Johor memang terkenal dengan ramai pelancong yang datang apabila musim cuti sekolah. Banyak tempat boleh kunjungi bersama ahli keluarga. Oleh itu, tempat penginapan paling best disertai homestay Johor Bharu dengan private pool kini amat popular dalam tempahan penginapan.

One Riimba Garden View Residence

One Rimba Garden View Residence

Homestay Johor Bharu dengan private pool sering mendapat prihatian dalam kalangan masyarakar ialah one rimba garden view residence. Homestay ini menyediakan pelbagai kemudahan dan pakej menarik.

Antara kemudahan ialah seperti kolam renang, jakuzi, set karaoke, tempat BBQ, gim mini dan juga pelbagai alat permainan. Kemudahan yang sedia ada ini boleh digunakan untuk mengisi masa santai bersama keluarga atau rakan semasa bercuti. Homestay ini cukup mampu memuatkan sekitar dalam 26 orang dalam satu masa,6 bilik tidur dan 6 bilik.

Alamat:  No 1, Jalan Indah 12/8, Taman Bukit Indah, 79100 Nusajaya, Johor

D’ Ambiience Private Garden & Pool Residence

D’Ambiience Private Garden &Pool Residence

Selain itu, Homestay Johor Bharu dengan private pool ialah D’ Ambiience Private Garden & Pool Residence juga mendapat feedback terbaik dari pelancong. Pemandangan homestay ini amat cantik dan memberikan ketenangan kepada minda.

D’Ambiience berada di lokasi yang strategik kerana terletak berdekatan dengan tempat-tempat tumpuan yang sering dikunjungi pelancong dan mempunyai dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang tersedia ialah kolam renang, set karaoke, tempat BBQ, dapur dengan kelengkapan memasak, peti sejuk, android tv dan lain-lain lagi. 

Alamat : 40, Jalan Indah 10/14, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

D’Niice Garden Villa

D’Niice Garden Villa

Homestay dengan private pool yang seterusnya ialah D’Niice Garden Villa. Pemandangan homestay ini amat cantik sekali dan kelihatan penuh ekslusif, mereka yang pertama kali datang ke sini akan terus jatuh cinta dan akan sering membuat tempahan pada hari akan datang.

Homestay yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air ini sesuai untuk 15 hingga 18 orang dalam satu masa. Pelbagai kemudahan disediaka seperti tempat BBQ, steamboat pot serta dapur dengan kelengkapan yang lengkap untuk memasak. Tidak ketinggalan juga, D’Nice Garden Villa juga mempunyai kolam renang yang luas dan bersih.

Alamat: 39, Jalan Indah 10/14, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Villa Warisan JA

Villa Warisan JA

Homestay ini berkonsepkan rumah kayu, villa ini dibangunkan dengan dekorasi tradisonal pada zaman klasik dulu. Villa ini memaparkan seni ukiran kayu yang ditempah khas dari Jepara, Semarang Indonesia. Setiap bilik yang dilengkapi dengan katil kayu klasik ini pastinya akan memberi satu pengalaman yang anda tidak dapat lupakan.

Bukan setakat katil, malah perabot yang lain dan dekorasi dalaman bilik juga turut memaparkan suasana tradisonal. Anda juga boleh mengambil gambar sebanyak mana di homestay tersebut kerana mempunyai spot terbaik untuk latar belakang cantik.

Alamat :  88, Jalan Abdul Rahman Andak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Suria 1 Homestay JB

Suria 1 Homestay JB

Suria Homestay JB juga mendapat ramai pelancong yang membuat tempahan penginapan di sini. Hal ini kerana dilengkapi dengan kolam renang persendirian yang dihias cantik serta bersih. Homestay yang terletak di Taman Mount Austin ini agak ideal lokasinya kerana berada dekat dengan tempat-tempat yang menarik.

Menawarkan sebuah peginapan rumah yang mempunyai 5 buah bilik serta 4 bilik air. Selain itu juga, pihak homestay turut menyediakan tambahan 4 tilam bersaiz single tanpa bayaran tambahan. Kemudahan dapur dengan peralatan memasak juga turut tersedia.

Alamat: 1, Jalan Mutiara Emas 9/21, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Adrenaline Homestay

Ardrenaline Homestay

Aradrenaline Homestay begitu popular dalam kalangan pelancong yang datang bercuti di Jb bersama keluarga dan kawan-kawan. Homestay ini juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk anda seperti kolam renang bersih, luas dan cantik. Dilengkapi dengan 2 bilik tidur di mana di dalamnya lengkap dengan perabot dan pendingin hawa.

Jangan risau jika anda hadir lebih daripada 4 orang, kerana homestay ini turut menyediakan tambahan tilam, toto dan bantal. Selain itu, kemudahan seperti televisyen, cerek elektrik, dapur masak. Lokasi Adrenaline Homestay juga strategik kerana berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik seperti Ikea Tebrau, yang hanya mengambil masa 12 minit pemanduan untuk ke destinasi.

Alamat : Jalan Sagu 36, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Homestay Cinta Ayu Resort Apartment

Homestay Cinta Ayu Resort Apartment

Homestay Cinta Ayu Resort Aparment juga terkenal dalam kalangan masyarakat dengan mempunyai kolam renang begitu luas, cantik dan bersih. Homestay bersih dan mewah ini turut dilengkapi dengan kemudahan perabot lengkap. Setiap bilik tersedia dengan katil yang selesa dan mempunyai almari untuk anda meletakkan pakaian.

Di bahagian dapur juga turut terdapat kelengkapan dapur yang lengkap seperti peti sejuk, meja makan, sinki, dapur masak dan kabinet. Ruang tamu juga dihiasi dengan sofa yang empuk serta televisyen untuk anda bersantai bersama keluarga.

Alamat: Cinta Ayu Resort Apartment KM20, Jalan Pontian Lama, 81110, Johor Skudai, 81100 Johor Bahru, Johor

Kota Rainforest Resort

Kota Rainforest Resort

Kota Rainforest Resort dikategorikan sebagai homestay yang popular dan mendapat feedback terbaik dari pelancong. Resort ini mempunyai 52 buah Chalet yang dilengkapi sepenuhnya, terletak di kawasan hutan hujan tropika yang tenang dan selamat.

Setiap chalet dilengkapi dengan sistem pengudaraan, dan pancuran mandian air panas. Setiap tempat penginapan mempunyai gaya tersendiri yang menarik. Chalet gaya adat kami telah bertujuan untuk keajaiban zaman dahulu dan ketenangan persekitaran tropika bercampur baik dengan perabot kayunya yang direka khas.

Alamat : 4483, Jalan Lombong, 81900 Kota Tinggi, Johor

Unicorn Desaru Villa

unicorn desaru villa

Terletak dengan Desaru di Johor Bharu memudahkan untuk anda semua mencari tempat makan yang sedap sambil menikmati pemandangan indah. Homestay ini bertemakan unicorn sebagai simbol tarikan pelancong serta mempunyai kemudahan dan kolam renang untuk kanak-kanak.

Family Homestay Segamat

family homestay segamat

Seterusnya family homestay Segamat juga menjadi tarikan pelancong datang bercuti kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan untuk anda seperti 5 bilik 6 bilik air dan parking private. Tidak ketinggalan juga menyediakan keperluan perkakas dapur dan kolam renang secara private.

Homestay Villa Le Jollax

Homestay villa le jollax

Homestay Villa Le Jollax juga menawarkan kemudahan untuk anda semua iaitu tempat bbq ,ruang tamu dan dapur yang selesa dan kolam renang secara private. Anda akan berasa sangat tenang berada di sini kerana pemandangan begitu indah sekali dan kehijauan.

Muar Indah Villa

Muar Indah villa

Muar Indah Villa juga merupaka salah satu tempat percutian penginapan yang paling menarik dan menjadi tarikan ramai pelancong kerana kebersihan dan keselesaan amat baik sekali. Kemudahann yang ditawarkan juga banyak seperti tempat parking, tempat bbq , keluasan kolam renang begitu luas sekali.

Kluang Container Hotel

kluang container hotel

Kluang Container Hotel juga kategori dalam tempat penginapan paling best dan menjadi tumpuan pelancong apabila datang bercuti di negeri Johor Bharu. Kebersihan dan keselesaan yang ditawarkan menjadi satu tarikan daripada homestay kluang container selain daripada pelbagai kemudahan ditawarkan seperti tempat parking bilik yang luas dan selesa serta pakej kolam renang secara private.

Cemara villa,muar

Cemara Villa

Cemara Villa juga merupakan homestay dengan private pool di Johor Bharu yang menjadi salah satu tumpuan masyarakat apabila tiba musim percutian. Homestay ini mendapat pujian dari masyarakat kerana tahap keselesaan dan kebersihan amat terbaik sekali dengan keluasan bilik yang begitu luas dan pakej menarik yang lain.

Alamat: Persiaran Bahagia, Taman Bahagia, 84000 Muar, Johor

Villa seri intan,segamat

Villa seri intan segamat

Akhir sekali, Villa Seri Intan Segamat menyediakan pelbagai pakej menarik untuk pelancong yang datang menginap di sini selain daripada keluasan kolam renang yang begitu luas pakej lain juga turut disediakan untuk anda. Jadi tunggu apa lagi ayuh membuat tempahan sekarang agar tidak terlepas peluang keemasan ini.

Alamat: Lot 1597 Jalan Sulir Kampung Sulir, Pekan, 85000 Segamat District, Johor

Percutian akan menjadi seronok dan selesa dengan mempunyai penginapan selesan, pemandangan cantik dan mendapat layan terbaik daripada pihak penginapan. Jadi semasa ingin membuat tempahan, harus membuat servic terlebih dahulu agar tidak menyesal. Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain.

Rujukan

  1. 7 Resort In Johor With Swimming pool Vacation Drove https://cari-homestay.com/7-resort-in-johor-with-swimming-pool-vacation-drove/
  2. Top 10 Hotel With Private Pool In Johor Bharu https://hotels-with-private-pool.com/johor-bahru/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.