10 Air Terjun Di Selangor Paling Menarik
Walaupun Selangor merupakan negeri yang paling sibuk di Malaysia dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan yang kian meningkat, namun khazanah alamnya masih terpelihara.Â
Selangor memiliki tempat menarik bagi aktiviti percutian yang berkonsepkan pergunungan dan bukit bukau. Tambahan pula, terdapat banyak air terjun yang sangat indah. Mari kami kongsikan antara air terjun di Selangor buat anda.
1. Air Terjun Sungai Tua
Air Terjun Sungai Tua adalah salah satu kawasan air terjun di Selangor yang terbaik untuk aktiviti keluarga. Terdapat sungai yang cetek dan sangat sesuai serta selamat untuk aktiviti mandi manda bagi kanak-kanak.Â
Selain itu, terdapat juga kemudahan yang disediakan seperti pondok dan tempat letak kereta antara faktor utama tempat ini menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu.
Bukan itu sahaja, lokasinya yang terletak di bersebelahan taman rekreasi juga menjadikannya lebih istimewa berbanding kawasan air terjun di Selangor yang lain. Pastikan anda membuat persiapan rapi dan memastikan cuaca dalam keadaan baik sekiranya merancang untuk ke air terjun ini.
2. Air Terjun Komanwel
Sekiranya anda mencari air terjun di Selangor untuk pelbagai aktiviti lasak, apa kata anda berkunjung ke Air Terjun Komanwel yang terletak di Hutan Hutan Komanwel. Ia menghadap Hutan Lipur Kanching.Â
Umum tahu bahawa air terjun ini sesuai untuk aktiviti lasak secara berkumpulan atau secara individu. Antara aktiviti ekstrem yang boleh anda lakukan di sini ialah menunggang kuda, jungle trekking, flying fox dan sebagainya.Â
Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti basikal di trek yang disediakan sekiranya ingin mencuba aktiviti yang santai. Bagi anda yang menyukai aktiviti riadah, kami mengesyorkan anda berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Pasti menyeronokkan!
3. Air Terjun Sungai Tekala
Air terjun Sungai Tekala memang terkenal dengan air terjun di Selangor yang ideal untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Suasana di sini agak indah dengan udaranya yang segar dan airnya yang jernih.Â
Di sini juga terdapat kolam yang cukup sesuai untuk anda dan keluarga anda berehat. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tandas dan surau.
4. Air Terjun Sungai Gabai
Kejernihan air sungai di Air Terjun Sungai Gabai pasti akan memikat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini. Persekitarannya yang masih terjaga dan kemudahan yang disediakan sangat mencukupi membuatkan Air Terjun Sungai Gabai merupakan antara air terjun di Selangor yang terbaik.Â
Ia juga bukan sahaja sesuai untuk aktiviti mandi manda tetapi boleh membuat barbeku bersama keluarga. Antara kemudahan lain yang disediakan di sini adalah pondok perlindungan, tempat parkir serta tandas dan surau yang bersih untuk digunakan.Â
Pendek kata, Air Terjun Sungai Gabai dilengkapi dengan prasarana yang secukupnya dan anda akan berpuas hati sekiranya datang ke sini.
5. Air Terjun Serendah
Air Terjun Serendah adalah destinasi popular bagi pencinta alam di daerah Hulu Selangor. Lokasinya tidak jauh dari Kuala Lumpur dan mudah diakses antara faktor menarik mengenai air terjun ini.Â
Apa yang lebih menarik, ada sebuah perkampungan orang asli yang terletak tidak jauh dari kawasan ini pasti akan memberi pengalaman baru kepada anda. Air Terjun Serendah juga merupakan lokasi air terjun di Selangor yang sesuai untuk kanak-kanak.Â
Selain dari taman permainan yang lengkap, tempat mandi juga dilengkapi dengan tali penanda untuk menandakan kawasan cetek atau dalam. Ini memudahkan ibu bapa untuk memantau keselamatan anak-anak.
6. Air Terjun Sungai Pisang
Air Terjun Sungai Pisang sangat popular di daerah Gombak, terutama di kalangan pelajar IPT yang sangat gemar menghabiskan hujung minggu dengan pelbagai aktiviti menarik di kawasan air terjun ini.
Antara aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah memancing, mandi, jungle trekking dan barbeku.
7. Air Terjun Batu Asah
Air Terjun Batu Asah turut dikenali dengan nama Air Terjun Kemensah kerana terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang Selangor. Jadi, anda jangan keliru sekiranya ada yang menyebutnya Air Terjun Kemensah atau Air Terjun Batu Asah kerana ia adalah lokasi yang sama dengan dua nama yang berbeza.Â
Bagi anda yang mahukan pengalaman baru dalam menerokai keindahan semula jadi lokasi ini, menunggang ATV adalah sesuatu yang mesti anda cuba. Anda bukan sahaja dapat merasai keseronokan menunggang ATV tetapi juga dapat menikmati keindahan alam dengan lebih dekat.Â
Dengan adanya tapak perkhemahan, tempat khas untuk BBQ dan juga chalet menjadikannya sangat popular di kalangan keluarga untuk percutian pada hujung minggu atau cuti umum.
8. Air Terjun Semangkuk
Air Terjun Semangkuk mungkin tidak terkenal seperti air terjun di Selangor yang lain. Namun, ia mempunyai daya tarikan dan keistimewaan tersendiri. Lokasinya yang terletak di antara Kuala Kubu Bharu dan laluan menuju ke Bukit Fraser menjadikan lokasi ini sebagai tempat persinggahan wajib bagi pengunjung yang ingin bercuti ke Bukit Fraser.
Turut terdapat prasarana lain yang disediakan di sini seperti tandas awam dan pondok rehat. Jadi bagi anda yang merancang percutian ke Bukit Fraser, anda boleh berhenti di Air Terjun Sungai Semangkuk untuk bersantai dan mandi manda dengan airnya yang sangat sejuk dan menyegarkan.
9. Air Terjun Lata Makau
Kuala Kubu Bharu sememangnya menjanjikan kepuasan maksimum bagi peminat aktiviti lasak. Sekiranya sebelum ini anda sudah mengetahui tentang Air Terjun Batu Asah dengan aktiviti ekstremnya. Namun, kali ini anda akan berkenalan dengan Air Terjun Lata Makau pula yang ekstremnya lebih mencabar.
Untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu menyusuri hutan terlebih dahulu dan perjalanannya memakan masa sekitar 2 hingga 3 jam. Walapun begitu, dengan melihat pemandangan semula jadi yang luar biasa dan merasai kesegaran air sungainya yang sejuk, pasti sangat berbaloi.
10. Air Terjun Sendat
Air Terjun Sendat terletak di Jalan Ulu Yam yang menuju ke Batang Kali merupakan air terjun di Selangor yang dihiasi dengan flora dan fauna eksotik. Ia mempunyai 3 tingkat air terjun.Â
Ia pastinya menjadi tarikan bagi pengunjung yang hadir ke Air Terjun Sendat ini. Kepelbagaian kedalaman dan keluasan kolam di kawasan ini memberi kelebihan kepada pengunjung untuk merasakan dan melakukan pelbagai aktiviti mandi manda untuk semua peringkat usia.
Itulah dia air terjun di Selangor boleh anda kunjungi. Jom baca juga air terjun di Pahang, air terjun di Malaysia dan air terjun di Johor.
Rujukan:
- 16 Air Terjun Di Selangor Yang Menarik Untuk Day Trip | Seronok & Best. https://www.maisinggah.com/air-terjun-di-selangor-yang-menarik/
- 5 lokasi air terjun terbaik di Selangor. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/5-lokasi-air-terjun-terbaik-di-selangor-221474
- 8 air terjun di selangor KL yang best & menarikLink. https://www.caridestinasi.com/air-terjun-di-selangor-kl-best/
One Comment