Percaya atau tidak, percutian yang menyeronokkan adalah disebabkan oleh lokasi percutian yang menarik dan mengujakan. Terdapat banyak lokasi percutian menarik boleh anda kunjungi seperti tempat bersejarah, taman tema, air terjun dan lain-lain lagi.

Apabila tiba musim cuti sekolah atau akhir tahun, anda tak perlu memikirkan lagi destinasi percutian terbaik. Air terjun di Malaysia yang indah adalah pilihan tepat untuk anda merehatkan diri bersama keluarga.

Dimana pun anda berada sama ada di semenanjung atau Sabah Sarawak, terdapat banyak destinasi air terjun yang indah dan cantik sesuai dilawati. Jom lihat antara air terjun di Malaysia.

1. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah, Perak

air terjun di Malaysia
Imej via [bharian]

Lata Kinjang adalah sebuah air terjun di Malaysia yang terletak Perak. Ia berada di antara Tapah dan Kampar. Sekiranya anda melalui lebuhraya utara selatan, pasti anda akan terlihat sebuah air terjun di celah hutan tersebut.

Air terjunnya adalah yang paling tinggi di Malaysia. Anda juga dapat menikmati pemandangan flora dan fauna di sini seperti kumpulan rama-rama yang sangat cantik.

2. Air Terjun Serendah, Selangor

air terjun di malaysia
Imej via [twitter]

Hulu Selangor juga memiliki sebuah khazanah alam iaitu Air Terjun Serendah. Siapa sangka anda boleh menemui sebuah air terjun untuk bermandi-manda di sini. Terdapat juga perkampungan orang asli yang dapt anda lihat.

3. Air Terjun Jeram Tinggi Jementah, Segamat

air terjun di malaysia
Imej via [cari-homestay]

Air terjun di Malaysia ini berdekatan dengan kawasan Taman Negara Gunung Ledang. Anda boleh ke Air Terjun Jeram yang terletak di Jementah, Segamat ini yang merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara.

Anda bukan sahaja dapat bercuti di air terjun ini, tetapi juga dapat menerokai keindahan hutan dan jeram kawasan ini. Sekiranya jauh untuk masuk ke Jeram, anda boleh mandi-manda di kawasan air terjun permulaan yang anda temui.

4. Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor

air terjun di malaysia
Imej via [libur]

Terujanya melihat kejernihan air terjun Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Baru ini. Ia sangat bersih, jernih dan cantik. Anda boleh bergambar sambil bermandi-manda di sini.

Selain itu, keunikan yang terdapat di sini adalah anda boleh memberi makan kepada ikan di Santuari Sungai Ikan Chiling. Akan tetapi, anda dilarang melakukan aktiviti BBQ di sini. Anda juga perlu merentas hutan untuk masuk ke air terjun di Malaysia ini.

5. Air Terjun Jelawang, Dabong, Kelantan

air terjun di malaysia
Imej via [pinterest]

Airnya sejuk putih dan suasana dingin pagi membuatkan anda teruja. Untuk pengetahuan anda, air terjun Jelawang ini merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia telah pun diiktiraf, air terjun ini adalah setinggi 303 meter (1,414 kaki dari aras laut).

Jangan terkejut, terdapat haiwan yang boleh anda lihat di sini seperti burung merak Argus, harimau Malaya, Gajah Asia, seladang dan tapir.

6. Air Terjun Jerangkang, Pahang

air terjun di malaysia
Imej via [amazmalaysia]

Tidak terkecuali dengan aktiviti air, air terjun Jerangkang yang letaknya di Jalan Kuantan, Pahang ini membolehkan anda melakukan pelbagai jenis aktiviti. Antaranya adalah berkhemah, abseiling, mandi-manda dan macam-macam lagi.

Menarik lagi, ia memiliki 7 tingkat air terjun. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini ya.

7. Air Terjun Maliau Basin, Sabah

air terjun di malaysia
Imej via [libur]

Maliau merupakan sebuah tempat yang terletak di Sabah dan membawa maksud ‘susu atau kelam’. Mengikut bahasa suku kaum Murut, maksud nama air terjun ini merujuk kepada air Sungai Maliau yang berwarna gelap kerana keadaan fosil batuannya.

Basin pula bermaksud ‘tangga gergasi’ yang menunjukkan akan berapa jumlah tingkat air terjun ini. Kelihatan sangat indah pemandangannya, kegelapan air terjun ini amat indah di dalam gambar dan realitinya.

8. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak

air terjun di malaysia
Imej via [aliffness]

Ramai pengunjung tempatan yang terdiri daripada keluarga dan pelajar suka meluangkan masa di sini. Dengan aktiviti bermandi-manda, BBQ, team building, Sungai Pisang ini menjadi pilihan ramai pengunjung.

Secara tidak langsung, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking di sini dimana anda perlu melintasi hutan untuk ke sini. Air terjun Sungai Pisang ini agak deras, dingin tetapi menenangkan.

9. Air Terjun Lata Bayu

air terjun di malaysia
Imej via [percutianbajet]

Siapa kata Kedah tidak memiliki air terjun yang indah? Buktinya adalah air terjun Lata Bayu sangat terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan kerana keindahannya. Boleh dikatakan, ia adalah air terjun di Malaysia yang sangat cantik di semenanjung.

10. Lata Tebing Tinggi, Perak

air terjun di malaysia
Imej via [emily2u]

Lata Tebing Tinggi adalah salah satu air terjun di Malaysia yang mesra percutian. Anda boleh bermandi-manda di sini bersama keluarga terutamanya anak-anak kerana kawasan ini selamat dan mudah.

Terdapat juga chalet dan penginapan yang disediakan di sini khas untuk anda yang datang dari jauh dan ingin bercuti.

11. Air Terjun Gunung Ledang

air terjun di malaysia
Imej via [tempatmenarik]

Sangat indah Air Terjun Gunung Ledang ini, airnya kehijauan dan bersih. Terletak di Sagil Tangkak, Johor, air terjun di Malaysia ini juga dikenali dengan nama air terjun Sagil.

Pada musim cuti sekolah, anda boleh membawa anak-anak dan keluarga ke sini kerana kawasan ini terbuka untuk berkelah, mandi-manda dan sebagainya.

Itulah dia antara air terjun di Malaysia menjadi pilihan ramai yang boleh anda kunjungi untuk percutian. Jom baca juga Air terjun di Johor, air terjun di Perak, air terjun di Kelantan dan tempat menarik di Malaysia tidak diketahui.

Rujukan:

  1. Lokasi Air Terjun Di Malaysia. https://www.libur.com.my/10-lokasi-air-terjun-sekitar-malaysia-ada-sesuatu-buat-ramai-kelu/
  2. Air Terjun Di Selangor Menarik. https://www.maisinggah.com/air-terjun-di-selangor-yang-menarik/
  3. Air Terjun Paling Menarik di Malaysia. https://cari-homestay.com/air-terjun-paling-menarik-di-malaysia/

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.