Banyak tempat yang boleh dilawati ketika bercuti di Johor. Antara tempat menarik yang disarankan untuk anda meluangkan masa adalah di beberapa tempat air terjun di Johor.

Jelas bahawa Johor tidak kurang tarikannya kerana terdapat beberapa air terjun yang membolehkan anda berhibur. Untuk percutian kali ini, apa kata anda bermandi-manda dan berendam bersama family dan kawan-kawan. Pasti menyeronokkan!

1. Air Terjun Tengkil

air terjun di johor
Imej via [tempatmenarik]

Air terjun di Johor yang bernama Air Terjun Tengkil ini merupakan air terjun yang sangat indah dan tinggi. Pengunjung boleh ke sini untuk bermandi-manda, berkelah, berfotografi dan menenangkan fikiran.

Untuk keadaan yang lebih baik, elakkan ke sini pada musim tengkujuh sebaliknya, anda boleh datang ke sini pada bulan April sehingga September kerana pada waktu ini cuaca baik dan cerah.

2. Air Terjun Ayer Putih 

air terjun di johor
Imej via [tempatmenarik]

Sebenarnya Air Terjun Ayer Putih ini agak luas kawasannya tetapi dengan adanya batu tinggi air terjun, anda mempunyai beberapa pilihan tempat mandi. Sebenarnya, air terjun di Johor ini sangat sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Terdapat tempat yang cetek airnya dan berbatu-batu, bagi yang dewasa, anda boleh mandi di kawasan air terjun deras berbatu manakala yang kanak-kanak mandi di bahagian air yang cetek. Namun, ia sangat jernih dan bersih.

3. Kolam Puteri Gunung Ledang

air terjun di johor
Imej via [rientkc]

Siapa sangka terdapat sebuah kolam iaitu Kolam Puteri Gunung Ledang di Johor. Pasti menarik kisah sejarahnya. Air terjun yang terdapat di Kolam Puteri Gunung Ledang ini membolehkan anda bermandi-manda di sini. Ia juga kelihatan seperti kawasan sungai yang sangat indah.

4. Air Terjun Hutan Lipur Gunung Pulai

air terjun di johor
Imej via [mpkulai]

Berdekatan dengan Pekan Nenas Johor, terdapat sebuah air terjun iaitu Air Terjun Hutan Lipur Gunung Pulai. Ramai yang tak tahu akan kewujudan air terjun ini kerana ia agak terpencil. Tetapi sebenarnya ia agak meriah jika waktu bercuti. Ramai yang berkunjung ke sini untuk berseronok mandi-manda bersama keluarga.

5. Air Terjun Kota Tinggi

air terjun di johor
Imej via [powerrawblog]

Air terjun di Johor ini sangat sesuai untuk anak-anak dan dewasa memandangkan reka bentuknya landai dan mudah untuk bermandi-manda. Untuk bermain air pun, agak best dan mudah. Terdapat juga gelongsor air yang boleh anda naiki di sini.

Namun, anda dilarang membawa makanan dan minuman di sini untuk menjaga kebersihan alam semulajadi. Jika dilihat, air terjun Kota Tinggi ini sangat bersih dan indah.

6. Air Terjun Sg. Bantang, Bekok

air terjun di johor
Imej via [facebook]

Air Terjun Sg. Bantang, Bekok terletak di Segamat, Johor. Ia terletak di dalam kawasan hutan lipur yang berada di dalam Hutan Simpan Labis. Untuk pengetahuan anda, hutan lipur ini telah ditubuhkan sejak 1989 lagi.

Bagi tujuan perkhemahan dan perkhelahan, Jabatan Hutan Daerah Segamat telah memperkenalkan tema “Destinasi Rekreasi Luar Anda” kepada orang ramai. Itulah yang sinonim dengan air terjun di Johor ini.

7. Air Terjun Takah Pengkoi

Imej via [libur]

Selain dari Air Terjun Sg. Bantang, air terjun Takah Pengkoi juga terletak di Bekok Johor. Anda boleh berkhemah dan berkelah di samping melakukan aktiviti air di sini. Air terjun ini cukup jernih dan dingin amat seronok untuk berendam.

Menariknya, air terjun di Johor ini tidak terlalu cetek, agak dalam dimana anda boleh berenang atau melompat ke dalam air. Tempat ini sesuai untuk bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan juga saudara mara.

8. Air Terjun Gunung Pelepah

air terjun di johor
Imej via [foursquare]

Anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan menerokai hutan di sini. Air terjun Gunung Pelepah ini terletak dalam kawasan hutan ini. Sangat menyeronokkan, anda boleh bermandi-manda di air terjun Johor ini.

9. Taman Negara Endau Rompin Selai

air terjun di johor
Imej via [exsportyhub]

Merehatkan fikiran dan menenangkan minda di Johor memerlukan anda ke tempat yang tenang penuh dengan suasana semulajadi. Taman Negara Endau Rompin ini penuh dengan flora dan fauna yang pastinya menarik jiwa anda untuk bercuti.

Dalam kawasan taman negara ini, terdapat sebuah air terjun yang turut di senaraikan sebagai salah satu air terjun di Johor. Dibahagian Lubuk Tapah air terjun ini, anda boleh mandi-manda, berkayak dan melakukan aktiviti air yang lain lagi.

10. Air Terjun Gunung Mutahak

air terjun di johor
Imej via [facebook]

Air Terjun Gunung Mutahak ini berdekatan dengan Air Terjun Tengkil Johor. Ia sangat unik dimana terdapat 7 tingkat batu air terjun yang boleh anda bergambar. Namun, anda perlu berhati-hati dengan batu-batu yang terdapat di sini kerana keadaannya mungkin licin.

Ada juga pengunjung yang sangat rare dan berani dimana mereka akan hiking batu-batu air terjun ini. Ia tidak disarankan kerana berbahaya. Anda boleh bergambar di sini untuk mendapatkan pandangan yang unik dan cantik.

11. Air Terjun Sungai Lebak

Terdapat sebuah air terjun yang terletak di jeram Ulu Lebak di Bandar Petri Jaya. Air Terjun Sungai Lebak ini agak terpencil namun anda boleh mengunjunginya.

12. Air Terjun Buaya Sangkut

air terjun di johor
Imej via [libur]

Air terjun Buaya Sangkut ini terletak di dalam hutan Taman Endau Rompin. Taman Negara Kedua di Semenanjung Malaysia ini sangat luas. Tak cukup 1 hari sahaja untuk anda terokai air terjun ini, ia pasti akan memakan masa sekurang-kurangnya 3 hari ke atas.

Itulah dia air terjun di Johor yang boleh anda kunjungi untuk percutian santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jom baca juga Air terjun di Perak, air terjun di Kelantan, tempat menarik di Malaysia yang tak diketahui dan hotel di Terengganu tepi pantai yang best.

Rujukan:

  1. Senarai Air Terjun Johor. https://e-majalah2u.blogspot.com/2016/10/senarai-lokasi-mandi-air-terjun.html
  2. Air Terjun Johor. https://www.libur.com.my
  3. Air Terjun Di Johor. https://www.tempatmenarik.my

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.