Banyak homestay Langkawi yang anda boleh pilih untuk menginap sewaktu percutian bersama keluarga atau rakan-rakan tersayang. Langkawi menjadi destinasi percutian yang utama jika dikaitkan dengan pulau. Lihat saja setiap kali cuti umum khususnya, pasti jeti-jeti dan tempat tumpuan penuh dengan pengunjung.

Pasti ramai yang memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel, chalet mahupun villa. Hal ini kerana harganya murah untuk penginapan secara beramai-ramai, lengkap dengan peralatan rumah serta tiada banyak peraturan seperti penginapan yang lain.

Homestay-homestay di Langkawi sudah tentu akan membuat anda rambang mata untuk memilih kerana setiap homestay mempunyai keunikan tersendiri. Lebih menarik jika terdapat kolam renang yang pasti membuatkan anak-anak bermandi-manda dengan puas.

Jangan risau, kami sediakan beberapa senarai homestay Langkawi yang boleh anda pilih tanpa ragu-ragu terhadap kewujudannya.

Rerama Guesthouse & Homestay Langkawi

Imej via [ Rerama Guesthouse and Homestay Langkawi ]

Kelebihan jika menginap di Homestay ini adalah jaraknya ke Pantai Chenang hanya mengambil masa 3 minit sahaja. Homestay 3 bilik ini menarik, bersih dan kemas.

Buat pengetahuan anda, pemilik homestay ini turut menyediakan pakej penginapan, kenderaan untuk anda bergerak di Langkawi dan tiket di tempat-tempat tertentu yang menarik. Tak cukup dengan itu, ada juga pakej yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di sini.

Bukan itu sahaja, jika anda ingin membuat kejutan harijadi, ulangtahun perkahwinan atau sebarang majlis, anda boleh menempah pakej menghias rumah atau bilik dengan dekorasi yang sesuai.

Lokasi:  Lot 942A Kampung Berjaya, Jalan Temoyong, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah.

Qattleya Langkawi Homestay

Imej via [ Qattleya Langkawi Homestay ]

Homestay ini berada di kawasan kampung. Jika anda inginkan suasana yang tenang dan damai, Qattleya Langkawi Homestay pasti menjadi homestay idaman yang sesuai dan selesa buat anda. Anda pasti terpesona dengan dekorasi rumah kerana berkonsepkan minimalis.

Dengan tiga unit homestay bersebelahan satu sama lain, setiap homestay mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air. Setiap unit memuatkan sehingga enam orang dalam satu masa.

Boleh dikatakan homestay ini berada di lokasi strategik kerana berdekatan dengan lapangan terbang, Pantai Cenang, Pantai Tengah, Underwater World Langkawi dan sebagainya.

Lokasi: Kampung Lubuk Buaya, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah.

D’Aura Village Homestay

Imej via [ D’Aura Village Homestay ]

Hanya 10 minit dari lapangan terbang dan 25 dari jeti, D’Aura Village Homestay menyediakan dua bilik tidur dan dua bilik air. Dua bilik tidur dilengkapi pendingin hawa manakala satu bilik dilengkapi kipas.

Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah water heater, televisyen dengan astro Njoi dan toto tambahan jika tidak mencukupi. Secara kasar, homestay ini dapat memuatkan 10 hingga 12 orang dalam satu masa.

Untuk memudahkan perjalanan dan plan percutian anda di Langkawi, apa kata anda mengambil pakej yang termasuk pengangkutan dan pelbagai aktiviti. Nak makan malam di atas cruise, aktiviti air, menunggang ATV dan macam-macam lagi, semuanya memudahkan anda.

Lokasi: No 54, Kg Gelam, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah.

Homestay Langkawi Geopark

Imej via [ Homestay Langkawi Geopark ]

Sekiranya anda mengadakan rombongan keluarga atau rakan-rakan dengan jumlah yang ramai, Homestay Langkawi Geopark sangat sesuai dengan jumlah penginap yang ramai. Selain itu, homestay ini menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan van.

Dengan enam unit homestay yang berdekatan satu sama lain dan setiap unit mempunyai tiga atau empat bilik, pasti dapat memuatkan rombongan anda dengan selesa.

Homestay nombor 3 misalnya mampu memuatkan 14 orang. Terdapat empat bilik tidur lengkap dengan pendingin hawa dan tiga bilik air. Selain berada di lokasi strategik, harga yang ditawarkan memang cukup berbaloi.

Lokasi: No 14 Kampung Mata Air, 07000 Langkawi, Kedah.

Impiana Homestay Langkawi

Imej via [ Impiana Homestay Langkawi ]

Impiana Homestay Langkawi pula menyediakan tiga unit homestay yang luas dan selesa. Satu unit homestay mempunyai tiga bilik tidur dan tiga bilik air manakala dua unit homestay mempunyai tandas.

Paling menarik, anda akan dapat bermandi-manda di kolam renang yang disediakan buat pengunjung. Terdapat dua kedalaman kolam berbeza yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Seperti kebanyakan homestay yang lain, homestay ini turut menyediakan perkhidmatan sewa kereta  dan pakej melihat matahari terbenam serendah RM 3500 untuk satu kapal. Sesekali melaburkan duit untuk menaiki cruise dan menikmati pemandangan laut yang indah, pasti tidak akan menghampakan.

Lokasi: Kedawang, 07000 Langkawi,Kedah.

Hana Langkawi Homestay

Imej via [ Hana Langkawi Homestay ]

Hana Langkawi Homestay pula mempunyai tiga unit homestay yang terdiri dari dua, tiga dan empat bilik setiap satu. Lebih menarik, anda dapat bermandi-manda bersama keluarga dikolam renang yang disediakan.

Homestay ini turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan pakej aktiviti sepanjang pengunjung menginap di sini. Island hopping, mangrove, jetski dan sebagainya, semuanya pasti memenuhi percutian anda dengan menarik.

Lokasi: No 121, Kg Syed Nahar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.

SK Homestay Langkawi

Imej via [ SK Homestay Langkawi ]

Homestay ini memuatkan 13 hingga 15 penginap termasuk kanak-kanak dan dewasa. 4 bilik tidur disediakan dengan selesa. 3 bilik air disediakan lengkap dan bersih.

Selain kelengkapan asas yang disediakan seperti kebanyakan homestay lain, SK Homestay Langkawi juga menyediakan kelengkapan masak. Anda yang lebih suka memasak sendiri memang tak perlu risau, beli sahaja bahan memasak.

Jarak homestay ke Pekan Kuah hanya mengambil masa 5 minit manakala dari jeti Kuah adalah 12 minit sahaja. Nak ke lapangan terbang, tak sampai setengah jam anda boleh sampai. Seperti homestay yang lain, ada juga kemudahan pengangkutan dan pakej island hopping.

Lokasi: Lot 1137 B, Kampung Padang Lunas, Kuah, Langkawi, Kedah.

Syifa Homestay Langkawi

Imej via [ Syifa Homestay Langkawi ]

Selain homestay, Syifa Homestay Langkawi menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan pemandu, island hopping dan mangrove tour.

Tiga unit homestay ditawarkan buat anda dan setiap unit di lokasi berbeza. Namun kesemuanya mempunyai tiga bilik yang mampu memuatkan 8 hingga 10 orang dengan selesa.

Lokasi: No 497, Jalan Nilam 20, Taman Nilam, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah.

Rumah Bendang

Jika anda datang ke Langkawi dengan keluarga besar, homestay ini memang sesuai dengan keinginan anda kerana bersebelahan satu sama lain. Rumah Bendang sebenarnya gabungan dua jenis homestay iaitu Rumah Opah dan Rumah Wan. Anda akan dapat harga diskaun jika anda menempah Rumah Bendang.

Rumah Wan mempunyai satu bilik tidur sahaja dengan dua katil queen manakala di loteng telah disediakan empat katil queen. Kesemua ruang di rumah ini disediakan pendingin hawa. Untuk Rumah Wan, ia mampu memuatkan 12 orang dengan selesa.

Rumah Opah pula memuatkan sehingga lima orang dengan adanya dua bilik tidur dan dua air. Kedua-dua rumah ditawarkan dengan harga yang sedikit tinggi, namun jika nak dibandingkan dengan perkhidmatan dan suasana homestay, pasti anda rasa terlebih berbaloi. Siap ada kolam renang menghadap sawah menghijau.

Lokasi: Jalan Nyior Cabang, 07000 Langkawi, Kedah.

Laura Guest House Langkawi

Laura Guest House Langkawi pula menawarkan empat unit homestay berwarna-warni. Setiap unit lengkap dengan kemudahan seperti homestay yang lain.

Bilangan bilik yang disediakan di setiap unit pula adalah dua bilik yang dilengkapi pendingin hawa serta dua bilik air. Menariknya homestay di sini turut menawarkan kolam renang. Berada di sini pasti membuatkan anda tenang kerana dikelilingi tumbuhan menghijau.

Lokasi: 53-D, Lot 1667, Kg Perana, 07000 Langkawi, Kedah.

PT588 Holiday Homes Langkawi

Imej via [ PT588 Holiday Homestay Langkawi ]

Berdekatan Pantai Chenang, menginap di PT588 Holiday Homes Langkawi pasti memberikan keselesaan dan kenikmatan berganda buat anda sekeluarga. Bukan homestay sahaja yang besar dan luas, halaman rumah juga luas dan dihiasi dengan kolam renang yang cukup besar,

Anda boleh memilih untuk menginap dengan rumah tiga bilik atau 6 bilik. Kesemua bilik atau ruang rumah diletakkan pendingin hawa untuk lebih selesa.

Lokasinya juga sangat strategik. Selain berada berdekatan pelbagai tempat menarik, anda juga mudah untuk mengakses ke dobi, restoran dan street food, klinik, pasar raya, cable car dan lain-lain.

Lokasi: Pt588 Kampung Paya Mempelam, Mk Kedawang Langkawi, 07000 Kedah.

Homestay Kampung Tok Lembut

Imej via [ Homestay Kampung Tok Lembut ]

Nak cari homestay dengan suasana kampung? Ini lagi satu pilihan terbaik buat anda yang akan membuatkan anda betul-betul seperti tinggal dengan suasana desa. Bukan sahaja persekitaran, malah reka bentuk dan seni bina rumah tradisional turut mengagumkan setiap penginap.

4 unit homestay berkonsepkan tradisional ti tawarkan dengan harga yang sangat berbaloi dan murah. Tak hairanlah ramai pengunjung tempatan mahupun pelancong luar negara memilih untuk menginap di sini.

Memang sesuai untuk mengadakan hari keluarga kerana halaman rumah yang luas, ada kolam renang serta beberapa buah gazebo. Kalau bermain congkak dan menaiki basikal tua keliling kampung pasti bertambah ‘feel’ tinggal di desa.

Lokasi: Simpang 3 Temoyong, Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah.

DBR Homestay Langkawi

Imej via [ DBR Homestay Langkawi ]

Reka bentuk DBR Homestay Langkawi memang unik, berbeza dengan reka bentuk rumah yang lain. Homestay dua tingkat ini menawarkan pemandangan sawah yang luas terbentang dan menghijau. Parkir berbumbung dapat memuatkan dua buah kereta.

Terdapat tiga bilik dengan 3 katil queen serta 1 katil king di bilik utama. Bilik air yang disediakan memang memadai. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah kelengkapan dapur, Tv dan Astro dan kerusi untuk bersantai.

Homestay ini sesuai untuk 10 orang sahaja demi menjamin keselesaan penginap. Banyak komen positif yang telah diberikan untuk homestay ini. Anda tak nak cuba ke?

Lokasi: No 4A & 4B, Kampung Bohor Chantek, Mukim Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Kedah.

Langkawi Aneeda Inn

Imej via [ Langkawi Aneeda Inn ]

Homestay paling dekat dengan Pantai Chenang adalah Langkawi Aneeda Inn. Hanya mengambil masa tiga minit, anda boleh sampai ke pantai. Nak jalan kaki pun boleh sambil menikmati suasana keliling.

Langkawi Aneeda Inn mempunyai 3 bilik tidur dengan empat katil queen dan tiga bilik air. Kelengkapan memasak, tempat bbq, buaian bayi dan sebagainya turut disediakan buat pengunjung. Jangan risau jika tiada line kerana homestay ini menyediakan wifi buat penginap.

Seramai 12 orang termasuk kanak-kanak boleh menginap dengan selesa. Selain homestay, terdapat motel yang berada bersebelahan dalam kawasan berpagar. Menariknya, di sini juga terdapat kolam renang yang pasti akan memberi keseronokkan buat anak-anak.

Lokasi: Lot 908, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, Mukim Kedawang, Langkawi.

Orchid Village Homestay

Imej via [ Orchid Village Homestay ]

Orchid Village Homestay pula mempunyai tiga buah bilik yang dilengkapi kipas dan pendingin hawa. Seperti kebanyakan homestay tiga bilik yang lain, homestay ini juga mempunyai 2 bilik air.

Tak cukup dengan itu, ada pula dua ruang tamu dan ruang dapur yang lengkap dengan kelengkapan memasak. Paling menarik, sejadah dan telekung dibekalkan buat penginap muslim.

Maksimum penginap yang dibenarkan adalah seramai 15 orang sahaja demi keselesaan penginap. Tengok sahaja gambar, sudah pasti anda berkenan kerana luas, bersih dan cantik.

Lokasi: Kampung Gelam, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah.

Villa Sawah Langkawi-Private Pool

Imej via [ Villa Sawah Village-Private Pool ]

Jika anda menginap di sini, pasti anda akan datang lagi kemudian hari kerana persekitaran dan kemudahan yang menarik dan luar biasa. Buat pengetahuan anda, terdapat lima villa yang disediakan bersama private pool. Villa-villa ini berdekatan antara satu sama lain.

Setiap villa boleh mempunyai kapasiti penginap berbeza bermula lapan orang  hingga empat belas orang. Setiap bilik pula disediakan pendingin hawa.

Anda mesti tak sangka harga penginapan villa serendah RM 350 jika anda melihat homestay ini. Dengan suasana kampung, bangun pagi anda akan dihidangkan dengan pemandangan sawah menghijau.

Lokasi: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Kapal Terbang Guest House

Kapal Terbang Guest House menjanjikan penginapan yang menenangkan dan berada dalam persekitaran kampung. Anda juga mudah untuk ke lapangan terbang memandangkan jaraknya hanya 10 minit dari homestay.

Kapal Terbang Guest House mempunyai beberapa jenis penginapan seperti roomstay dan villa. Anda boleh menempah Bougainvillea Villa yang memuatkann enam hingga sepuluh orang dalam satu masa.

Dengan tiga bilik tidur berserta empat katil queen, pasti memuatkan keluarga kecil anda dengan selesa. Sekiranya anda datang dengan kelompok kecil tetapi mahukan kelengkapan seperti homestay, anda boleh memilih untuk menginap di Rose House atau Tulip House. Di sini ada kolam renang juga tau!

Lokasi: No 53A, Lot 1721, Kampung Perana, 07000 Langkawi, Kedah.

Pak Raja Villas

Terletak di Pekan Kuah, kawasan homestay ini sangat luas selain menawarkan 5 jenis homestay dalam satu kawasan. Nak adakan majlis perkahwinan atau hari keluarga memang sesuai.

Suasana di sini memang mendamaikan. Berada dikelilingi sawah padi yang luas terbentang, pasti memberikan suasana berbeza. Jauh dari kesibukan kota dan jalan raya.

Setiap homestay mempunyai tiga bilik tidur. Di kawasan homestay ada disediakan kolam renang yang besar serta beberapa gazebo.

Lokasi: Lot 690, Paya Keli, Kampung Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, 07000 Ulu Melaka, Kedah.

Khalishah Hill Villa

Perlukan homestay yang lebih privasi? Khalishah Hill Villa adalah homestay yang sesuai buat anda. Sesuai juga untuk lakukan hari keluarga untuk keluarga kecil di sini kerana di samping sebuah homestay, terdapat 2 buah studio bersebelahan.

Homestay ini mempunyai tiga buah bilik yang mampu memuatkan sehingga 8 orang penginap termasuk kanak-kanak. Homestay ini juga dilengkapi dengan kolam renang empat kaki.

Untuk studio room yang memuatkan empat orang pula hanya mempunyai sebuah bilik dengan satu katil queen. Perabot dan kelengkapan dapur yang asas turut disediakan.

Lokasi: Jalan Temoyong Besar, 07000 Langkawi, Kedah

Langkawi Homestay Bonda

Dengan tiga buah bilik yang dilengkapi dengan katil queen dan pendingin hawa, homestay ini pasti membuatkan anda dapat menginap dengan selesa. Dua bilik air turut disediakan di bilik utama dan dapur. Peralatan memasak juga lengkap disediakan.

Selain berdekatan dengan masjid, lapangan terbang dan stesen minyak, banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi dalam beberapa minit sahaja dari homestay termasuklah Makam Mahsuri, Splash Out dan Padang Mat Sirat.

Lokasi: Kg Baru, Ulu Melaka, Langkawi, Kedah.

Homestay Pulau Langkawi

Homestay Pulau Langkawi mempunyai dua unit di lokasi berbeza iaitu di Kedawang dan Taman Helang Perdana. Namun harga penginpan untuk kedua-dua homestay adalah sama dan berpatutan.

Kedua-dua homestay turut mempunyai empat buah bilik. Memang muat jika anda datang menginap dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Turut dikenali sebagai Soraya D’Homestay, sudut dalam rumah memang cantik, kemas dan bersih.

Lokasi: Kedawang & Taman Helang Perdana, Kuah, Langkawi

Homestay Barakah Cenang Langkawi

Homestay ini juga sesuai untuk pengunjung yang datang ke Langkawi dengan kelompok yang ramai kerana mereka menyediakan empat unit homestay yang berada bersebelahan.

Setiap unit disediakan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Lengkap dengan ruang tamu dan dan dapur, setiap sudut rumah memang luas dan selesa. Nak ke Pantai Cenang hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Nak lagi jimat apa kata anda menempah pakej yang termasuk penginapan, pengangkutan dan island hopping. Memang lebih berbaloi.

Lokasi: Jalan Bohor Tempoyak, 07000 Langkawi, Kedah.

Mimi’s Pine Meadow

Imej via [ Mimi’s Pine Meadow ]

Buat anda yang mencari penginapan dengan suasana kampung tetapi mahukan privasi dan lebih eksklusif, kami mencadangkan anda untuk menginap di Mimi’s Pine Meadow.

Luar dan sudut dalam rumah memang mengagumkan dan menawan. Bayangkan bangun dari tidur, anda dapat melihat kehijauan sawah dan tumbuhan yang terbentang luas sambil menghirup udara segar. Pasti rasa tenang.

Terdapat dua bilik disediakan buat pengunjung. Kalau bosan, bolehlah anda berbasikal di kawasan sawah. Nampak jauh dari pecan, namun hanya mengambil masa 12 minit untuk ke Pekan Kuah dan 14 minit ke Cenang.

Lokasi: Lot 689, Paya Keli, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah.

Chuu Pun Villa Langkawi

Dua unit villa disediakan oleh Chuu Pun Villa Langkawi iaitu villa dengan 3 bilik tidur dan villa dengan 2 bilik tidur. Villa dengan 3 bilik tidur memuatkan 10 hingga 12 orang manakala lagi satu villa memuatkan sehingga 8 orang dalam satu masa.

Antara kemudahan yang disediakan adalah wifi, smart tv, peralatan memasak dan peti sejuk. Kolam renang dengan dua kedalaman berbeza pasti membuatkan kanak-kanak dan dewasa bermandi dengan riang.

Lokasi: No.136 A, kampung kuala temonyong mukim, 07000 Langkawi, Kedah.

Alamanda Villas Langkawi

Alamanda Villas Langkawi merupakan villa yang penuh privasi kerana jauh dari kesibukan kota dan berada dibukit. Dari homestay anda dapat menyaksikan kawasan kampung, sawah padi dan tumbuhan menghijau dari jarak yang tinggi.

Di sini terdapat enam jenis villa yang unik dan dibina dengan konsep tradisional melayu. Homestay ini lengkap dengan perabot unik dan kelengkapan dapur. Ada penginapan yang memuatkan 2 hingga 8 orang.

Lokasi: Lot 2150, Jalan Makam Mahsuri, Langkawi, Kedah.

Dah buat pilihan homestay Langkawi untuk anda menginap bersama yang tersayang? Pilih cepat mana yang berkenan, jika tidak pasti anda tidak dapat banyak pilihan untuk memilih homestay yang selesa.

Dah buat pilihan homestay? Pastikan homestay tersebut benar-benar wujud agar anda tak ditipu. Antara tips untuk anda memilih homestay yang benar adalah lihat laman sosial atau page homestay tersebut beserta jumlah pengikut atau feedback pengunjung.

Bukan itu sahaja, semak nombor akaun atau nombor telefon pemilik homestay di portal CCID atau semakmule untuk mengelakkan sebarang penipuan atau scammer. Anda juga boleh menyemak nombor atau ID homestay tersebut.

Nak bercuti di Langkawi? Ini beberapa tempat menarik yang pasti bermanfaat untuk anda merancang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan di sini:

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.