Pasti ramai yang tercari-cari chalet tepi sungai Hulu Langat, Selangor kan? Selangor bukan sahaja terkenal dengan kepesatan pembangunan dan pembandaran. Malah negeri Darul Ehsan ini juga turut terkenal dengan tempat bertemakan alam semula jadi terutama di Hulu Langat.

Jauh dari kesibukan kota, tempat inilah yang dapat menenangkan fizikal dan mental. Back to nature!

Tidak dapat dinafikan memang banyak chalet dikelilingi dengan keindahan flora dan fauna serta sungai yang jernih di Hulu Langat. Kepada anda yang sukakan penginapan berkonsepkan nature, di sini kami sertakan 20 chalet tepi sungai di Hulu Langat yang boleh anda kunjungi!

Suara Rimba Chalet

Imej via [ Suara Rimba Chalet ]

Penginapan serendah RM 100, anda dapat merasai pengalaman seolah-olah berada di kampung. Tenang, nyaman dan selesa. Bukan sekadar menginap, anda juga boleh memancing, mandi-manda di sungai berdekatan dan berbarbeque.

Kalau nak tengok buaya, pelanduk, swan dan haiwan lain yang jinak, datanglah ke sini. Haiwan jinak tersebut bukan sahaja boleh diberi makan, malah boleh dipegang dan bergambar bersama. Sesuai dengan nama tempatnya, di sini anda hanya mendengar suara alam. Memang tenang.

Alamat: Sungai Lepuh, Hulu Langat, Selangor.

Lopoh Waterfront Chalet

Imej via [ Lopoh Waterfront Budget Chalet ]

Walaupun chalet bajet pasti anda berpuas hati dengan chalet ini kerana tempatnya yang bersih dan sejuk kerana bersebelahan sungai. Terdapat 12 unit chalet yang boleh memuatkan empat orang dalam satu chalet dengan harga yang sangat berbaloi.

Selain mandi sungai, anda juga boleh memancing ikan segar dari kolam yang disediakan. Tempat barbeque, surau, kolam mandi yang bersih tanpa klorin pun ada.

Alamat: Hulu Langat, Selangor.

TEDUHAN @ Langat

Imej via [ Teduhan Langat ]

Pelbagai jenis penginapan disediakan iaitu tiga bilik eksekutif, tiga villa, empat cottage, tiga glampsite dan dorm. Memang banyak! Sesuai untuk mengadakan hari keluarga, aktiviti korporat atau kem.

Anda yang sukakan percutian lasak, jangan risau. Di sini pelbagai aktiviti lasak telah tersedia seperti flying fox, high rope course, jungle trekking dan lain-lain. Bukan itu sahaja, anda juga boleh ke spa & sauna, mini zoo dan ke kebun buah. Persis seperti di kampung!

Alamat:  Lot 1491, Batu 20, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Lopo Blue River Chalet and Camp

Imej via [ Lopo Blue River Chalet and Camp ]

Chalet ini menawarkan penginapan serendah RM 60 sahaja. Chalet pula dinamakan sempena nama ikan seperti Kelah, Keli dan Patin. Kalau anda nak mandi kolam boleh tempah di chalet Patin manakala sungai berada di belakang chalet Kelah.

Paling best, ada chalet terapung khas untuk kaki pancing. Keluar balkoni boleh terus memancing secara percuma, memang syok! Boleh buat barbeque pada waktu malam. Bilik lengkap dengan katil, meja makan,peti ais dan lain-lain. Sangat berbaloi!

Alamat: Lopo Blue River, 43100 Hulu Langat, Selangor.

A&R Cahaya Kaseh Chalet

Imej via [ Cahaya Kaseh Chalet ]

Bagi anda yang menginginkan percutian santai dengan hanya berehat sambil layan suasana berada dikelilingi alam semula jadi, chalet ini sangat sesuai untuk anda. Chalet berada bersebelahan sungai, anda dapat mendengar alunan air sungai yang mengalir.

Jika anda menginap di sini, banyak kemudahan yang disediakan seperti mini dapur dan tempat barbeque. Aliran air di bilik air juga sangat sejuk kerana disalur dari air sungai.

Alamat:  A&R Cahaya Kaseh Chalet, Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Dedaun Langat Resort

Imej via [ Dedaun Langat Resort ]

Penginapan di Dedaun Langat Resort lengkap dengan banyak kemudahan dan tarikan seperti mini waterpark, kafe, kolam renang dan kolam memancing, kedai runcit dan sebagainya. Bukan itu sahaja, setiap penginapan termasuk minuman alu-aluan dan pakej sarapan mengikut ketetapan pakej yang diambil.

Selain memancing, anda juga boleh meluangkan masa bersama keluarga melakukan sukaneka, karaoke, menonton wayang dan sebagainya.

Alamat: PT 86, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Ajlaa Village Resort

Imej via [ Ajlaa Village Resort ]

Ajlaa Village Resort merupakan salah satu penginapan terbesar di Hulu Langat kerana mempunyai kawasan yang luas dan terdapat lebih 20 chalet di sini. Ada chalet terapung, banglo, cottage dan lain-lain. Bukan itu sahaja, malah terdapat tiga kolam ikan, empat kolam mandi dan kafe.

Anda yang suka melakukan pelbagai aktiviti pasti akan jatuh cinta kerana di sini anda boleh mendaki dan berjalan menyelusuri air terjun Sungai Lepoh, memancing, bersiar-siar di kampung dan ke kebun buah.

Alamat: KM22 Sungai Lepoh Kampung Kuala, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Bamboo Village Kuala Lumpur

Imej via [ Bamboo Village Kuala Lumpur ]

Persis seperti di Jepun, chalet yang berada di sini diperbuat daripada buluh. Memang cantik! Terdapat pelbagai jenis penginapan seperti banglo, cottage, dorm dan anda juga boleh berkhemah. Rate cottage serendah RM 120 untuk satu malam mampu memuatkan tiga hingga lima orang.

Perlu diingatkan setiap bilik tidak mempunyai pendingin hawa kerana berada di tengah-tengah alam sudah pasti berasa segar dan sejuk. Perabot dan barangan di dalam rumah juga kelihatan antik dan unik.

Anda yang sukakan fotografi boleh merakamkan gambar di banyak sudut menarik, memang kelihatan seperti berada di Jepun!

Alamat: Jalan Desa Pelangi, 43200 Hulu Langat, Selangor.

Laman Jentayu Resort

Imej via [ Port Cuti ]

Laman Jentayu Resort mempunyai lima buah kabin dan lima buah chalet yang pasti memberi keselesaan pada anda. Konsep chalet bersesuaian dengan binaannya yang diperbuat daripada buluh dan kayu. Harga penginapan serendah RM 119 untuk satu malam.

Chalet tepi sungai Hulu Langat ini antara yang popular di sini. Malam-malam boleh barbeku sambil menikmati pemandangan sungai. Memang cantik, segar dan sejuk. Nak tidur pun selesa sambil dengar suara alam dan deruan sungai.

Alamat: Batu 20, Sungai Congkak, Hulu Langat 43100 Selangor.

D’Sungai Lepoh Chalet & Kem

Imej via [ D’Sungai Lepoh Chalet & Kem ]

Apa yang menariknya di sini adalah harga penginapan serendah RM 80 sahaja untuk tiga orang dalam satu chalet. Chalet pula berada di deretan sungai yang bertingkat. Memang sesuai jika bawa anak-anak mandi di sini kerana air tidak terlampau dalam dan tidak mempunyai banyak batu.

Setiap chalet mempunyai tempat untuk berbarbeku. Terdapat Cafe Sisters yang menyediakan pelbagai menu ala kampung yang sedap dengan harga yang berbaloi. Sambil makan boleh menikmati pemandangan sungai yang indah.

Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Hulu Langat sememangnya terkenal dengan sungai dan air terjun yang jernih. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil merehatkan minda. Untuk anda yang sukakan alam, jom tengok senarai tempat berkelah di Selangor dan air terjun di Selangor

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.