Itinerari 5 Hari 4 Malam Ke Jogjakarta
Indonesia merupakan negara jiran yang ada banyak tarikan pelancong. Tempat-tempat yang terkenal dengan keindahan atau tarikan pelancong adalah seperti Bandung, Lombok, Bali, Jogjakarta dan banyak lagi. Puan Intannabila Razali telah sudi share pengalaman beliau bercuti di Jogjakarta berdua.
Jogjakarta 5 Hari 4 Malam
Rate : IDR 1juta = RM322
Tiket return = RM134/pax
Rumah Pandjaitan 42 : Rp 350,000/pax (4 malam free breakfast)
Kos supir : Rp 675,000/pax (3 hari)
– Kos supir termasuk minyak + parking
– Kos supir akan lebih murah kalau anda pergi ramai sebab kira satu kereta bukan kira per kepala. Kami pergi berdua, jadi mahal sikit.
Penginapan + Kos supir (3 hari) = Rp 1,025,000 / RM323.50
Hari Pertama
Kos transport (bas, beca) ke Rumah Pandjaitan : Bas ( Rp 7000/pax), beca (Rp 5000) = Rp 12,000
Kami naik ojek ke Malioboro : Rp 8000/pax
Dari Malioboro – Rumah Pandjaitan : Rp 12,500/pax (naik beca)
Kos hari pertama = Rp 24,500 / RM7.80
Hari Ke-2
Hari kedua kami dah guna servis supir ye. Supir jemput di Rumah Pandjaitan.
Pantai Timang
– Kami pilih naik ojek. Lebih murah Rp 50,000
– Spot bergambar ada yang perlu bayar, kami ambil gambar di 2 spot kos Rp 15,000 (boleh tengok dekat gambar).
Goa Pindul Rafting & Tubing : Rp 150,000
Photographer : Rp 62,500
– Kami rasa sangat tak berbaloi pergi sini. Biasa-biasa sahaja. Member pernah pergi Gua Tempurung, Perak lagi best katanya. Jadi kalau anda tak pergi pun, takpe. Tak rugi.
Pintoe Langit – Bayar parking sahaja Rp 2500/pax
( semua spot bergambar dekat sini FOC)
Puncak Becici – Bayar parking sahaja Rp 2500/pax
( semua spot bergambar dekat sini FOC)
– Pak supir bagitahu view dekat sini lebih lawa dari Kalibiru, lagipun dekat Kalibiru setiap spot bergambar kena bayar. Jadi kami tak pergi Kalibiru.
Kos hari Ke-2 = Rp 282,500 / RM89.20
Hari ke-3
Sunrise Puthuk Setumbu : Rp 30,000/pax
Gereja ayam : Rp 30,000/pax
Masjid Gede Kraton (masjid yg dibina 400tahu n lalu)
Taman Sari : Rp 10,000/pax
Pantai Prangtritis : Rp 3750/pax
Goa Jepang (sunset) : Seikhlas hati kami bagi Rp 5,000/pax
Sellie cafe (AADC 2)
Kos hari Ke-3 = Rp 78,750 / RM24.90
Hari ke-4
Kebun Mangunan : FREE
Jurang tembelan : FREE
Seribu Batu : Rp 2500/pax
Hutan pinus : Rp 2500/pax
Candi ijo : Rp 5000/pax (dapat harga local)
Pasar Beringharjo (jalan-jalan survey harga dulu)
Kos hari ke-4 = Rp 10,000 / RM3.20
Hari ke-5
•Pasar Beringharjo (beli ole-ole)
•Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Pasar Beringharjo : Rp 5500/pax
•Naik GrabCar dari Pasar Beringharjo ke Rumah Pandjaitan 42 : Rp 6000/pax
•Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Warung Sambal Special (dekat dgn airport) : Rp 16,500/pax
•Naik Grabcar dari Warung Sambal Special ke Airport = Rp 8,500
Kos hari ke-5 = Rp 36,500 / RM11.60
Jadi, semua kos termasuk penginapan + supir + harga tiket = RM460.20 (tak termasuk makan minum).
Kami pergi 5 hari, 4 malam. Guna servis supir untuk 3 hari sahaja. Sebab kami nak berdikari & save bajet juga.
Guna servis supir untuk pergi tempat-tempat yang jauh. Sedia maklum jarak antara satu-satu tempat itu jauh juga. Boleh search google maps tengok jarak satu tempat ke satu tempat.
Kami pilih ‘Rumah Pandjaitan 42’ sebab harga paling murah bila cari dalam booking.com. Selesa, bersih, wangi. Owner rumah baik sangat. Kami siap basuh baju. Kalau anda nak masak pun boleh. Wifi pun laju. Ada sediakan breakfast secara percuma. Berbaloi.
-Tempat-tempat yang nak pergi itu, kami yang list sendiri selepas itu bagi dekat supir, bukan supir yang list kan, supir cuma tolong susun nak pergi mana dulu supaya satu hala sahaja semua.
-GrabCar/uber/Gojek banyak dekat sana sama dekat Malaysia ini juga. Jadi tak risau nak kemana-mana.
-Makanan dekat sana sangat murah kalau nak banding dengan tempat kita. Di sana RM12 dah dapat makan untuk 2 orang, siap ayam bakar & ikan bawal lagi. Tempat kita dapat ke?
-Harga makanan dekat Malioboro agak mahal juga sebab situ dah jadi tempat tarikan pelancong dari luar negara. Kami ada juga makan dekat area sana, bila bagitahu supir. Supir senyum & cakap mahal! Tapi tak salah kalau nak cuba.
-Kami ada makan di restoran Ayam Penyet Surabaya ( murah & sedap ).
-Kalau kami tahu kewujudan Waroeng Special Sambal “SS” dari hari pertama, setiap hari makan dekat sana je. Ini bukan warung tepi jalan ya, ini kedai makan standard tapi murah dan bersih.
-Kami beli bakpia di kedai ‘Bakpia Pathok 25’, memang sedap! Ada banyak flavor, tapi kami beli keju & coklat. Boleh campur flavor dalam satu box. Harga satu box Rp 40,000 ada 20 biji.
-Semua kos di atas untuk seorang ya. Kalau anda pergi ramai-ramai, lagi murah & jimat!
-Kalau Hotel/Hostel/Homestay ada sediakan breakfast, bawa bekal siap-siap sebab setiap hari akan keluar awal pagi sebab nak kejar masa untuk tengok sunrise.
-Cari supir yang orang lain dah bagi review bagus ya. Supir kami pemalu sikit tapi kalau bab tolong ambilkan gambar memang bagus dan kalau anda survey harga, Pak Salim ini antara yan termurah dari yang lain.
Fb : Putra Jogja Atmaja
WA : +62 881 6781228 (Pak Salim)
*Bestnya kalau dapat ke tempat-tempat di dalam gambar diatas kan? Apa lagi? Cepat-cepat book tiket ke Jogjakarta dan travel ke tempat-tempat tersebut untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama orang tersayang. Semoga perjalanan anda selamat dan menggembirakan!