Siapa di sini pernah pergi ke Kuala Lumpur? Jika kita bercakap mengenai Kuala Lumpur, pasti semua orang mengenalinya, malahan seantero dunia mengenali Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara bagi Malaysia. Ramai orang mengenali Kuala Lumpur tetapi tidak tahu sejarah Kuala Lumpur bukan?

Imej via [Wikipedia]

Dimana lagi langit dijunjung jika bukan tempat yang dipijak, biarpun anda tidak mendiami negeri Kuala Lumpur, tetapi adalah penting untuk anda mengetahui sejarah-sejarah yang berlaku di sini malah terdapat beberapa buah tempat yang menjadi asas di mana negara kita telah maju dan berkembang sehingga sekarang.

 

Sejarah Kuala Lumpur | Kuala Lumpur Mula Dikenali

tempat bersejarah di kuala lumpur

Imej via [thestar]

Kuala Lumpur telah diasaskan pada tahun 1857 oleh Sutan Puasa dari Mandailing.  Berdasarkan sumber sebuah buku berjudul “Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur” yang telah dikarang oleh Abdur-Razak Lubis, Yap Ah Loy menjadi Kapten orang cina dan telah dilantik oleh pembesar-pembesar inggeris semasa dizaman pemerintahannya untuk mentadbir penempatan itu dan memastikan ia mempunyai peraturan dan undang-undang.  

Untuk pengetahuan anda, nama Kuala Lumpur diambil bersempena dengan aktiviti perlombongan biji timah iaitu “Kuala Berlumpur”. Ini baru sejarah pembukaan dan asal nama Kuala Lumpur, anda nak tahu tempat-tempat bersejarah di Kuala Lumpur? Semuanya masih ada sehingga sekarang, rugi kalau anda belum pergi melawat!

Dataran Merdeka

tempat bersejarah di kuala lumpur

Imej via [thestar]

Pada zaman generasi Y ini, ramai pengunjung datang ke sini untuk mengambil foto kenang-kenangan di tempat-tempat menarik seperti padang yang terdapat di Dataran Merdeka.  Berhampiran dataran merdeka, anda boleh lihat sebuah tasik nan indah serta ruangan duduk untuk anda kenangkan semula sejarah Dataran Merdeka suatu masa dahulu.

Sejarah Dataran Merdeka dahulunya dikenali dengan nama Padang Kelab Selangor. Ianya terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur.  Dataran Merdeka memang sangat popular kerana ia menjadi tempat perarakan rasmi sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun sejak dari dulu lagi. Selain itu, Dataran Merdeka juga adalah tempat yang menjadi saksi akan laungan keramat “Merdeka” sebanyak 7 kali yang di laungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, iaitu Perdana Menteri Pertama Malaysia atau nama Malaysia yang lebih dikenali dengan nama Tanah Melayu ketika itu.

Pasti anda tahu tarikh bersejarah yang menjadi kenangan di Dataran Merdeka ini. Apa kata anda abadikan kenangan di sini dengan bersiar-siar melawat kawasan pemandangan serta mengambil udara segar disini.  Bolehlah anda melihat sejarah atau pameran yang terdapat disini. Anda boleh ke sini selama 24 jam kerana kawasannya terbuka dan tidak perlukan apa-apa bayaran.

Lokasi:  Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

 

 Muzium Seni Kraf Orang Asli

tempat bersejarah di kuala lumpur

Imej via [jmm.gov]

Muzium Seni Kraf Orang Asli ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang masih lagi memelihara sejarah silam dan warisan budaya masyarakat Orang Asli.  Anda dapat melihat pelbagai bahan-bahan seni kraf tangan Masyarakat Orang Asli seperti perkakas dan barang kegunaan mereka.

Orang Asli menghasilkan pelbagai barangan yang berkaitan dengan cara hidup, budaya, mitos dan kepercayaan mereka sekaligus anda boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai masyarakat umum Orang Asli. Kawasan Muzium Seni Kraf Orang Asli ini amat strategik dan mudah untuk anda parking kereta. Anda boleh melawat ke Muzium ini dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Lokasi:  51, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 Muzium Diraja Negara

Imej via [Maisinggah]

Muzium Diraja Negara pada asalnya adalah istana Yang di Pertuan Agong dan ia telah beralih ke istana baru pada tahun 2011, kemudian istana lama ini telah ditubuhkan sebagai Muzium Diraja Negara.  Selepas istana baru siap dibina, barulah bangunan istana lama ini telah diubah menjadi sebuah Muzium Diraja Negara. Muzium Diraja Negara telah dibuka untuk lawatan sejak Februari 2013 lagi.

Anda boleh berkunjung ke sini dan menambah ilmu tentang kediaman diraja yang sangat mewah dan cantik serta mempunyai pelbagai lagi ruang dalam istana yang boleh anda masuk seperti balai rong, bilik beradu, bilik bersolek, bilik mandi dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin datang ke sini dari pagi, muzium ini dibuka pada jam 9 pagi.

Lokasi:  Jalan Istana, Istana Negara, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

 Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM)

tempat bersejarah di Kuala Lumpur

Imej via [SiminHomestay]

Tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang ramai tidak tahu adalah Muzium Polis Diraja Malaysia atau dikenali dengan singkatan PDRM. Anda boleh melihat pameran pelbagai jenis barangan menarik iaitu barangan dari dari zaman kesultanan melayu sehinggalah ke hari ini. Pelbagai barangan yang mempunyai kaitan dengan kerja polis, menggambarkan situasi kejadian dan turut mempamerkan memorabilia.

Anda juga boleh melihat koleksi senjata, anugerah serta pingat sejak dari zaman dulu yang telah dipamerkan.  Selain barang bersejarah, artifak peninggalan zaman berzaman turut diletakkan di Muzium Polis Diraja Malaysia.  Sama seperti muzium-muzium lain, Muzium Polis Diraja Malaysia ini dibuka pada jam 10 pagi.

Lokasi:  5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Muzium Negara

Imej via [FreeMalaysiaToday]

Seterusnya, anda boleh melawat ke Muzium Negara di mana Muzium Negara telah menempatkan pelbagai khazanah sejarah dan budaya negara selepas dirasmikan oleh  Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu Yang Di Pertua Agong Ke-3 pada ketika itu.

Muzium Negera ini turut menempatkan spesimen flora dan fauna sebagai tarikan selain dari barang-barang bersejarah dan khazanah negara. Ramai sejarawan dan orang awam yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Malaysia atau ingin melawat muzium sejarah, anda dialu-alukan datang ke tempat bersejarah di Kuala Lumpur ini. Ia dibuka seawal 9 pagi.

Lokasi:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Imej via [MalaysiaTravel]

Muzium Kesenian Islam Malaysia ini telah dibina dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dirasmikan pada tahun 1998.  Sebagai sebuah tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang wajib anda tahu, ia telah ditubuhkan untuk memelihara sejarah dan warisan islam dari dulu sehingga zaman sekarang.

Untuk pengetahuan anda, tujuh ribu artifak dan bahan sejarah yang tidak terbilang jumlahnya juga telah ditempatkan disini.  Jadi, tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai sebuah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Haa… kalau anda nak tengok Al-Quran bersaiz sekecil ibu jari anda, kat sini ada tau. Nanti datang tengok ya?

Anda juga boleh melawat ke Biliki Uthmaniyyah dan boleh melihat seni dalaman bilik ini bertarikh pada 1820 sehingga 1821 Masihi yang telah dibina semula. Selain itum Galeri Senjata dan Perisai juga boleh anda lawati bagi melihat koleksi senjata yang pernah digunakan pada zaman Islam dahulu kala.

Seandainya perut berasa lapar, anda boleh terus makan di Restoran makanan arab yang terkenal di muzium ini yang pernah dinobatkan oleh Jurnal Halal Mihas pada tahun 2005 sebagai Restoran Timur Tengah Terbaik.

Lokasi:  Perdana, Jalan Lembah, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Muzium Telekomunikasi Negara (Muzium Telekom)

Imej via [Malaysia]

Tidak dinafikan bahawa dalam kesibukan kota di Jalan Chulan, Kuala Lumpur ini terdapat sebuah muzium yang tidak kurang hebatnya seperti tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang lain.  Anda pasti tidak menyangka bahawa Muzium Telekomunikasi Negara atau popular dengan nama Muzium Telekom ini mempunyai ciri-ciri seni bina Greek! Bangunan muzium ini menyajikan anda dengan pelbagai barangan teknologi lama seperti sejarah telekomunikasi dari permulaan terciptanya telefon sehingga kepada teknologi telefon sekarang.

Ramai yang tidak tahu bahawa pada mulanya Muzium Telekomunikasi Negara ini berfungsi untuk menempatkan Ibusawat Telefon Manual jenis Central Battery namun semua teknologi berkaitan turut dipamerkan disini.  

Jika anda seorang cikgu dan ingin membuat rombongan lawatan sambil belajar, saya syorkan anda untuk datang ke sini. Pasti Menarik! Ahli sejarawan, engineer atau mereka yang sukakan maklumat sejarah berkaitan teknologi, anda harus berkunjung ke tempat bersejarah Kuala Lumpur ini.

Lokasi:  Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Rumah Penghulu Abu Seman

Imej via [Utusan]

Rumah Penghulu Abu Seman juga merupakan tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang santai dan  menarik untuk anda kunjungi. Rumah Penghulu Abu Seman ini adalah sebuah rumah Melayu tradisional yang mempunyai seni bina tradisi yang menakjubkan dan merupakan rumah yang telah dibaikpulih. Pada asalnya, rumah ini dibina secara berperingkat-peringkat dan ia telah diubaisuai dan diperbesarkan.

Untuk pengetahuan anda, rumah ini adalah kepunyaan Tuan Abu Seman bin Nayan iaitu penghulu Mukim Bagan Semak dan lokasi rumah ini sebenarnya adalah di Daerah Bandar Baharu, Kedah namun setelah beliau membeli dan memiliki rumah ini, beliau telah memindahkan rumah ini ke kampungnya.  Sekiranya anda melawat atau membuat rombongan ke sini, harga masuk ke sini adalah mengikut seikhlas hati. Ia beroperasi dari jam 10 pagi.

Lokasi:  2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jalan Tuanku Abdul Rahman

Imej via [Utusan]

Batu Road adalah nama Jalan Tuanku Abdul Rahman suatu masa dahulu sebelum ia dinamakan bersempena dengan nama Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau singkatannya Jalan Tar terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan juga luar negara kerana merupakan sebuah jalan yang hidup pada siang dan malam di kota Kuala Lumpur.

Tempat bersejarah ini masih lagi mengekalkan aktiviti terdahulu iaitu lokasi ini menjadi daerah membeli-belah terawal dan hampur 100 tahun yang lepas sehinggalah sekarang. Anda boleh membeli-belah di Jalan Tar setiap hari sama ada di mall berdekatan seperti Sogo, Muaz, pemborong tudung, cadar, tekstil dan lain-lain lagi termasuklah pasar Jalan Tar.

Imej via [Amazonaws]


Selain tempat bersejarah di Kuala Lumpur ini, banyak lagi tempat sejarah lain di Malaysia yang anda boleh lawati. Antaranya adalah Kota A. Famosa (Melaka), Batu Bersurat (Terengganu), Bangunan Sultan Ibrahim (Johor), Kota Belanda (Perak) dan banyak lagi.  

Warisan bersejarah ini perlu dipelihara dan perlu dipelajari “sejarahnya” oleh generasi  sekarang agar mereka mempunyai semangat patriotik serta mencintai tanah air.  Jom baca artikel berkaitan Tempat Mandi-Manda di Melaka dan Tempat Menarik di Semenyih pula.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.