Pulau Tioman merupakan sebuah pulau berbentuk titisan air mata yang terletak 58 kilometer di pantai timur Semenanjung Malaysia, di Laut Cina Selatan. Pulau Tioman merupakan pulau terbesar dalam kumpulan 64 buah pulau gunung berapi yang ada.
Imej via [peoples]
Imej via [tioman]
Tiada kemudahan chalet mahupun resort disediakan kerana saiz pulaunya yang kecil. Walaubagaimanapun, Pulau Renggis ini sangat unik dan cantik kerana keindahan coral dan air kelilinya yang sangat cantik dan jernih.
Imej via [cavinteo]
Jarak perjalanan antara Pulau Tioman ke Pulau Tulai memakan masa 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan menuju ke pulau Tulai ini, anda akan dapat menikmati bayu dan kebiruan laut yang sangat menyegarkan sambil mencuci mata melihat pemandangan air laut yang kebiruan.
Pelbagai pakej aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar pulau ini, penginapan seperti chalet juga disediakan bagi pengunjung yang ingin bermalam di Pulau Tulai ini. Sambil menikmati keindahan laut biru, aktiviti sukan seperti bersnorkeling, diving dan banyak lagi boleh anda lakukan.
Imej via [maisinggah]
Tempat menarik di Pulau Tioman ini juga menyediakan kepada para pengunjung aktiviti menyelam dan anda boleh merasai sendiri kehidupan laut yang terdapat di pusat ini. Jangan lepaskan peluang untuk datang singgah dan lihat sendiri segalanya di sini.
Imej via [tioman]
Teluk yang luas ini mempunyai pantai yang indah dengan kolam air laut biru yang tenang dan persekitaran hutan hujan yang subur. Ia adalah salah satu tempat snorkeling yang paling popular serta anda boleh mengelilingi pulau dengan menggunakan bot laju sambil melihat kawasan kampung. Para pengunjung yang mendaki dari Salang ke sini memakan masa 1 jam perjalanan.
Imej via [tioman-scuba]
Ia merupakan tempat penyelam dan kampung yang paling dekat dengan banyak kawasan terumbu dan bangkai kapal di Tioman termasuk Coral Island, Chebeh, Batu Malang dan Fan Canyon. Pub dan Restoran di sini juga menyediakan aktiviti malam seperti permainan unggun api. Biasaannya, pengunjung eropah melakukan aktiviti santai sambil menikmati kedinginan pada waktu malam.
Imej via [filaterritory]
Kampung ini popular dalam kalangan pelawat kerana kekayaan kemudahan moden dan mempunyai kawasan belanja bebas cukai. Beberapa buah hotel disediakan dan terletak di sepanjang pantai selatan dan juga chalet. Anda juga boleh bersnorkeling di sini.
Imej via [megantasker]
Ia adalah kerjasama dengan warga luar negara dan rakyat tempatan. Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 2006. Anda boleh melihat banyak penyu di tempat menarik di Pulau Tioman ini. Bukan sahaja dapat belajar tentang penyu, tetapi anda pasti gembira dan terhibur di sini.
Imej via [maisinggah]
Sampai sahaja di tempat menarik di Pulau Tioman ini, anda boleh memulakan perkelahan sambil menikmati percikan air terjun yang segar daripada gunung.
Imej via [1511coconutgrove]
Ia adalah tentang sepasang naga yang dikatakan pernah wujud pada suatu ketika dahulu sebelum berubah menjadi batu kerana melanggar pantang larang yang sepatutnya diikut. Dalam kisah itu, naga betina berubah menjadi pulau yang kini dinamakan Pulau Tioman.
Kalau dilihat dari jauh, terdapat sebuah kawasan di pulau ini yang berbentuk seperti tanduk naga dan inilah yang dinamakan sebagai Gunung Nenek Semukut. Manakala naga jantan pula berubah menjadi sebuah gunung bercabang tiga iaitu Gunung Daik.
Imej via [faizalriduan]
Sekiranya para pendaki adalah golongan yang berani untuk menempuhi cabaran, maka anda dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna yang eksotik dengan lebih dekat.
Imej via [headlampsclus]
Ia bermula dari pantai yang dipenuhi infrastuktur moden kepada hutan sekunder dan seterusnya meredah hutan dara yang meliputi satu pertiga laluan kepuncaknya. Para pendaki pasti teruja dengan keindahan semulajadi yang terdapat di tempat menarik di Pulau Tioman ini.
Anda boleh melakukan aktiviti mendaki dan riadah sambil melihat spesis-spesis yang jarang di temui. Menjadikan Gunung Kajang ini sebagai destinasi pendakian adalah salah satu pilihan yang tepat untuk dicuba.
Imej via [tioman-scuba]
Kawasan ini juga merupakan kawasan yang mudah untuk anda lihat hidupan sebenar laut, pelbagai spesis ikan dan hidupan lain yang jarang di temui. Melihat kehidupan laut dengan lebih dekat seperti jerung akan menjadikan pengembaraan ini yang paling hebat dan seronok.
Imej via [smarti]
Beberapa latihan dan kursus di berikan kepada mereka yang gemarkan aktiviti menyelam secara bebas. Aktiviti menyelam skuba boleh disertai oleh semua individu berusia 10 tahun ke atas yang sihat dari segi mental dan fizikal. Ia boleh dilakukan di dalam kolam atau laut terbuka.
Tujuan penubuhan tempat menarik di Pulau Tioman ini juga adalah untuk membantu penyelam yang mempunyai lesen untuk mengingati semula kemahiran menyelam selepas lama meninggalkannya. Aktiviti menyelam secara beramai-ramai menjadi wadah terbaik kepada penggemar aktiviti ini bagi berkongsi pengalaman dan mengeratkan silaturahim.
Imej via [Daphne’s Escapades]
Imej via [booking]
Anda boleh ke tempat menarik di Pulau Tioman ini dengan berjalan kaki dari Pantai Kampung Juara. Lokasi ini kelihatan menarik kerana rekabentuknya yang agak santai dan ruang terbuka menjadikan ia sebagai salah satu tempat riadah yang di gemari oleh pelancong asing.
Kemudahan seperti Chalet juga disediakan yang bercirikan kayu dan berbumbungkan daun nipah menjadikan ia lebih menarik dan unik.
Imej via [maisinggah]
Antara Pulau yang boleh dilawati adalah Pulau Chebeh, Pulau Sembilang, Pulau Sepoi, Pulau Labas, Pulau Sri Buat Tokong Bahara dan Pulau Jahat. Keseluruhan Pulau ini cukup indah dengan pasir yang putih dan air laut yang cukup jernih.
Jika bernasib baik, anda berpeluang terserempak dengan ikan lumba-lumba di sekitar lautan ini. Pulau Tioman ini banyak menyediakan pakej island hoping untuk pengunjung mencuba dan membuat pilihan.
Imej via [ticket2u]