Ketika memasuki tahun baru, kaki pelancong akan mula merancang perjalanan percutian mereka. Seperti yang kita ketahui, semakin murah kos destinasi tersebut, maka semakin banyak masa yang boleh dihabiskan di sana.

Jom kami kongsikan beberapa buah negara murah untuk melancong yang mungkin menjadi pilihan anda.

1. Laos

negara murah untuk melancong
Imej via [travel-holiday]

Laos adalah salah satu daripada kebanyakan negara murah untuk melancong di Asia. Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan dengan harga yang sangat murah.

Kita hanya perlu mengeluarkan kos sekitar RM70 untuk melihat salah satu air terjun yang paling indah di dunia, menikmati perjalanan di sepanjang sungai Vang Vieng dan merasai urutan yang menenangkan.

Anda juga boleh menyewa motosikal dan menjelajah ke bandar-bandar kecil, di mana harganya sangat murah! Dari segi penginapan pula, harga hotel lima bintang di sini jauh lebih murah berbanding tempat lain.

2. Uganda

negara murah untuk melancong
Imej via [travel256]

Sekiranya anda tidak mampu untuk melancong ke Tanzania untuk menikmati taman Safari, Uganda adalah pilihan terbaik yang anda tidak boleh lepaskan.

Selain haiwan seperti gajah, singa dan sebagainya, Uganda merupakan lokasi utama bagi kelompok gorila yang hidup di gunung. Ia juga dikatakan lokasi terakhir di dunia bagi penempatan gorila di gunung tersebut.

Untuk melihat gorila-gorila terbabit, ia hanya dapat dilawati dalam kumpulan yang sangat kecil dengan mendapatkan izin daripada pihak trekking dan kemudian menyertai lawatan berpandu ke hutan tersebut.

Bagi mendapatkan harga yang lebih murah, lawatilah negara ini diantara bulan Mac dan Mei atau pada bulan Oktober dan November. Ini adalah bulan yang paling basah di Uganda, jadi perjalanan juga lebih sukar dan licin namun harganya jauh lebih murah.

3. Bolivia

negara murah untuk melancong
Imej via [intrepidtravel]

Bolivia terletak di tengah-tengah pegunungan Andean mempunyai koleksi pemandangan yang menarik untuk dijelajahi. Ia adalah salah satu negara murah untuk melancong.

Banyak tempat indah di Bolivia yang paling terkenal. Antaranya termasuklah Tasik Titicara, tapak arkeologi Pra-Columbia; tasik garam Laguna Verde di kaki gunung berapi; dan Salar de Uyuni, flat garam terbesar di dunia.

Makanan, pengangkutan, dan penginapan di Bolivia sangatlah murah. Ianya menelan sebahagian kecil daripada harga yang anda dapati di negara-negara Amerika Selatan yang lain. Harganya jauh lebih murah pada bulan April dan Mei.

4. Indonesia

negara murah untuk melancong
Imej via [tripadvisor]

Kita ketahui bahawa Indonesia merupakan salah satu negara murah untuk melancong. Mungkin ada sesuatu tempat yang harganya murah atau mahal, bergantung pada pengangkutan yang digunakan.

Untuk menjimatkan kos, ikuti percutian di satu satu atau dua kawasan sahaja! Sekiranya anda ingin melakukan perjalanan jauh dan murah, tip terbesar yang sering digunakan adalah menggunakan pengangkutan awam seperti ojek.

Makanan dan minuman yang terdapat di Indonesia pula sangatlah murah dan enak. Di sini anda boleh habiskan aktiviti dengan mendaki bukit, menikmati keindahan air terjun ataupun bersantai di tepi pantai sepanjang hari.

5. Filipina

negara murah untuk melancong
Imej via [holidayme]

Di sini anda boleh menghabiskan banyak wang dan masa untuk dilawati namun penginapannya hampir tidak banyak seperti di negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Filipina memiliki beberapa pulau yang indah, tempat menyelam dan khazanah alam yang berharga yang tidak boleh dilepaskan sekiranya anda bercuti di sini.

6. Kemboja

negara murah untuk melancong
Imej via [azhafizah]

Kemboja amat terkenal dengan rumah Angkor Wat dan monumen keagamaan terbesar di dunia. Selain itu, Kemboja juga turut menjadi destinasi terkenal di dunia dengan kos percutiannya yang sangat berpatutan untuk dilawati.

Anda boleh menaiki tuk-tuk untuk sampai ke destinasi yang anda inginkan. Selain daripada kuil-kuil kuno yang menakjubkan, Ibu kota, Phnom Penh, dipenuhi dengan seni bina Kolonial Perancis yang indah.

Terdapat juga kedai roti Perancis yang murah harganya. Restoran mewah di sini juga harga hidangannya sangat murah yang bersamaan dengan segelas kopi starbucks.

7. Sri Lanka

negara murah untuk melancong
Imej via [broadwaytr]

Seperti banyak negara, Sri Lanka sering dijadikan lokasi bagi para pelancong untuk menghabiskan sedikit wang di sana kerana ia merupakan salah satu negara murah untuk melancong.

Baik dari segi harganya dan kemudahan asas, keduanya terbaik. Pengangkutan yang termurah di Sri Lanka adalah kereta api. Di sini juga mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati seperti Kandy, Colombo dan banyak lagi.

8. Vietnam

negara murah untuk melancong
Imej via [asiadreamtours]

Vietnam terkenal dengan makanan jalanan yang paling murah dan sedap. Di sini, sebut sahaja apa yang anda ingin cuba makan, semuanya ada. Harganya pun tidaklah mahal iaitu serendah RM5 sahaja untuk setiap hidangan.

Dari segi pengangkutan pula, Vietnam amat popular dengan GrabBike. GrabBike adalah pengangkutan alternatif untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Penginapan di hotel sekitar bandar juga amat murah harganya.

9. Nepal

negara murah untuk melancong
Imej via [voyage-prive]

Nepal adalah negara yang sangat murah untuk dijadikan lokasi pelancongan anda. Nepal popular dengan makanan, penginapan, dan pengangkutan yang berharga beberapa dolar sahaja.

Jika anda mahukan penjimatan yang banyak, disarankan untuk menggunakan pengangkutan tempatan. Anda juga boleh melihat keindahan gunung Everest yang tinggi.

Sekiranya anda hendak mengikuti pendakian gunung tersebut, kosnya mencecah beberapa puluh ribu kerana perlu memakai pakaian khas. Namun jika anda mahu merasai pengalaman berada di kaki gunung tersebut, anda boleh menaiki kenderaan tempatan ke sana.

10. Kyrgyzstan

negara murah untuk melancong
Imej via [worldnomads]

Kyrgyzstan adalah negara pilihan bagi kebanyakan pelancong yang berminat untuk mencuba percutian di Asia Tengah. Ia merupakan lokasi yang paling sesuai untuk pelancong yang ingin menjimatkan wang mereka.

Makanannya sangat murah dan pengangkutan pula menggunakan bas mini. Untuk penginapan, anda boleh menyewa hotel di destinasi utama dan penginapan tempatan di kawasan luar bandar dengan harga kurang daripada RM50.

Sekiranya anda ingin melakukan pendakian  di beberapa tempat dalam masa sehari seperti Pergunungan Tian Shan, harganya mungkin akan diberi dalam bentuk pakej-pakej tertentu.

Berikut adalah antara negara murah untuk melancong. Jom baca juga tempat memancing di Klang, tempat memancing di Bagan Lalang, tempat memancing di Port Dickson dan melancong ke negara Islam.

Rujukan:

  1. The Cheapest Travel Destinations In the World in 2020. https://www.bemytravelmuse.com/the-cheapest-destinations-to-travel-to/
  2. Top 10 Cheapest Countries to Visit This Year. https://www.goatsontheroad.com/cheap-countries-travel-2018/
  3. 10 Top Cheapest Countries to Visit. https://www.planetware.com/world/top-cheapest-countries-to-visit-p-1-64.htm

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.