Sekiranya anda seseorang yang sukakan alam sekitar, percutian di Royal Belum Resort pastinya menjadi pilihan anda. Rasai sendiri pengalaman berehat di kelilingi alam sekitar pastinya dapat membantu merehatkan minda anda. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Perak, jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini.

Jika anda sememangnya merancang untuk datang ke sini, terdapat dua laluan yang akan anda lalui. Antaranya ialah melalui jalan darat dan jalan air. Hal ini kerana, anda perlu memandu dari Tasik Banding terus ke Hutan Royal Belum menerusi jambatan yang terdapat di sana. Tempat ini juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang istimewa untuk anda yang mahukan ketenangan.

Belum Rainforest Resort

Imej via [flickr.com]

Bagi anda yang mengimpikan penginapan berasaskan alam semulajadi, Royal Belum Resort ini pastinya menjadi salah satu tempat percutian pilihan anda. Hal ini kerana, penginapan ini dikelilingi oleh kawasan hutan. Belum Rainforest resort ini juga merupakan salah satu destinasi eko pelancongan yang terdapat di Malaysia.

Menariknya di sini, anda boleh melihat keindahan tumbuhan dan pemandangan yang cantik serta jarang ditemui di tempat lain. Bagi mereka yang mencintai alam sekitar, resort ini menawarkan suasana yang tenang dan pemandangan yang cantik. Keadaan ini pastinya dapat memberikan ketenangan kepada anda untuk berehat dari kehidupan bandar yang sibuk.

Houseboat

Imej via [tripadvisor.com]

Sekiranya anda biasa melihat penginapan di atas boat, kali ini apa kata anda sendiri yang merasai pengalaman menginap di atas air. Di Royal Belum Resort, terdapat satu penginapan yang dikenali sebagai houseboat. Houseboat tersebut boleh memuatkan seramai 15 hingga 20 orang.Anda boleh menyewa penginapan tersebut pada harga yang berbeza-beza. Di atas houseboat ini juga anda boleh melakukan aktiviti BBQ. 

Antara houseboat yang ditawarkan bermula dari harga RM 2,800. Terdapat juga houseboat yang mewah dengan harga yang RM 900. Jadi anda boleh memilih penginapan mengikut budget anda. Menariknya lagi, houseboat ini akan menjelajah ke Hutan Royal Belum. Di sini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi family day dan lokasi percutian bersama rakan-rakan anda.

Terdapat Bunga Rafflesia

Imej via [bharian.com]

Bagi mereka yang sukakan alam sekitar, anda pastinya pernah mendengar mengenai bunga yang terbesar di dunia. Bunga ini biasanya dijumpai di hutan hujan tropika. Disebabkan itu, bung aini banyak dijumpai di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Walaupun begitu, bunga rafflesia ini juga dapat dijumpai di Royal Belum.  

Menariknya mengenai bunga ini, ia tidak memiliki akar dan hanya memiliki tisu-tisu seperti tiub bagi membantunya untuk menyerap mineral di dalam tanah dan memastikannya untuk terus bertahan. Walaupun begitu, bunga ini tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Bunga ini akan berkembang dan mati dalam masa dua minggu.

Terdapat pelbagai sepsis bunga rafflesia. Di hutan Royal Belum, anda dapat menjumpai tiga jenis spesies iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda mungkin dapat melihat bunga rafflesia ini berkembang mekar. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri bunga terbesar ini di Royal Belum Resort.

Pelbagai Aktiviti Menarik

Imej via [kualasepetang]

Di Royal Belum ini juga, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berasaskan air. Antara aktiviti yang dapat anda lakukan ialah berakit atau berkayak sambil memancing. Bagi anda yang menyukai aktiviti berasaskan air, anda pastinya akan suka dengan aktiviti merakit yang ditawarkan di sini. Menariknya mengenai merakit di sini, ia menggunakan buluh yang dicantumkan bersama-sama. Sekiranya anda ingin mencuba aktiviti ini, pastikan anda mematuhi segala arahan keselamatan yang telah diberikan.

Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti memancing, anda pastinya teruja untuk mencuba pengalaman memancing di sini. Hal ini kerana, di kawasan Hutan Royal Belum, terdapat pelbagai spesies ikan seperti ikan tioman, ikan tapah, ikan sebarau, kelah dan banyak lagi. Terdapat tips yang dikongsikan bagi mereka yang ingin memancing di sini, iaitu menggunakan umpan ikan hidup bagi menarik perhatian ikan di sini.

Terdapat lebih daripada 23 spesies utama ikan air tawar, dan 5 spesies penyu, dan beberapa spesies akuatik dan amfibia juga boleh di dapati di sini. Sekiranya anda berminat untuk memancing di sini, anda perlu mematuhi prinsip yang di amalkan di sini iaitu “menangkap dan melepaskan”. Hal ini dilakukan untuk membantu populasi ikan ini untuk terus berkembang.

Hutan Hujan Tropika

Imej via [sinarharian]

Hutan hujan tropika yang terdapat di sini sememangnya kaya dengan pelbagai spesies burung dan tumbuh-tumbuhan. Terdapat lebih 300 spesies burung termasuk burung enggang di resort ini. Kawasan hutan hujan tropika ini juga merupakan “Ibukota Burung Enggang”. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis burung enggang yang terkenal di Malaysia ada di hutan ini. Antara burung helang yang terkenal di Malaysia terdiri dari 10 jenis.

Menariknya di sini, ke semua sepuluh jenis burung ini boleh dilihat di hutan ini. Antaranya ialah Enggang berkantung biasa, Enggang bermahkota putih, Enggang jambul semak, Enggang Kedut, Enggang Berkalung, Enggang Hitam, Enggang Pied Oriental, Badak sumbu Enggang, Enggang Hebat dan Enggang Bertopi keledar. Terdapat tumbuhan ara liar yang merupakan makanan kegemaran mereka. Jadi anda boleh melihat burung ini dengan bersembunyi berdekatan dengan pokok ara liar tersebut.

Jungle Trekking

Imej via [belum.com]

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak, anda juga boleh mencuba aktiviti yang disediakan di Royal Belum ini. Antara aktiviti yang disediakan di sini ialah jungle trekking. Bagi mereka yang suka meneroka alam sekitar, anda boleh mendaki trek trekking yang terdapat di sini.

Sekiranya anda melalui jalan trekking ini, anda akan mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke Air Terjun Sungai Kooi. Air terjun ini merupakan sebuah air terjun yang tinggi dan sangat cantik. Penat Lelah anda pastinya hilang apabila melihat keindahan persekitaran air terjun yang dikelilingi oleh tumbuhan hijau.

Air Terjun Sungai Kooi

Imej via [facebook.com]

Jika anda datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan, anda boleh bermandi manda di air terjun ini. Keadaan air bukit yang sejuk dikelilingi oleh tumbuhan yang hijau pastinya memberikan rasa yang nyaman kepada mereka yang datang ke sini. Diingatkan untuk menjaga kawasan sekitar dan tidak membuang sampah di sini.

Bagi anda yang berminat dengan aktiviti lasak, terdapat juga aktiviti flying fox yang disediakan di sini. Menariknya flying fox di sini berbeza dengan flying fox biasa. Hal ini adalah kerana anda dapat melihat dengan jelas pemandangan hutan yang menghijau dari arah atas. Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba sendiri pengalaman ini.

Kawasan Salt Lick

Imej via [libur.com]

Sekiranya anda baru pertama kali mendengar mengenai kawasan salt lick, anda pastinya berasa pelik mengenai kawasan ini. Tetapi terdapat perkara yang menarik mengenai kawasan salt lick ini. Jika anda ingin tahu, salt lick merupakan kawasan di mana terdapatnya garam mineral yang berkumpul. Terdapat lebih dari 12 kawasan salt lick yang terdapat di Royal Belum ini.

Di kawasan ini, terdapat banyak tanda atau tapak kaki pelbagai haiwan boleh dijumpai. Hal ini kerana, salat lick ini telah menjadi salah satu kawasan sumber nutrisi kepada haiwan yang hidup di hutan Royal Belum ini. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin akan menjumpai haiwan yang sedang datang ke kawasan tersebut.

Perkampungan Orang Asli        

Imej via [libur.com]

Selain tarikan houseboat dan bunga rafflesia, Royal Belum juga mempunyai kampung orang asli. Di sini, anda boleh melihat kawasan perumahan masyarakat orang asli. Di sini juga terdapat kampung orang asli yang terdiri daripada suku kaum yang berbeza. Antara kaum yang terdapat di sini ialah Jahai dan kaum Negrito.

Menariknya di sini, kedatangan anda sememangnya dialu-alukan oleh masyarakat mereka. Anda juga dapat melihat gaya hidup mereka dan bergaul dengan anak-anak mereka yang begitu menceriakan. Anda juga boleh mempelajari mengenai adat mereka sekiranya mahu.

Di ingatkan untuk membawa beberapa cendera hati seperti makanan dan beberapa permainan yang dapat diberikan kepada kanak-kanak di sana semasa membuat lawatan. Anda juga boleh memberikan sumbangan kepada mereka melalui tabungan yang disediakan di sana.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sekiranya anda datang ke Royal Belum Resort. Salah satu aktiviti menarik yang terkenal dalam kalangan pelancong ialah menginap di houseboat. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di houseboat ini. Jom rancang perjalanan anda ke sini bersama keluarga mahupun rakan anda.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.