Mencari chalet tepi pantai di Kelantan?

Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan tarikan pelancongan dan ini termasuklah dengan tempat penginapan yang cukup berbagai. Baik yang mempunyai pemandangan kota mahupun pantai, pasti mudah untuk dijumpai.

Masih kekeringan idea tentang tempat penginapan? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 chalet tepi pantai di Kelantan yang menarik. Teruskan membaca!

#1 Bayu Melawi Chalet

Alamat: Kampung Sungai Dua, Pantai Melawi, 16300 Bachok, Kelantan

Chalet yang dikelilingi dengan pokok kelapa ini memang cukup cantik walaupun dilihat dari jauh. Ianya juga terletak berdekatan dengan Pantai Melawi yang menjadi tarikan pelancongan di daerah Bachok.

chalet tepi pantai kelantan
Imej via Agoda

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin dan televisyen. Ruang parking juga luas dan tiada cas dikenakan. Selain itu, chalet ini turut dilengkapi dengan kolam renang. Harga untuk satu malam ialah serendah RM 130 sahaja, sangat berpatutan.

#2 D Muara Chalet Melawi

Alamat: Lot 3067 Kampung Sungai Dua, 16300 Bachok, Kelantan

Satu lagi chalet tepi pantai di Kelantan yang terletak di Pantai Melawi ialah chalet D Muara Chalet Melawi. Boleh dikatakan chalet ini cukup sesuai bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar kerana tempatnya agak tertutup.

d muara
Imej via Facebook

Chalet ini juga dilengkapi dengan kolam renang bersaiz sederhana dan kecil yang berhadapan dengan pantai. Kawasan persekitaran chalet yang luas membuatkan pengunjung yang menginap di sini selesa untuk melakukan aktiviti yang santai bersama keluarga.

#3 Villa Danialla Beach Resort

Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan

Nama tempat penginapan ini pasti sudah tidak asing lagi buat kebanyakan pembaca. Villa Danialla Beach Resort yang terletak berhadapan dengan pantai ini merupakan antara tempat penginapan yang sangat popular di Kelantan.

chalet tepi pantai kelantan villa danialla
Imej via Foursquare

Reka bentuk dan konsep interior yang moden serta kelengkapan seperti kolam renang dan sauna merupakan antara tarikan utama di sini. Anda juga boleh memilih jenis bilik yang anda mahukan kerana jenis biliknya ada berbagai.

#4 D’Geting Beach Resort

Alamat: 16200 Tumpat, Kelantan

Berada sekitar Tumpat? Jika anda berkunjung ke daerah ini dan ingin bermalam di chalet tepi pantai, singgah sahaja menginap di D’Geting Beach Resort. Bukan sahaja selesa, malah harga yang ditawarkan juga memang berpatutan.

d geting beach resort tumpat
Imej via Facebook

Chalet ini dilengkapi dengan kemudahan asas dan kolam renang yang bersaiz besar, sesuai untuk kanak-kanak. Kedai makan di sekitar chalet juga banyak, rata-ratanya menyediakan sajian Thai.

#5 Tok Aman Bali Beach Resort

Alamat: 6264, 1, Pantai Bisikan Bayu, 16700 Pasir Puteh, Kelantan

Tok Aman Bali Beach Resort ini terletak di Pantai Bisikan Bayu, pantai yang menjadi tumpuan ramai pelancong. Ianya juga terletak berdekatan dengan tasik, jadi pemandangan cantik yang dijanjikan semestinya akan buat anda terpegun.

tok aman bali beach resort
Imej via Foursquare

Resort ini mempunyai 4 jenis bilik iaitu Deluxe Room (Double/Twin), Deluxe Triple, Deluxe Family (bilik bersambung) dan Suite. Keluasan, kekemasan dan kebersihan bilik memang mendapat pujian yang tidak putus-putus dari pelanggan.

Selain itu, resort ini juga turut dilengkapi dengan kolam renang yang memang luas, sesuai untuk anda bermandi-manda bersama keluarga. Harga untuk satu malam ialah serendah RM 155, sangat berbaloi!

#6 Sudara Beach Resort

Alamat: Lot 128 Mukim, Jalan Pasir Puteh – Tok Bali, Kampong Cham Tangga, 16300 Bachok, Kelantan

Jika anda berkunjung ke Bachok, singgah sahaja menginap di Sudara Beach Resort yang terletak di Kampong Cham Tangga. Lokasinya yang jauh dari bandar membuatkan ia tempat yang sesuai bagi sesiapa yang memerlukan short escape.

sudara beach resort
Imej via Foursquare

Anda boleh pilih sendiri sama ada anda mahukan bilik Sea View atau Pool View. Kami cadangkan supaya anda pilih Sea View kerana pemandangan pantai serta bunyi deruan ombak yang menghempas pantai memang menyejukkan hati.

#7 Dee Wana Resort

Alamat: Lot 1593, Jln Pesisir Pantai, Kg Dlm Rhu, Pachakan 16700 Cherang Ruku,, Kelantan, Kg Dlm Rhu, Pachakan, 16700 Pasir Puteh, Kelantan

Mencari chalet yang bukan sahaja berpatutan harganya, malah bersih persekitarannya dan lengkap kemudahannya? Singgah sahaja menginap di Dee Wana Resort yang terletak di Pasir Puteh.

dee wana resort
Imej via booking

Chalet yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai ini memang diburu disebabkan oleh harga yang ditawarkan. Untuk 6 orang, anda boleh dapat harga sekitar RM 91, sangat berbaloi.

#8 Sri Melawi Chalet

Alamat: Lot 1924, Kg Kuala Rekang,, 16300 Bachok, Kelantan

Pantai Melawi memang cantik dan panjang, jadi tidak hairanlah pantai di Bachok ini mempunyai banyak chalet yang direbut oleh ramai pengunjung. Ini termasuklah dengan Sri Melawi Chalet.

sri melawi chalet
Imej via Sri Melawi Chalet

Chalet ini terletak berhadapan dengan Pantai Melawi, jadi dari jauh pun anda boleh dengar bunyi ombak yang cukup menenangkan. Harganya juga berpatutan, sekitar RM 130 untuk semalam.

Kelengkapan seperti bilik berhawa dingin dan kemudahan asas seperti televisyen juga ada disediakan. Kebersihan chalet juga turut dipuji pengunjungnya, kami yakin anda pasti akan turut berpuas hati.

#9 Home Beach Village Resort

Alamat: Lot 66 & 67 Kg Baru Badang, Pantai Cahaya Bulan (PCB), 15350 Kota Bharu, Kelantan

Home Beach Village Resort juga merupakan antara chalet tepi pantai di Kelantan yang wajib anda kunjungi. Terutamanya jika anda bercadang untuk singgah di Pantai Cahaya Bulan atau dikenali dengan nama PCB di Kota Bharu.

home beach village
Imej via agoda

Berharga serendah RM 112 untuk satu malam, chalet ini dilengkapi dengan kemudahan seperti televisyen skrin rata, dan penyaman udara. Mereka juga turut menawarkan kemudahan lain seperti kolam renang terbuka untuk kanak-kanak.

#10 Perdana Resort

Alamat: Jalan Kuala Pa’ Amat, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15710 Kota Bharu, Kelantan

Perdana Resort yang terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan ini juga merupakan antara chalet yang menjanjikan kepuasan hati kepada ramai pengunjungnya. Kemudahan yang lengkap serta kebersihan yang terjaga merupakan antara tarikan istimewa chalet ini.

perdana
Imej via Facebook

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, berkhemah di tepi pantai dan menaiki ATV. Mereka juga turut menyediakan kolam renang yang luas, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Kesimpulan

Sudah jumpa chalet tepi pantai di Kelantan untuk anda singgah bermalam? Atau anda rambang mata dan tertarik kerana semuanya menjanjikan pemandangan pantai yang cantik-cantik belaka?

Tidak mengapa, singgah sahaja di chalet yang bersesuaian kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau di media sosial. Selamat melancong!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Hani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.