Thailand merupakan destinasi perlancongan yang popular bagi rakyat Malaysia. Di antara daerah yang sering menjadi tumpuan ialah Hatyai, Danok, Krabi, Bangkok, dan Songkhla. Kalau anda teringin nak ke Thailand tapi tak pasti nak melawat ke daerah mana, apa kata kalau kami cadangkan anda supaya pergi ke Danok? Jom kami kongsikan tempat menarik di Danok yang boleh anda kunjungi.

tempat menarik di danok

Sumber: Mattingtong

1. Pekan Danok

Pekan Danok terletak tak jauh dari pejabat imigresen Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Apa yang ada di pekan Danok? Di sini adalah syurga makanan dan membeli-belah. Terdapat banyak gerai di tepi jalan yang menjual makanan ringan atau jajan yang sangat popular di Malaysia seperti kekacang, kerepek, biskut, asam. tumpi, kacang tumbuk, dan sebagainya. Buah-buahan di sini juga dijual dengan harga yang super duper murah berbanding harga di Malaysia.

Nak makan makanan laut yang murah? Ada banyak gerai makanan laut halal di Pekan Danok. Selain makanan laut, Danok juga terkenal dengan daging bakar cicah asam yang sedap. Rugi kalau anda tak rasa daging bakar di sini. Selain itu, pulut durian di Danok juga sangat sedap dan tak sama rasanya seperti di Malaysia. Anda pernah makan pulut ayam? Pulut ayam di Danok sedap sangat-sangat. Anda wajib cuba.

Pakaian juga sangat murah di Pekan Danok. Fesyennya juga in trend. Bolehlah anda shopping baju, kasut, t-shirt, dan seluar di sini.

2. Terowong Khao Nam Khang

Kalau anda ke Danok, jangan lupa untuk melawat Terowong Khao Nam Khang Terowong yang sangat bersejarah. Dengan bayaran RM30 untuk seorang dewasa, anda berpeluang untuk masuk ke dalam terowong yang dibina pada tahun 1972 ini. Apa yang menarik, terowong ini mempunyai 16 pintu masuk dan keluar, dan menjadi tempat persembunyian komunis semasa peperangan Malaysia dan peperangan di Thailand.

Selain melihat sendiri terowong yang bersejarah ini, anda juga boleh melawat muzium yang mempamerkan alatan perang yang digunakan semasa zaman komunis, alatan yang digunakan oleh komunis untuk mengorek bukit dan hidup di atas bukit, timber root museum, peti sejuk yang tidak menggunakan elektrik, bilik telegram, dan bilik komunis melakukan latihan menembak.

3. Asian Cultural Village

Kalau anda ke Danok, ini adalah tempat menarik pertama yang wajib ada dalam jadual percutian anda. Asian Cultural Village di Danok ini sangat besar dan terbahagi kepada beberapa taman tema dan setiap taman tema mempunyai tarikannya yang tersendiri. Apa yang menarik, taman tema di sini bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, malah ada juga taman tema khas untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang masih berjiwa kanak-kanak.

Shuttle disediakan untuk membawa anda dari satu taman tema ke taman tema yang lain. Kami cadangkan anda datang ke sini pada waktu pagi supaya dapat menghabiskan masa seharian di sini dan mempunyai masa untuk memasuki semua taman tema yang ada. Asian Cultural Village dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan bayaran masuk ialah 50 Bath sehingga 300 Bath bergantung kepada pakej yang anda ambil.

Murah dan berbaloi. Rugi kalau anda tak ke sini. Di antara taman tema yang ada di Asian Cultural Village ialah:

Dinosaur Park

Dinosour Park merupakan satu lagi tempat menarik di Danok yang ingin kami kongsikan kepada anda. Kalau anda rasa taman dinosour ni cuma sesuai untuk kanak-kanak, anda silap besar. Dinosour Park bukan sahaja akan menghiburkan anak kecil, malah orang dewasa juga pasti tak puas berjalan di sini sambil melihat replika dinosour dari pelbagai jenis yang sentiasa bergerak dan berbunyi.

Puas berjalan-jalan tengok dinosour, anda boleh berehat di taman yang dihiasi lampu LED yang cantik. Kami cadangkan anda ke sini pada waktu malam kerana lampu LED yang menghiasi seluruh Dinosour Park membuatkannya jauh lebih menarik berbanding suasana pada waktu siang. Bayaran masuk ke Dinosour Park ialah 250 bath untuk dewasa,  120 bath untuk kanak-kanak, dan percuma untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah.

tempat menarik di danok

Sumber: Kbytraveljourney

Animals World Park

Kalau anda pencinta binatang, anda wajib pergi ke Animals World Park Danok. Ia merupakan sebuah zoo kecil yang pastinya membuatkan percutian anda lebih bermakna.

Street of Wulin

Street of Wulin meupakan pekan cina lama yang sangat menarik. Anda boleh berjalan-jalan di sini dan pasti akan berasa seolah-olah kembali semula ke zaman silam. Anda juga boleh menyewa pakaian tradisional cina dan pakai sambil berjalan-jalan di sini. Harganya cuma 100 bath untuk satu set pakaian lengkap dengan hiasan kepala.

Karen Tribe Cultural Village

Anda pernah tengok tak kaum yang pakai gelang di leher untuk bagi leher menjadi panjang? Semakin hari, semakin banyak gelang akan diletakkan di leher untuk membuatkan leher menjadi semakin panjang? Nama kaum tersebut ialah Karen Tribe dan mereka merupakan bangsa yang tinggal di utara Thailand.

Anda berpeluang untuk melihat kehidupan Karen Tribe dengan melawat ke Karen Tribe Cultural Village. Di kampung kebudayaan ini, anda bukan sahaja berpeluang untuk melihat keunikan budaya memanjangkan leher dengan lebih dekat, malah anda boleh melihat sendiri cara hidup mereka yang masih tradisional.

Anda juga boleh membeli cenderamata di sini. Ada banyak hasil kraftangan terutamanya daripada manik yang dihasilkan oleh bangsa Karen yang boleh anda bawa pulang sebagai kenangan.

Wishing Corridor

Wishing Corridor merupakan laluan yang sangat cantik dihiasi dengan lampu tanglung berwarna-warni yang digantung di sepanjang laluan. Pasti anda tak puas bergambar di sini.

ACV Recreation

ACV Recreation adalah kawasan untuk melakukan aktiviti air seperti menaiki bot, mengayuh basikal air yang berbentuk itik, dan sebagainya. Terdapat sebuah tasik sederhana besar di sini dengan Chinese Bridge yang merentangi tasik tersebut. Anda boleh menyewa paddle boat yang boleh dinaiki oleh 2 orang dengan bayaran sebanyak 100 bath sahaja. Romantik juga kalau naik dengan pasangan, sambil melihat keindahan persekitarannya.

Future Park

Dengan bayaran 100 Bath, anda pasti tak puas berjalan-jalan di Future Park. Di sini terdapat banyak replika seperti karakter dari filem Transformers iaitu Megatron, Optimus Prime dan Bumble Bee. Selain itu terdapat juga patung replika dari watak komik terkenal seperti Thor, Ironman, dan watak-watak dari filem Avengers yang lain. Bukan sahaja anak-anak kecil akan terhibur, anda yang dewasa pun pasti seronok menghabiskan masa di sini.

Cowboy Town

Melangkah masuk ke cowboy town adalah seolah-olah anda melangkah masuk ke dalam set penggambaran filem cowboy yang terkenal, Wild Wild West. Di Cowboy Town terdapat bangunan dan replika cowboy yang menghidupkan suasana. Malah terdapat juga kuda yang membawa kereta kuda dan pedati. Pastinya anda tak puas bergambar di sini.

Panda Love Lock Garden

Ini merupakan di antara tempat menarik di Danok kegemaran kami. Panda Love Lock Garden merupakan taman yang dipenuhi dengan lebih daripada 100 ekor panda comel dalam pelbagai posisi yang diterangi dengan lampu LED pada waktu malam. Uniknya taman ini, kalau anda datang pada waktu malam, panda-panda di sini akan cantik dininari lampu LED. Kalau anda datang pada waktu siang, gambar selfie anda akan lebih menarik kerana di kelilingi patung panda pelbagai saiz dan posing. Tak kisah anda datang waktu siang atau malam, tempat menarik ini memang best.

Rabbits Garden

Di Rabbit Garden, anda berpeluang untuk memegang dan memeluk arnab comel yang bebas berkeliaran di sini. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun pasti terhibur di Rabbits Garden.

ATV Challenging Range

Dengan bayaran 500 Bath, anda berpeluang menaiki kenderaan ATV selama 30 minit dan bersiar-siar di kawasan hutan semulajadi di sini. ATV Challenge Range dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, pastinya anda taknak lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti ini.

Kids Land

Seperti namanya, Kids Land merupakan syurga bagi kanak-kanak. Terdapat pelbagai permainan kanak-kanak di sini. Bolehlah anda beri peluang kepada anak-anak untuk bermain sampai puas sambil anda berehat selepas puas berjalan seharian.

tempat menarik di danok

Sumber: Phil.uk

Itulah dia tempat menarik di Danok yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jemput juga membaca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di  Dubai, tempat menarik di Johor  dan  tempat menarik di  Batam.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.