Tak tahu tempat menarik di Pulau Tuba?

Pulau Tuba merupakan sebuah pulau berbukit dan satu-satunya pulau yang didiami selain Pulau Langkawi di negeri Kedah. Ia terletak bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting Langkawi. Ramai tak tahu bahawa Pulau Tuba ini adalah salah satu tempat pelancongan yang boleh anda singgah.

Semua penduduk yang tinggal di Pulau ini kebanyakannya Muslim sehingga ia juga dikenali sebagai Pulau Islam.  Terdapat sebuah kampung nelayan tradisional dimana penduduk kampung lebih gemarkan kehidupan tradisional. Walaupun disediakan semua kemudahan lain seperti bekalan air bersih dan telefon oleh Pihak Berkuasa namun mereka tetap hidup dengan cara tradisional mereka.

Keseluruhan ketua keluarga di sini bekerja sebagai nelayan dan melakukan aktiviti pertanian. Jom kami kongsikan antara tempat menarik di Pulau Tuba ini.

Nota Ammboi: Nak tak saya kongsikan kisah saya bermalam di bilik hotel ini pada harga RM2 untuk 2 hari?

1.  Gua Kelawar, Pulau Tuba

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Pulau Tuba ini dinamakan Gua Kelawar kerana populasi besar kelawar di malaysia berada di sini. Apabila anda masuk ke bahagian dalam gua, anda akan melihat banyak kelawar di dalamnya. Pasti anda akan merasa kagum dan sedikit takut melihat banyak kelawar tergantung dan terbang melalui kepala anda. 

Jangan bimbang kerana mereka semuanya tidak berbahaya. Terdapat lebih daripada 1,000 ekor kelawar yang menghuni gua ini. Mereka telah memilih gua ini kerana suhu dan kelembapan di dalamnya sesuai dengan kehidupan mereka. 

 Sepanjang berada di sini, anda perlu berdiam diri, tidak merokok dan tidak menyalakan cahaya terlalu banyak kerana itu akan memudaratkan kelawar. Gua ini juga dipenuhi dengan batu kapur dan permukaannya amat unik. 

2.  Tanjung Pandan

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [theislanddrum]

Tanjung Pandan merupakan sebuah tempat yang menarik bagi anda yang gemar memancing. Terletak di Pulau Tuba, ia merupakan syurga bagi seluruh hidupan akuatik. Ikan-ikan disini dikatakan agak besar-besar dan banyak.

Selain port memancing, tempat menarik di Pulau Tuba ini juga merupakan syurga bagi mereka yang gemarkan aktiviti seperti menyelam, snorkeling dan juga bersantai. Panorama di sini sememangnya agak indah. Jika anda inginkan suasana yang paling memukau, kunjungilah kawasan ini pada hari senja.

3.  Gua Wang Buluh

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [ukm]

Gua ini adalah salah satu daripada dua gua di Pulau Tuba yang digunakan oleh penduduk melarikan diri ketika zaman peperangan Jepun suatu ketika dahulu.  Pada zaman tersebut, ada penduduk yang menetap di gua ini selama lebih dari sebulan. 

Untuk menuju ke lokasi gua ini, perjalanannya agak mencabar dan perlu melepasi beberapa halangan batu-batuan yang tajam. Apabila anda sampai ke lokasi gua ini, anda akan melihat jalan kayu buatan manusia berada di pintu masuk gua. Permukaan lantai gua yang licin dan terdapat banyak stalagmit dan stalaktit disarankan untuk berhati-hati apabila masuk ke dalam gua ini.

4.  Hutan Simpan Pulau Tuba

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [cuticutipulautuba]

Walaupun anda bukan peminat jungle trekking, bersiar-siar melalui Hutan Simpan Pulau Tuba merupakan satu perkara yang amat bernilai dilakukan. Mencari lokasinya mungkin menjadi cabaran kerana tidak mempunyai tanda rasmi yang kelihatan dari jalan raya. 

Hutan simpan ini menawarkan pemandangan panorama hutan dan pelbagai keunikan bentuk batu-batuan dari zaman purba. Peminat alam semula jadi akan teruja dengan flora dan fauna di sini. Ada yang mengatakan kawasan ini sebagai ‘Lembah Lebah’ kerana sering terdapat sarang lebah yang tergantung dari tebing yang curam di sini.

5.  Tuba Beach Resort Langkawi

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [agoda]

Tuba Beach Resort Langkawi terletak di Pulau Tuba, Pulau Langkawi. Ia menawarkan kawasan pantai peribadi yang sangat privasi. Anda boleh menikmati pemandangan lautnya yang indah melalui dalam bilik. 

Tempat menarik di Pulau Tuba ini menawarkan Wi-Fi percuma dan tempat letak kenderaan yang percuma. Semua bilik di resort ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang selesa. Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan kipas dan bilik mandi peribadi yang amat bagus.

Sarapan tempatan gaya tempatan disajikan setiap pagi di resort ini. Bagi anda yang nak merasai tempat penginapan yang mewah di Pulau Tuba, di sinilah tempatnya.

6.  Jeti Pulau Tuba

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [theislanddrum]

Jeti Pulau Tuba sangat terkenal di Kedah sekiranya anda ingin berkunjung ke Pulau Tuba dan tempat menarik di sekelilingnya.  Menaiki bot sambil melihat keindahan air nan hijau membolehkan anda untuk turut bergambar di sini.

7.  Mee Udang dan Ketam Tanjung Pandan

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [drsinga]

Sekiranya anda ingin merasai kesedapan makanan yang popular di Malaysia iaitu mee udang dan mee ketam, anda bolehlah datang ke Mee Udang dan Ketam Tanjung Pandan apabila datang ke Pulau Tuba.  Kebanyakan pengunjung yang pernah ke sini akan mengatakan bahawa ia benar-benar sedap.

8.  Teluk Puyuh Guesthouse

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [nobeds]

Teluk Puyuh Guesthouse menawarkan keselesaan untuk anda ketika bercuti di Pulau Tuba, Langkawi. Anda boleh menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel dengan mudah.

Selain menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang menyeronokkan, guesthouse ini juga menggabungkan keramahan kakitangannya mesra dengan suasana yang indah untuk menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan.

9.  Restoran Seafood Tok Bee

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [restoran-seafood]

Restoran yang wajib anda kunjungi ini terletak di Pulau Tuba. Ia menawarkan pelbagai hidangan makanan laut yang segar dan menyelerakan yang pastinya membuat anda tidak akan menyesal ke sini.  Antara makanan yang terdapat di sini adalah makanan berasaskan laut seperti udang, sotong, ikan dan banyak lagi.

10.  Pantai Pulau Tuba

tempat menarik di pulau tuba

Imej via [tubalangkawiresort]

Selain tempat menarik di Pulau Tuba yang lain, tarikan utama di sini adalah pantai Pulau Tuba. Bermandi-manda dan bersantai adalah antara aktiviti yang wajib anda lakukan di pulau yang indah ini.

Berikut adalah tempat menarik di Pulau Tuba terbaik boleh dikunjungi ramai. Jom baca juga tempat menarik di Riau, tempat menarik di Pulau Tinggi, tempat menarik di Pulau Romania dan tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura.

Rujukan:

  1. theislanddrum
  2. tubalangkawiresort
  3. thevocket

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.