Pahang Darul Makmur sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi dan kehijauan yang memukau. Ada banyak pusat peranginan di Pahang yang menjadi tumpuan para pelancong sama ada pulau yang indah seperti Pulau Tioman, tanah tinggi dengan cuaca yang sejuk seperti Cameron Highlands, dan taman tema bertaraf antarabangsa seperti Genting Highlands.

Tahukah anda, Rompin yang merupakan salah satu daerah di Pahang juga kaya dengan tempat menarik. Jom kami kongsikan tempat menarik di Rompin.

tempat menarik di rompin

Sumber: Billseeker

1. Pantai Hiburan Rompin

Pantai Hiburan Rompin merupakan tempat menarik di Rompin yang wajib anda singgah jika bercuti di Rompin. Ia terletak 1.7 kilometer dari Pekan Rompin iaitu kira-kira 3 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah bersantai ambil angin sambil berkelah atau berbabeku, mandi laut, bermain pasir, bermain layang-layang, dan bermain di taman permainan yang disediakan.

Apa yang paling menarik, anda boleh melihat dolphin atau ikan lumba-lumba di sini asalkan anda datang tepat pada masanya. Menurut maklumat, ikan lumba-lumba boeh dilihat di sini selepas habis musim tengkujuh iaitu pada awal tahun. Oleh itu, kalau anda teringin nak tengok dolphin berenang di sini bolehlah rancang percutian anda dari sekarang.

2. Pulau Tioman

Tempat menarik di Rompin yang kedua ialah Pulau Tioman yang sememangnya terkenal dengan keindahan yang memukau. Tak hairanlah kenapa Pulau Tioman tersenarai sebagai salah satu pulau yang dalam senarai top 10 pulau tercantik di Malaysia.

Pulau Tioman mempunyai pantai yang cantik dengan pasir putih yang halus di kaki. Pemandangan lautnya juga sangat indah dengan air laut yang membiru saujana mata memandang. Untuk maklumat anda, Pulau Tioman merupaka syurga bagi mereka yang sukakan aktiviti snorkeling dan scuba diving.

Air lautnya sangat jernih dan kaya dengan hidupan laut. Apabila masuk sahaja ke dalam air, anda akan terpesona dengan ikan yang berbagai warna dan jinak. Batu karang di Pulau Tioman juga datang dalam pelbagai jenis, bentuk, dan warna.

Bolehlah anda berehat sepuas-puasnya di Pulau Tioman sambil bersantai di tepi pantai, bermain pasir, mandi laut, berenang, bersnorkling, dana scuba diving. Untuk ke Pulau Tioman, anda boleh menaiki feri dari jeti Tanjung Gemuk. Perjalanan dengan menaiki bot ialah selama 2 jam sahaja.

Oh ya! Tentang penginapan, terdapat banyak resort di Pulau Tioman yang boleh anda pilih. Bergantung kepada bajet dan selera anda. Sebelum membuat booking, bolehlah anda survey dulu resort-resort yang ada untuk melihat yang mana satu sesuai untuk anda.

tempat menarik di rompin

Sumber: Tiomandivecenter

3. Taman Negeri Endau Rompin

Taman Negara Endau rompin merupakan sebuah taman negara yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Johor. Bagi yang sukakan aktiviti lasak dan pencinta alam semulajadi, percutian di Taman Negara Endau Rompin pastinya menjadi idaman anda. Di sini, anda boleh memilih sama ada mahu meluangkan masa satu hari sahaja untuk melakukan aktiviti dan pulang sebelum malam menjelma, atau boleh ambil pakej bermalam di sini. Kami cadangkan anda ambil pakej bermalam yang sangat awesome.

Di antara pakej yang disediakan di sini ialah Pakej Team Building, Pakej Taman Negara, dan Pakej Lawatan Satu Hari. Berikut adalah maklumat lanjut tentang pakej-pakej tersebut:

Pakej Team Building yang sesuai untuk anda pilih jika ingin melakuka aktiviti team building, orientasi, dan kem motivasi. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan sepanjang program ana nanti. Di antara pakej yang disediakan di sini ialah:

  • Team building survival village, pakej 3 hari 2 malam
  • Team building dan taman negara, pakej 3 hari 2 malam
  • Team building vila, pakej 2 hari 1 malam
  • Daily team building, pakej tam building untuk satu hari tanpa bermalam

Pakej Taman Negara yang sesuai untuk anda yang cintakan kehijauan dan ingin meluangkan masa menjelajah hutan di Taman Negara Endau Rompin. Di antara pakej yang disediakan untuk anda ialah:

  • Pakej untuk 2 hari 1 malam
  • Combo Package untuk 2 hari 1 malam
  • Combo Package untuk 3 hari 2 malam
  • Pakej untuk 3 hari 2 malam
  • Free and easy package untuk 3 hari 2 malam
  • Pakej untuk 4 hari 3 malam

Pakej Lawatan Satu Hari pula mrupakan pakej yang boleh anda ambil sekiranya anda tidak mahu bermalam di sini. Di antara pilihan pakej yang ada ialah:

  • Pakej harian taman negara
  • Pakej Lembah Kiol
  • Pakej Gunung Senyum
  • Pakej Kota gelanggi
  • Pakej Kuala Gandah Elephant Sanctuary
  • Pakej Kuala Krau
  • Pakej Lata Berembun

Di antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan sepanjang berada di Taman Negara Endau Rompin ialah:

  • Jungle trekking di laluan trek yang disediakan sambil melihat flora dan fauna yang mengagumkan.
  • Mandi air terjun Sri Mahkota sambil berkelah, berbabeku, dan berkhemah.
  • Berkayak  di Jeram Panjang, pastinya pengalaman berkayak di sini akan menjadi memori yang sangat indah buat anda.
  • Night walk di hutan sambil melihat dan mendengar suasana hutan pada waktu malam.
  • Bird watching.

4. Rumah rakit

Kalau anda nakkan sedikit kelainan semasa bercuti, anda boleh pergi ke rumah rakit yang banyak terdapat di sepanjang sungai di Rompin. Rumah rakit ini merupakan rumah yang dibina di atas rakit dan terletak di tepi tebing sungai. Ianya lengkap dengan bilik tidur, ruang tamu, dan dapur. Memang betul-betul macam sebiji rumah. Anda boleh menyewa rumah rakit yang ada di sini untuk pengalaman penginapan yang lain daripada yang lain.

Bagi kaki pancing, anda pastinya berasa seperti berada di syurga. Bolehlah anda memancing sepuas-puasnya di Sungai Rompin yang kaya dengan pelbagai ikan air tawar. Bukan sahaja ikan, malah ada juga udang galah dan belangkas. Dapat hasil tangkapan, boleh terus masak. Seronok, kan?

tempat menarik di rompin

Sumber: Wxec

5. Kuala Pontian

Kuala Pontian merupakan satu lagi tempat menarik yang ingin kami kongsikan kepada anda yang sukakan alam semulajadi, dan sukakan aktiviti memancing. Di sini anda boleh memancing di jeti atau menyewa bot. Cadangan kami, kalau anda nak memancing ikan cukup anda memancing dari jeti atau sepanjang tebing Sungai Rompin. Kalau anda teringin nak memancing udang galah atau belangkas, bolehlah menyewa bot memancing yang ada di sini.

6. Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC)

RPBIC bukanlah satu destinasi tapi ia merupakan acara tahunan yang sangat menarik dan cuma boleh dijumpai di Rompin. Untuk kaki pancing laut, pastinya anda teringin nak merasai pengalaman memancing ikan layaran yang juga dikenali sebagai saifish atau billfish. Ikan layaran sememangnya ada banyak di perairan Rompin. Tak hairanlah kalau sebaik sahaja anda sampai di Pekan Rompin, anda akan melihat mercu tanda ikan layaran.

RPBIC merupakan pertandingan memancing peringkat antarabangsa yang diadakan setiap tahun di Rompin. Ia disertai oleh pemancing bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh dunia. Apa yang menarik, kerabat diraja Pahang juga selalu menyertai aktiviti ini. Oleh itu, kalau anda nak bercuti ke Rompin, tengoklah dulu kalendar supaya anda datang ke sini semasa RPBIC sedang diadakan.

7. Restoran Udang Galah LC dan Udang Galah King

Selain ikan layaran, Rompin juga sangat terkenal dengan udang galahnya yang enak. Tak lengkap percutian anda di rompin kalau tak makan udang galah segar di sini. Kami cadangkan anda makan di Restoran Udang Galah LC atau sebuah lagi restorn yang terletak berhampiran dengannya iaitu Restoran Udang Galah KING. Kedua-dua restoran ini adalah antara yang terkenal di Rompin.

Untuk panduan anda, harga masakan untuk udang galah segar di restoran-restoran ini adalah mengikut saiz dan gred. Harga bergantung kepada saiz dan gred iaitu dari RM 50 hingga RM 75 sekilo. Harga ini juga akan berubah-ubah mengikut bekalan. Kalau banyak udang galah, harganya akan menjadi rendah. Kalau musim susah nak dapat udang galah, harganya akan menjadi mahal. Anda boleh pilih udang galah untuk ditimbang, kemudian pilih masakan apa yang anda inginkan. Walau pun harganya agak mahal, namun kami boleh jamin ianya sangat berbaloi.

tempat menarik di rompin

Sumber: Dinrika

Itulah dia 7 tempat menarik di Rompin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Kajang tempat menarik di Padang Besar dan tempat menarik di Pahang Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.