Tempat menarik di KL untuk kanak-kanak sangat banyak untuk anda teroka bersama yang tersayang.  Anak-anak juga terdedah dengan dunia luar yang dapat mengembangkan lagi cara mereka berfikir serta membuat mereka jadi aktif.

Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, namun hubungan dengan anak-anak jangan dilupakan. Luangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti kesukaan mereka sudah pasti dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga.

Melalui artikel ini kami sertakan 20 tempat menarik untuk kanak-kanak di Kuala Lumpur. Ada aktiviti santai dan ada juga aktiviti lasak. Mari kita teroka.

Taman Tema Berjaya Times Square

Imej via [ Berjaya Times Square ]

Taman tema ini merupakan taman tema indoor yang terbesar di Malaysia. Pelbagai permainan dan aktiviti yang dapat dilakukan dengan aktif, bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja, malah keluarga atau penjaga juga boleh turut merasai keriangan bermain bersama.

Terdapat empat zon permainan berbeza iaitu Galaxy Station, Fantasi Garden, Virtual Reality dan Function Venue. Anda boleh bawa anak-anak pada bila-bila masa sahaja kerana taman tema ini dibuka setiap hari. Isnin hingga Jumaat akan dibuka dari pukul 12 tengahhari hingga 8 malam manakal hujung minggu dan cuti umum bermula 11 pagi hingga 8 malam.

Alamat: No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

Petrosains

Imej via [ Perosains ]

Anak-anak pasti gemar untuk teroka dunia sains yang memberi pelbagai maklumat yang menarik untuk mereka. Di sini juga terdapat pelbagai permainan yang memerlukan anak-anak berfikir dan belajar benda baru. Bukan itu sahaja, di sini juga anak boleh bergambar bersama pelbagai spesis dinasour.

Petrosains dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Namun pada hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum waktu operasi dilanjutkan hingga 6.30 petang. Tiket masuk untuk dewasa serendah RM 18.50 manakala kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun hanya RM 7.50 sahaja.

Alamat: Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.

Perpustakaan Kanak-Kanak

Imej via [ Sirap Limau ]

Terletak di aras bawah Perpustakaan Kuala Lumpur, Perpustakaan ini sangat bersih, cantik dan kelihatan ceria. Dekorasi di ruang membaca kanak-kanak ini memang dapat mengambil mood kanak-kanak untuk meluangkan masa di sana untuk meneroka dunia membaca.

Suasana seperti ini secara tidak langsung dapat menimbulkan minat membaca dan hobi membaca dari kanak-kanak. Mesti ada anak-anak yang sudah menjadi ulat buku juga pasti seronok dapat membaca pelbagai jenis buku cerita.

Alamat: 1, Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Superpark

Imej via [ Superpark ]

Jom rasai keriangan tanpa henti bersama anak-anak di Superpark yang memang sangat best dan menarik. Banyak aktiviti mencabar yang anak-anak boleh lakukan bersama ibubapa seperti Superhoop, flying fox, kid’s gym, sliding mountain dan macam-macam lagi.

Superpark beroperasi dari Selasa hingga Ahad bermula 10.00 pagi hingga 7.30 petang. Tiket berharga RM 45 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun anda digalakkan untuk membeli tiket masuk secara online mengikut empat sesi bagi mengelakkan kesesakan dan kehabisan tiket. Setiap sesi anda boleh luangkan masa di sini selama dua jam.

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Camp5 Eco City

Imej via [ Timeout ]

Camp5 mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan salah satu berada di Eco City, Kuala Lumpur. Memang sesuai untuk anak-anak yang aktif dan sukakan aktiviti lasak, lagi-lagi yang suka memanjat.  Lengkap dengan pelatih dan sistem keselamatan yang baik, pasti anak suka jika datang ke sini.

Camp5 Eco City dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam namun pada hujung minggu dan cuti umum ditutup lebih awal pada pukul 8.00 malam. Tiket masuk untuk kanak-kanak adalah percuma manakala bagi dewasa RM 36.

Alamat: 4th Floor, KL Eco City Mall, No 3 Jalan Bangsar, 47 800 Kuala Lumpur.

Titiwangsa Splash Park

Imej via [ Everyday On Sales ]

Jika ada yang tak tahu, mini taman tema air ini adalah percuma untuk pengunjung beriadah dan mandi penuh keriangan. Memang sangat luas dan bersih, paras air juga selamat untuk anak-anak anda bermandi-manda. Bukan ada taman air sahaja, anak-anak juga boleh menyelusuri Canopy Walk, main di taman permainan atau taman maze.

Selain itu, anda bersama anak-anak boleh berjogging atau berbasikal keliling taman tema ini. Main layang-layang tepi tasik juga pasti menyeronokkan. Sangat sesuai untuk anda yang hendak bersantai bersama yang tersayang.

Alamat: Unnamed Road, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Aquaria

Imej via [ Thrillophillia ]

Jangan ketinggalan untuk ke Aquaria yang berada di KLCC. Aquaria mula dibuka dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam pada setiap hari. Hanya RM 49 tiket untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun dikenakan bayaran RM 39 sahaja.

Sambil bersiar-siar melihat hidupan marin ini, anak-anak boleh belajar lebih 5000 spesis akuatik seperti piranha, kuda laut, paus dan sebagainya. Bukan sahaja kanak-kanak, yang dewasa juga turut terpukau dengan keindahan hidupan laut. Pelbagai tarikan lain juga terdapat di sini mengikut masa. Anda boleh teroka dahulu melalui laman web Aquaria KLCC.

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dreamworld Playland

Imej via [ Dreamworld Playland ]

Tempat permainan dalam kawasan indoor ini serba kebiruan iaitu warna yang kelihatan tenang dan nyaman. Sesuai untuk anak-anak yang baru mula mengenal dunia. Anak-anak pasti puas bermain pelbagai permainan atau aktiviti menarik. Paling syok, penjaga pun boleh turut bermain bersama-sama.

Dreamworld dibuka pada setiap hari. Pada Isnin hingga Jumaat beroperasi bermula pada 12.00 tengahhari hingga 9.00 malam manakala hujung minggu dibuka seawal 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Namun pada setiap 5.30 petang hingga 6.00 petang kawasan ini ditutup sebentar untuk proses pembersihan dan sanitasi.

Alamat: Lot L2-16, IOI City Mall, Ioi Resort, 62502 Putrajaya.

Space Joe Playland

Imej via [ Space Joe Playland ]

Ramai yang tak tahu Space Joe Playland adalah tempat keriangan kanak-kanak yang berada di Mont Kiara. Space Joe dibuka pada setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam yang terletak di tingkat satu 1Mont Kiara. Kanak-kanak boleh bebas bermain bersama teman dengan kawalan pekerja di sana.

Space Joe merupakan sebuah taman permainan dalaman yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak bersukaria sambil menyihatkan badan. Ibu bapa yang hendak membeli belah di di sini boleh tinggal anak anda bermain di sini dengan selamat. Namun, kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah perlu ditemani oleh penjaga.

Alamat: L1-12, 1Mont Kiara, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Upside Down

Imej via [ KL Upside Down ]

Kuala Lumpur Upside Down merupakan rumah terbalik yang sebenar tertinggi di Malaysia dan yang pertama di Kuala Lumpur. Jika anda berada di Menara Kuala Lumpur jangan lupa singgah ke rumah yang unik ini. Anak-anak pasti kagum melihat sesuatu yang berbeza dan di luar jangkaan mereka.

Bukan rumah sahaja yang terbaik, malah struktur dalaman dan perabot juga terbalik. Dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Namun pada hujung minggu dan cuti sekolah ditutup pada 10.00 malam. Tiket masuk serendah RM 19 untuk dewasa manakala RM 14 untuk kanak-kanak.

Alamat: Off, Jalan P Ramlee, &, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur.

We Rock The Spectrum Bangsar

Imej via [ We Rock The Spectrum Malaysia ]

We Rock The Spectrum turut dikenali sebagai Kid’s Gym mempunyai beberapa cawangan dan salah satunya terletak di Bangsar. Di sini terdapat pelbagai permainan seperti trampoline, Zip line, Fine Motor and Arts and Crafts Area dan sebagainya yang sesuai untuk kanak-kanak istimewa.

Konsep taman ini bukan sekadar memberi keseronokan dalam bermain, namun dapat meningkatkan pelbagai kemahiran dan kreativiti dalam berfikir untuk mereka. Taman permainan ini dibuka setiap Isnin hingga Sabtu. Walaubagaimanapun Kid’s Gym ditutup pada cuti umum.

Alamat:  204, Jalan Limau Manis, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

District 21

Imej via [ Timeout ]

Salah satu tempat yang terkenal dengan pelbagai aktiviti mencabar yang penuh keriangan di Kuala Lumpur ini terletak di IOI City Mall. Terdapat lebih 10 permainan atau aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur seperti Tubby Ride, Ninja Warrior Course, Roller Glider dan sebagainya.

District 21 beroperasi setiap hari. Pada Isnin hingga Jumaat beroperasi dari 12 tengahhari hingga 8.00 malam. Namun pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum beroperasi lebih lama bermula 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Icescape Ice Rink

Imej via [ IOI City Mall ]

Icescape Ice Rink juga berada di IOI City Mall. Pasti ada anak-anak yang gemarkan aktiviti meluncur ais, sangat sesuai untuk ke gelanggang yang mempunyai saiz sebenar seperti di sukan Olimpik. Meluncur bersama keluarga pasti menyeronokkan.

Anda boleh datang ke sini pada bila-bila masa kerana beroperasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pada Isnin hingga Jumaat bayaran dikenakan sebanyak RM 28. Pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum tiket masuk sebanyak RM 33.

Alamat: IOI City Mall, Ioi Resort, 62502, Putrajaya.

Taman Burung

Imej via [ Forever Break ]

Anda yang mahu penuhi cuti anda dengan bersantai bersama anak-anak apa kata datang ke Taman Burung. Taman burung di sini mempunyai empat zon berbeza dengan lebih 200 spesis burung berbeza. Memang nyaman dikelilingi tumbuhan menghijau sambil menyaksikan burung-burung pelbagai warna dan jenis.

Selepas penat berjalan dan berkenalan dengan burung, anda bolehlah singgah makan di Kafe Hornbill yang terletak di sini dan rasai nikmat makan ditengah hutan bersama burung.

Taman Burung beroperasi setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang termasuk pada cuti umum dan cuti sekolah. Tiket masuk untuk dewasa adalah RM 25 manakala kanak-kanak sebanyak RM 12.

Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur.

Waka Waka

Imej via [ Jia Shin Lee ]

Tempat yang sangat cantik, bersih dan mesra kanak-kanak ini mempunyai dua zon permainan berbeza dengan pelbagai permainan mengikut peringkat umur. Memang sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah untuk bermain di taman berkonsepkan fantasi ini.

Ada juga tempat berehat dan makan yang luas dan selesa untuk anak berehat setelah penat bermain. Waka Waka berada di Furama Hotel. Bayaran masuk Waka Waka bagi yang menginap di Furama Hotel adalah RM 15 manakala pengunjung yang walk in adalah RM 20 sahaja.

Alamat: 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jungle Gym

Imej via [ Jungle Gym ]

Gym khas untuk kanak-kanak ini berada di sebuah pusat membeli-belah di Bangsar. Banyak permainan dan aktiviti menyerokkan disediakan dengan selamat dan selesa khas untuk si cilik. Tandas dan kafe juga disediakan bagi memudahkan pengunjung.

Bayaran masuk pada Isnin hingga Jumaat untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah adalah RM 25 manakala yang berumur tahun ke atas adalah RM 48. Pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum bayaran untuk kanak-kanak berumur dua tahu ke bawah adalah RM 35 manakala atas dua tahun dikenakan RM 66. Bayaran masuk untuk penjaga pula sebanyak RM 10 sahaja.

Alamat: 4th Floor, Bangsar Shopping Centre, No. 285, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, 59000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Kidzoona Tiny

Imej via [ Aeon Taman Maluri ]

Kidzoona Tiny ini berada di Aeon Maluri. Walaupun kelihatan kecil, namun banyak permainan yang menyeronokkan di sana yang pasti akan menceriakan hari anak-anak anda. Jika anda ingin datang ke sini, bawa stoking untuk anak-anak dan penjaga pakai sewaktu ingin memasuki Kidzoona.

Tiket lebih murah dan berbaloi dari tempat permainan indoor yang lain. Bayaran masuk serendah RM 16 pada hari minggu manakala RM 22 untuk hujung minggu. Setiap tiket masuk hanya boleh bermain selama dua jam sahaja. Memang sangat berpatutan.

Alamat: Jusco, 2, Jalan Jejaka 2, Maluri, 55100 Cheras, Federal Territory of Kuala Lumpur.

KL Hop On Hop Off

Imej via [ KL Hop On Hop Off ]

Bawa anak-anak teroka bandar Kuala Lumpur pada waktu malam juga pasti membuatkan mereka bahagia dan memberi pengalaman baru menaiki bas. Bawa anak-anak duduk di tingkat atas bas yang tidak berbumbung untuk melihat panorama lebih jelas bandar ini yang penuh dengan cahaya lampu berwarna-warni sambil ditiup angin malam.

Tiket serendah RM 25 untuk dewasa manakala RM 15 untuk kanak-kanak akan akan membawa anda pusing satu Kuala Lumpur dari pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Perjalanan bermula dari Bukit Bintang dan akan melalui beberapa kawasan tarikan di Kuala Lumpur yang menarik seperti River of Life, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Minnature

Imej via [ Tripadvisor ]

Hanya terletak di aras satu Sungei Wang Plaza. Minnature adalah sebuah tempat khas bagi penggemar miniatur atau pengunjung yang suka belajar mengenai sejarah, warisan dan budaya Malaysia. Banyak miniatur yang cantik dan kemas dicipta berdasarkan konsep Malaysia oleh pakar miniatur yang handal di Malaysia.

Bukan hanya boleh lawat, ada juga aktiviti khas untuk kanak-kanak. Minnature dibuka setiap hari bermula 11.00 pagi hingga 6.00 petang manakala hujung minggu dibuka lebih seawal 10.00 pagi. Kadar tiket adalah RM 20 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah lima tahun.

Alamat: Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Superkidz Indoor Playground

Imej via [ Superkidz Indoor Playground ]

Satu lagi tempat menarik di KL untuk kanak-kanak yang semestinya mereka suka dan bahagia berada di taman permainan adalah terletak di 1 Shamellin Mall, Di sini anak-anak boleh menggelongsor di kolam yang dipenuhi bola, lompat di Trampoline, mengimbangi badan di Single Plank Bridge dan lain-lain.

Khas untk kanak-kanak seawal 6 bulan hingga 13 tahun. Dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 8.30 malam. Dah puas membeli-belah, beli jiwa anak-anak pula di taman ini. Pasti memuaskan.

Alamat: SuperKidz@1 Shamelin Mall Lot D-LG-03A Level LG, 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur.

Banyak tempat menarik di KL untuk kanak-kanak bersukaria, bersukan dan mengembangkan lagi pemikiran mereka. Ada juga tempat yang penjaga turut boleh merasai keriangan dan bermain bersama. Mari baca artikel kami yang lain tentang tempat menarik di Kedah yang harus anda lawati bersama keluarga serta tempat menarik family day di Melaka.

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.