Satu-satunya negeri utara yang terkenal sebagai syurga harum manis tak lain dan tak bukan adalah Perlis Indera Kayangan. Negeri Perlis mempunyai keunikannya yang tersendiri dari segi seni kebudayaan, makanan, tempat dan tarikannya yang menjadi bualan masyarakat tempatan dan luar negara.

Negeri Perlis yang merupakan negeri terkecil di Malaysia ini juga turut menjadi perhatian ramai terutamanya golongan wanita yang sentiasa rambang mata melihat barang-barang dapur, perkakas rumah, pakaian dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah pasar terbuka di Perlis yang bersempadan dengan wilayah Songkla, Thailand yang dikenali sebagai Padang Besar.

Anda boleh menaiki kereta api tren ETS, bas ataupun kereta bagi meluangkan masa membeli-belah di Padang Besar. Pastinya banyak tempat menarik di Padang Besar yang boleh anda lawati dan merasai sendiri perjalanan serta keseronokan dalam membeli-belah ataupun bersiar-siar di Padang Besar. Mari kita lihat tempat-tempat menarik di Padang Besar.

Tempat Menarik di Padang

Imej via [janggeltrekking2]

1.  Pekan / Pasar Padang Besar

Pekan Padang Besar yang merupakan pasar sempadan antara Perlis dan Thailand ini dikenali sebagai kawasan bebas cukai yang digemari oleh para pembeli ataupun shopping lover. Pasar Padang Besar ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis barangan makanan kering seperti kerepek, kuih, biskut, barang runcit dan sebagainya tetapi ia turut menjual barangan makanan basah dan juga pelbagai jenis barangan dapur seperti pinggan mangkuk, kuali, periuk, cawan dan macam-macam lagi.

Tambahan pula, Padang Besar mempunyai barang-barang lain seperti barangan yang dijual dipasar malam yang turut menampilkan beg, baju, kasut dan pelbagai lagi yang pastinya membuatkan anda tertarik kerana harganya yang murah dan berpatutan. Keadaan pasar padang besar ala-ala pasar tani di tepi jalan ini sangat luas dan besar. Anda boleh singgah disini dahulu sebelum terus ke Arked Niaga pula.

 

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [NewSpeaker]

2. Wang Kelian

Padang besar sememangnya besar jika anda membawa duit yang banyak untuk melihat-lihat barang di sini. Bukan apa, rasa terlalu banyak pula benda yang nak dibeli disini. Bersempadan dengan Thailand dan berkonsepkan seperti pasar, gerai jual-jual dan sebagainya, Wang Kelian menjual pelbagai barang yang anda tidak jangkakan semuanya boleh anda dapatkan disini.

Anda boleh bergambar di sini kerana terdapat papan tanda besar sebagai hiasan untuk anda menjadikan memori shopping disini sebagai kenangan anda. Selain itu, terdapat kemudahan seperti masjlid, tandas dan kemudahan lain yang memudahkan urusan anda sepanjang berjalan disini bersama keluarga dan anak-anak.

Anda juga boleh membeli makanan ringan seperti mangga, snek, rojak, buah-buahan, Tomyam, Salad Betik yang sedap dan banyak lagi makanan ringan menarik wajib anda cuba di gerai-gerai berhampiran. Sudah pasti anda boleh parking kereta, motor atau bas anda berdekatan dengan tempat anda membeli-belah.  Disini juga, jangan terkejut jika anda sering terserempak dengan awek Thai yang putih, cantik dan mulus!

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [Perlis News]

Sebagai tempat menarik utama di Padang Besar, jom lihat senarai barang yang boleh anda dapatkan disini dan tempat-tempat menarik di Padang Besar yang lain terlebih dahulu.

  • Barang Makanan – Bahan makanan kering dan basah seperti keropok, kerepek, biskut, kuih, kek, belacan, bahan mentah untuk masakan atau barang runcit, air kotak, air tin dan banyak lagi yang boleh anda dapatkan secara borong juga.
  • Pakaian Lelaki dan Wanita – Pakaian seperti seluar dan baju lelaki, baju wanita, kain tudung, selendang, baju kanak-kanak, baju bayi, tali pinggang, aksesori tudung seperti kerongsang, cekak rambut, getah rambut dan banyak lagi.
  • Barang Permainan Kanak-Kanak – Permainan kanak-kanak lelaki dan perempuan seperti bola, kasut, anak patung, alat muzik gitar, baju superhero, buku elektronik dan lagu, alat menulis, teddy bear dan sebagainya.
  • Tilam, Bantal Dan Cadar – Tilam single atau queen, cadar untuk semua jenis tilam juga sarung bantal serta bantal yang pelbagai jenis boleh anda dapatkan disini. Semestinya beraneka warna dan corak untuk anda pilih.
  • Barang Perkahwinan, Doorgift, Hantaran – Anda boleh mendapatkan barangan perkahwinan seperti set hantaran yang terdiri daripada beg tangan, telekung, kasut, baju, alat mekap dan lain-lain lagi manakala untuk doorgift atau buah tangan, anda boleh dapatkan barangan seperti buku yasin, kain sapu tangan, gula-gula, gelas atau cawan kaca, botol minuman dan macam-macam lagi.
  • Barang Kelengkapan Rumah – Barang kelengkapan rumah selain dari perabot juga boleh anda dapatkan disini. Antaranya adalah penyangkut baju, frame gambar, meja jepun, kerusi dan lain-lain lagi.

Banyak lagi barang-barang yang boleh anda dapatkan di Padang Besar ini. Jom kita berkunjung ke tempat menarik di Padang Besar yang seterusnya.

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [Selongkar10]

3. Arked Niaga

Arked Niaga Padang Besar merupakan sebuah kompleks beli belah yang terkenal di Padang Besar.  Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Padang Besar pasti tidak mahu ketinggalan untuk berkunjung ke sini.  Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan dan jenama yang jarang anda jumpa di luar sana dengan harga yang rendah dan berbaloi.

Antara barangan yang menjadi perhatian ramai disini adalah pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, produk kecantikan, barangan elektrik, jam tangan, perabot, cadar, toto, bantal, aksesori dan sebagainya. Arked Niaga juga menjadi pilihan semua pasangan yang sudah berkahwin mahupun belum berkahwin untuk membeli barang-barang rumah dengan lebih jimat.

Arked Niaga terdiri daripada 2 tingkat malah semua kedai digabungkan sekali tidak kira kedai makanan atau barangan, semuanya bersebelahan sahaja, namun ia disusun rapi dan teratur. Banyak kedai yang wajib anda singgah jika datang ke sini kerana semuanya amat murah terutamanya barangan persiapan kenduri dan sebagainya.

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [Gergasi Travel] 

4. Padang Waremart

Padang Waremart yang terletak berhadapan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Padang Besar ini beroperasi pada pukul 10 pagi. Ramai yang tidak tahu akan kewujudan Padang Waremart ini kerana ia baru sahaja dibuka namun ia menjadi tarikan ramai untuk anda shopping dengan selesa.

Padang Waremart adalah sebuah shopping complex atau mall untuk membeli-belah yang lebih cantik dari Arked Niaga tetapi ia hanya setingkat sahaja. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti souvenier, permainan, pakaian, jersey, beg, kasut, makanan dan lain-lain di sini. Ia juga mempunyai tempat parking yang tersendiri dan sesuai untuk anda membawa anak-anak.

Usai membeli-belah, pasti perut berkeroncong sudah meminta-minta untuk diisi. Jangan risau, inilah masanya untuk anda melihat tempat menarik di Padang Besar yang pastinya akan membuatkan perut anda merindui tempat ini.

 

Tempat Menarik di Pasar Besar

Imej via [Teratak Mutiara]

5. Medan Selera Padang Besar

Medan Selera Padang Besar terletak berdekatan dengan Arked Niaga, Padang Besar. Bangunannya berhadapan sahaja dengan Arked Niaga, sekiranya menaiki bas atau pergi bersama kereta, terdapat lot parking berhampiran Arked Niaga yang juga berdekatan dengan Medan Selera Padang Besar untuk anda parking.

Medan selera Padang Besar terdiri daripada pelbagai jenis gerai makan yang menawarkan aneka variasi makanan berat dan ringan termasuklah makanan melayu dan juga Thailand. Anda boleh menikmati makanan tengahari seperti nasi berlauk, nasi ayam, laksa, tomyam Thailand, ais batu campur, rojak, somtam, salad mango, pulut ayam, bakso dan banyak lagi.

 

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [Saujana Syarasin]

 6. Restoran Chempaka, Padang Besar

Restoran Chempaka yang terletak di Arked Niaga adalah salah satu tempat menarik di Padang Besar yang wajib anda singgah untuk isi perut buat sementara waktu. Restoran Chempaka terkenal dengan Maggie Sup Thai yang pekat dan penuh dengan isi ayam, bebola serta kaki ayam yang berkhasiat dan sedap untuk anda nikmati.

Dengan harga serendah RM6 sahaja, anda boleh mengisi perut sehingga kenyang dan kembali ceria untuk terus membeli-belah! Sudahlah murah, sedap, kenyang pula tu.

 

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [Prettyinlove]

7. Watie Corner

Watie Corner adalah sebuah restoran masakan melayu dan thai yang berlokasi di Jalan Balau Taman Bunga Cempaka, Padang Besar. Bukan sahaja pelancong tempatan tetapi pelancong luar negara turut menjamu selera di sini dengan pelbagai jenis makanan yang rare dan jarang kita makan di negeri sendiri.

Anda boleh merasai keenakan Nasi Ayam, Laksa Thai, Ladna, Somtam, Soto, Kuew Teow Ayam Sup dan banyak lagi pilihan menarik disini. Namun, yang menjadi keistimewaan setiap kali anda berkunjung di sini adalah haruslah anda menikmati pulut ayam yang terkenal di Padang Besar ini! Boleh dikatakan pulut ayam adalah makanan zaman berzaman disini dan tidak pernah mengecewakan.

 

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [foursquare]

 8. Mee Mee Authentic Thai

Tak sangka Padang Besar mempunyai tempat makan yang sangat marvellous dan terbaik sebegini! Mee Mee Authentic Thai memenuhi citarasa anda yang inginkan makanan Thai seperti Tomyam dan somtam yang pedas, masam dan pergghhhh! Memang rugi kalau tak pilih untuk makan tomyam disini, ramai yang datang merasai dan menikmati sendiri untuk mendapatkan inspirasi untuk membuat tomyam terbaik di rumah nanti.

Memilih makanan berupa set keluarga seperti nasi, tomyam, sayur, telur dadar dan lain-lain lagi lebih menyeronokkan kerana anda dapat rasai semua jenis lauk mereka dan paling penting sekali, dapat mengenyangkan perut anda yang kian bernyanyi-nyanyi tu.

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [foursquare]

Padang Besar dalam wilayah Perlis yang bersempadan dengan wilayah Songkla Thailand ini juga memudahkan anda untuk memasuki Pasar Satun. Mana tahu anda ingin mencuci mata lagi disini, jom ke Pasar Satun pula.

Pasar Satun | Kawasan Berhampiran Padang Besar

Satun terletak bersempadan dengan Malaysia dan merupakan salah satu wilayah di selatan, Thailand. Ya, semestinya anda memasuki sempadan Thailand untuk menikmati keseronokan membeli barang di Pasar Satun.

Satun terkenal dengan pasar tepi jalan yang menjual pelbagai jenis barang makanan termasuklah makanan yang terkenal di Thailand seperti somtam, kerabu meggi dan lain-lain lagi. Barang tradisional atau buatan zaman dahulu juga dijual disini seperti cincin-cincin lama, beg anyaman, pinggan-pinggan lama dan pelbagai lagi di samping barang-barang makanan basah dan kering.

Tempat Menarik di Padang Besar

Imej via [idrusibrahim]

Oh ya, hanya beberapa jam sahaja anda berada disini, mungkin sudah ada beberapa ayat bahasa Thailand yang boleh anda pelajari. Mana tidaknya, peniaga-peniaga di Pasar Satun seringkali beramah mesra menegur anda dalam dialek Thailand. Bolehlah anda tumpang sekaki belajar sementara masih berada di tempat menarik ini kan?

Berjalan di Padang Besar dan sempadan Thailand amat menyeronokkan apatah lagi beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan. Mungkin destinasi anda seterusnya adalah Tempat Menarik di Danok dan juga Tempat Menarik di Perak.  Jom baca lebih lanjut!

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. TripAdvisor
  3. Foursquare

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.