Mencari tempat menarik untuk honeymoon bersama pasangan tak semstinya di luar negara. Dalam negara sendiri juga terdapat banyak destinasi peranginan yang sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin.

Johor mempunyai pelbagai destinasi honeymoon menarik. Lengkap semuanya bermula pantai, tempat makan asyik, destinasi yang indah mata memandang sehinggalah aktiviti yang menarik untuk dilakukan.

Kos yang ditawarkan pula tidaklah terlalu mahal. Berbaloi untuk anda dan pasangan menghadirkan suasana romantis. Mari kami kongsikan beberapa tempat Honeymoon di Johor.

1. Legoland Resort Malaysia

Imej via [youtube]

Walaupun tidak mempunyai cahaya mata lagi, destinasi ini amat sesuai untuk pasangan berseronok. Hal ini kerana tempat ini tidak dibina semata-mata untuk kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga boleh menikmatinya.

Legoland menawarkan kepada anda aktiviti indoor dan outdoor yang pastinya tidak membosankan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di tempat honeymoon di Johor ini adalah Project X dan aktiviti air seperti Legoland Slide Racer.

2. Pulau Sibu, Mersing

Imej via [jomjohor]

Pulau Sibu amat terkenal dengan keindahan pantai dan kecantikan terumbu karangnya. Pulau Sibu terdiri dari 4 pantai utama. Tempat honeymoon di Johor ini kaya dengan hutan yang subur.

Disamping itu, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkelling dan diving. Segala kemudahan fasiliti disediakan lengkap di sini. Resort seperti Sea Gypsy Village Resort selalunya menjadi pilihan pelancong. 

3. Pulau Rawa

tempat honeymoon di johor
Imej via [tripinasia]

Dikatakan pulau ini secantik pulau di Sabah dan Terengganu, bahkan ia juga dikatakan setara dengan Pulau Langkawi. Selain berkelah, anda boleh menikmati keindahan pantai, aktiviti seperti snorkeling, wind surfing, skuba dive dan berkayak.

Anda boleh melakukan hiking, island walk dan menikmati panorama dari atas bukit bersama pasangan. Pasti lebih romantik sambil menikmati keindahan tempat honeymoon di Johor ini.

4. Austin Heights Water & Adventur Park

Imej via [johornow]

Ayuh segarkan badan di taman tema air ini. Taman tema yang dibahagikan kepada 3 zon ini sangat sesuai untuk pasangan muda untuk honeymoon.

Selain aktiviti air, aktiviti lasak semisal Jump Street dan Adventure Park turut digemari ramai. Di bahagian zon Sport & Leisure Park sesuai untuk kanak-kanak kerana terdapat Ice Skating Rink dan Indoor Trampoline.

5. Danga Bay, Johor Bahru

tempat honeymoon di johor
Imej via [traveloka]

Danga Bay terkenal dengan tarikan pelancong tak kira siang dan malam. Sekitar cakupan kawasan ini terdapat restoran,food court, taman rekreasi dan taman permainan.

Tidak dilupakan juga, terdapat Danga City Mall yang tak sunyi dari kunjungan orang. Pada waktu malam, pengunjung dapat melihat cahaya lampu neon dari Bandar Singapura yang dipisahkan dengan Selat Tebrau.

Suasana destinasi yang bercahaya dan ditiup angin laut ini benar-benar mampu membangkitkan suasana romantis untuk honeymoon.

6. Don Hu Jurassic Park, Muar

tempat honeymoon di johor
Imej via [astroawani]

Destinasi kali ini sesuai untuk merakam momen-momen manis anda bersama pasangan. Don Hu Jurassic Park menyediakan replika-replika dinasour untuk anda berfoto.

Terdapat juga replika haiwan purba ini yang boleh bergerak. Pengunjung juga boleh bermain bumper car, menaiki bot dan terdapat kedai menjual cenderahati. 

7. Desaru Fruit Farm

tempat honeymoon di joohor
Imej via [holidaygogogo]

Ladang buah-buahan yang indah ini berkeluasan 100 ekar. Selain pemandangan ladang ini yang cantik, kekayaan buah-buahan yang ada di sini juga tarikan.

Hampir 100 jenis buah segar ditanam di sini. Durian,Durian Belanda , Jambu antara buah yang popular di ladang ini. Anda boleh memilih pakej untuk menaiki ATV yang ditemani guide tour untuk bersiar-siar sekeliling ladang. 

Restoran untuk menjamah makanan juga turut disediakan. Pastinya tempat honeymoon di Johor ini sangat sesuai buat anda.

8. Kuso Trick Art Gallery

tempat honeymoon di johor
Imej via [tripadvisor]

Galeri yang terletak di Johor Bahru ini menawarkan kepada anda seni lukisan 3D yang unik. Ia diinspirasikan dari Korea dan China.

Anda boleh berfoto bersama pasangan dan melakukan fotogenik sebagai kenangan honeymoon. Prop juga ada disediakan bagi mereka yang ingin berfoto. Lukisan-lukisan mural di galeri ini mencakupi pelbagai tema seperti seram, aksi, romantik dan lain-lain.

9. Air Terjun Kota Tinggi

Imej via [lokasipercutian]

Jika anda tidak berminat berkelah di tepi pantai, anda boleh memilih destinasi ini. Kebiasaannya pengunjung datang bersama keluarga untuk bermandi manda dan berkelah di air terjun berair jernih ini.

Pada bahagian bawah, air tenang dan jernih sesuai untuk kanak-kanak. Tetapi di tingkat atas, arus air sedikit deras. Yang menariknya di air terjun ini mereka menyediakan gelongsor air seperti di taman tema air.

10. Taman Negara Pulau Kukup

Imej via [gowhere]

Siapa sangka hutan juga termasuk senarai tempat untuk berbulan madu. Taman Negara Pulau Kukup yang merupakan hutan bakau kedua terbesar di dunia ini amat ideal untuk mencari ketenangan dari kesibukan kota.

Bersiar-siar di trek yang disediakan bersama pasangan pastinya menjadikan pengalaman honeymoon yang menyeronokkan. 

11. Taman Merdeka

Imej via [Taman Merdeka]

Salah satu tempat honeymoon di Johor ini lebih kepada untuk bersantai-santai dan berbual. Landskapnya yang cantik selalu menghadirkan pasangan muda-mudi dan keluarga di sini.

Pada waktu pagi dan petang, pengunjung biasanya beriadah manakala malam pula bersiar-siar memandangkan terdapat  lampu berwarna-warni  dan pancuran air di kolam.

12. Kota Tinggi Firefly Park

tempat honeymoon di johor
Imej via [seek4trip]

Perkhidmatan di taman ini menyediakan trip menaiki bot menyelusuri sungai. Memandangkan kawasan ini berlatar belakangkan alam semula jadi, anda akan melihat serangga eksotis berterbangan sepanjang perjalanan. Destinasi ini pastinya tidak akan menghampakan percutian honeymoon anda.

13. Pantai Desaru

Imej via [dinohauz]

Pantai ini adalah antara yang menjadi pilihan pelancong  di negeri Johor ini. Aktiviti pantai seperti Banana boat, Jetski, Parasailing dan boat ride sangat terkenal di sini.

Banyak juga resort dan spa sekitar pantai menjadikan ia lengkap sebagai pusat peranginan yang ideal.

Demikianlah 13 tempat honeymoon di Johor yang kami cadangkan. Pastinya anda tidak akan menyesal. Jom baca juga tempat honeymoon di Pahang, tempat memancing di Melaka dan tempat honeymoon di Perak.

Rujukan:

  1. Tempat Menarik Johor. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-johor/
  2. Senarai Tempat Menarik Untuk Percutian Johor. https://www.percutianbajet.com/johor/senarai-tempat-menarik-untuk-percutian-di-johor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.