Terdapat pelbagai tempat menarik Dabong yang dapat anda lawati jika datang ke sini. Sekiranya anda mencari tempat percutian di Kelantan yang jauh dari kawasan bandar, anda boleh datang ke sini. Walaupun lokasi ini tidak menjadi tumpuan penduduk di Malaysia, namun tempat ini masih menjadi tarikan para pelancong luar yang datang ke sini.

Mereka yang datang ke sini kebiasaannya mempunyai minat dengan melakukan aktiviti lasak. Dabong terkenal dengan keindahan alam semulajadi dimana anda bebas melakukan pelbagai aktiviti yang anda mahukan di sini. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke sini!

Jelawang Pipe Resort & Extreme Park (JPREP) 

Imej via [lokasipercutian]

Tempat ini ditubuhkan pada tahun 2018. Tempat ini menjadi tumpun di Kelantan sejak dibuka. Aktiviti yang menarik dengan penginapan yang unik menjadikan tempat ini sebagai tarikan pelancong dari luar mahupun dalam negara. Tempat ini sememangnya sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Selain itu, tempat ini sememangnya tempat yang wajib anda singgah sekiranya datang ke Dabong. Reka benttuk penginapan yang berbentuk bulat dan berwarna-warni menjadikannya lebih menarik. Tempat yang mesra alam dengan udara yang segar menjadikan tempat ini sesuai bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan suasana bandar. Di sini, anda boleh merehatkan fikirsn sambil bersantai dikelilingi tumbuhan hijau.

Alamat: Kampung Sungai Batu Jelawang, Dabong 18200 Kuala Krai, Kelantan

No. Telefon: 014-8324363

TrainToDabong

Imej via [vocabkelantan]

Jika negara Korea terkenal dengan train to Busan, negeri Kelantan terkenald dengan train to Dabong. Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang beroperasi dari Tumpat ke Dabong menerima sambutan yang amat rancak. Yang mana menyebabkan kesesakan pengguna yang amat luar biasa khususnya pada hujung minggu.

Jika anda ingin merasai pengalaman menaiki kereta api ke Dabong. Anda boleh membeli tiket dengan harga RM 4 begi dewasa. Anda boleh menaiki kereta api ke Dabong dari stesen Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai. Sekiranya anda inginkan percutian yang santai, anda boleh menaiki kereta api bersama dengan rakan-rakan dan menikmati perjalanan ke Dabong tanpa perlu memandu.

Air terjun Jelawang

Air terjun ini terletak di Gunung Strong. Nikmati pemandangan air terjun yang cantik setelah penat mendaki pastinya akan memberikan anda kepuasan. Sama seperti kedudukan Gunung Strong sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara, air terjun Jelawang juga merupakan air terjun tertinggi dengan 303 meter.

Menariknya, air terjun ini turun melalui batu granit. Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti yang dapat anda lakukan seperti flying fox, rock climbing, mandi sungai, berkhemah dan banyak lagi. Ramai yang datang ke sini untuk merasai pengalaman bermain flying fix dengan menikmati keindahan air terjun Jelawang. Pengunjung yang datang ke sini kebanyakannya memberikan komen yang positif kerana keindahan alam semulajadi dengan air jernih dihiasi batu granit yang pastinya menarik minat anda.

Alamat: Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

No. Telefon: 09-966 3345

Gunung Stong

Imej via [traveller.com]

Mereka yang minat dengan aktiviti mendaki, pasti akan teruja dengan pendakian ke Gunung Strong. Jangan lepaskan peluang untuk menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. Sekiranya anda baru pertama kali mencuba untuk mendaki, jangan risau dengan jalan yang akan dilalui kerana gunung ini mempunyai jalan yang dilengkapi dengan papan tanda, kawasan yang mempunyai tali bagi memastikan anda tidak tersesat serta pemandangan yang sememangnya cantik.

Selain itu, semasa anda mendaki di gunung ini, anda akan melihat chalet lama yang cantik untuk dijadikan tempat berselfie. Di dalam gunung ini juga, dikatakan terdapat beberapa gajah, harimau, rusa dan tapir yang masih berkeliaran. Terdapat lebih 130 spesies burung dan pelbagai jenis tumbuhan yang pastinya dapat menarik minat anda yang menyukai alam semulajadi.

Gua Ikan          

Imej via [facebook]

Bagi penggemar sukan lasak, anda pasti sukakan sesuatu yang mencabar seperti Gua Ikan yang terkenal di Dabong. Gua ini dipenuhi dengan batu kapur yang berusia lebih 150 juta tahun. Sama seperti nama ynag diberikan kepada gua ini, anda boleh melihat bentuk ikan semasa perjalanan ke gua ini.

Menariknya, bukan hanya Gua Ikan yang boleh anda terokai ketika datang ke sini, malah anda juga boleh melawat gua-gua lain seperti Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap. Tetapi diingatkan, sekiranya anda ingin menerokai Gua Gelap, pastikan anda melatih diri anda untuk bertahan ketika menerokai gua ini kerana gua ini memerlukan stamina yang tinggi berbanding gua-gua yang lain.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda datang ke sini bersama keluarga, laluan untuk ke gua ikan merupakan laluan yang paling mudah kerana laluannya yang mendatar dan hanya mempunyai sungai kecil di sepanjang gua. Di dalam gua ini, anda boleh melihat kelawar yang bergantung dengan pemandangan dinding gua yang sememangnya menarik.

Alamat: Kuala Gris, 18200 Dabong, Kelantan

No. Telefon: 09-966 3345

Mee Udang Galah Che Da

Imej via [facebook.com]

Menikmati makanan yang sedap pastinya menjadi salah satu senarai yang harus dilakukan ketika pergi bercuti. Bagi peminat mee udang, anda pastinya akan jatuh cinta dengan kesedapan mee udang galah yang terletak berdekatan dengan gua ikan. Harga mee udang yang tidak terlalu mahal dan hanya berharga RM 15 cukup memikat hati para pengunjung untuk singgah ke sini.

Ramai pengunjung yang datang ke sini berpuas hati dengan udang galah yang segar dan manis. Di sebabkan kesedapan mee udang serta pemiliknya yang mesra pelanggan menjadikan mee udang ini dikenali ramai. Sekiranya anda ingin merasai mee udang ini, anda boleh datang seawal 11 pagi sehingga 6 petang.

Alamat: Jalan Pejabat Pos Dabong, 18200 Kuala Krai, Kelantan

No. Telefon:  013-999 9264

Kesimpulan

Dabong merupakan tempat yang patut anda kunjungi bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Aktiviti di sini yang berasaskan alam semulajadi memberikan anda peluang untuk meininggalkan kesibukan dunia bandar serta gadjet yang menjadi penghalang anda untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Di sini juga anda boleh mengambil pengalaman untuk melakukan aktiviti seperti berkunjung ke gua, merasai makanan yang terkenal di dabong iaitu mee udang, merasai pengalaman menaiki kereta api dan banyak lagi. Apa tunggu lagi? Jom tempah percutian anda ke sini!

Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.