KLCC atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre adalah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal di seluruh dunia. Ia adalah sebuah kawasan bandar yang besar serta menjadi pilihan utama pelancong tatkala bercuti di wilayah Kuala Lumpur.  Terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan disini sambil bercuti dan menenangkan fikiran anda.

tempat menarik di KLCC

Imej via [Bidadari]

Jom kami sajikan anda dengan tempat menarik di KLCC yang wajib anda kunjungi bersama keluarga, pasangan dan kawan-kawan. Sudah pasti tempat menarik di KLCC ini bakal menjadi destinasi percutian 2019 yang anda tunggu-tunggu.

 

#1  KLCC Lake Symphony

tempat menarik di klcc

Imej via [Fiveprime]

KLCC Lake Symphony merupakan tempat menarik di KLCC yang lebih sesuai anda kunjungi pada waktu malam.  Ia terletak berhadapan Suria Mall dan amat meriah pada malam hari. Ramai orang akan bersantai dan duduk menikmati pemandangan lampu-lampu dan air pancut di kolam KLCC yang amat menyeronokkan.  Anda boleh bersantai disini dari 7 malam sehingga 10 malam bagi melihat pemandangan lampu-lampu disini. Jangan lupa untuk bergambar bersama lampu-lampu indah atau membuat video untuk kenang-kenangan anda!

 

#2  KLCC Aquaria

tempat menarik di klcc

Imej via [TravelGuide]

KLCC Aquaria adalah salah satu tempat menarik di KLCC yang mempamerkan pelbagai jenis spesis haiwan akuatik dan hidupan laut yang menarik dan menakjubkan.  KLCC Aquaria bertaraf dunia dan terletak di tengah-tengah bandaraya ini amat hebat kerana ia mempunyai lebih dari 5000 spesis haiwan yang dipamerkan. Anda boleh membawa anak-anak atau murid-murid untuk bersiar-siar melihat hidupan Aquaria ini dengan lebih dekat.  Sebaiknya, anda juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar untuk datang ke sini.

Selain dari ikan, mungkin anak-anak dan anda juga akan terhibur melihat telatah hidupan laut dan telur ikan yang bergerak-gerak serta situasi mereka di dalam akuarium.  Antara hidupan haiwan yang boleh dilihat di sini adalah kuda laut, electric catfish, telur ikan jerung, ikan nemo, penyu, ikan pari gergasi, giant pacific octopus, sotong kurita dan juga coral yang berwarna-warni. Menarik kan?

Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah terowong bawah air sepanjang 90 meter di sini yang boleh anda lalui. Anda akan terasa seperti berada di dalam bawah laut kerana anda dapat menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut yang menakutkan dan ala-ala manja secara lebih dekat.  Pasti anda akan terkejut dan seronok apabila ikan-ikan melintas di atas anda. Tambah-tambah lagi hidupan akuatik dan ikan gergasi seperti kerapu, ikan jerung dan banyak lagi.

 

#3  KL City Library

tempat menarik di klcc

Imej via [wikipedia]

Pasti anda tak sangka, di tengah-tengah kota yang mewah ini anda boleh berkunjung ke KL City Library atau perpustakaan bandar Kuala Lumpur. Ia terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka.  Hanya anda yang suka membaca, mencari ketenangan dan ingin membawa anak-anak kecil juga di sarankan datang ke sini. Terdapat 2 jenis perpustakaan di sini iaitu perpustakaan kecil untuk anda dan juga perpustakaan besar.  

Boleh dikatakan KL City Library ini adalah perpustakaan yang bertaraf World Class gitu! Ada banyak kemudahan boleh anda gunakan seperti aircond, tempat duduk untuk belajar dan membaca, bahagian muzik untuk mendengar lagu dan lain-lain lagi. Buku-buku disini pun amat menarik iaitu buku yang bersesuaian untuk mereka yang darjah 6 sehinggalah dewasa dan warga emas.

 

#4  Kuala Lumpur Petronas Twin Towers

tempat menarik di klcc

Imej via [iproperty]

Menara Berkembar Petronas atau KL Petronas Twin Tower amat terkenal kerana ia adalah menara berkembar paling tinggi di dunia. Wah, bangganya jadi rakyat Malaysia! Untuk pengetahuan anda, menara ini telah dibina lengkap sepenuhnya pada tahun 1996 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato ‘Seri Dr Mahathir Mohammad. Ia terdiri daripada pelbagai kemudahan komunikasi dan seni bina dimana telah menghasilkan kemajuan serta pencapaian yang bertaraf ekonomi Malaysia suatu masa dahulu.  

Anda boleh lihat bersiar-siar di bawah bangunan menara berkembar ini dimana terdapat lorong bersiar-siar dan berjogging, kolam air pancut dan juga taman permainan kanak-kanak. Taman KLCC ini mempunyai keluasan kira-kira 17 hektar, memang besar! Penginapan seperti hotel, sarapan, skybridge juga terdapat disini.

 

#5  Suria KLCC Mall

tempat menarik di klcc

Imej via [littlestepsasia]

Suria KLCC Mall adalah sebuah pusat beli belah yang terdapat dalam kawasan KLCC. Tahukah anda Suria KLCC ini merupakan pusat beli belah terbesar di Malaysia? Pastinya barang-barang yang dijual di sini juga sangat pelbagai dari segi jenama dan kedai. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenama luar negara dan antarabangsa disini dari segi fashion, jam, pakaian, barang sukan dan sebagainya. Harganya pula sesuai dengan taraf antarabangsa jenama ini. Ramai pelancong kerap membeli-belah disini. Sekali sekala, tak salah untuk anda shopping di sini.

 

#6  Petrosains

tempat menarik di klcc

Imej via [pricillchandra]

Petrosains juga merupakan sebuah kawasan yang terdapat dalam KLCC. Ia berdekatan dengan kedai buku Kinokuniya dan berada pada tingkat yang sama. Petrosains menjadi lambang kepada lawatan kanak-kanak sekolah kerana ia amat sesuai dilawati oleh mereka. Guru dan ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka bercuti disini.  Ia adalah tarikan sebagai pusat penemuan sains yang mempunyai pelbagai jenis objek interaktif untuk pembelajaran seperti kereta lumba formula 1, simulator helikopter, pelantar minyak, sel-sel badan dan manusia serta banyak lagi.

 

#7  Dewan Filharmonik Petronas

tempat menarik di klcc

Imej via [thecitylist]

Dewan Filharmonik Petronas ini terletak di Menara Berkembar Petronas.  Ramai yang tidak tahu bahawa ia telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah serta Tun Mahathir Mohamad selaku Orkestra Filharmonik Petronas pada Ogos 1998. Adakah ia merupakan tempat menarik di KKLL?

Ya, Dewan Filharmonik Petronas juga adalah tempat menarik di KLCC yang sesuai untuk destinasi percutian dan lawatan anda.  Di dewan ini, anda boleh melihat persembahan muzikal klasik dan jazz secara antarabangsa dan terbesar dari konsert lain. Ia adalah dewan bertaraf dunia dan pernah menjadi tuan rumah untuk persembahan seniman dan orkestra dunia. Dengan kapasiti 865 tempat duduk, ia amat selesa, luas dan besar untuk digunakan bagi pementasan persembahan jazz antarabangsa dan kebudayaan muzik serta tarian tradisional Malaysia.

 

#8  KL Tower Mini Zoo

tempat menarik di klcc

Imej via [befreetour]

Berdekatan dengan Menara KL, KL Tower Mini Zoo membolehkan anda dan anak anda berkunjung ke sini. Pelbagai haiwan boleh anda lihat dan seronoknya, anda boleh pegang haiwan-haiwan dan memberinya makan secara live sahaja.  Ia bukanlah seperti Zoo lain, tetapi tempat ini mempamerkan haiwan yang lebih jinak dan terpilih. Walaupun terdapat haiwan yang berbisa juga, penjaga disini amat peka menjaga binatang tersebut dan mengutamakan keselamatan pelanggan.

Anda boleh membawa anak-anak datang ke sini untuk mengenali dan belajar tentang haiwan.  Mereka pasti gembira disamping mendapat ilmu baru berkaitan haiwan. Oh ya, jangan lupa beli cenderahati sebelum anda pulang ke kampung halaman anda, bolehlah anda dapatkan cenderahati dulu di kedai yang dibuka disini. Antara barang cenderahati adalah keychain, tshirt dan macam-macam lagi.

 

#9  Planetarium Negara

tempat menarik di klcc

Imej via [Tripadvisor]

Planetarium Negara mempunyai kawasan seluas 120,000 meterpadu  dan merupakan kawasan besar bagi bangunan berkubah biru. Ia terletak di Puncak Bukit di Taman Tasik, Jalan Perdana Kuala Lumpur. Bangunan Planetarium Negara ini lebih fokus kepada bidang sains angkara dimana terdapat beberapa tarikan dan aktiviti berkaitan seperti tayangan pawagam angkasa dan filem hebat disini.

Anda juga boleh melihat pameran mengenai sains angkasa seperti enjin angkasa Arianne IV, satelit pertama Malaysia ke angkasa, teleskop 14-inci (360 mm) dan lain lagi. Lebih menarik lagi, diluar Planetarium Negara ini anda boleh melihat Stonehenge mini.  

 

#10  Menara Kuala Lumpur

tempat menarik di klcc

Imej via [trover]

Menara Kuala Lumpur adalah salah satu tempat menarik di KLCC yang amat sesuai untuk destinasi percutian anda.  Ia adalah bangunan kedua tertinggi di Malaysia yang mempunyai sudut pandangan indah bagi melihat seluruh Kuala Lumpur.  Anda boleh datang ke sini untuk menyertai beberapa aktiviti menarik seperti melihat pemandangan, menikmati hidangan lazat, melihat teater dan macam-macam lagi. Mari kami senaraikan sedikit aktiviti dan tempat menarik sepanjang anda berada di Menara Kuala Lumpur ini.

  • Sky Dek – Anda boleh melihat langit tinggi dari sini, sama ada nak teropong atau tidak, sky dek ini sudah membuatkan anda berada di tempat tertinggi di Kuala Lumpur.
  • Sky Box – Tidak kurangnya dengan Sky Box, anda boleh masuk ke kawasan ala-ala kotak yang jernih cerminnya. Ia seolah-olah anda berada di atas langit tanpa ada bangunan. Hanya cermin lutsinar menampakkan bahagian bawah bangunan. Fuh, memang mendebarkan.  Apa lagi, ambillah gambar untuk koleksi peribadi atau media sosial anda!
  • Akuarium Blue Aqua – Tak sangka di tempat menarik sebegini pun masih ada Akuarium kan? Anda boleh melihat banyak haiwan laut pelbagai spesis berada disini seperti ikan badut api, ikan puffer, ikan laut, anemoni, jerung terumbu, ikan kardinal dan lain-lain lagi. Haiwan-haiwan ini berwarna-warna dan pasti menarik hati anda.
  • Teater XD – Teater XD amat mendebarkan dan menyeronokkan kerana anda akan merasai seolah-olah teater itu adalah benar sedangkan anda hanya menontonnya.  Anda boleh memilih beberapa simulasi 6D dan kemudian bersedialah untuk merasai pengalaman menontonnya!

tempat menarik di klcc

Imej via [zeenathtravel]

      Atmosphere 360

  •  Terasa seperti artis pula bila datang makan di sini. Bukan apa, kata orang makan di dalam Menara Kuala Lumpur ini tidak sama seperti makan di luar sana kerana menunya amat sedap, menarik dan menyelerakan dan harganya pula memang sesuai dengan hidangan yang disajikan.  
  • Sambil makan, anda boleh melihat pemandangan luar yang cantik dan indah. Anda boleh dapatkan suasana yang romantik dan menyeronokkan dengan lampu siling gentian optik berputar serta bintang malam yang dihiasi cahaya bulan.
  • Anda boleh memilih hidangan bufet untuk makan malam dan tengahari. Begitu juga dengan menu ala kart.  Chef berpengalaman sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Pilih sahaja menu yang anda inginkan, mereka anda sentiasa memastikan anda berpuas hati dengan servis yang diberikan.

tempat menarik di klcc

Imej via [rileku]

Itulah dia 10 tempat menarik di KLCC untuk destinasi percutian dan lawatan sesuai untuk anda dan keluarga terutamanya kanak-kanak dan juga pasangan. Berkunjung ke KLCC amat mudah dan cepat kerana tempatnya berhampiran satu sama lain.  Mungkin anda juga ingin melihat tempat menarik lain? Jemput baca Tempat Menarik di Lenggong dan Tempat Menarik di Tasik Kenyir pula.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.