9 Tempat Memancing Di Klang
Memancing dari muara atau tebing sungai adalah salah satu segmen memancing yang biasanya dilakukan oleh kebanyakan pemancing yang tinggal di kawasan pesisiran laut.
Teknik memancing juga turut menghubungkan pemancing dari jambatan, rumah rakit atau jeti di kawasan muara lebih popular dipanggil dengan istilah ‘Menebing’.
Baiklah, untuk entri kali ini, mari kami kongsikan antara tempat memancing di Klang bagi anda yang ingin merasai pengalaman memancing di sana.
1. Jeti & Kelong Telok Gong
Bagi perjalanan ke Jeti & Kelong Telok Gong dari bandar Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Shah Alam ke Lebuhraya Pulau Indah. Kemudian, belok kiri ke Jalan Telok Gong dan belok kanan ke Lebuh Kg. Nelayan untuk ke jeti tersebut.
Setiap kelong di sini mempunyai dapur dan peralatan memasak, air bersih, generator dan tandas. Manakala harga sewa yang dikenakan adalah di caj serendah RM350 untuk sehari semalam atau pakej harian sebanyak RM35 seorang.
Oleh kerana tempat ini terkenal di kalangan pemancing, biasanya mereka akan membawa keluarga mereka berehat sambil memancing bersama.
Anda berpeluang memancing pelbagai jenis ikan seperti ikan senangin, ikan gelama, ikan tebal pipi, ikan duri dan juga ikan sembilang di tempat memancing di Klang ini.
Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin dapat memancing ikan tanda dan ikan pari. Umpan yang boleh anda gunakan di sini adalah udang hidup, perumpun dan juga sotong.
2. Tanjung Piai
Tanjung Piai hampir sama persis keadaan panoramanya dengan Pantai Acheh. Pantai ini sangat indah tetapi agak kecil dan tidak dibangunkan. Bagi pemancing, pantai ini sudah cukup bagi mereka kerana suasananya tidak ramai orang dan agak sedikit sunyi.
Sekiranya anda ingin memasuki kawasan pantai ini, anda mesti melalui jalan tanah merah yang agak panjang laluannya dan anda mesti melalui beberapa kawasan kampung yang terdapat di sekitar pantai ini.
Untuk memancing, anda boleh memilih kawasan terbuka yang sesuai untuk meletakkan (memacak)Â joran dan membaling umpan tersebut.
3. Angler Resort
Angler Resort merupakan salah satu tempat memancing di Klang yang meliputi kawasan seluas 80 hektar dan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana selain untuk para pemancing.
Jeti Angler Resort yang berukuran 100 meter dan lebar 2 meter ini dapat memuatkan seramai 100 orang pemancing pada satu masa. Kawasan pantai sepanjang 500 meter ke kiri dan kanan jeti pula disediakan untuk para pengunjung yang datang.
Selain memancing, terdapat juga tempat rekreasi lain seperti kem perkhemahan, paintball, paragling dan sebagainya.
4. Rumah Rakit Sungai Kembong
Selain memancing di tepi tebing, anda juga boleh memancing dengan menyewa rumah rakit yang disediakan untuk aktiviti memancing, di Sungai Kembong ini.
Biasanya pada hujung minggu, rumah-rumah rakit ini akan dikunjungi oleh pemancing dari seluruh pelosok negeri mahupun luar negeri. Dengan harga sewa yang agak berpatutan, anda boleh menentukan sendiri tempoh masa memancing yang diinginkan.
Menurut beberapa pengunjung yang selalu datang ke tempat memancing di Klang ini, ikan agak aktif memakan umpan semasa air pasang dari awal hingga surut.
5. Laguna Park
Laguna Park merupakan destinasi tepi lagun yang sangat damai. Selalunya pengunjung datang ke sini untuk memancing ataupun beriadah bersama keluarga.
Terdapat juga pondok istirehat, jeti kecil dan restoran yang menarik di sekitar tempat memancing di Klang ini. Pusat penginapan tidaklah banyak tetapi sangat sesuai untuk mereka yang ingin bermalam di kawasan yang tenang di tepi pantai indah ini.
6. Pantai Acheh
Lokasi pantai ini mungkin sedikit tersembunyi tetapi ia menawarkan pemandangan laut dan pemandangan pantai yang menarik untuk aktiviti riadah, berkhemah dan berkelah seisi keluarga.
Tempat memancing di Klang ini juga sesuai untuk anda melakukan aktiviti lain seperti bersantai ataupun melakukan aktiviti memancing.
7. Tanjung Harapan
Tanjung Harapan yang terletak di Pulau Indah adalah lokasi tepi pantai berbatu yang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan bersiar-siar terutama pada waktu petang.
Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti mengambil gambar swafoto, berjoging dan tentu saja memancing. Tanjung Harapan adalah salah satu lokasi yang popular di daerah Klang yang sering dikunjungi oleh ramai pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah.
Di sepanjang pantai berbatu ini pasti ada pemancing yang mencuba nasib menunggu joran dimakan oleh pemangsa seperti ikan pari, ikan sembilang, ikan kurau dan sebagainya.
8. Jambatan Kota
Jambatan yang berusia lebih setengah dekad ini dibina oleh sebuah syarikat kejuruteraan Inggeris pada tahun 1957. Boleh dikatakan bahawa jambatan tersebut adalah jambatan yang sangat unik di Malaysia kerana amat sukar untuk mendapatkan struktur sebegitu di tempat lain.
Selain itu, ia juga merupakan tempat memancing bagi pemancing yang ingin melepaskan rindu menangkap ikan. Jom ke tempat memancing di Klang ini, pasti best!
9. Port Klang Cruise Centre
Port Klang Cruise Centre di Pulau Indah juga dikenali sebagai Glenn Cruise Terminal. Nama tersebut diberikan kerana ia dimiliki dan diuruskan oleh Glenn Marine Group.
Terminal ini adalah terminal yang canggih dengan ruang berlepas sendiri dan juga jambatan yang bersambung terus dengan sistem pelayan kapal. Sekiranya anda tidak menaiki kapal mewah terbabit, anda masih dapat melihat kapal mewah tersebut berlabuh dari jauh.
Namun tahukah anda, kawasan mewah ini adalah kawasan larangan untuk memancing segala jenis ikan yang ada di sini. Hanya pemancing tegar sahaja yang berani menyelinap masuk untuk memancing.
Mereka sanggup berbuat demikian adalah kerana terdapat banyak ikan yang bersaiz bagus bersembunyi di kawasan ini. Oleh itu, tak disarankan untuk anda memancing di sini.
Jom baca juga tempat memancing di Port Dickson, tempat memancing di Bagan Lalang dan melancong ke negara Islam.
Rujukan:
- Port aku selalu mancing kat klang selangor. https://blandzerd.blogspot.com/2019/02/port-aku-selalu-mancing-kat-klang.html
2. 10 Port Menebing Popular di Klang. https://www.umpan.com.my/10-port-menebing-popular-di-klang/
3. Lubuk tempat memancing di klang dan port klang. https://ms-my.facebook.com/Kakipancing86/posts/lubuk-tempat-memancing-di-klang-port-klang-dimana-tempat-memancing-di-klang-dan-/1418427381556869/