Negeri Johor adalah negeri selatan semenanjung Malaysia yang kaya dengan pelbagai seni dan budaya. Orang-orang Johor pula kebanyakannya adalah orang jawa! Negeri yang bersempadan dengan Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri dalam menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk berkunjung ke sini.  

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [Letsgoholiday]

Salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini adalah kerana negeri yang dikelilingi oleh kawasan perairan Selat Johor, Laut China Selatan dan Selat Melaka ini juga mempunyai tempat sejarah yang menarik dan wajib didedahkan kepada anda.Tahun 2019 ini merupakan tahun penghujung sebelum masuknya tahun 2020 yang lebih moden dan globalisasi.

Tanpa disedari tempat bersejarah di Johor 2019 yang wajib didedahkan ini pastinya akan menambah nilai kemasyarakatan dan pengajaran dalam kehidupan generasi yang akan datang. Tidak lengkaplah jika tinggal dibumi Malaysia tetapi tidak mengetahui tempat-tempat bersejarah di Johor Bahru ini.  Jom kami dedahkan 10 tempat bersejarah yang menarik sesuai untuk anda lawati pada tahun 2019 ini.

 

#1  Muzium Kota Tinggi, Johor

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [malaysiatravel]

Muzium Kota Tinggi, Johor adalah tempat bersejarah di Johor Bahru yang wajib didedahkan kepada anda tambah-tambah lagi pada tahun 2019 ini. Ia telah dibuka sejak tahun 2002 lagi, memang lama kan?  Anda boleh melihat pelbagai barangan yang dipamerkan disini malah boleh mempelajari pelbagai ilmu berkaitan negara kita terutamanya berkaitan pemerintahan Negeri Johor sendiri.

Untuk pengetahuan anda, ada sebab kenapa muzium ini dibina di kawasan Kota Tinggi dan bukan di daerah Johor yang lain. Daerah Kota Tinggi ini merupakan tempat yang menjadi permulaan bagi Johor mendapatkan takhta pemerintahannya yang dulu sehinggalah sekarang, maka semua pameran berkaitan zaman kesultanan Johor Lama diletakkan disini. Muzium 2 tingkat ini turut mempamerkan empat fasa peristiwa dengan bentuk pameran yang boleh anda lihat.

Pasti anda akan teruja melihat barangan peninggalan lama seperti peralatan senjata dahulu kala, barangan muzik, tembikar lama dan banyak lagi peninggalan sejarah zaman dahulu. Semuanya dihimpunkan disini sehingga anda yang melihatnya turut dapat membayangkan bagaimana kehidupan pada zaman dahulu. Lebih-lebih lagi jika anda lihat lukisan kanvas yang dipamerkan disini menunjukkan gambaran kehidupan masa dahulu.

 

#2  Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [wikipedia]

Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di Johor Bahru ini merupakan tempat bersejarah di Johor yang wajib didedahkan oleh orang awam. Anda harus tahu bahawa bangunan yang pernah menjadi pusat pemerintahan Johor suatu masa dahulu ini mempunyai seni bina yang amat menarik dan menakjubkan.  Banyak pelancong yang bertandang disini hanya untuk melihat dan bergambar bersama bangunannya yang menggabungkan konsep seni bina kolonial, kesultanan Johor dan juga seni bina Islam.

Konsep seni bina ini telah disiapkan pada 1940 bagi tujuan menyelaraskan semua sistem pentadbiran negeri.  Selain dari konsep seni bina kolonial di luar bangunan ini, Bangunan Sultan Ibrahim juga mempunyai ukiran hasil seni bina Islam dan gaya melayu Johor pada dalaman bangunannya.  Untuk pengetahuan anda, Bangunan Sultan Ibrahim pernah dijadikan sebagai benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua suatu masa dahulu. Sudah tentulah ia menjadi tempat bersejarah di Johor Bahru 2019 yang wajib didedahkan kepada anda semua.

 

#3  Dataran Penggaram, Batu Pahat

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [wikimedia]

Ramai anak muda serta keluarga yang suka datang ke Dataran Penggaram, Batu Pahat ini.  Dataran Penggaram ini penting untuk didedahkan kepada semua masyarakat tempatan dan luaran kerana ia merupakan tempat bersejarah di Johor Bahru yang amat menarik dan tidak membosankan.  Anda boleh datang ke sini setiap kali ada sambutan hari perayaan seperti Hari Kebangsaan, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain lagi. Disini, terdapat Tugu Batu Pahat yang seakan-akan ia dipahat oleh sepasang tangan. Ramai pengunjung gemar mengambil gambar dan melepak disini.

Untuk pengetahuan anda, Dataran Penggaram yang dikenali sebagai Dataran Batu Pahat ini membolehkan anda beriadah dengan bermain layang-layang, menikmati udara segar, bersiar-siar membeli makanan ringan dan sebagainya lagi. Anda boleh mencuba pelbagai makanan di gerai yang terdapat di sekitar dataran Penggaram ini.

 

#4  Istana Bukit Serene, Johor Bahru

temapt bersejarah di johor bahru

Imej via [coconuts]

Tipulah jika tidak teruja melihat istana yang pernah menjadi Istana Diraja dan kediaman rasmi sultan Johor sejak 1998 ini. Tempat bersejarah 2019 yang wajib didedahkan ini merupakan Istana Bukit Serene di Johor Bahru yang mempunyai pemandangan indah dari atas Bukit Serene.  Anda boleh melihat istana ini dari Danga Bay. Landskap taman yang kehijauan dan tampak eksklusif ini amat cantik dan seringkali menjadi tempat untuk upacara diraja. Suasana dan keindahan tempat ini membuatkan ramai pelancong gemar berkunjung dan bergambar disini biarpun ia tidak dibuka untuk kunjungan orang awam.  Istana Bukit Serene ini mempunyai penjaga yang bertugas untuk melindungi istana iaitu Angkatan Tentera Johor.

 

#5  Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

tempat bersejarah di johor

Imej via [Republika]

Rupanya banyak tempat bersejarah di Johor ini mempunyai keunikannya tersendiri.  Begitu juga dengan Masjjid sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang wajib didedahkan ini.  Ia telah dibina mengikut rekaan seni bina Islam Barat yang cukup unik. Terdapat 4 buah menara dalam setiap sisi masjid disini.  Masjid ini memuatkan ramai umat Islam kira-kira 3000 orang dalam satu masa tetapi ia amat selesa kerana ruangnya memang besar, bersih dan luas.

Anda boleh singgah solat dan rehat disini sambil menikmati pemandangan dan seni bina masjid ini. Tahukah anda, Masjid Sultan Abu Bakar ini juga dinamakna bersempena dengan nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim. Pada tahun 1900, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah merasmikan masjid ini dan ia juga dijadikan sebagai masjid negeri Johor.

 

#6  Makam Laksamana Bentan

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [twitter]

Sudahkah anda mengenali Makan Laksamana Bentan? Mungkin anda belum didedahkan dengan tempat bersejarah ini, namun pada tahun 2019 ini, kami mengesyorkan anda untuk datang ke sini. Laksamana Bentan adalah salah seorang pahlawan melayu terbilang yang turut dikenali dengan nama Megat Seri Rama.  

Sejarahnya Makam Laksamana Bentan ini bermula apabila Megat Seri Rama telah dibalas tikam oleh Sultan Mahmud yang telah ditikamnya terlebih dahulu ketika dijulang dalam perjalanan Sultan pergi ke masjid bagi solat jumaat. Sewaktu sultan menikam Megat Seri Rama, beliau sempat bersumpah bahawa orang Bentan akan muntah darah sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi selama 7 keturunan. Jika berkunjung ke sini, anda dapat melihat Makam Laksamana Bentan yang diletakkan disini.

 

#7  Muzium Bugis

Imej via [Youtube]

Muzium Bugis juga merupakan tempat bersejarah di Johor Bahru 2019 wajib didedahkan kepada anda. Maklumlah, kita semua telah banyak dipengaruhi oleh bangsa Bugis sejak duu lagi, malah adat dan seni bina juga telah berkait rapat dengan mereka.  Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat, sumber asli dan penceritaan tentang asal usul, warisan dan macam-macam lagi bukti di sini yang menunjukkan perjalanan Bugis pada mulanya datang ke tanah melayu. Pelbagai pameran dan barangan sejarah menarik boleh anda lihat di sini. Tak cukup belajar guna buku sejarah sahaja, datang lihat sendiri lebih menarik. Sungguh tempat bersejarah di Johor baru ini sesuai didedahkan untuk ibu bapa dan anak-anak.

 

#8  Muzium Nelayan Tanjung Balau

Imej via [UtusanOnline]

Selain dari Muzium yang diceritakan tadi, anda juga boleh berkunjung ke Muzium Nelayan Tanjung Balau yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Sama seperti kita belajar subjek geografi, muzium ini didedahkan semula dengan kenangan dan sejarah lama para nelayan.  Anda boleh melihat peralatan dan bahan yang digunakan untuk para nelayan menangkap ikan secara tradisional pada zaman dahulu.

Antara peralatan yang digunakan dan boleh anda lihat adalah seperti pukat, bot lama, bubu dan banyak lagi. Teringat pula cerita badang kan? Yang penting, tiada hantu disini! Lebih menarik lagi, satu-satunya muzium nelayan di Malaysia ini juga turut memaparkan bangkai kapal sebenar yang telah ditemui pada tahun 1800 untuk tatapan awam.

 

#9  Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [Helengray]

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang juga terletak di Kota Tinggi iaitu bersebelahan dengan Masjid Kampung Makam dan Sungai Kota Tinggi. Tempat-tempat ini terletak kira-kira 100 meter di bahagian selatan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ini.

Untuk pengetahuan anda, Sultan Mahmud telah mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama ketika perjalanan beliau ke Masjid untuk solat jumaat.  Beliau mangkat ketika dijulang sewaktu dalam perjalanan tersebut. Kini, Makam sultan Mahmud Mangkat Dijulang berada di Kota Tinggi dan membolehkan anda melawat.  Apa kata kali ini anda meluangkan masa melawat ke tempat bersejarah ini boleh bagi memperingati jasa Sultan Mahmud pada suatu masa dahulu.

 

#10  Penjara Johor Bahru

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [Prison.gov]

Penjara Johor Bahru adalah tempat bersejarah di Johor Bahru wajib didedahkan kepada anda dan semua generasi baru.  Di sini, anda akan lebih mengenali erti hidup dimana anda boleh melihat tempat mereka yang merupakan penjenayah serta pegawai yang berkhidmat menjaga keselamatan awam.  Selain dari Penjara Johor Bahru, ia juga dikenali sebagai Kota Jail. Reka bentuk bangunan ini amat menarik dimana anda boleh melihat pelbagai bangunan yang dibina bagi menampung 200 orang banduan.  

Reka bentuk bangunan ini sedikit sebanyak menyerupai penjara di China, Shanghai dan Osaka Jepun atas idea dari Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim yang telah berkunjung ke penjara di China, Shanghai dan Osaka ketika lawatan suatu masa dahulu. Antara bangunan yang terdapat di sini adalah 10 blok penempatan, pejabat kaunseling, pejabat pegawai kebajikan, 5 buah bengkel vokasional, surau, tandas, rumah sakit, dapur untuk memasak, bengkel latihan, sebuah pejabat dan lain-lain lagi.

tempat bersejarah di johor bahru

Imej via [RioAzzaro]

Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat bersejarah di Johor Bahru yang wajib didedahkan kepada anda. Lebih elok tempat-tempat ini didedahkan dan diberi penekanan untuk anak-anak dan sekolah yang suka mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar.  Dimana lagi tempat bersejarah di Malaysia untuk anda lawati kalau bukan di Johor yang pasti membuatkan anda teruja. Setelah mengenali tempat bersejarah di Johor, jom lihat Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur dan Tempat Menarik di Lenggong.

Rujukan:

  1.  Wikipedia
  2.   Travel
  3.   Tourism

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.