|

Pulau Layang-layang Tarikan Unik (Aktiviti Menarik Di Sini)

Pulau Layang-layang merupakan salah satu daripada pulau buatan manusia. Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis pulau tropika yang cantik dan terpelihara. Disebabkan itu, banyak pulau di Malaysia yang mempunyai hidupan laut yang cantik. Walaupun begitu, pulau ini termasuk dalam pulau yang terkenal dalam kalangan pelancong.

Menariknya mengenai pulau ini, ia tidak terkenal dalam kalangan pelancong biasa, tetapi terkenal dalam kalangan kaki selam. Sekiranya anda seorang kaki selam, jangan lepaskan peluang untuk meneroka pulau ini. Lebih menarik lagi, keindahannya terjaga setara dengan privasi ketika anda di pulau ini berbanding di pulau-pulau yang lain. Pulau ini terletak di Sabah dan terkenal kerana keindahan di atas daratan mahupun lautnya.

Cara Ke Pulau Layang-layang

Sekiranya anda ingin ke Pulau Layang-layang, anda boleh datang ke sini menggunakan kapal terbang. Jarak dari Kota Kinabalu ke pulau ini adalah 300km. Harga tiket bagi seorang ialah RM 320 termasuk dengan cukai.

Diingatkan untuk datang ke terminal penerbangan satu setengah jam lebih awal untuk memastikan tiada sebarang masalah berlaku. Sekiranya anda menempah tiket penerbangan dengan pihak resort, pastikan anda mengesahkan semula panerbangan anda sekiranya anda sampai ke Kota Kinabalu.

Selain menaiki kapal terbang, anda juga boleh datang ke sini dengan menaiki kapal. Hal ini kerana, terdapat beberapa kapal yang berlayar ke pulau iti. Pastikan anda tidak mempunyai mabuk laut ketika ingin menaiki kapal ini.

Pulau Burung

Imej via [libur.com]

Di pulau ini juga terkenal dengan pulau burung. Di pulau ini, anda dapat melihat pelbagai jenis burung yang sememangnya duduk di sana mahupun burung ynag datang berhijrah ke pulau ini. Antara burung yang terdapat di pulau ini adalah burung kuntul, burung walet, jambul, boobies kaki coklat dan banyak lagi.

Sekiranya anda ingin datang melihat burung di sini, anda boleh datang dengan menaiki bot. Jika anda datang ke sini semasa musim pembiakan, anda mungkin akan melihat burung dalam jumlah yang banyak. Hal ini kerana, kebanyakan burung akan datang ke pulau tersebut untuk pembiakan tahunan mereka. Anda juga boleh meminta perjalanan bot diatur ke tempat perlindungan pulau Burung.

Snorkelling

Sama seperti pulau-pulau yang lain, pulau ini mempunyai pemandangan dasar laut yang sangat mengagumkan. Kepelbagaian batu karang menjadikan pulau ini sesuai untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti snorkeling. Walaupun begitu, untuk melakukan aktiviti snorkeling di sini, anda perlu mengambil pakej menginap di hotel yang agak mahal.

Hal ini kerana, keutamaan untuk menyelam diberikan kepada mereka yang ingin melakukan aktiviti diving. Namun, jika anda takut untuk melakukan aktiviti diving, anda boleh datang ke sini untuk melakukan aktiviti snorkeling. Aktiviti snorkeling di sini pastinya memberikan anda kepuasan kerana dapat melihat pelbagai jenis terumbu karang yang cantik serta hidupan laut yang unik.

Terumbu Karang

Imej via [layanglayang.com]

Pati ramai di antara anda yang ingin melihat keindahan terumbu karang yang terdiri dari pelbagai saiz, bentuk dan warna. Sekiranya anda ingin melihat taman terumbu karang yang luar biasa, bercuti ke Pulau Layang-layang merupakan pilihan yang tepat.

Seperti yang anda semua tahu, pulau Layang-layang merupakan pulau yang dilindungi. Disebabkan itu, banyak terumbu karang yang hidup dengan sihat di kawasan ini. Tidak dinafikan, terumbu karang yang terdapat di pulau ini merupakan terumbu karang yang paling sihat di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat keindahan terumbu karang di pulau ini.

Diving

Imej via [scubaknights]

Ramai yang datang ke pulau ini untuk merasai sendiri pengalaman meneroka laut dalam Pulau Layang-layang. Pulau ini juga merupakan salah satu pulau yang terpencil kerana terletak di perairan yang dalam. Walaupun pantai layang-layang terkenal dengan hidupan laut yang pelbagai, terdapat banyak sekatan di pulau ini kerana hidupan marin di sini dipelihara dengan baik.

Antara hidupan laut yang anda dapat lihat di sini ialah jerung Hammerhead, jerung paus, kuda laut, penyu dan banyak terumbu karang yang cantik di sini. Selam skuba merupakan aktiviti utama di pulau ini. Kedalaman pulau sehingga 40m menjadikan pulau ini diterokai oleh mereka yang berpengalaman.

Pusat menyelam PADI diketuai oleh pengajar bertauliah dengan pasukan pakar selam yang berkelayakan. Jadi anda tidak perlu risau dengan keselamatan anda sepanjang anda menyelam di sini. Antara beberapa tempat menyelam terkenal di Layang Layang ialah Crack Reef, D-Wall, The Point, Pier Diving, Dog Tooth Liar dan Wrasse Strip.

Tempat Penginapan

Imej via [tripadvisor]

Di pulau ini, hanya terdapat satu resort yang dikenali sebagai Layang-Layang Island Resort. Resort ini menawarkan penginapan terbaik dengan kelengkapan bilik yang pastinya selesa untuk anda. Antara kemudahn yang di sediakan di hotel ini adalah wifi, kolam renang, meja billiard, tempat bermain bola speak dan banyak lagi.

Sekiranya anda datang ke sini dan mengambil pakej menyelam yang disediakan, anda tidak perlu risau lagi mengenai kemudahan dan makanan. Hal ini kerana, segala perkhidmatan ini telah disediakan oleh pihak resort. Resort ini juga merupakan resort yang bertaraf 3 bintang. Resort ini direka daripada kayu tropika yang pastinya memberikan anda rasa nyaman ketika menginap di sini.

Kesimpulan

Walaupun banyak pulau yang menarik untuk diterokai, tetapi bagi para penyelam, mereka pastinya ingin menerokai lautan dalam yang mempunyai pelbagai jenis hidupan laut yang jarang dijumpai. Sekiranya anda ingin melihat keindahan dunia laut yang paling cantik, Pulau Layang-layang merupakan pulau yang patut anda lawati.

Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri jerung hammerhead yang terkenal dalam kalangan penyelam di sini. Keindahan terumbu karangnya yang sihat juga menjadikan ramai penyelam yang datang ke sini berpuas hati meneroka lautan dalam pulau ini. Rancang sendiri percutian idaman anda dan datang ke sini untuk mencubanya sendiri.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Similar Posts