Kulai merupakan salah satu daerah yang ada di negeri Johor Darul Takzim. Anda pernah sampai ke Kulai? Kalau belum, apa kata anda jadikan Kulai sebagai destinasi pilihan sempena cuti sekolah ini.

Percutian di Kulai pastinya akan menjadi kenangan terindah buat anda sekeluarga kerana di sini, terdapat tarikan menarik buat semua ahli keluarga anda, baik untuk yang dewasa mahu pun kanak-kanak. Jom kami kongsikan tempat menarik di Kulai.

tempat menarik di kulai

Sumber: Sgmycar

1. Johor Premium Outlet ( JPO )

Tempat menarik di Kulai yang pertama ingin kami kongsikan pada hari ini ialah Johor Premium Outlet yang lebih dikenali sebagai JPO. Siapa yang tak suka shopping, kan? Nak-nak pula bila di sini ada banyak barangan berjenama popular yang dijual dengan harga super duper murah. Di sini ada segala-galanya, barangan untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak.

Di antara barangan yang ada dijual di sini ialah:

  • Handbag
  • Pakaian berjenama dari designer yang popular
  • Pakaian sukan
  • Kasut
  • Barangan kulit
  • Bagasi
  • Barang kemas
  • Barangan aksesori wanita
  • Barangan kelengkapan rumah
  • Perabot
  • Barangan kanak-kanak
  • Minyak wangi
  • Pakaian dalam

Di antara butik berjenama yang ada di sini ialah:

  • Victoria Secret
  • Adidas
  • Nike
  • Versace
  • Universal Traveller
  • Armani Exchange
  • Calvin Klein
  • Coach
  • Gucci
  • Guess
  • Hush Puppies
  • Kate Spade
  • La Senza
  • Michael Korrs

Apa yang lagi menarik, bukan sahaja barangan berjenama di sini dijual dengan harga yang murah, malah sentiasa ada diskaun yang diberikan. Kalau anda nak bercuti di Kulai, pastikan anda tak lupa untuk singgah di JPO. Oh ya! Jangan lupa untuk bawa duit lebih sikit supaya tak rasa menyesal bila balik ke rumah nanti.

2. Upside Down Warm House Kulai

Satu lagi tempat menarik di Kulai yang anda wajib lawati semasa bercuti di sana ialah Upside Down Warm House atau juga dikenali sebagai rumah terbalik. Rumah terbalik ini terletak di Bandar Putra, Kulai. Seperti rumah terbalik yang lain, rumah terbalik Kulai menyediakan set rumah dalam dunia yang terbalik dalam bentuk 3d. Apabila anda mengambil gambar di sini, seolah-olah anda berada dalam dunia yang terbalik.

Di antara ruang dunia terbalik yang ada di Upside Down Warm House Kulai ialah:

  • Ruang tamu
  • Lautan dengan ikan jerung
  • Ladang lembu
  • Karnival funfair
  • Bilik tidur
  • Bilik laundry
  • Ruang makan

Senarai harga untuk masuk ke rumah terbalik ini adalah seperti berikut:

  • Dewasa RM25
  • Kanak-kanak 3 tahun keatas & pelajar RM15
  • Bukan warganegara rm35
  • Warga emas 60 tahun keatas percuma

Oh ya! Pesanan kami jangan lupa untuk memakai stokin kerana anda perlu membuka kasut semasa masuk ke ruang pameran rumah terbalik ini. Jangan risau tentang kasut kesayangan anda, ianya akan disimpan didalam peti simpanan berkunci yang disediakan. Upside Down Warm House Kulai dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi sehingga 9.30 malam.Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi talian berikut 07-5995019 dan 019-7205019.

tempat menarik di kulai

Sumber: Shopedia

3. Hutan Lipur Gunung Pulai

Tempat menarik di Kulai yang seterusnya ialah Hutan Lipur Gunung Pulai yang sememangnya popular bagi pencinta alam semulajadi. Hutan Lipur Gunung Pulai menjadi destinasi pelancongan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong yang melawat ke Kulai kerana ia menawarkan berbagai aktiviti menarik. Di antara tarikan utama di sini ialah air terjun dengan kolam yang luas untuk bermandi-manda.

Airnya terjun di sini sangat sejuk dan cukup menyegarkan. Malah tebing sungainya juga teduh dan nyaman, sesuai untuk anda berkelah dan berbabeku sambil main air bersama keluarga. Jika anda jenis yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh mendaki gunung yang ada di hutan lipur ini melalui trek jalan tar yang disediakan. Pemandangan dari puncak Gunung Pulau sangat indah dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Kalau anda tak gemar mendaki gunung, anda boleh lakukan aktiviti jungle trekking sambil melihat flora dan fauna serta menjejak tingkat atas air terjun cantik yang ada di hutan lipur ini. Kalau anda bercuti di Kulai, jangan lupa untuk masukkan Hutan Lipur Gunung Pulai sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan untuk anda lawati.

4. Nanyan Aquarium

Semasa anda bercuti di Kulai, kami cadangkan anda luangkan masa untuk bercuti di Nanyan Aquarium Centre yang terletak di Ayer Bemban, Kulai untuk melihat koleksi ikan dan akuarium yang ada di sini. Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis ikan di dalam akuarium yang dipamerkan. Kalau anda bercuti bersama anak kecil, pastinya anak-anak anda akan terhibur melihat ikan berwarna-warni yang ada di Nanyan Aquarium.

Selepas puas melihat ikan di dalam akuarium, anda boleh pergi melawat kolam ternakan ikan untuk melihat sendiri bagaimana ikan hiasan akuarium diternak. Selepas puas melihat ikan, anda boleh cuci mata di ruang jualan yang menjual pelbagai jenis ikan hiasan untuk diletakkan di dalam akuarium anda. Malah ada juga dijual pelbagai jenis akuarium dan hiasan akuarium seperti bunga tiruan, kayu, kapal, peti harta karun, tong minuman, dan sebagainya.

tempat menarik di kulai

Sumber: Mobile7976

5. Hutan Bandar Putra

Dah puas berjalan-jalan di sekitar Kulai, apa kata anda berehat sambil bersantai ambil angin petang di Hutan Bandar Putra yang terletak di Kulai Jaya. Lokasinya tak jauh dari Upside Down Warm House yang kami cadangkan di atas tadi. Hutan Bandar putra merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Senai. Taman rekreasi seluas 20 ekar ini dilengkapi dengan kemudahan seperti:

  • Trek jogging
  • Trek basikal
  • Kawasan berjalan kaki
  • Taman permainan
  • Tasik
  • Tandas awam
  • Kawasan parking yang besar

Hutan Bandar Putra sangat sesuai untuk anda yang ingin beriadah atau berehat mengambil angin sambil melihat kehijauan alam semulajadi.

6. Kampung Putuo

Kalau anda jenis yang sukakan sejarah, kehijauan alam semulajadi, fotografi, atau suka melihat seni bina lama, anda boleh melawat ke Kampung Putuo. Perkampungan cina yang lama dan unik ini sememangnya menjadi salah satu destinasi perlancongan yang popular di Kulai.

Di antara tarikan yang ada di sini ialah:

  • Perkampungan cina lama
  • Taman buluh
  • Kuil cina lama
  • Rumah orang tua

Kalau anda jenis sukakan fotografi, di sini anda akan mendapat banyak gambar yang cantik. Seolah-olah anda bercuti ke negara China. Untuk makluman anda, di Kampung Putuo terdapat sebuah rumah orang tua yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat. Bolehlah anda singgah di sini untuk beramah-mesra menghiburkan hari orang-orang tua yang kesunyian di sini. Kalau anda sempat, boleh belikan makanan atau buah-buahan sebagai buah tangan. Pastinya kedatangan anda akan menggembirakan penghuni di sini.

tempat menarik di kulai

Sumber: Lokallocal

Itulah dia 6 tempat menarik di Kulai yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Cuma satu pesan kami, kalau nak bercuti ke Kulai dan merancang untuk singgah di JPO,  jangan lupa untuk bawa duit lebih supaya anda boleh shopping sepuas-puasnya semasa ada di sana. Percayalah, anda pasti akan rambang mata.

Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Semporna, tempat menarik di Kulim, dan tempat menarik di Pontian. Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.