Selalu kita mendengar tempat-tempat menarik di luar negara yang menjadi idaman setiap orang untuk melancong adalah seperti Negara Korea, Paris, Istanbul, London dan banyak lagi. Tapi tahukah anda Switzerland juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Cuba anda bayangkan keindahan semula jadinya, gunung alpine dan lembah-lembah yang mempersona, kampung-kampung seperti di dalam filem fantasi, tasik yang berkilauan, bandar serta bangunan bersejarah dan banyak lagi tarikan. Alunan muzik daripada artis jalanan pasti membuatkan mulut anda ternganga melihatnya! Negara yang seluas 41,285 km dan diduduki 7.5 juta penduduk ini menggunakan 4 jenis bahasa komunikasi iaitu German, Perancis, Roman dan Itali.
Negara ini sebenarnya berada di dalam kerangka antara lembah, tasik dan kawasan pergunugan. Kali ini, kami akan mencadangkan beberapa tempat menarik di Switzerland untuk anda lawati. Pastinya tempat-tempat ini mencakupi aspek makanan, membeli belah, tempat bersejarah dan banyak lagi aktiviti lain yang pastinya sesuai untuk lawati. Jangan terkejut, 10 tempat menarik di Switzerland ini cantik seperti dalam fantasi!
Terdapat lebih kurang 21 laluan pendaki yang disediakan agar pengujung melihat keindahan flora dan fauna di samping merasai glasier yang diliputi salji, padang rumput yang luas, air terjun yang tenang dan hutan yang menghijau dengan suburnya. Hampir 5,000 spesis haiwan dan 100 spesis burung yang boleh anda temui disini seperti helang emas, rusa merah ,marmot dan banyak lagi haiwan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Tempat menarik di Switzerland ini juga amat nyaman sekali.
Waktu yang paling ideal untuk datang ke sini adalah sekitar bulan Jun dan Julai kerana pada waktu ini salji gunung akan mencair dan air terjun dalam jumlah yang besar akan memuntahkan ais batu gergasi seukuran 21 meter. Memang rugi kalau tak pergi ke tempat menarik di Switzerland ini. Sepanjang berada di sini, anda akan merasai seolah-olah anda berada di dunia fantasi, Narnia atau fairy tale juga sebenarnya.
Arked atau bangunan ala-ala mall yang disediakan dipenuhi dengan butik, bar, kafe dan sebagainya. Galeri seni paling terkenal di sini adalah Zentrum Paul Klee dan Muzium Seni Bern yang menampilkan koleksi-koleksi seni terbesar dunia. Persekitaran sekeliling bandar gah ini sangat indah dimana ia lengkap dengan jalan berbatu-bata, gereja dan bangunan klasik bersejarah, panorama indah seakan berada di abad ke 16. Tidak dilupakan juga persembahan jalanan banyak terdapat disini seperti silap mata, muzik dan keseniaan. Di Bern juga terdapat taman botani dan pasar yang menyediakan pelbagai jualan barangan. Amatlah rugi jika anda tidak datang ke sini alang-alang datang ke Switzerland.
Anda boleh melawat tasik ini dengan menyewa bot atau menaiki kapal perang putih dan pastinya jangan lupa bergambar kerana permandangan di sini bagaikan salah satu keajaiban dunia. Di samping itu, terdapat juga muzium dan beberapa tapak warisan di Plazzos neoklasik wajib anda kunjungi di tempat menarik di Switzerland ini. Tahukah anda, kawasan yang cantik dan sering disinggahi para artis dan selebriti yang dikenali orang sebagai Monte Carlo Of Switzerland juga tidak harus anda lepaskan peluang. Bandar di sekitar sini sememangnya menwarkan kepada anda permandangan yang menakjubkan manakala di Bellizona pula, terdapat tiga buah istana megah juga merupakan tapak warisan UNESCO.
Mile Long Bahnhofstrasse adalah salah satu tempat berbelanja pelbagai jenama baju, perhiasan , beg dan banyak lagi barang. Apa yang pasti, ia bakal membuatkan anda rambang mata memilihnya. Hampir 50 buah muzium dan 100 galeri seni didirikan disini dan yang paling popular adalah Kunsthaus Zurich iaitu muzium seni halus. Tidak dilupakan juga Zoo Zurich yang menempatkan pelbagai jenis spesis haiwan yang jarang ditemukan didunia ini.
Peninggalan sejarah di sini adalah seperti Great Hall, bilik bawah tanah Gothic, Chapel dan Camera Domini. Selain itu, terdapat juga kubu Count dan Duke Savoy dari abad ke 12. Terasa bagaikan jiwa anda terpelanting ke zaman lampau pada abad pertengahan jika anda berkunjung ke sini.
Di dasar pergunugan salji bagi tempat menarik di Switzerland ini, terdapat beberapa buah perkampungan seperti Murren,Grindelwald ,Wengen dan Lauterbrunnen. Kampung-kampung ini merupakan salah satu tempat peranginan yang hebat dan menarik untuk anda lawati. Selain itu, anda boleh melihat sebuah gunung yang dikenali sebagai The Big Three iaitu glasier Jungfraujoch, Monch dan Eiger. Untuk pengetahuan anda, tempat penginapan yang terdekat disini juga ada disediakan untuk para pelancong.
Aktiviti biasa dilakukan di tempat menarik di Switzerland ini ketika musim panas adalah berbasikal, berenang, bersukan atau menmanjat dan mendaki di pergunungan. Mendaki pada musim sejuk semestinya menjanjikan kepada anda satu pengembaraan yang dramatik dan lasak yang pastinya anda tidak akan melupakannya.
Tempat menarik di Switzerland ini juga terkenal dengan konsert muzik yang menampilkan para penyanyi dan kumpulan okestra di mana setiap tahun Festival Muzik Antarabangsa sering diadakan di sini. Anda juga dapat melihat Jambatan Chapel yang dibina pada abad ke-14 merupakan mercu tanda di Switzerland. Muzium Pengangkutan Swiss dengan pameran pelbagai jenis kenderaan termasuk pengangkutan udara, lokomotif kereta api dan planetarium tersedia di sini.
Aktiviti pendakian juga boleh anda lakukan di Maount Pilatus, Mount Rigi atau Stanserhorn. Saya yakin bandar antik dan asli ini mampu memberikan pengalaman baru yang mendebarkan kepada anda selain menikmati kecantikannya umpama alam fantasi!
Beberapa tempat menarik di Switzerland yang kami kongsikan kepada anda bolehlah dijadikan paduan atau rujukan jika anda mempunyai hasrat untuk datang ke negara cantik ini. Selain daripada melihat permandangan yang indah, anda juga boleh menimba ilmu dan pengalaman yang baru mengenai sebuah negara yang kukuh mempertahankan tempat-tempat bersejarah dan budaya tradisionalnya ini. Sama juga dengan negara-negara lain yang boleh anda lawati. Jom ketahui tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia dan tempat menarik di Songkhla pula.