Anda mencari homestay mempunyai private pool apabila bercuti di Kelantan? Selain daripada hotel, homestay juga telah menyediakan kemudahan kolam menjadikan salah satu tarikan dari pelancong.

Jangan risau kami akan senaraikan beberapa homestay kelantan dengan private pool yang dapat membantu anda membuat pilihan terbaik dan menjadikan penginapan percutian anda semua adalah penginapan yang paling seronok sekali.

Che Adham Guest House

Che Adham Guest House

Che Adham Guest House merupakan salah satu homestay dengan private pool terbaik dan tempat sesuai untuk seisi keluarga membuat tempat penginapan di homestay ini apabila datang bercuti di negeri Kelantan. Che Adham Guest House ia sebuah banglo dua tingkat terletak di Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan. Selain anda dengan private pool ia juga menyediakan tempat BBQ sesuai untuk anda melakukan hari keluarga.

Terdapat empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dilengkapi dengan semua kemudahan yang diperlukan bagi menjamin keselesaan tetamu yang datang. Ia terletak di tempat strategik hanya mengambil masa 20 minit ke Rantau Panjang dan 25 minit ke Kota Bharu.

Alamat: NO 16, TAMAN DESA BARU, 16450 Ketereh, Kelantan

Arissha Homestay

Arishaa Homestay

Seterusnya homestay dengan private pool ialah Arissha homestay. Arissha homestay mempunyai 5 bilik tidur, 4 bilik aircond dan 1 bilik mempunya kipas. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin privasi percutian hanya dengan keluarga sahaja dan tempat penginapan menarik apabila tibanya musim percutian.

Persekitaran yang damai dan menenagkan fikiran.Bayangkan anda bangun pagi dapat menghirup udara segar. Konsep yang ditawarkan oleh Arissha homestay percutian ala kampung dan semulajadi. Anda dapat menikmati percutian dengan tenang dan gembira.

Alamat: PT 1530,Kg Pa’ Badol, Kampung Jerus, 16400 Melor, Kelantan

Casa LiLa Private Pool Homestay

Casa Lila Private Pool Homestay

Selain itu, Homestay Kelantan dengan private pool ialah Casa Lila private pool homestay. Tempat ini merupakan sebuah rumah teres Moden yang mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air  terletak di Kota Bharu Kelantan. Ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai penginapan pilihan anda, sekiranya anda berkunjung ke negeri Kelantan. Satu tempat penginapan yang begitu cantik sekali.

Kemudahan yang disediakan ialah mempunyai peralatan dapur seperti berada di rumah sendiri dan juga tempat BBQ. Pada waktu malam, anda boleh lakukan BBQ bersama keluarga sambil bermain permainan mengeratkan lagi hubungan masing-masing.

Alamat : PT 1687 Kota Seribong Bandar Baru Tunjong , 16150 Kota Bharu, Kelantan

Villa Deena’s Private Pool Homestay

Villa Deena Private Pool Homestay

Homestay Kelantan dengan private pool seterusnya adalah Villa Deena yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Mereka yang mencari homestay private pool di sekitar Kota Bharu boleh membuat tempahan di Villa Deena kerana terdapat pelbagai pakej menarik ditawarkan untuk pengunjung.

Menawarkan penginapan dengan WiFi percuma, penghawa dingin, restoran dan tempat letak kereta persendirian percuma dan tempat penginapan ini berada 400 meter dari Kota Bharu Mall dan 1.3 km dari Billion Shopping Centre. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur, TV skrin rata, dapur yang lengkap dengan mesin cuci pinggan mangkuk dan microwave, mesin basuh dan 1 bilik mandi dengan tab mandi.

Alamat : 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Akar Guesthouse

Akar Guesthouse

Seterusnya homestay dengan private pool di negeri Kelantan ialah Akar Guesthouse. Mereka yang merancang percutian di kelantan, boleh membuat tempahan di Akar Guesthouse kerana menawarkan penginapan terbaik dan menarik untuk pengunjung yang datang. service juga terbaik dan ramah mesra melayan pelanggan, mempunyai banyak bilik dan tempat parking disediakan amat luas. Jadi amat sesuai untuk melakukan hari keluarga dan santai.

Alamat: Lot 18446 Kampung Guntung, 16400 Kota Bharu, Kelantan

D’sawoh homestay

D’sawoh Homestay

Demikian itu, homestay private pool di Kelantan ialah D’sawoh homestay. Tempat ini menyediakan pelbagai pakej dan perkhidmatan menarik untuk pengunjung yang datang membuat tempahan penginapan. Keistimewaan homestay ini ialah kawasan yang lapang, tenang dan mendamaikan fikiran dan berhampiran dengan bendang. Anda juga boleh melakukan aktiviti outdoor bersama keluarga mahupun kawan.

Alamat: Pulai Chondong , 16600 Kelantan.

Humairah homestay

Humairah Homestay

Humairah homestay juga menyediakan tempat penginapan dengan private pool. Anak- anak mesti seronok dan teruja apabila datang ke sini kerana mempunyai tempat kolam renang untuk mereka bermain suka ria tanpa sebarang ganguan. Selain daripada nikmati kolam renang, ia juga menyediakan tempat BBQ, 4 bilik 3 bilik air 3 queen bed 1 pull out , 4 aircond dan menyediakan peralatan dapur lengkap.

Tidak ketinggalan juga, berdekatan dengan pelbagai tempat makan dan restoran sedap dan menepati citarasa masing-masing.

Alamat: Jalan KS 1B/2 Bandar Baru Tunjongg, Kampung Seribong, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

 Teratak Amfalanie

Teratak Amfalanie

Akhir sekali, homestay Kelantan dengan private pool ialah Teratak Amfalanie. Apabila merancang percutian mesti inginkan tempat penginapan yang menarik dan memberikan keselesaan kepada kita. Kini anda tidak perlu lagi membuat tempahan hotel untuk mendapat private pool kerana homestay juga telah menyediakan kolam renang secara privasi untuk pengunjung.

Mereka yang merancang bercuti di Kelantan,Teratak Amfalanie satu penginapan terbaik untuk seisi keluarga dengan pelbagai kemudahan pakej menarik disediakan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati perkhidmatan menarik di Teratak Amfalanie.

Alamat: PT 460, Kampung Banggol Ara, 17000 Pasir Mas, Kelantan.

Tunggu apa lagi, segera membuat tempahan di homestay terbaik dengan private pool seperti yang disenaraikan agar tidak terlepas peluang untuk menikmati tawaran yang disediakan serta menjadikan percutian anda lebih menarik. Tidak lupa juga anda boleh membaca artikel kami yang lain iaitu:

Rujukan

  1. Senarai Homestay yang ada pool di Kelantan https://www.myhomestay4u.net/2022/01/senarai-homestay-yang-ada-pool-di.html\
  2. Senarai Homestay di Kota Bharu Ada Kolam Renang. https://www.letsgoholiday.my/p/homestay-kota-bharu-ada-kolam-renang

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.