Apabila merancang percutian mesti inginkan tempat penginapan yang selesan dan terbaik. Kini anda tidak perlu lagi membuat tempahan untuk mendapatkan private pool kerana homestay telah menawarkan pakej private pool di selanggor. Terdapat 10 tempat di Selanggor mempunyai homestay dengan private pool ,kami akan senaraikan untuk anda bagi memudahkan membuat pilihan.

 Nouri Glass Villa

Nouri Glass Villa

Homestay Selanggor dengan private pool ialah Nouri Glass Villa . Homestay ini dilengkapi pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang datang seperti 7 bilik tidur, 8 bilik mandi, kolam renang, 1 jakuzi, 2 sungai alam, WiFi, dapur lengkap, dan set BBQ. Mereka yang ingin melihat movie bersama keluarga.

Jangan risau kerana homestay ini dilengkapi dengan sambungan WIFI, berhawa dingin sepenuhnya.Terdapat juga teres yang menghadap ke taman dengan meja dan 6 kerusi. Manakala, ruang tamu dilengkapi dapur kecil dan bilik mandi dengan pancuran mandian terpasang.

Alamat : Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

D’Hafiz Harmony Homestay

D’hafiz Harmony Homestay

Seterusnya, homestay Selanggor dengan private pool ialah D’hafiz Harmony Homestay. Terletak di kawasan kebun sawit yang dipenuhi dengan alam semulajadi memberikan ketenangan dan harmoni sambil menghirup udara segar. Kedudukan di tengah-tengah antara pekan Sg Besar dan Sabak Bernam mengambil masa ke tempat makan hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja serta menjimatkan masa anda.

Kemudahan yang disediakan oleh pihak homestay ialah kolam renang privasi, set BBQ ,dapur luar dan dalam rumah dan banyak tempat memancing kolam, parit dan tali air sawah. Mereka yang merupakan kaki memancing, boleh datang ke sini merebut peluang memancing

Alamat: Lot 1122, Jalan Ros Biru, Parit 6 Barat, Kampung Tebok Pulai, 45300 Sungai Besar, Selangor

Aqilee Agro Farm Resort

Aqilee Agro Farm Resort

Homestay selanggor dengan private pool yang seterusnya ialah Aqilee Agro Farm Resort. Homestay ini terkenal dalam kalangan masyarakat dengan suasana kawasan dikelilingi dengan alam semulajadi dapat memberikan aura positif kepada anda. Mereka yang pencinta alam sekitar boleh datang ke sini untuk menghilangkan segala tekanan yang bermain di fikiran namun bukan pencinta alam pun boleh datang jugak.

Menyediakan pelbagai permainan yang menarik seperti Kolam renang ,memancing Ikan (Rm 10 1kg) , Free ikan 4kg utk bbq , aktiviti berkayak , berbasikal , ping-pong , badminton dan sebagainya. Homestay ini mampu menawarkan kepuasan percutian kepada anda sekeluarga dengan menawarkan 1 Villa dan 1 Rumah Kampung dalam kawasan ini yang boleh ditempah mengikut kapasiti keluarga.

Alamat: Lot 2627, Jln Hulu Langat, Batu 19, 43100 Kuala Perdik, Selangor

D’Merbau Homestay

D’ Merbau Homestay

Selain itu, D’Merbau homestay jugak merupakan homestay dengan private pool di negeri Selanggor. Menawarkan 4 buah rumah (landed & fully aircond) terletak di bawah satu bumbung yang mempunyai 6 buah bilik.

Keempat- empat rumah ini ‘interconnected’ diantara satu sama lain samada di sebelah dalam atau melalui pintu dapur di belakang. Sebuah pantri yg lengkap dgn peralatan memasak terletak di sblh hujung rumah roomstay dan private swimming pool berbayar Bangunan gazebo lengkap dengan set bbq dan set kerusi meja.

Alamat: Lot 1131, Lorong 3, Kampong Merbau Sempak,, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Homestay Inap Desa Pinggiran Putra

Homestay Inap Desa Pinggiran

Demikian itu, homestay Selanggor dengan private pool ialah Homestay Inap Desa Pinggiran. Homestay ini terletak berhampiran dengan Putrajaya. Homestay ini juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung serta dilengkapi dengan peralatan dapur dan boleh melakukan aktiviti bbq bersama keluarga. Kolam renang secara privasi mesra untuk kanak-kanak bersuka riang.

Alamat:66, Jalan Pinggiran Putra 5/6, Desa Pingggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor

D Bridge Villa Putrajaya

D’Bridge Villa Putrajaya

Seterusnya ialah D’bridge Villa Putrajaya juga dikategorikan sebagai homestay Selanggor dengan private pool yang menyediakan pelbagai kemudahan dan pakej menarik. D’Bridge Villa Putrajaya adalah banglo mewah 3 tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan kolam renang (private pool). Penginapan homestay ini dapat melihat pemandangan indah di tepi tasik di mana anda dan keluarga boleh berehat dan menenangkan minda anda.

Alamat : Presint 8, 62250 Putrajaya

Anjung Dahlia, Banting

Anjung Dahlia Banting

Anjung Dahlia Banting juga mempunyai kolam renang( private pool) . Jadi anda tidak perlu lagi membuat tempahan penginapan di hotel hanya homestay sahaja. Sejuk mata memandang kehijauan pokok dan ukiran kayu disetiap sisi yang sangat instagrammable. Percutian anda pasti seronok dan best dengan dapat mengambil udara segar serta dilengkapi dengan private pool membolehkan anak-anak mandi manda dengan riang.Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan ini.

Alamat:  Lot 3887, Jalan Dahlia 1, Kampung Sungai Kelambu, 42700 Banting, Selangor

Gerimis Senja Villa

gerimis senja villa

homestay Gerimis Senja Villa. Banyak kemudahan yang disediakan di homestay ini antaranya ialah mesin basuh, televisyen dengan saluran Astro, tempat khas untuk lelaki yang ingin merokok, tempat yang sesuai untuk membakar bbq, arang untuk bakar bbq, alat kelengkapan bbq, kolam peribadi, set lengkap dapur, set lengkap bilik tidur, meja tenis untuk aktiviti keluarga dan permainan carrom untuk mengisi masa lapang.

Alamat: Batu 17 3/4, Kampung Dusun Tua, 43100, Selangor

 Rumah Kebun

rumah kebun

Anda merupakan pencinta alam sekitar, anda wajib untuk berkunjung ke Rumah Kebun ini kerana di sini terdapat air terjun. Anda juga boleh mendapatkan pengalaman memberi ayam atau kambing makan secara percuma. Yang menariknya, dapur di homestay ini mempunyai ruang luas dan boleh memuatkan anda sekeluarga untuk melakukan aktiviti memasak bersama-sama.

Sharaleil Pool Homestay, Bandar Baru Bangi

sharaleil pool homestay

Seterusnya, Sharaleil pool homestay merupakan tempat penginapan paling menarik dan best apabila datang bercuti di selangor.  Vila banglo di sini dilengkapi dengan 7 bilik tidur yang mempunyai penghawa dingin dan bilik mandi en suite yang menghadap ke kolam renang peribadi. Kapasiti untuk vila satu ialah seramai 20 orang dan kapasiti untuk vila dua ialah hanya seramai 6 orang

Alamat: 2483, Jalan Surada 8/24, Seksyen 8, 43000 Kajang, Selangor

Kampung Kuang Retreat

kampung kuang retreat

Kampung Kuang Retreat juga tempat penginapan yang menjadi tumpuan dalam kalangan masyarakat ketika bercuti di selangor. Rumah percutian ini dibina oleh ahli kraftangan daripada Kelantan dengan menggunakan perincian daripada kayu kempas, balau dan batu. Selain itu, bilik air homestay ini pula dihiasi dengan jubin.

Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor

Villa deZalira, 

Villa dezalira

Villa Dezalira amat popular dalam kalangan masyarakat untuk tempat penginapan semasa bercuti di selanggor kerana keselesaan dan kebersihan yang ditawarkan amat terbaik. kemudahan percuma yang ditawarkan di sini ialah Wi-Fi, peralatan bbq, halaman belakang yang luas untuk bakar bbq, kemudahan dobi dan kolam renang di luar  dengan air pancut.

Alamat: No 12 & 14, Lot 4043, Lorong Sarkawi, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

The Kabin

The kabin

Homestay selangor dengan private pool ialah The Kabin penginapan jenis kontena yang unik dengan konsep modular pintar yang dapat memenuhi pengalaman percutian anda dengan baik.Pelbagai fasiliti menarik yang disediakan di sini antaranya terdapat pusat karaoke, kolam renang, tempat barbeku, taman permainan untuk kanak-kanak, basikal dan kayak untuk aktiviti riadah.

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Woodhouse Retreat

woodhouse retreat

Woodhouse Retreat merupakan homestay selanggor dengan private pool yang menjadi tumpuan kalangan masyarakat semasa mencari tempat penginapan datang bercuti di negeri selangor. Homestay ini kelihatan sungguh ekslusif sekali dan reka bentuk yang dibina amat menarik serta unik. pelbagai kemudahan yang ditawarkan untuk anda semua.

Rumah Aina private pool,Banting

Rumah aina private pool

Akhir sekali, Homestay Selangor dengan private pool ialah Rumah Aina private pool yang sering menjadi tumpuan dalam kalangan masyarakat apabila datang bercuti di Selangor. Homestay ini menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik dan keluasan bilik yang begitu luas sekali bagi memberikan keselesaan untuk anda.

Alamat : No.16, Jalan LG3 3/4, 3, RTB Bukit Changgang, Taman Langat Utama, 42700 Banting, Selangor.

Pastikan percutian anda semua berakhir dengan kegembiraan dan keseronokan dengan membuat tempahan di homestay selanggor dengan private pool. Jangan lepaskan saat keemasan ini dalam hidup anda semua. Jemput juga membaca artikel kami yang lain.

Rujukan

  1. Senarai Homestay Di Selangor Dengan private pool https://www.facebook.com/603847459762488/posts/senarai-10-homestay-di-selangor-dengan-private-pool-serendah-rm250-semalamsempen/2057834794363740/
  2. 10 tempat penginapan menarik & unik di Selangor https://siraplimau.com/tempat-penginapan-homestay-menarik-selangor/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.