymalaysia

Bukit Merah Laketown Resort merupakan pusat ekopelancongan yang lengkap dengan pelbagai aktiviti menarik. Ia bukan sekadar tempat pemginapan, tetapi turut menempatkan Ecopark, taman tema air dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan.

Di dalam Ecopark resort ini, anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang diletakkan di dalam habitat semula jadi mereka. Di samping itu, terdapat banyak juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di dalam Ecopark ini seperti Skycycle, Nature Trail dan Tropical Trail. Bahagian-bahagian taman yang terdapat di sini pula adalah seperti Reptile Park dan Pets Parks.

Tarikan yang terdapat di Waterparknya pula adalah Body Slides, Water Speed Slides, Activity Pool, Lazy River, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar dan banyak lagi.

 

Lokasi: Jalan Bukit Merah Semanggol, 34400 Simpang Ampat Semanggol

 

17) Kuala Sepetang

Kuala Sepetang

Imej via kualasepetang

Nama lama bagi Kuala Sepetang adalah Port Weld. Antara perkara sinonim dan menjadi ikon bagi Kuala Sepetang adalah mee udang. Ramai pengunjung dari seluruh Malaysia yang singgah ke Kuala Sepetang untuk merasai keenakan mee udang di sini.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah memancing di atas bot bersama nelayan, melihat kelip-kelip, melawat kilang pemprosesan arang tradisional, memerhati burung dan banyak lagi yang melibatkan alam semula jadi.

 

Lokasi: Kuala Sepetang, Perak

 

18) Matang Mangrove Forest Reserve

Matang Mangrove Forest Reserve

Imej via kualasepetang

Matang Mangrove Forest Reserve merupakan hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia. Keluasannya lebih daripada 40,000 hektar. Matang Mangrove Forest Reserve yang telah digazetkan sebagai hutan simpan sejak tahun 1906 ini merupakan yang tertua di negara ini.

Oleh kerana hutan paya bakau ini sudah berusia lebih 100 tahun, maka sudah pasti kawasan ini dipenuhi dengan alam semula jadi yang cukup indah dan kaya dengan flora dan faunanya yang tersendiri. Disinilah anda dapat melihat spesies-spesies haiwan kawasan paya seperti udang, ketam, udang karang dan pelbagai jenis ikan.

 

Lokasi: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang

 

19) Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Imej via tourismperakmalaysia

Nama lama bagi Bukit Larut adalah Maxwell Hill. Ia merupakan kawasan percutian tanah tinggi yang popular di Perak. Bukan Pahang sahaja ada kawasan peranginan bersuhu rendah, tetapi Perak juga ada.

Bukit yang berketinggian 1250 meter dari paras laut ini boleh diakses dengan 2 cara iaitu sama ada dengan menyewa Jeep yang disediakan pihak Bukit Larut (tempahan perlu dibuat dengan awal) ataupun jika anda berstamina tinggi, anda boleh mendaki melalui jalan tar yang disediakan. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah kira-kira 3 jam bergantung kepada individu.

Untuk menikmati pemandangan di sini, anda boleh menaiki menara tinjau yang disediakan. Dari bukit ini, sekiranya cuaca mengizinkan, anda dapat menikmati pemandangan sejauh Selat Melaka dan kadangkala sehingga ke Pulau Pangkor di bahagian selatan ataupun Pulau Pinang di bahagian utara.

 

Lokasi: Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping

Waktu Operasi: 7.00pagi – 5.00petang

Harga Tiket: RM10 (Sewa Jeep)

 

20) Burmese Pool (Kolam Renang Batu Besar)

Burmese Pool

Imej via flickr

Burmese Pool Taiping atau nama lainnya Kolam Renang Batu Besar, terletak di kaki Bukit Larut. Kolam ini cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai tempat untuk berreakreasi bersama keluarga sambal bermandi-manda. Kolam yang luas disamping airnya yang sejuk membuatkan anda berasa puas hati dapat mandi di sini.

Sambil menikmati mandian di kolam semula jadi ini, anda dapat menyajikan mata dengan pemandangan penuh kehijauan di sekitar yang cukup mengasyikkan.

 

Lokasi: Burmese Pool, Taman Sentosa, Taiping

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

Harga Tiket: Percuma

 

Itulah dia 20 tempat menarik di Taiping yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Taiping. Jemput juga baca artikel Tempat Makan Best Di Tanjong Malim, Perak dan Tempat Memancing Best Di Perak.

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.