Itinerari Serta Tips Travel Backpackers ke 5 Negara Eropah

Benua Eropah antara benua yang terbesar di atas muka bumi ini. Banyak negara yang termasuk sebagai negara-negara Eropah. Sebagai contoh, France, Belgium, Holland, UK dan Ireland. Kali ini, Tuan Muhd Ezzat ada berkongsi pengalamannya bersama rakan-rakan beliau travel ke 5 buah negara tersebut. Beliau juga ada menyelitkan sedikit tips.


Flight: Egyptair, British airways, Ryanair, Scandinivian airlines.
Travel Insurance: @AXA
EU Transportation: @FlixBus
Accomodation: Cactus hotel (Paris), Train hostel (Brussels), International budget hostel (Amsterdam), Durlock apartment (London), Temple Bar apartment (Dublin)
Camera: CanonCameraMsia & GoPro Hero
Special credit to: aplikasi “Visit a City” , @TripAdvisor, @googlemaps

Penukaran matawang asing:

1 EURO: RM 4.695
1 POUND: RM 5.368

Trip summary:

Airlines (travel by flight):
-Depart to Paris CDG, France,
-Schipol, Holland – Gatwick, UK,
-Stansted, UK – Dublin, Ireland,
-Dublin, Ireland.

Flixbus (travel by bus):
-Paris, France – Brussels, Belgium: RM70/pax
-Brussels, Belgium – Sloterdijk, Holland: RM51/pax

Bas cantik & selesa. Ada wifi, plug & tandas. Tapi kena prepare contigency plan in case kalau road closure atau lain-lain emergency.

BEY – CDG
We arrived at CDG Airport, Paris around 9pm local time. Dekat sana masih cerah waktu itu musim panas (waktu siang lebih panjang). Suhu 24 degree. Sangat nyaman. Lepas landed terus ambil teksi ke hotel. Sampai hotel terus check in dan keluar menikmati keindahan menara Eiffel.

Day 1: Beirut – Paris

-Paris Visit Pass
1)CDG Airport
2)Eiffel Tower

Day 2: Paris

1)Eiffel Tower
2)Arc de Triomphe
3)Marne la Valle (Paris Disneyland)
4)Champs Elysees

Day 3: Brussels

-MOBIB Card
1)Schaarbeek
2)Atomium

Day 4: Brussels

1)Brussels Park
2)Docks Bruxsel
3)Grand Place

Day 5: Amsterdam

-Regional Pass
1)Sloterdjik
2)Damnsquare
3_Rijkmuseum (Iamsterdam)
4)Hard Rock Amsterdam
5)Van Googh Museum
6)Red light District

Day 6: Amsterdam

1)Zaanse Schans
2)Amsterdam Central
3)Schipol Airport

Day 7: London

-Oyster Card
1)Gatwick Airport
2)Stamford Bridge Stadium
3)London Eye
4)Westminster Abbey
5)Hyde Park
6)St James Park
7)Buckingham Palace
8)Hard Rock London
9)Piccadilly Circus
10)Emirates Stadium
11)Tower Bridge
12)Malaysian Hall
13)Bayswater

Day 8: Manchester & Liverpool

1)Old Trafford Stadium
2)Etihad Stadium
3)Manchester Central
4)Anfield Stadium
5)Goodisan Park Stadium

Day 9: Dublin

-Dublin pass
1)Dublin Airport
2)Temple Bar District
3Ha’Penny Bridge
4)Dublin Central
5)Hard Rock Dublin

Day 10: Galway

1)The Burren
2)Cliff of Moher

Untuk jelajah Paris, boleh beli Paris visit pass dekat mesin tiket di Train Station. Anda boleh pilih untuk pergi Zone 1-3 (RM58/pax) atau Zone 1- 5 (RM213/pax). Dengan pass ini anda boleh naik mana-mana train atau bas di Paris kecuali bullet train. Zone 1-3 dah cukup untuk cover all main attraction points.

Pesanan ketika di Paris atau di mana-mana sekali pun, sila jaga barang-barang anda. Paris antara bandar yang top dengan pickpocket. Sepanjang persediaan kami kesana, ramai pernah ke sana pesan agar berhati-hati dengan pickpocket. Alhamdulillah kami tak mengalami kejadian tersebut.

Elakkan daripada simpan barang berharga dalam poket. Kami simpan duit dalam poket baju. Elakkan tempat yang crowded dan kalau naik train jangan berada di bahagian pintu.

Kalau ada org minta tanda tangan atau survey tolong elakkan. Selalunya mereka akan datang secara berkumpulan. Don’t expect pickpocket lelaki sahaja yang buat. Perempuan dan budak sekolah pun ada yang terlibat.

Di Brussel kami spent dalam 2 hari sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Tak banyak pun yang kami explore dekat Brussels. Aku sarankan skip Brussel dan plan ke negara lain. Sebab kami di Brussels macam ‘rehatkan badan’. So lebih berbaloi jika ke negara lain.

Untuk ke Amsterdam kami ambil bas dari Nord Station. Perjalanan makan masa dalam 3 jam lebih sepanjang perjalanan kami tidur dan rehat.

Plan asal kami nak pergi Zaanse Schans untuk tengok windmill dekat sana. Kami beli 1 day regional pass (RM90/pax) yang boleh cover sampai sana. Tiket boleh beli dekat train station.

1 day pass disediakn dengan public transport map dan beberapa attraction point by zone. Nak faham route public transportation mereka sangat susah. Tips kena rajin bertanya dan google.

Attraction point dekat-dekat boleh jalan kaki atau naik tram. Dekat Amsterdam, basikal adalah pengangkutan utama. Memang bersepah basikal dekat sana. Kalau ada duit lebih boleh try naik boat sambil tengok org ‘high’. Weed legal di sana. Haha!

Kalau berkesempatan boleh singgah King Cross Station (Platform 9 3/4), Paddington & Abbey Road (The Beatles). Tempat-tempat itu dalam list kami tapi tak sempat nak explore sebab kesuntukan masa.




*Banyak betul tempat kita boleh jelajah kan? Negara-negara Eropah pula tu! Makin menjadi trend backpacking dan travel around the world dengan rakan-rakan. Dengan itinerari yang tertera di atas, boleh lah anda dan rakan-rakan pula menjelajah seluruh dunia. Selamat menjelajah!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *